Apa Yang Dilakukan Kerajaan Warisan Yang Tidak Dilakukan Oleh Kerajaan Sebelumnya.

1 8 WARISAN

Apa Yand Dilakukan Kerajaan Warisan Yang Tidak Dilakukan Olek Kerajaan Sebelumnya.

Musa Aman dan Bung Mokhtar sekadar menjilat jari mengharapkan perubahan kerajaan Sabah berlaku pada bulan ini kerana pancingan mereka untuk membeli wakil rakyat dari Warisan dipandang sepi kerana perwakilan dari parti ini lebih mementingkan mandat rakyat dan maruah politik mereka.

OKT Bung Mokhtar Radin dengan sombongnya menuduh ketua menteri Sabah memiliki kerajaan melalui pintu belakang dan tidak stabil, tambahan kononnya tidak mempunyai hala tuju.Sebenarnya beliau ini sedang dilanda penyakit jiwa kerana merasa dirinya adalah terbaik dan memandang rendah pada orang lain, tetapi pada masa yang sama dia tidak merasa dirinya menjadi bahan gurauan dan bahan ketawa oleh seluruh rakyat Sabah bagaikan anjing hanya sekadar pandai menyalak. Orang kata SS saja (siok sendiri).

Bung Mokhtar tidak sedari semua kerosakan yang telah dibuat oleh UMNO-BN dulu telah dipulihkan oleh Warisan dalam masa dua tahun kerana beliau asyik mengurus keluarganya yang sedang bertelagah.

KAYU BALAK

Perhutanan pada era Musa Aman adalah merupakan sumber rasuah dan tanpa batasan dieksport ke luar negeri hanya sebahagian kecil hasilnya masuk dalam pembendaharan negeri yang di kutip dari hasil jualan, namun sebahagian besarnya masuk dalam akuan Musa Aman di Hong Kong, Taiwan, Singapura yang dianggap sebagai derma.

Untuk memperbaiki kerosakan ini Warisan telah membekukan Eksport kayu balak termasuk lesen pembalakan kroni Musa Aman yang diluluskan dalam tempoh 50 ke 100 tahun telah dibekukan malahan pelabur dijemput melabur dengan mendirikan kilang di Sabah disamping menghasilkan hiliran dan dapat menyerap tenaga kerja anak-anak Sabah.

KELAPA SAWIT

Dasar perladangan kelapa sawit dahulu menguntungkan syarikat dari Malaya kerana semua minyak sawit dihantar di Kuala Lumpur dan semua caj dan cukai dibayar di Malaya

Dasar yang merugikan negeri ini telah dibuat satu perubahan yang mana Hasil Sawit diproses di negeri Sabah untuk menghasilkan produk hiliran sehingga tertubuhnya kilang minyak pemerosesan minyak masak BESS.

GAS LNG

Pada era Musa Aman, Sabah hanya dijadikan sebagai transit untuk menyalurkan gas ke Bintulu, tetapi Sabah hanya mengutip 10% hasil jualan Petronas tetapi kerajaan Warisan sedang berusaha untuk menghalang Gas tersebut daripada terus disalurkan ke Bintulu agar semua pemerosesan dilakukan di sini untuk mengujudkan peluang pekerjaan.

Datuk Seri Shafie Apdal telah memperkenalkan satu cukai kutipan terhadap hasil penjualan produk Petronas yang dianggarkan Rm1.5bilion setahun.

PASIR SUNGAI

Pasir sungai adalah menjadi habuan oleh orang UMNO untuk menjemput rakan pelabur luar dari Malaya untuk melombong Pasir Sungai yang ada di Sabah. Makanya amat sukar bagi syarikat tempatan mendapat AP dengan tujuan perlombongan pasir jika tiada kaitan dengan Musa Aman mantan ketua menteri itu tidak akan diluluskan.

Perubahan dibuat oleh Warisan hanya SEDCO diberi lesen perlombongan pasir untuk menyumbang pendapatan pada negeri bukan untuk memenuhi poket individu.

TANAH

Dasar Musa Aman, rakyat hanya layak diberikan Communal Title manakala Syarikat besar di anugerahkan tanah yang luas sehingga banyak perkampungan hilang kerana tanah mereka diberikan pada Syarikat kroni kononnya bertujuan penanaman Kelapa Sawit.

Dengan dasar yang tidak adil yang diperkenalkan oleh pentadbiran Musa Aman maka Geran Communal dihapuskan lebih 9,000 Geran persendirian telah dikeluarkan.

Perkampungan yang terletak di hutan simpan telah diberi hak sebagai sebuah kampung yang sah namunpun satu ketika dulu di era Musa Aman mereka mengalami penderitaan kerana tanaman dan rumah mereka dibakar malahan ada orang kampung dimasukan dalam penjara.

SESB

Kejayaan besar Warisan mengembalikan SESB ke tangan negeri ini yang telah dijual kepada TNB pada tahun 1984. Selama itu hasil di kutip SESB dinikmati oleh Persekutuan sebagai pemegang saham 80% dan kononnya sepanjang tempoh syarikat mengalamai kerugian.

Projek projek yang membanjir tinggalan Musa Aman umpamanya pusat konvensyen antarabangsa Sabah(SICCL) dan Hotel mewah Yayasan Sabah bersebelahan dengan SICC menelan kos hampir RM1.6billion berjaya diteruskan oleh Datuk Seri Shafie Apdal dan manakala pembangunan infrastruktur baik di bawah negeri atau Persekutuan berjalan dengan jayanya.

ISU MA63

Pencapaian Warisan dalam rundingan dengan Persekutuan telah mencapai kejayaan di antaranya ;

1.Tuntutan duti eksport balak dan hasil hutan

2.Pengedaran gas dan kuasa kawal selia elektrik dan gas

3.Pelaksanaan Kerja Raya Persekutuan dan Negeri

4.Tenaga buruh di bawah kuasa Sabah

5.Kuasa negeri ke atas isu kesihatan

6.Pentadbiran Pulau Sipadan dan Ligitan

7.Isu pertanian dan perhutanan

COVID-19

Hanya pembangkang Sabah melihat usaha kerajaan Warisan menangani wabak ini gagal, tetapi sebenarnya adalah di antara negeri terbaik dapat mengatasi wabak Covid-19 dengan kerjasama KKM.

Kerajaan negeri melancarkan Pakej Bantuan Covid-19 Sabah, “Sabah, We Care” berjumlah RM670 juta yang bersifat inklusif meliputi bantuan kepada pelbagai golongan rakyat yang terjejas, petugas barisan hadapan, Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta peniaga kecil.

Dek kerana masalah teknikal dari segi agihan bantuan telah diperbesarkan oleh pembangkang tetapi tidak memgambil kira kelemahan agihan oleh kerajaan PN Bantuan Perihatin Rakyat yang banyak kecacatannya.

Bung Mokhtar seharusnya menghormati mandat rakyat dan berusaha untuk menjadi pembangkang yang baik dan bertanggungjawab untuk menghapuskan imej kerajaan yang terdahulu pencuri, penyangak, tembirang dan mengambil hak orang lain.

SEBARKAN UNTUK TATAPAN RAKYAT YANG CINTAKAN SABAH

Peletakan jawatan CEO Petronas dikaitkan dengan pindaan akta petroleum, Warisan

1 HARAM SEPERTI BABI

Peletakan jawatan CEO Petronas dikaitkan dengan pindaan akta petroleum, Warisan

Peletakan jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) Petronas, Wan Zulkiflee Wan Ariffin dikaitkan dengan rancangan untuk meminda Akta Pembangunan Petroluem, lapor The Edge.

Sumber-sumber dipetik berkata bahawa Wan Zulkiflee didakwa menentang rancangan untuk meminda undang-undang tersebut.

“Dia tidak menginginkannya (pindaan pada akta itu) terjadi di bawah pengawasannya,” kata seorang eksekutif yang tidak dinamakan.

Tidak jelas pindaan yang akan dibuat pada akta itu, namun akhbar perniagaan mingguan itu mengspekulasikan bahawa ia menguntungkan Sabah dan Sarawak, dua negeri yang mendapat royalti minyak hanya 5 peratus walaupun menyumbang 60 peratus daripada hasil minyak dan gas.
Dengan menjadikan akta itu lebih menguntungkan kepada Sabah dan Sarawak, kerajaan Perikatan Nasional, katanya, dapat berusaha untuk menarik parti Warisan di Sabah menjauhkan diri dari Pakatan Harapan.

Dalam kes seperti ini, ia juga mungkin dapat mengekalkan sokongan GPS Sarawak, yang mempunyai 18 kerusi Parlimen.

Spekulasi timbul bahawa Pakatan Harapan sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan GPS bagi mendapatkan majoriti yang cukup kuat untuk merebut kembali kuasa kerajaan persekutuan.

Peletakan jawatan Wan Zulkiflee dari Petronas diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin minggu lalu.

Dia akan berpindah ke Malaysia Airlines di mana dia akan menjadi pengerusi.

The Edge mengatakan bahawa perpindahan ke MAS mungkin atas permintaan Wan Zulkiflee sendiri.

Dia akan digantikan oleh ketua pegawai kewangan Petronas Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

8 MP WARISAN TETAP SETIA BERSAMA SHAFIE

1 8 WARISAN1 PN BEBASKAN PEROMPAK NEGARA1 TSMY RM 295 BILION

4 MP WARISAN KONON
LOMPAT JELAS KARUT
—1mp UPKO jua sokong
DSSA-

Diuar2kan konon 4 MP WARISAN bakal tinggalkan warisan itu KARUT dan AUTA.

9 MP termasuk DSSA tidak akan sia2kan amanah rakyat dan semua sepakat akan terus mewakili rakyat untuk lakukan yang terbaik buat rakyat.

Rasanya pihak lawan tidak perlu mencipta cerita yang karut dan 9 MP2 bukan jenis KATAK yang suka menggadai maruah.

Semua ke lapan2 MP warisan pilihan rakyat akan tetap berdiri bersama YAB Datuk Seri Shafie Apdal dan siap hadapi apa saja tekanan2 yang bakal dihadapi.

Usaha membeli MP2 warisan hanyalah kerja sia2 dan kerja terdesak.

Rakyat Sabah tetap berdiri bersama YAB ketua menteri dan siap sedia pertahankan apa saja kemungkinan2 tekanan kerajaan PN bawah pimpinan TSMY.

ISMAILY BUNGSU
Komunikasi
10/6/2020

Pemimpin Sabah isytihar ‘sokong padu’ kepimpinan Shafie Apdal

1 KEJI 6 JAHANAM1 DARAH MEMALI1 CAKAP KOSONG

KOTA KINABALU: Barisan pemimpin kerajaan di Sabah menempelak usaha ‘pihak tertentu’ yang menyebar khabar angin bahawa pentadbiran negeri akan bertukar.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, khabar angin yang disebarkan di media sosial baru-baru ini adalah tidak benar.

Jelas beliau, pihaknya kekal dengan pendirian menyokong kepimpinan Ketua Menteri,

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk terus menerajui kerajaan negeri.

Tanpa menyatakan siapakah ‘pihak tertentu’ dimaksudkan, beliau yang juga Ketua Whip Kerajaan Sabah turut menjelaskan pihaknya UPKO bersama-sama pemimpin Warisan dan Pakatan Harapan (PH) terus teguh mempertahankan Mohd Shafie.

“Kita tidak tahu siapa yang buat ini, tapi kita dapati dalam media sosial, dikeluarkan dalam media sosial jadi siapa yang buat ini memanglah ada pihak-pihak tertentu.

“Ada yang menyebarkan pelbagai penulisan dan sebagainya tetapi hari ini kita mahu tunjukkan kepimpinan kita adalah berdiri teguh di belakang kepimpinan Ketua Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di Maggelan Sutera Harbour,  pada Jumaat.

Hadir sama dalam majlis itu adalah seramai 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Warisan, UPKO dan PH.

Turut hadir adalah dua Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jaujan Sambakong dan Datuk Christina Liew.

Pemimpin Sabah isytihar ‘sokong padu’ kepimpinan Shafie Apdal

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan