Alhamdulillah, berita baik buat para mahasiswa
https://www.facebook.com/253313898013572/posts/2332549910089950/
Saya mengambil maklum isu mahasiswa mengikat perut seperti yang dilaporkan media sebagai berita utama baru-baru ini.
Saya sendiri telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk segera meluaskan program Foodbank Malaysia ke kampus universiti awam dengan menyalurkan bantuan makanan kepada mahasiswa memerlukan. Tindakan-tindakan yang telah diambil termasuklah:
1. Saya sendiri telah berjumpa 20 Timbalan Naib Canselor Universiti Awam dan mereka bersetuju mengadakan program Food Bank Malaysia di universiti masing-masing pada kadar segera;
2. Program Foodbank Malaysia telah bermula di Universiti Kebangsaan Malaysia – UKM pada 26/2/2019 dan di University of Malaya pada 07/03/2019.
3. Secara tentatif, program Foodbank Malaysia akan dimulakan di Universiti Putra Malaysia (21/03/2019), Uitm Pulau Pinang (23/03/2019), Universiti Malaysia Pahang (01/04/2019), Universiti Sains Malaysia (08/04/2019), Universiti Utara Malaysia(15/04/2019) dan Universiti Malaysia Sabah (22/04/2019);
4. KPDNHEP-Laman Rasmi memainkan peranan sebagai penghubung dan mendapatkan komitmen daripada pasaraya-pasaraya untuk menyumbangkan lebihan makanan dan diambil oleh rakan strategik KPDNHEP iaitu Food Aid Foundation, Kechara Soup Kitchen dan Mutiara Food Bank untuk pengagihan;
5. Setakat ini, KPDNHEP berjaya mendapatkan komitmen sejumlah 430 pasaraya cawangan seluruh Malaysia untuk menyumbang lebihan makanan;
6. Operasi Foodbank Malaysia di kampus universiti akan dikendalikan oleh mahasiswa sebagai langkah memperkasa kempen kesukarelawanan di peringkat universiti.
7. Yayasan Foodbank Malaysia juga telah ditubuhkan dan bersedia untuk beroperasi sebagai penggerak kepada program Foodbank Malaysia seluruh negara;
8. KPDNHEP dalam proses konsultasi merujuk pihak-pihak berkenaan untuk merangka satu Rang Undang-Undang berkenaan pelaksanaan bank makanan di Malaysia untuk dibentang di Parlimen hujung tahun ini;
9. Saya sendiri secara peribadi telah menyampaikan isu ini kepada Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan dan kedua-dua bersedia membantu dari segi keperluan kewangan dan logistik.
10. Isu mahasiswa lapar ini secara peribadi amat dekat di hati saya dan saya akan berikan sepenuh masa untuk selesaikan isu ini secepat mungkin.
“Saya Tiada Duit Untuk Makan”. Sebak, Pelajar Ambil Makanan Percuma Tinggalkan Nota Ini

” Saya dah berhari tak ada duit untuk makan.. terima kasih banyak..” antara bait ayat pada sekeping nota dalam keratan kertas separuh koyak yang ternyata menyentuh hati.
Nota yang ditulis oleh seorang mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu dijumpai di sebuah kios makanan oleh sukarelawan yang bertanggungjawab menyediakan makanan percuma kepada pelajar di situ.
” Assalamualaikum… terima kasih pada pihak yang memberikan free food. Saya dah berhari tak ada duit untuk makan. Terima kasih banyak. Saya dapat makan hari ni. Saya ambil lebih 1. Terima kasih. Semoga Allah murahkan rezeki tuan/puan. Pelajar UMT,” tulis nota tersebut.
Gambar : nota ditinggalkan pelajar
” Terima kasih kerana sudi menghulurkan bantuan kepada yang kurang kemampuan seperti saya. Semoga anda dimurahkan rezeki, assalamualaikum,” tulis seorang mahasiswa.
Secebis kisah ini membuktikan bahawa isu mahasiswa yang terpaksa mengikat perut kerana kekangan kewangan seperti yang tular sebelum ini, tidak harus dipandang remeh.
Kos sara hidup yang meningkat menyebabkan sebilangan golongan mahasiswa turut terkena tempiasnya dan perlu berjimat-cermat demi memastikan wang pinjaman yang diterima cukup sehingga habis semester.
Bukan semua pelajar berkemampuan
Bukan semua mereka yang bergelar mahasiswa berasal daripada golongan yang berkemampuan apatah lagi jika tinggal di ibu kota yang pastinya menelan perbelanjaan yang bukan sedikit.
Oleh itu, projek Act of Kindness – AOK dan Gerobok Rezeki (GR) telah ditubuhkan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam usaha membantu pelajar mereka yang tidak berkemampuan ini.
Hasil usaha dan sumbangan oleh kakitangan universiti sendiri, kini mereka mampu menyediakan tiga kios khas untuk meletakkan makanan percuma sejak tahun lalu.
Tidak cukup dengan makanan, pelajar juga boleh mendapatkan keperluan harian asas seperti beras, tepung, susu, teh, kicap, sos, ubat gigi, sabun serta pelbagai keperluan lain lagi di kios yang dinamakan Gerobok Rezeki.
Gambar : nota ditinggalkan pelajar
Moga usaha yang dilakukan ini menjadi satu contoh kepada semua pihak di luar sana dalam memastikan soal makan minum mahasiswa terjamin. Inisiatif ini juga menjadi bukti bahawa tanggungjawab sosial bukan lagi satu pilihan tetapi tindakan yang perlu dilakukan. Tahniah.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose
Sumber : siakapkeli