Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Kutipan SST 2019 diunjurkan RM22 bilion

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengunjurkan kutipan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), yang diperkenalkan semula pada 1 September 2018, berjumlah RM22 bilion bagi keseluruhan tahun 2019, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah.
Selain menjadi sumber pendapatan negara, beliau berkata, pengenalan semula sistem percukaian SST bagi menggantikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) itu telah banyak membantu meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat.
“Ia melalui penjimatan daripada cukai tidak langsung semasa SST berbanding yang perlu dibayar oleh mereka sewaktu pengenaan cukai GST.
“Pengenalan semula SST secara amnya tidak menyebabkan berlaku kenaikan pada harga barang dan perkhidmatan. Sebagai contoh Indeks Harga Pengguna (IHP) tidak menunjukkan peningkatan ketara,” katanya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan di persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Donald Peter Mojuntin yang ingin tahu anggaran pendapatan kerajaan di bawah sistem percukaian SST dan sama ada sistem percukaian itu berkesan dalam mengurangkan kos sara hidup.
Amiruddin berkata, skop pengenaan cukai jualan dan perkhidmatan di bawah sistem SST adalah lebih kecil berbanding di bawah sistem GST di mana pelbagai jenis barang dan keperluan asas pengguna seperti barang makanan asas tidak dikenakan cukai jualan.
Mengenai cukai perkhidmatan, beliau berkata cukai hanya dikenakan ke atas beberapa jenis perkhidmatan tertentu sahaja.
Menjawab soalan tambahan Mojuntin mengenai bagaimana kerajaan menangani ‘shortfall’ lebih RM20 bilion berbanding pendapatan cukai semasa GST dilaksanakan berjumlah RM44 bilion, Amiruddin mengakui bahawa ‘short fall’ memang berlaku, namun memberi komitmen bahawa kerajaan akan berusaha mengecilkan nilai ‘shortfall’ tersebut.
“Dalam usaha memastikan kerja-kerja pembangunan dan belanja mengurus negara dapat diteruskan, kerajaan optimis apabila ekonomi diuruskan secara lebih baik sehingga dapat meyakinkan pelabur masuk serta mewujudkan peluang perniagaan maka jumlah kutipan cukai-cukai berkenaan akan bertambah,” katanya. – Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/39600/BERITA/Nasional/Kutipan-SST-2019-diunjurkan-RM22-bilion?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Kutipan SST 2019 diunjurkan RM22 bilion&utm_content=&utm_term=
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

https://www.sinarharian.com.my/article/39600/BERITA/Nasional/Kutipan-SST-2019-diunjurkan-RM22-bilion?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Kutipan%20SST%202019%20diunjurkan%20RM22%20bilion&utm_content=&utm_term=

Semoga SST memberi manfaat untuk rakyat berbanding dengan GST yang hanya mengkayakan najib & kroninya sahaja.

Malaysia diiktiraf tempat pertama daripada 67 buah negara terbaik untuk pelaburan

Malaysia negara terbaik di dunia untuk pelaburan

Malaysia telah diiktiraf di tempat pertama daripada 67 buah negara disebabkan daya tarikan yang merangkumi beberapa faktor utama. – Gambar BERNAMA

Malaysia has been crowned as the best country in the world to invest in or do business for 2019, according to the CEOWORLD magazine. Ranked number 1 among 67 countries, 🇲🇾 continues to be the most attractive destination for investors and businessmen.

https://twitter.com/OfficialMIDA/status/1148828136416538627/photo/1?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1148828136416538627&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fberita-bisnes%2Fmalaysia-negara-terbaik-di-dunia-untuk-pelaburan-212333

KUALA LUMPUR: Malaysia dinobat sebagai negara terbaik di dunia untuk pelaburan dan menjalankan perniagaan bagi 2019, menurut CEOWORLD Magazine.

Malaysia diiktiraf tempat pertama daripada 67 buah negara disebabkan daya tarikan yang merangkumi beberapa faktor utama.

Antaranya seperti korupsi, kebebasan (peribadi, dagangan dan monetari),  tenaga kerja berkepakaran, perlindungan pelabur, infrastruktur, cukai, kualiti hidup, kerenah birokrasi dan kesediaan teknologi.

http://www.astroawani.com/berita-bisnes/malaysia-negara-terbaik-di-dunia-untuk-pelaburan-212333