MENJAWAB TUDUHAN JAHAT Kamarul TERHADAP DR DZULKILEE AHMAD

1 JEMAAH TABLIGH1 menteri kurang sihat1 NEGARA DI DUNIA1 PKP KKM 5

MENJAWAB TUDUHAN JAHAT Kamarul TERHADAP DR DZULKILEE AHMAD

Di dalam Dr Adham Baba teruk dihentam netizen dan rakyat Malaysia di atas kenyataan-kenyataan bodoh beliau, tiba-tiba muncul seorang pseudo intellek bernama Kamarul Yusoff memfitnah dan menista mantan Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Dzulkiflee Ahmad.

Tiba-tiba Dr Zul digelar sebagai nyanyuk oleh beliau.

Sikap Dr.Kamarul ini lebih sesuai digelar machai dari seorang yg mempunyai ijazah PhD.

Sebelum ini beliau menghentam Dr. Musa Nordin semata-mata mahu mempertahankan Menteri beliau yang juga berbuat kerja bodoh membasuh jalanraya walaupun sebenarnya virus Covid 19 ini tidak duduk di atas jalan raya. Macam2 kecaman dilayangkan pada Dr Musa Nordin padahalnya jasa Dr Musa Nordin jauh jauh lebih besar dari beliau di dalam memerangai wabak COvid 19 ini berbanding beliau hanya yang duduk depan laptop.

Di sini ingin saya menjawab hujjah2 fitnah Dr. Kamarul itu yang boleh dibaca di sini ()

KAMARUL KATA: (4) Dalam sidang media harian berhubung wabak Covid-19 pada 12 Februari 2020, Datuk Seri Dr Dzulkefly, ketika ditanya mengenai amaran WHO ini, menepisnya dengan berkata Malaysia belum lagi sampai ke peringkat itu dan belum ada keperluan untuk kerajaan melaksanakan saranan WHO supaya menangguhkan perhimpunan awam.

JAWAPAN: Sehingga hari terakhir Dr Dzulkiflee Ahmad menjadi Menteri Kesihatan, bilangan kes aktif pada masa itu hanyalah 22. Ditambah dengan 12 hari berturut-turut tiada kes baru.

Adalah bodoh dan tolol bagi Kementrian Kesihatan utk mengharamkan perhimpunan awam atau menjalankan “lockdown” pada masa itu. Jelas di bawah pengawasan Dr. Dzul, kluster-kluster berjaya dikecilkan dan dikawal TANPA ADA LOCKDOWN MAHUPUN PENGHARAMAN PERKUMPULAN.

Juga, dalam sidang akhbar yang sama Dr Dzulkiflee Ahmad berkata “Kami akan sentiasa menilai dan menyemak situasi.

Mungkin Dr Kamarul tidak faham kenyataan itu tapi ia bermakna keadaan akan dipantau sentiasa secara harian. Tindakan akan terus diambil dengan segera sekiranhya keadaan berubah menjadi semakin buruk.

Malangnya Langkah Sheraton telah pemantauan Dr Dzul pada 24hb Februari sedangkan ijtimak Tabligh berlaku pada 27 hb February 2020.

Apa2 pun Langkah dan Tindakan Dr Dzulkilee Ahmad tempohari mendapat pujian dari WHO dan ramai pakar2 wabak seluruh dunia. Tiada yang mempersoalkan tindakan dan keputusan beliau kecuali Dr. Kamarul Yusoff yang hampir tiada sumbangan kepada pengawalan wabak Covid 19 di Malaysia.

LANGKAH SHERATON PUNCA SEBENAR MEREBAKNYA KLUSTER TABLIGH

Keadaan adalah amat terkawal sewaktu Dr Dzul menjadi Menteri Kesihatan. Kes cuma 22 dan selama 12 hari tiada kes baru.

Dengan kata lain, dalang sebenar di belakang penyebaran kluster Tabligh adalah konspirator-konspirator Langkah Sheraton yang juga melibatkan pemimpin2 UMNO dan PAS juga.

Jika tiada Langkah Sheraton kemungkinan besar kita tidak perlu ada PKP dan pemberhentian kegiatan ekonomi seluruh Malaysia.

Di kala Malaysia sedang dalam keadaan berjaga-jaga akibat wabak Covid 19, puak2 ini sebuk hendak merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan. Fokus memantau dan mengawal wabak Covid 19 hilang angkara Langkah Sheraton itu.

Tampaknya, rakyat Malaysia beruntung mendapat pemimpin-pemimpin yang begitu prihatin ke atas kemakmuran rakyat Malaysia. Mereka meletakkan kepentingan diri mereka sendiri di atas kepentingan rakyat dan mereka ada Dr. Kamarul Yusoff mempertahankan segala tindakan bodoh dan keji mereka. Mungkin selepas ini Dr Kamarul boleh menulis artikel menghalakan tindakan sumbang Sandakan satu masa dahulu

Konspirator-konspirator Langkah Sheraton sekarang ini sedang sebuk membahagi-bahagi ghanimah harta rampasan perang sesama mereka manakala rakyat Malaysia terpaksa menanggung kesusahan dan kemiskinan, kehilang an pekerjaan dan mata pencarian, kebuluran, kesakitan dan juga maut.

Kluster Tabligh sepatutnya boleh terkawal namun sepanjang Kluster ini tersebar Malaysia tidak mempunyai kerajaan untuk memantau dan mengawal penularan wabak ini lantaran Langkah Sheraton yang keji dan jahat itu.

Asalkan Melayu bukan Cina, jahat takpa.

TULANG BESI
https://www.malaysiawaves.net/2020/04/menjawab-tuduhan-jahat-kamarul-yusoff.html