Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

SELEPAS PKR DIPECAHKAN, APAKAH PH JUGA AKAN PECAH ANGKARA MAHATHIR?

1 MAHATHIR DALAM TONG SAMPAH

SELEPAS PKR DIPECAHKAN, APAKAH PH JUGA AKAN PECAH ANGKARA MAHATHIR?
Shahbudin Husin
Bermulanya PKR pecah ialah apabila Azmin Ali yang sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRU14 pada 2018, tiba-tiba dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi oleh Tun Mahathir Mohamad.

Dengan memegang jawatan sebuah kementerian baru yang kanan itu, Azmin mula dilihat sebagai anak emas baru kepada Tun Mahathir.

Apa lagi, oleh kerana sudah memegang jawatan Menteri Besar Selangor, PKR tidak pernah menyenaraikan nama Azmin untuk dilantik sebagai menteri kabinet.

Apabila dijadikan menteri, gambarannya ialah Azmin dilantik itu bukan oleh syor PKR, tetapi melalui kuasa mutlak Tun Mahathir.

Selepas itu, Azmin bukan saja memperlihatkan mentor politik yang didewakannya ialah Tun Mahathir, malah mula bercakap dengan nada yang berbeza berkaitan peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.

Seterusnya, itulah yang mendorong Rafizi Ramli mengambil keputusan mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR atas alasan laluan Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri akan menjadi sukar jika Azmin terus kekal di jawatan itu.

Kemenangan Azmin mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PKR, meskipun dengan undi tipis, bukan saja tambah meretakkan PKR dan menjauhkan lagi hubungannya dengan Anwar, malah Azmin mula secara terbuka mahukan Tun Mahathir kekal sehingga penggal, suatu hakikat benarnya jangkaan Rafizi.

Sehinggalah mesyuarat terakhir Majlis Presiden PH pada 21 Februari lalu, itulah pendirian keras Azmin, sebelum pada 23 Februari beliau menganjurkan Langkah Sheraton yang membuatkan kerajaan PH tumbang jadinya.

Harus difahami, gerakan Azmin bersama UMNO, Pas, GPS, Warisan, serpihan PKR dan kemudian disertai oleh Muhyiddin Yassin pada awal dan sepanjang masa perancangannya adalah untuk mewujudkan sebuah kerajaan baru yang mengenepikan PKR, DAP serta amanah.

Kerajaan baru itu masih mengekalkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan oleh kerana Muhyiddin setuju menyertainya, beliau telah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, suatu jawatan yang sepatutnya diperuntukkan kepada Azmin sebelum itu.

Itulah sebabnya pada petang 23 Februari itu mereka mengadakan pertemuan di rumah Tun Mahathir yang mana gambar pertemuan itu telah tersebar luas baru-baru ini.

Hakikatnya, semua kecelaruan dalam PKR dan PH tidak akan berlaku jika Azmin tidak dijadikan menteri dan ketika ini beliau masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Semuanya adalah agenda Tun Mahathir untuk memecah-belahkan PKR dan memperlihatkan Anwar hilang kawalan terhadap partinya sendiri – suatu alasan paling mudah untuk berhujah bahawa beliau tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri dan Tun Mahathir kekal selama-lamanya memegang kuasa.

Di waktu yang sama, Tun Mahathir pula terus melengah-lengahkan peralihan kuasa, sambil mengukuhkan kedudukan dengan menjalin hubungan di belakang tabir dengan Pas dan juga UMNO.

Hari ini, walaupun PH sudah tumbang dan Tun Mahathir turut jatuh daripada kerusi Perdana Menteri, perpecahan dalam PKR terus berlaku susulan racun yang ditaburnya melalui sikap memanja, memberi keselesaan serta memberi harapan masa depan kepada Azmin.

Adalah difahami, semuanya berpunca daripada Tun Mahathir yang memang tidak mahu melihat Anwar menjadi Perdana Menteri.

Hari ini juga, di sebalik sudah terjatuh, Tun Mahathir tetap berusaha menyekat kemaraan Anwar, walaupun beliau tiada apa-apa dan bukan sesiapa lagi dalam Bersatu dan juga PH.

Hanya dengan kedudukannya sebagai bekas Perdana Menteri dan bekas Pengerusi PH, Tun Mahathir secara berterusan masih mengikat DAP dan Amanah bersama-samanya dengan selalu memanggil pemimpin kedua-dua parti itu bertemu serta bermesyuarat dengannya.

Tidak tahulah apa yang dijanjikannya kepada mereka, tetapi pemimpin DAP dan Amanah seolah-olah begitu terpikat dengannya sekarang ini, walaupun sejarah masa lalu Tun Mahathir terhadap mereka tidaklah baik sangat sewaktu berkuasa di era BN dahulu.

Sebab itu, baik apabila Tun Mahathir mahu mencalonkan dirinya sekali lagi atau menonjolkan Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri, kecenderungan DAP dan Amanah ialah menyokong beliau.

Malah, pemimpin DAP dan Amanah juga, tanpa perasaan hormat, sudah berani menyanggah Anwar dan membela Tun Mahathir melalui kenyataan media, walhal mereka adalah anggota rasmi PH bersama PKR yang secara logiknya segala permasalahan sepatutnya diselesaikan melalui mesyuarat atau saluran parti.

Malangnya, Tun Mahathir yang tiada apa-apa dan bukan sesiapa itu pula yang lebih mereka sanjungi.

Sekali lagi, sama seperti beliau memecah-belahkan PKR sebelum ini, Tun Mahathir sekali lagi ternampak mahu memperlihatkan PH yang dipimpin oleh Anwar sebagai tidak stabil dan berpecah akhirnya.

Kalau dulu Azmin adalah tempatnya menabur racun kepada PKR, kini DAP dan Amanah pula tapak semaian untuk memecah-belahkan PH.

Kepada DAP dan Amanah, lihatlah sejarah dan bukalah mata sementara PH pada ketika ini masih lagi belum terlambat untuk diselamatkan. (Shahbudindotcom 30/06/2020

Pelan peralihan kuasa, muktamadkan tarikh Anwar PM ke-8 – Maha Firaun Pengkhianat.

Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir Mohamad

1 PENGKHIANAT MESIR

1 MAHA FIRAUN M1 SAYA MAHA FIRAUN

TAJUK berita hari ini berbunyi, “Tarikh khusus peralihan kuasa wajar dibincang – Anwar” adalah cukup menarik untuk dibincangkan. Ia kenyataan yang berani, dan solid pada masanya.Ya setuju dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sememangnya peralihan kuasa perlu ada tarikh khusus, ia dinamakan sebagai pelan peralihan kuasa. Sudah sampai masanya perbincangan peralihan kuasa menjurus hingga kepada perincian tarikhnya.

Tun M sudah berulang kali menyebut akan serah kuasa, akan kotakan janji. Namun latar masanya tidak konsisten, 2 tahun, 3 tahun, hingga ekonomi stabil, hingga segala masalah selesai?

Jika kata putusnya ialah hingga masalah ekonomi negara selesai, namun apa yang lebih diyakini ialah masalah ekonomi negara tidak boleh selesai selagi peralihan kuasa tidak berlaku.

Tiada kepastian ini meletakkan negara di kedudukan yang tidak progresif. Malah ekonomi juga semakin tidak menentu dan seperti hilang arah sebagaimana menterinya.

Jika sudah termeterai tarikh khusus dengan tempoh masa yang diunjurkan, maka negara akan lebih bersedia. Ekonomi negara khususnya tidak lagi teragak-agak untuk bergerak selari dengan pelan peralihan kuasa yang sudah dimuktamadkan secara terperinci.

Ekonomi Malaysia dijangka beransur kukuh dan mapan menjelang tarikh peralihan kuasa apabila pelabur luar mula mendapat keyakinan awal. Indeks pasaran saham negara akan kembali positif dan melonjak dengan kerancakan pelabur Arab, Turki, Eropah, China dan Jepun, datang ke negara ini demi menyemai keyakinan terhadap Anwar yang mereka kenal, harimau ekonomi Asia.

Anjakan paradigma akan berlaku dalam erti kata yang sebenar. Rakyat akan mula bersatu dan berpadu menuju ke detik ini, sebuah negara rakyat dalam pembikinan.

Percaya dan yakinlah, Anwar Ibrahim adalah sosok yang paling layak untuk mengemudi tanah air dan menyelesaikan masalah negara ini.

Masalah ekonomi, masalah sosial dan masalah perpaduan, semua ini mampu ditangani oleh Anwar tanpa meminggirkan isu-isu rakyat yang selama ini menjadi zikir naratifnya, bukan cukong kaya-raya atau kroni Disneyland dan sebagainya.

Sudah sampai masanya pelan peralihan kuasa mengambil tempat untuk dimulakan, tarikh keramat sebuah reformasi perlu dimuktamadkan untuk menobatkan Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-8, Perdana Menteri RAKYAT.

* Edy Noor Reduan ialah aktivis blogger

https://www.sinarharian.com.my/article/64670/KHAS/Pendapat/Mulakan-pelan-peralihan-kuasa-muktamadkan-tarikh-Anwar-PM-ke-8

Dulu Memenjarakan Anwar Ibrahim, Kini Menafikan Hak Anwar Sebagai PM- Kejahatan Mahathir

Image may contain: 3 people

Banyak generasi muda benci Anwar kerana kerajaan sebelum ini mengunakan pelbagi media masa utk memalukan dia salama 22 tahun dgn pelbagai tuduhan palsu.

Generasi muda tidak fikir kenapa semua Pemerintah dulu dan sekarang begitu takut dgn perkembangan beliau.

Kenapa beliau saja jadi sasaran kerajaan 2x ?

Genarasi muda sekarang kurang mengenali tentang beliau? Tahukah mereka yg beliau adalah Bapa reformasi dan juga bapa yg pertama menentang kleptokarasi, autoritarian.

Generasi muda tidak tahu kisah Anwar melalui latihan kepimpinan belia Asia dengan ramai tokoh-tokoh pemimpin belia Indonesia dan Asia seawal 1970.

Generasi muda tidak tahu Putera Raja Arab Saudi pernah mencari tokoh belia Islam sekitar 1970an kerana Putera Raja Saudi mahu membantu negara-negara Islam pembangunan Islam di Malaysia. Tengku Razaliegh Hamzah menyebut nama Anwar kepada Putera Raja Arab Saudi itu.

Generasi muda pun tidak tahu Anwar hanya menaiki motosikal kapcai pada September 1998 apabila akhirnya beliau ditangkap di rumahnya.

Generasi muda malah tidak tahu DS Wan Azizah masih bekerja di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) awal tahun 2000 sebelum bersara dan menceburkan diri dalam politik sepenuh masa.

Generasi muda tidak tahu pihak penjara turut menyediakan meja bacaan, buku dan alat tulis kepada Anwar dan Syed Husin Ali di Kem Tahanan Kamunting, Taiping. Ada lawatan keluarga dan sahabat tetapi generasi muda tidak tahu siapakah yang datang melawat?

Sesiapa yg sayang Reformasi negara dan beliau sepatunya share tentang informasi sejarah beliau kepada generasi muda yg hanya tahumain PUBG , FB, Tiktok saje.

Jangan biarkan dia jadi kurang pupular kerana dia seorang saje rakyat harapkam utk reformasi institusi kerajaan.

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=239565170761211&set=pcb.239565250761203&type=3&theater

Kita sedang hadapi malapetaka – Maha Firaun.

1 maha firaun

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengulangi kebimbangan beliau mengenai keadaan kemelesetan ekonomi akibat wabak Covid-19.

“Apa yang terjadi di Malaysia juga sedang berlaku di seluruh dunia. Industri perlu tutup atau paling tidak mengurangkan pengeluaran. Eksport dan import akan menerima kesan.

“Ekonomi akan meleset di seluruh dunia. Malah negara-negara paling kayapun akan menderita.

“Sebenarnya kita semua sedang berhadapan dengan malapetaka,” katanya pada hantaran terbaru di blognya hari ini.

Dr Mahathir juga berkata perniagaan kecil mengalami “kerugian cukup teruk,” manakala industri penerbangan dan pelancongan juga merudum.

“Pekerja akan menderita kerana mungkin diberhentikan. Majikan juga tidak akan dapat menjana keuntungan untuk membayar gaji pekerja,” katanya lagi.

Menjelaskan lanjut, MP Langkawi berkata negara menghadapi cabaran besar kerana pergantungan belanjawan terhadap hasil industri minyak dan gas.

“Di Malaysia, industri petroleum tidak besar. Tetapi ia penyumbang besar kepada hasil kerajaan…

“Pakej rangsangan (ekonomi) melibatkan kenaikan perbelanjaan kerajaan dan pengurangan hasil cukai,” katanya.

Keuntungan kerajaan, kata Mahathir akan merosot sehingga 50 peratus kerana penurunan harga minyak dunia, memandangkan belanjawan 2020 dibuat bersandarkan jangkaan hasil Petronas pada harga AS$63 setong.

Tambahnya, ini bermakna hasil kerajaan mungkin akan berkurangan sebanyak RM30 bilion. Setakat semalam, harga minyak mentah Brent adalah AS$25.89 satu tong.

Pada 16 Mac lalu, Dr Mahathir Mohamad berkata situasi wabak Covid-19 pada masa ini adalah lebih buruk daripada krisis ekonomi yang pernah didepaninya pada tahun 1997.

“Ini adalah lebih buruk daripada krisis kewangan itu,” katanya dalam temu bual dengan Bloomberg TV.

“Ia benar-benar merupakan satu tamparan dahsyat terhadap ekonomi seluruh dunia,” katanya menjelaskan keyakinan pelabur pada masa ini sangat rendah.

Semalam, dilaporkan pelabur asing di Bursa Saham Malaysia terus menjual pegangan ekuitinya minggu ini.

Sejumlah RM1.53 bilion mengalir keluar dari Isnin hingga Khamis lalu, berbanding aliran keluar bernilai RM1.43 bilion yang dicatatkan di antara 9 dengan 12 Mac, berikutan ketidaktentuan ketara yang dialami pasaran.

Pada 27 Feb lalu, Dr Mahathir Mohamad ketika berkhidmat sebagai perdana menteri interim mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bernilai RM20 bilion untuk membantu negara berdepan ketidaktentuan ekonomi akibat penularan Covid-19.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac pula mengumumkan empat langkah tambahan terhadap pakej itu, ekoran peningkatan mendadak kes Covid-19.

1 JAHANAM

Ia melibatkan bantuan tunai bulanan kepada pekerja berpendapatan bawah RM4,000 yang terpaksa bercuti tanpa gaji, diskaun caj elektrik, pembayaran awal Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pelaksanaan projek-projek kecil PRE2020 yang berjumlah RM20 bilion.

Ekonomi besar di seluruh dunia juga sedang mengusahakan pakej rangsangan bagi berhadapan kegawatan ekonomi.

Misalnya, Amerika Syarikat bercadang menyediakan pakej rangsangan berjumlah AS$1 trilion, lebih besar daripada suntikan dana bagi menghadapi krisis kewangan 2008, dengan mensasarkan sejumlah AS$250 bilion sebagai bantuan langsung berupa bayaran AS$1,000 kepada setiap warganya.

Sementara itu, New Zealand pula mengumumkan pakej perbelanjaan bernilai NZ$12.1 bilion, bersamaan empat peratus nilai KDNK, dalam usaha menangani kesan ekonomi ekoran penularan Covid-19.

Ia termasuk subsidi pendapatan, memperkasa sektor perkhidmatan, bantuan tunai kepada keluarga berpendapatan rendah dan kebajikan sosial selain turut melibatkan pekerja yang terpaksa bercuti atau pekerja yang terpaksa menjaga ahli keluarga yang positif Covid-19.

Pekerja sepenuh masa di New Zealand akan menerima bantuan NZ$585 pada setiap minggu, manakala pekerja sambilan akan mendapat NZ$350 seminggu.

https://www.malaysiakini.com/news/516376