Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Pray For & Save Australia

Image may contain: text

Kebakaran di Australia, Malaysia sedia hulur bantuan.

Malaysia bersiap sedia untuk menghulur bantuan yang perlu bagi membantu Australia yang kini berhadapan dengan krisis kebakaran hutan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

RAHMATAN LIL ALAMIN (RLA) Menjadi Dasar Pentadbiran Islam

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing, people sitting and indoor

Alhamdulillah.. Hadiah harijadi yang tidak ternilai. Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju RAHMATAN LIL ALAMIN menjadi Dasar Pentadbiran Islam. Tahniah kepada semua yang gigih berusaha.

#RahmatanLilAlamin
#Rahmah

Sultan Kedah sokong konsep Negara Rahmah

 

Sultan Kedah bertitah, pendekatan rahmah haruslah diterjemahkan bagi membela golongan kanak-kanak, orang tua, wanita, fakir miskin, anak yatim, mualaf, orang kurang upaya dan pesakit kronik, malah haiwan serta alam sekitar. – Foto Bernama

1 A CERDIK1 TUN SAYANG1 MUJAHID1 A TERANCAM

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah baginda menyokong usaha kerajaan untuk memperkenalkan konsep Negara Rahmah khususnya melalui pendekatan Rahmatan Lil ‘Alamin dan Maqasid Syariah berteraskan ajaran Islam sebenar sejajar tema Maal Hijrah, Negara Rahmah Ummah Sejahtera tahun ini.

Sultan Sallehuddin bertitah bahawa Negara Rahmah harus meliputi agenda reformasi pemikiran, pemurnian semula falsafah kehidupan dan pelaksanaan pendekatan pengurusan ummah yang menggunakan acuan menyeluruh demi membawa matlamat kesejahteraan hidup, keharmonian dan keprihatinan terhadap semua makhluk.

Baginda menegaskan, pendekatan rahmah juga haruslah diterjemahkan bagi membela golongan kanak-kanak, orang tua, wanita, fakir miskin, anak yatim, mualaf, orang kurang upaya (OKU) dan pesakit kronik, malah haiwan serta alam sekitar.

“Pendekatan diperkenalkan berkenaan wajar diterima semua pihak tanpa mengira fahaman dan warna politik demi mencapai status negara maju terutamanya dalam menyerlahkan kesyumulan, Islam yang relevan serta sesuai sepanjang zaman.

“Bahkan, dunia Islam hari ini menaruh harapan tinggi agar Malaysia menjadi model negara Islam moden yang berprestasi tinggi serta mementingkan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya,” titah baginda sempena Majlis Perhimpunan sempena Sambutan Maal Hijrah 1441H/2019M Kedah di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman di sini.

Berangkat sama, Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff,Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. – Sinar Harian

http://www.yadim.com.my/v2/sultan-kedah-sokong-konsep-negara-rahmah/?fbclid=IwAR2OaW320PTtQK8ckCJ82TqqW46zr_z5Fcmj685jW_KfmRUV8QZUEncPaLM

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/piagam-perpaduan-ummah-umnopas/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/kelantan-pada-zahir-dibawah-pemerintahan-ulamak-tetapi-pada-hakikat-kaum-cina-menguasai-ekonomi-negeri-kelantan/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/isu-jawi-pas-menjadi-khadam-mca/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/geng-musang-berbulu-ayam-di-bumi-malaysia/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/pas-cabar-paderi-kristian-sertai-politik-pilih-parti-tanding-pru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/apabila-parti-umno-dan-pas-terancam-maka-fitnah-bermula/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/bila-sprm-nak-tangkap-rosmah/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/lhdn-saman-ku-nan-tuntut-bayar-cukai-pendapatan-rm57-17-juta-2/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/ikhwan-global-adalah-al-arqam-berwajah-baru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/05/jpa-nafi-akan-hentikan-bayaran-pencen/

Rakyat Kelantan Sejak Turun Temurun Menggunakan Produk Thailand Yang Murah Dan Mudah Didapati Di Negeri Kelantan Tanpa Ada Tanda Halal Jakim, Bermula Dari Beras, Buah-Buhan, Sayuran, Pinggan Mangkuk, Pakaian Dan Sebagainya. Semua Produk Thailand Yang Bukan Keluaran Orang Islam. Penduduk Islam Melayu Patani Juga ( Saudara Mara TMB Kelantan Nik Amar ) Sudah Hidup Turun Temurun Dan Telah Menjadi Sebati Dengan Darah Daging Mereka  Menggunakan Produk Thailand Yang Dihasilkan Di Bangkok Dan Sebagainya.

 

Forum Hal Ehwal Islam dengan tajuk ISLAM TERANCAM?? APA PERANAN KITA

Image may contain: 4 people, people smiling, text

Forum Hal Ehwal Islam dengan tajuk ISLAM TERANCAM?? APA PERANAN KITA

Ahli Panel
Alfadhil Ustaz Haji Nik Omar Nik Aziz YDP YADIM
Ustaz Hashim PCs Pegawai Agama Pejabat Pengerusi KADA
Ustaz Fauwaz Fadzil Noor ( Pendakwah)

Moderator Ustaz Haji Ahmad Baihaki ( Bekas MP Pas Kubang Kerian)

Pada 15hb Ogos 2019
Hari Khamis
Jam 9 malam
Tempat Dewan Pusat Sumber Bhgn Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan

Anjuran YADIM & Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan AnNur

Dengan Kerjasama Bhgn Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan

Masjid 200 tahun buka pintu untuk galakkan pemahaman antara agama

Masjid Kapitan Keling yang berusia 217 tahun di Pulau Pinang mengajak orang bukan Islam berkunjung ke rumah ibadat itu esok.

Acara itu diadakan bagi mempromosikan keharmonian antara agama dan menghubungkan umat Islam dan bukan Islam sempena dengan Hari Warisan Dunia Unesco di George Town.

Dalam acara dua hari mulai esok dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang, al-Quran dan terjemahan bahasa Inggeris dan Mandarin akan turut diedarkan percuma.

Iklan

Pelawat juga boleh bertanya pelbagai soalan berkaitan Islam dan dunia Islam.

“Islam ialah agama yang disalah faham dan orang Islam ialah masyarakat yang disalah faham.

“Dengan hadir ke masjid, dengan suasana keindahan dan kerohanian, kami harap orang bukan Islam dapat belajar tentang seni bina lama dan tahu kedudukan Islam dalam masyarakat pelbagai kaum,” kata penganjurnya Kamarudin Abdullah.

 Ketika diwawancara Malaysiakini, Kamarudin sebagai ketua Biro dakwah masjid itu berkata mereka bukan cuba untuk mengislamkan pengunjung tetapi menjelaskan tentang umat Islam.

Sejak acara sebegitu diadakan sejak 1992, Masjid Kapitan Keling kini mampu kira-kira 50 pelancong sehari dan sehingga 3,000 orang semasa acara Hari Warisan Dunia.

Setiap tahun, kira-kira 10,000 orang, kebanyakannya orang Cina, menjejakkan kaki di masjid itu.

Ditanya sama ada beliau turut menggalakkan orang Islam mengunjungi rumah ibadat agama lain, Kamarudin mengiyakannya.

“Tetapi kita harus faham bukan semua orang terbuka dengan lawatan sebegitu lagi, tidak semua orang Islam mahu lakukannya.

“Bagaimanapun untuk permulaan, kita akan lihat orang Islam yang faham akan lakukannya supaya kita boleh berdialog dengan pihak lain,” katanya.

[Baca berita asal]

Perbuatan jatuh hukum tanpa sebab perangai Abu Jahal – Nik Omar

YANG Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz menyifatkan perbuatan menjatuhkan hukum tanpa sebab munasabah, adalah perangai Abu Jahal dan Abu Lahab.

Ahad lalu, ketika ucapan penggulungan Muktamar Pas ke-65 di Kuantan, Ketua Dewan Ulama Pas, Nik Zawawi Salleh secara terbuka menyuarakan pendirian parti itu bahawa ‘wajib’ menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Susulan kenyataan kontroversi itu, Ustaz Nik Omar berkata, penerangan mendalam perlu dilakukan jika mahu menyebut ‘wajib’ dari sudut politik supaya tidak menimbulkan keresahan kepada rakyat di negara ini.

“Kalau mereka keluarkan kenyataan seperti itu, kita juga boleh sebut bahawa ‘wajib’ juga untuk kita mempertahankan kerajaan yang ada sekarang ini.

“Apabila sesuatu perkara itu disebut ‘wajib’, itu bermakna perkara yang lain akan jatuh hukum sebagai ‘haram’.

“Jadi, jangan hanya sebut wajib dan terhenti setakat itu. Penjelasan secara terperinci perlu dilakukan dan kita juga kena faham maksud Fastabiqul Khairat (berlumba-lumba membuat kebaikan).

“Apabila kita hendak melakukan sebarang kebaikan, kita juga kena mengiktiraf peranan individu dan organisasi lain yang mempunyai tanggungjawab sama untuk membangunkan sesebuah negara termasuk Malaysia,” katanya ketika ditanya media berhubung isu itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Yadim, di pejabatnya, hari ini yang turut dihadiri Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yadim.

Mengulas lanjut, Ustaz Nik Omar berkata, kenyataan berkenaan keluar daripada pihak parti politik dan kebiasaanya mereka mahu mendapatkan sokongan rakyat.

“Walau apa pun, kita kena berkerja keras menjalankan tanggungjawab kita sebagaimana tuntutan Allah.

“Pada masa sama, kita juga harus menonjolkan kedudukan masing-masing termasuk di Yadim untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa kerajaan sekarang sememangnya memberi perhatian serius kepada pembangunan negara termasuk pembangunan Islam itu sendiri.

“Contoh paling jelas adalah, kerajaan bersetuju untuk menambah peruntukan pembangunan Islam daripada RM1.1 bilion kepada RM1.2 bilion iaitu pertambahan sebanyak RM100 juta.

“Itu salah satu gambaran jelas dan kami lihat Kementerian (Hal Ehwal Agama) begitu bersungguh-sungguh memastikan cita-cita ini berjaya dengan mewujudkan beberapa kluster utama dan Yadim juga diberi mandat menjayakan kluster dakwah,” tambahnya lagi.

Perbuatan jatuh hukum tanpa sebab perangai Abu Jahal – Nik Omar

Takwa jadi ukuran kemuliaan

1 TAQWA

Oleh Zamri Hashim

Sesuatu yang sudah disepakati oleh semua ialah penilaian kemuliaan seseorang itu adalah taqwa. Ini jelas termaktub di dalam al Quran “Wahai manusia sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk saling kenal-mengenal, sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah orang-orang yang bertakwa” (Q.S. Al-Hujurat [49]: 13).

Juga diterangkan oleh Nabi Muhamad SAW : “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas ‘ajam (yang bukan Arab), atau ‘ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi,)

Syarat utama taqwa yang menjadi nilai ukuran utama kemuliaan di sisi Allah SWT ialah beriman dengan Allah SWT, hari akhirat, beriman dengan kandungan al Quran dan sifat-sifat taqwa lain yang terkandung di dalam al Quran mahupun hadis Rasulullah SAW.

Pendek kata, taqwa hanya mampu diraih oleh orang yang mempunyai syarat paling asas iaitu seorang Muslim. Mustahil orang kafir dan mensyirikkan Allah itu menjadi orang yang bertaqwa dan meraih kemuliaan Allah SWT.

Jelas sekali, jika kita membuat perbandingan antara orang kafir dengan orang Islam yang mampu meraih taqwa adalah hanya orang Islam bahkan orang kafir tidak sekali-kali mampu meraih taqwa kerana mereka tidak mempunyai syarat paling asas iaitu keimanan kepada Allah SWT.

Jadi patut difahami dari ayat dan hadis di atas ialah persaingan untuk meraih taqwa adalah sesama orang Islam sementara orang kafir sejak dari awal lagi terkeluar dari persaingan itu.

Taqwa penentu nikmat-Nya

Satu perkara yang sering dilupakan ialah, sebagaimana ukuran kemuliaan individu itu adalah taqwa, begitu juga sesebuah kelompok sama ada berdasarkan komuniti sesuatu tempat mahupun bangsa dan keturunan diukur kemuliaannya berdasarkan taqwa. Ini bermakna taqwa bukan setakat menjadi ukuran kemuliaan kepada individu tetapi juga ukuran kemuliaan kepada kelompok termasuk pelbagai bangsa yang diciptakan oleh Allah SWT.

Allah SWT pernah mengingatkan sekelompok penduduk kampung, keimanan, ketakwaan dan kekufuran mereka akan menjadi penentu kepada keseimbangan pengurniaan nikmat daripada-Nya.

Firman Allah SWT : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka sudah usahakan. (QS al A’raf :96)

Berdasarkan kefahaman di atas, mana-mana bangsa yang individunya adalah Muslim maka individu itu adalah berpotensi untuk meraih taqwa tanpa mengira bangsa sama ada Cina mahupun India. Di sinilah terserlah keistimewaan bangsa Melayu yang kesemuanya Muslim.

Apabila kita bercerita tentang bangsa Melayu seharusnya kita memahami bahawa bangsa yang hampir keseluruhannya adalah beragama Islam di negara kita adalah bangsa Melayu. Satu bangsa yang mempunyai modal asas untuk meraih taqwa daripada Allah SWT.

Bila disebut ketuanan Melayu, janganlah terus melatah dengan mengatakan ia adalah asabiyyah yang terlarang di dalam Islam kerana perjuangan orang-orang Melayu di negara ini berkait rapat dengan perjuangan mempertahankan ketuanan Islam di nusantara ini.

Ketuanan Melayu gaya Muslim

Tiada bukti sejarah ketuanan Melayu bermaksud menjadikan bangsa lain sebagai hamba.

Buktinya kita lihat pada hari ini bangsa lain jauh lebih menguasai ekonomi negara dan bebas berpolitik dan menyuarakan pandangan dan tuntutan bahkan mempertahankan bahasa, budaya dan mempunyai sekolah vernakular mereka tersendiri.

Memaknakan ketuanan Melayu sebagai orang Melayu Muslim sebagai tuan rumah kepada negara ini tidaklah salah dari sudut syarak kerana bangsa ini diistimewakan Allah kerana mereka adalah Muslim. Terbukti di dalam sejarah, darah bangsa inilah yang paling banyak tumpah mempertahankan pertiwi dan bangsa yang terbukti sangat baik hati, boleh berkongsi hidup dan kekayaan negara ini bahkan kerakyataan juga ditolak ansurkan kepada bangsa yang minoriti dan terbukti boleh hidup aman damai.

Faktor utama perkara ini berlaku adalah Islam mengajar dan mendidik bangsa Melayu bersikap begitu.

Cuma istilah ketuanan Melayu ini pernah disalahgunakan oleh segelintir kecil orang Melayu yang menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar dengan mengambil peluang mengaut keuntungan peribadi. Mereka ini tidak mewakili majoriti orang Melayu Islam yang lain. Jangan disebabkan nila setitik, susu sebelanga dibuang.

Ada pula pihak lain yang menggunakan kesempatan memomokkan istilah ini untuk untuk menuntut keadilan dengan slogan hak sama rata antara tuan rumah dan orang yang datang bertamu dengan memberi konotasi buruk terhadap istilah ini. Sedangkan di dalam Islam sama rata tidak semestinya adil tetapi keadilan itu ialah meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya. Secara logiknya tuan rumah adalah adil untuk mempunyai keistimewaan daripada orang yang datang bertamu.

Penulis adalah Timbalan Mufti Perak

https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/11/501167/takwa-jadi-ukuran-kemuliaan

Risalah Rahmatan Lil Alamin Mampu Membendung fahaman ekstrem Umnopas Taliban

Gagasan Rahmatan Lil-Alamin telah dilancarkan oleh oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa di Kuala Lumpur pada 25 April 2019.

Tiga kertas cadangan berteraskan konsep Rahmatan Lil-Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia telah diluluskan dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada 14 Mac yang lalu yang telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Gagasan rahmatan lil-alamin adalah merupakan asas utama dan telah disebarluaskan sebagai teras baru kerajaan Pakatan Harapan (PH). Gagasan ini telah mendatangkan perdebatan dan perbincangan luas dalam negara.

Rakyat Malaysia diingatkan agar menjauhi segala bentuk amalan bernegara yang dilakukan secara ekstrem dan radikal. Ideologi ekstrem boleh meresapi sesiapa sahaja tidak kira latar belakang agama mahupun etnik.

Negara telah mencatatkan beberapa insiden berkaitan agama dan etnik berlaku dalam negara ini yang berpunca daripada sikap ekstrem terhadap agama dan etnik seperti tragedi harta 1967, insiden 13 Mei 1969, Kampung Medan dan yang terbaru adalah insiden Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield Selangor.

Keadaan ini boleh berlaku berterusan jika tidak dibawa satu gagasan yang seimbang dan sesuai untuk semua agama, bangsa dan negara.

Perlu diingat, bahawasanya setiap kerajaan atau menteri berkaitan termasuklah perdana menteri akan mempunyai agenda dan wawasan tersendiri. Ia telah disesuaikan dengan keperluan dan keadaan semasa yang difikirkan terbaik pada masa tersebut.

Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri keempat dua puluh tahun yang lalu telah membawa dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam, Tun Abdullah Badawi memperkenalkan gagasan Islam Hadhari, Datuk Seri Najib Razak membawa gagasan Maqasid Syariah dan kini, Tun Mahathir dan Datuk Seri Mujahid Yusuf membawa gagasan Rahmatan Lil-Alamin.

Islam membawa rahmat

Menginsafi permasalahan dan isu-isu sosial yang mencengkam negara pada masa kini, maka gagasan Rahmatan Lil-Alamin telah dikperkenalkan sebagai wadah penyelesaian ampuh untuk semua permasalahan yang berlaku di dalam negara ini.

Rahmatan Lil-Alamin bermaksud Islam membawa rahmat dan kesejahteraan keseluruh alam. Gagasan ini dipacu oleh Islam, dan kemudiannya disesuaikan dengan konteks lokal.

Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dianggap sabagai penyelesaian kepada permasalahan kaum jahiliyyah dan masyarakat Arab keseluruhannya, tanpa memfokuskan kepada penganut Islam semata-mata, ajaran Muhammad telah memberikan keharmonian dan menjamin hak-hak asasi dan kesamarataan dalam masyarakat Arab merentasi agama dan kabilah.

Gagasan Rahmatan Lil-Alamin disebut di dalam Surah Al-Anbiya ayat 107 yang bermaksud “Dan tiadalah kami mengutuskan engkau wahai Muhammad, melainkan menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Ini secara jelas membawa maksud bahawa ajaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad akan memberikan kesejahteraan dan kebaikan kepada semua makhluk, tidak hanya terbatas kepada manusia semata-mata.

Semua makhluk sama ada yang hidup mahupun tidak, termasuklah haiwan, tumbuh-tumbuhan, batu, tanah, rumah, harta-benda dan apa sahaja yang ada di muka bumi ini adalah selamat di bawah ajaran Islam.

Sesuai untuk masyarakat berbilang kaum

Gagasan Rahmatan Lil-Alamin sebenarnya amat sesuai untuk dipraktikkan di negara ini. Mengambil pendekatan yang sama oleh Nabi Muhammad di tanah Arab yang dihuni oleh masyarakat dari pelbagai etnik (kabilah) dan agama, maka keadaan yang sama berada dalam negara ini.

Masyarakat berbilang kaum yang merupakan acuan asas negara ini sebenarnya sedang diancam oleh anasir-anasir luar yang ingin melihat kerosakan dan kehancuran negara ini. Maka melalui pendekatan Rahmatan Lil-Alamin ini, maka isu-isu ini dapat diselesaikan. Setiap anggota masyarakat tanpa mengira kaum di negara ini akan dijamin hak-hak mereka malah akan diberikan keadilan sewajarnya.

Dalam memahami ancaman ekstremisme di Malaysia, salah satu faktor utamanya adalah rasa tidak puas hati kerana tidak diberikan hak dan ruang yang seadilnya.

Etnik bukan Melayu merasakan bahawa mereka diancam dan tidak diberikan keadilan. Manakala bagi etnik Melayu pula, hak-hak keistimewaan dan ‘kelebihan’ yang dimiliki sebagai kaum peribumi telah terhakis.

Ini menjadikan rasa tidak puas hati, kebencian dan kesangsian semakin menebal dalam masyarakat. Secara historikal, keadaan ini telah menyebabkan lahirnya gerakan-gerakan ekstrem yang diterjemahkan dalam bentuk serangan-serangan ganas ke atas etnik lainnya.

Jika konsep Rahmatan Lil-Alamin dipraktikkan dengan sebaiknya, semua etnik termasuk peribumi Sabah dan Sarawak serta kaum Asal di negara ini akan rasa selesa dan masalah mereka diselesaikan dengan sebaiknya kerana ia adalah tuntutan dan kemestian dalam Islam.

Malah mana-mana kerajaan atau pemimpin yang menafikan perkara ini, mereka akan diperangi sebagaimana amaran keras oleh Saidina Umar kepada gabenor Mesir, Amr bin Ash yang telah ditunjukkan dengan garisan lurus yang dibuat dengan pedang oleh Umar di atas seketul tulang hasil dari pengaduan oleh seorang tua Yahudi.

Tidak ada satu kaumpun boleh dizalimi walaupun atas nama mengembangkan Islam seperti membina masjid, sekolah dan lain-lain. Mereka perlu diberikan pampasan yang sewajarnya agar keadilan dapat ditegakkan tanpa kompromi.

Agama dan etnik

Golongan ekstrem akan wujud dalam mana-mana negara atau kelompok masyarakat apabila dua perkara disentuh iaitu agama dan etnik. Melalui konsep Rahmatan Lil-Alamin ini, kedua-dua perkara ini dijamin sepenuhnya, malah kerajaan dan kementerian yang bertanggungjawab juga mempunyai tanggungjawab dan amanah yang besar, kesemua mereka akan dipertanggungjawabkan atas amanah yang telah diberikan dan janji yang telah diberikan.

Kes pembunuhan Dr Joseph Fernandez pada tahun 2001 di Kulim, Kedah adalah jelas akibat daripada perasaan tidak puas hati dengan kerajaan yang memerintah.

Kerajaan dilihat gagal melindungi agama Islam dan tidak mempraktikkan tuntutan Islam sebenarnya, maka penyelesaiannya adalah dengan mengambil tindakan sendiri.

Malah apabila diperhalusi pergerakan oleh pejuang ‘jihad’ Al-Qaeda dan ISIS di Afghanistan, Iraq dan Syria, sebenarnya bermula apabila kerajaan Islam yang ada di seluruh dunia ini dilihat gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah negara bangsa yang melindungi Islam melalui konsep ‘Umran’ dan ‘Asabiyyah’.

Maka alternatifnya adalah menggerakkan kumpulan pejuang atas nama Islam yang mana motifnya adalah membina Daulah Islamiyyah yang akan mempertahankan Islam dan mempraktikkan ajaran Muhammad iaitu Rahmatan Lil-Alamin. Ekstremisme agama wujud apabila negara Islam yang ada kini dilihat tidak membawa rahmat, malah hanya membawa kepada kekayaan, mempraktikkan sekularisme dan berkiblatkan kapitalisme.

Menjamin hak istimewa Melayu

Isu besar yang juga membawa kepada permasalahan dalam negara ini adalah berkaitan etnik Melayu. Isu ini amat mencengkam kerana masyarakat Melayu adalah penduduk peribumi negara ini, konsep Rahmatan Lil-Alamin amatlah perlu bagi menjamin hak-hak keistimewaan Melayu.

Sinergi Islam dan Melayu sebenarnya adalah kekuatan dan keistimewaan yang tiada tolok bandingnya. Malah gagasan Rahmatan Lil-Alamin dijangka akan memberikan kekuatan yang lebih dan bukan sahaja hak-hak Melayu terjamin, malah menjadi lebih kukuh dan utuh. Inilah yang dinamakan Rahmatan Lil-Alamin.

Masyarakat etnik selain Melayu seperti India, Cina, Sikh dan lain-lainya juga perlu memahami tentang Rahmatan Lil-Alamin kerana melalui gagasan ini, hak-hak mereka juga terjamin dan akan terus dipertahankan.

Tidak ada etnik yang akan terancam, semuanya terjamin sebaiknya. Rahmatan Lil-Alamin juga menentang ekstremisme yang ada dalam mana-mana agama dan etnik. Malah secara tidak langsung, Rahmatan Lil-Alamin juga dalah instrumen dakwah bil-hal, atau dakwah secara tidak langsung.

Untuk mendekatkan masyarakat bukan Islam kepada ajara Islam yang sebenar, mereka haruslah didedahkan dengan ajaran Islam dalam versi yang betul, bukannya Islam versi ekstremis seperti yang dibawa oleh sesetengah pemimpin, parti politik dan gerakan-gerakan tertentu.

Tidak terpengaruh perbuatan ektremisme

Ideologi ekstrem dan radikal ini boleh diterjemahkan kepada perbuatan ganas yang juga disebut terrorisme. Perbuatan terroris ini bukan hanya dikaitkan dengan Islam semata-mata, tetapi keganasan yang sama juga telah dilakukan oleh penganut Kristian, Hindu dan Buddha sebagaimana yang berlaku di banyak negara di dunia ini.

Insiden serangan terroris di Masjid An-Noor di Hagley Park dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand dilakukan oleh terroris yang berfahaman radikal yang menolak imigran dan ingin membalas dendam. Rahmatan Lil-Alamin juga akan menjamin hak-hak imigran, termasuklah pekerja ‘3D’ dan profesional yang berada dalam negara ini.

Rakyat Malaysia diingatkan agar sentiasa berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan segala bentuk perbuatan ekstremisme dan radikalisme ini.

Ia bukan sahaja boleh berlaku di luar negara, malah perkara ini juga boleh berlaku dalam negara ini jika tidak mempunyai asas pengetahuan beragama yang jelas dan tepat.

Semua sistem dalam negara ini haruslah berfungsi agar segala perasaan tidak puas hati atau dendam akan dapat diatasi oleh kerajaan yang memerintah.

Manusia yang bertamadun akan hidup dalam kesederhanaan dan menolak sama sekali perbuatan dan perlakuan yang ekstrem dan radikal. Maka penyelesaiannya adalah dengan menghayati gagasan Rahmatan Lil-Alamin sebagai dasar yang perlu diangkasakan bukan sahaja di dalam negara malah hingga ke keseluruh dunia termasuklah dibawa keperingkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


PROF MADYA DR MOHD MIZAN ASLAM ialah penganalisis politik dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

https://m.malaysiakini.com/news/479574?fbclid=IwAR2E3CQX0jGF33l-Ww9TnjYNkJVen7hT8PQS-LUnbsU48PEbV7gFZvTMVXw

LIHAT CIRI-CIRI TALIBAN DALAM GABUNGAN PARTI UMNOPAS

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/category/golongan-ahzab-di-malaysia-adalah-umno-pas-pbs-mca-mic-isma-haluan-dll/