Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

MB Kelantan nafi banjir teruk sebab pembalakan tetapi kerana hujan lebat – Geng Taqiyah/Lawyer Buruk.

Kerajaan Kelantan menjelaskan pembalakan mahupun penerokaan hutan bukan menjadi punca utama berlakunya banjir gelombang ketiga di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sebaliknya banjir yang melanda negeri ini disebabkan taburan hujan lebat berikutan monsun timur laut.

“Negeri lain pun serupa juga, Pahang pun banjir, Johor pun banjir dan Terengganu pun banjir, sekarang banjir singgah di Kelantan.

“(Di Kelantan) memang hujan lebat, sebab itu banjir. Nak kata tak buat kerja semua buat kerja, semua negeri buat kerja sebab nak dapatkan hasil. Hasil pun kita tak ambil semua,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Terdahulu, Ahmad mengadakan lawatan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Lawang di sini yang menempatkan 68 mangsa terdiri daripada 28 keluarga dari tiga kampung sekitar.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nazran Muhammad dan Ketua Jajahan Tanah Merah, Mohd Anis Hussein.

Dalam isu banjir, Ahmad meminta semua pihak tidak menuding jari menyalahkan kerajaan Kelantan dengan mengaitkannya dengan isu penerokaan hutan.

Dalam pada itu, Ahmad turut menasihatkan rakyat di negeri ini untuk berpindah awal berikutan trend air sungai meningkat demi keselamatan semua.

“Saya nasihatkan mereka berada di kawasan berisiko untuk berpindah sebelum Maghrib untuk memudahkan urusan pemindahan.

“Terus ke PPS jika diarahkan pihak berkuasa, jangan banyak soal sebab sebarang kemungkinan boleh berlaku. Bawa barang penting sahaja,” katanya.

Selain itu, Ahmad juga mahu rakyat tidak menyalahkan ketegasan pihak berkuasa yang mengenakan saman jika masih sengaja mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang banjir.

“Selain bersiap sedia dengan pelbagai kemungkinan banjir, kita juga bimbang berlakunya penularan Covid-19. Sebab itu, saya minta rakyat terus utamakan SOP,” katanya.

Pada Khamis, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kompaun kepada individu yang didapati sengaja berkumpul tanpa mengamalkan penjarakkan fizikal dan tidak memakai pelitup muka sewaktu berada di kawasan terlibat banjir.

Tiada lagi amaran yang akan diberikan, sebaliknya kompaun sebanyak RM1,000 akan terus dikenakan kepada yang tidak mematuhi SOP.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/118077/EDISI/Banjir-teruk-bukan-sebab-pembalakan-tetapi-hujan-lebat-MB-Kelantan

MN memang diputuskan tidak didaftar bukan kerana nama sudah digunakan-Mohd Amar kantoi

Mohd Amar kantoi, MN memang diputuskan tidak didaftar bukan kerana nama sudah digunakan

Setiausaha Agung Muafakat Nasional (MN), Annuar Musa menegaskan bahawa MN – yang setakat ini dianggotai Umno dan PAS – tidak akan didaftarkan secara rasmi.

Katanya, hal itu dicadangkan oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sendiri sebelum diputuskan dalam mesyuarat peringkat jawatankuasa pemandu MN yang dipengerusikan oleh timbalan presiden parti, Mohamad Hasan (Umno) dan Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS).

Ini jelas Annuar, menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa MN tidak didaftarkan kerana nama tersebut sudah digunakan oleh pihak lain.

“Kenapa nak bersembunyi?Beritahu.Jangan orang keliru.

“Saya nak jelaskan, setakat rekod dan minit yang ada pada saya, kita telah buat keputusan: MN tak akan didaftarkan sebagai sebuah parti politik.

“Dia akan kekal sebagai satu wadah yang mendukung gerakan penyatuan ummah yang tidak eksklusif hanya kepada Umno dan PAS, malah terbuka kepada penglibatan parti-parti orang Melayu dan Islam yang lain …

“ … hatta badan-badan NGO yang mendukung semangat yang sama iaitu menggerakkan penyatuan dan kesatuan ummah.

“Tanpa didaftarkan.Jelas?Ini fakta.Satu Malaysia dengar,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ketereh 2020 hari ini.

MN ialah kerjasama yang dimeterai oleh Umno dan PAS pada 14 Sep 2019 pula, dan sebelum ini dikatakan dalam proses untuk dirasmikan.

Sejak memeterai MN dan dibantu disokong PAS, Umno-BN sebelum ini telah berjaya menempa kejayaan berturut-turut dalam pilihan raya kecil termasuklah di Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai, Kimanis dan di Chini.

MN turut dilaporkan menjemput sekutu mereka dalam kerajaan Perikatan Nasional, Bersatu, untuk turut menyertai kerjasama tersebut.

Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah pada 30 Dis lalu mendedahkan usaha pendaftaran Muafakat Nasional (MN) menghadapi sedikit masalah kerana dia difahamkan nama itu sudah digunakan oleh pihak lain.

“Nama (MN) itu sudah ada dalam pendaftaran ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan), tak tahu macam mana, itu yang saya difahamkan.

“Sebab itu kita tak boleh daftar, kalau nak daftar kena ada perubahan nama,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/557366?

DAP Kian Bertaring – Syed Ahmad Fadhli

DAP Kian Bertaring

1. Belum pun reda kemelut isu tulisan Jawi dan Khat yang dibantah keras oleh sebahagian pemimpin DAP , kita dikejutkan pula dengan gelagat DAP di Selangor yang membantah RUU Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang berkaitan dengan pendaftaran pemelukan agama Islam oleh muallaf.

2. Sungguh hebat kuasa Speaker DUN Selangor, YB Ng Suee Lim daripada DAP. Dia bertindak memendekkan sidang DUN hanya kepada dua hari, pada 31 Julai lalu sedangkan pada asalnya dijadual berlangsung daripada 29 Julai hingga 9 Ogos.

Sungguh berani Speaker DAP ini bertindak sedemikian rupa sedangkan RUU tersebut sepatutnya dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor, YB Amirudin bin Shari yang memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam Selangor.

3. DUN Selangor mempunyai 56 Ahli Dewan Negeri.

Kerajaan PH menguasai 50 kerusi manakala UMNO mempunyai 5 kerusi dan PAS ada 1 kerusi.

Komposisi dalam Kerajaan PH Selangor mengikut parti adalah seperti berikut;

PKR: 21 kerusi

DAP: 16 kerusi

PAN: 8 kerusi

PPBM: 5 kerusi

Persoalan yang wajar kita tanyakan ialah ke mana hilangnya suara sekalian ADUN yang beragama Islam dalam PKR, PAN dan PPBM.?

Mereka sendiri tidak berani menyatakan pendirian sedangkan RUU Kerajaan telah ditentang oleh DAP yang merupakan parti komponen Kerajaan PH Negeri Selangor.

4. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada hari ini tampil membela Speaker DUN Selangor yang menyekat RUU dibentangkan di Sidang DUN.

Apakah isi kandungan RUU Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dibantah keras oleh DAP ini.?

RUU tersebut bertujuan untuk meminda peruntukan berkaitan dengan pemelukan agama  Islam oleh orang yang belum mencapai umur 18 tahun.

Antara yang akan dipinda ialah perkataan “ibu dan bapa” kepada “ibu atau bapa”  agar selaras dengan perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Ianya memberi makna RUU ini akan membolehkan orang yang di bawah 18 tahun memeluk Islam hanya memerlukan keizinan salah seorang daripada ibu atau bapa atau penjaga.

5. DAP membantah kerana mereka berpendirian bahawa penukaran agama individu bawah umur kepada Islam hanya boleh dilakukan dengan kebenaran kedua-dua ibu bapa sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Ghandi pada tahun 2018.

Sungguhpun demikian, perlu juga diingat Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007 dalam kes Subashini menafsirkan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan  sebagai keizinan “ibu atau bapa” sudah cukup dalam hal pemelukan Islam kanak-kanak.

6. Hari demi hari kita dapat melihat bagaimana berkuasanya DAP menggunakan taringnya  dalam hal yang menyentuh kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu.

Mereka bebas bertindak sesuka hati tetapi apabila kita bersuara menegur dan mempertahankan hak, kita pula yang dituduh sebagai kelompok rasis dan ekstrem.

Seandainya ummat Islam hari ini masih terus berpeluk tubuh, berdiam diri dan bercakaran semasa sendiri tatkala kedudukan Islam diperkotak-katikkan, entah apalah nasib yang akan melanda kita pada masa hadapan.

Hilang jati diri, merempat di bumi sendiri. 

Catatan oleh;

Syed Ahmad Fadhli

Pegawai Institut Penyelidikan dan Strategi PAS “�w�λb

Pengetua ditahan, dipercayai rogol pelajar-Kelantan Serambi Mekah

Seorang pengetua sekolah menengah agama di Machang, ditahan polis kerana dipercayai merogol pelajarnya sejak tiga tahun lalu.

Kejadian itu terbongkar sejak beberapa hari lalu sebelum pengetua berusia 45 tahun itu ditahan di kediamannya jam 6.30 pagi tadi di Machang.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, ketika mengesahkan perkara itu berkata, pengetua dan pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan dipercayai bercinta dan sentiasa berhubung tanpa pengetahuan keluarga.

“Modus operandi yang dilakukan suspek adalah dengan mengajak mangsa ke sekolah dipercayai beberapa kali seminggu ketika ketiadaan murid lain serta guru. Kejadian rogol itu dilakukan di sekolah.

“Kejadian itu mula terbongkar apabila pihak ketiga yang mengetahui perkara itu membuat aduan kepada Talian Kasih sebelum

perkara itu dimaklumkan kepada pihak polis.

“Sebaik ibu bapa berkenaan bertanyakan kepada pelajar berkenaan apa yang berlaku, pelajar berkenaan mengaku sebelum polis menghantarnya ke Hospital Raya Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pengetua berkenaan sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak selain sudah bertugas di sekolah menengah agama itu sejak beberapa tahun lalu.

“Berdasarkan siasatan awal polis, pelajar berkenaan tidak diugut oleh pengetua itu sepanjang dua tahun lalu sebaliknya apa yang berlaku sudah ada persetujuan bersama antara mereka.

“Mungkin mereka bercinta dan kedua-duanya sentiasa berhubung secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan suspek direman pagi ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/12/763595/pengetua-ditahan-dipercayai-rogol-pelajar

Tidak timbul isu PM telah hilang percaya – Datuk Takiyuddin Hassan.

KUALA LUMPUR: Tidak timbul langsung isu yang menggambarkan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang kepercayaan atau sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan.

Berikutan itu, beliau berkata 25 usul undi tidak percaya dan dua usul undi percaya yang disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat mengikut Peraturan Mesyuarat 26(1) dan 27(3), bukanlah merupakan sesuatu usul yang perlu disegerakan.

“Saya suka menjelaskan bahawa kita tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 14 dan 15. Peraturan Mesyuarat 15(1) dengan jelas menyatakan urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain memandangkan tidak ada langsung bentuk yang menggambarkan Yang Berhormat Pagoh hilang kepercayaan.

“Kerajaan berpandangan usul-usul ini merupakan satu usul yang melibatkan sesuatu yang tertentu dan kepentingan orang ramai, saya percaya dewan menganggap itu bukan satu perkara yang perlu disegerakan. Oleh sebab itu, usul-usul ini kekal di dalam Aturan Urusan Mesyuarat tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 14 dan 15,” katanya.

Beliau menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang ingin tahu bila 25 usul undi tidak percaya dan dua usul undi percaya akan dibentang, dibahas dan diundi pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, Takiyuddin berkata tiada halangan kepada mana-mana pihak untuk menunjukkan sokongan kepada mana-mana individu dalam kalangan ahli Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata kerajaan terbuka dan akur sekiranya ada mana-mana Ahli Parlimen yang boleh mengemukakan akuan bersumpah kepada Yang di-Pertuan Agong kerana menganggap ia sebagai satu proses demokrasi di negara ini. – BERNAMA

PEMIMPIN PAS HIDUP MEWAH DENGAN MENJADIKAN HUDUD SEBAGAI PROPAGANDA UTAMA PARTI

Rang Undang-undang (RUU) meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang lebih dikenali sebagai RUU 355 perlu dirunding dengan negeri sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary.

Katanya, langkah itu bertujuan untuk mendapatkan pandangan kerajaan negeri berhubung RUU itu.

“Walaupun RUU 355 merupakan undang-undang persekutuan, peruntukan di bawahnya berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan undang-undang bertulis yang memperuntukkan kesalahan jenayah syariah yang terletak di bawah bidang kuasa negeri,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) jika RUU 355 dibentang di Dewan Rakyat terlebih dahulu, barulah pindaan itu dibincangkan dengan setiap negeri.

Perbahasan RUU 355 ditangguhkan sejak 2017, selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pertama kali membentangkan usul persendirian itu di Dewan Rakyat pada Mei 2016.

RUU 355 mencadangkan hukuman penjara ke atas pesalah syariah ditambah kepada 30 tahun, denda maksimum RM100,000 dan sebat 100 kali berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.

Marzuk berkata, kerajaan Perikatan Nasional komited membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, katanya, ada beberapa proses penting yang perlu diteliti dan diselesaikan terlebih dahulu sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Ini agar ia dapat digubal dan dibentangkan mengikut tertib dan teratur berdasarkan kerangka Perlembagaan Persekutuan.”

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/26/ruu-355-perlu-dirunding-dengan-negeri-sebelum-ke-parlimen-kata-timbalan-menteri/

Tanpa Umno dan Bersatu, Pas tak ke mana – Mohd Amar

Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu tidak akan mampu melangkah lebih jauh sekiranya kerjasama Dengan Umno dan Bersatu tidak terjalin.

Dia berkata PAS, Umno dan Bersatu saling memerlukan antara satu sama lain.

“Pada padangan kita, kalau kita dengan Umno sahaja tak akan ke mana, kalau dengan Bersatu saja pun tak akan sampai ke mana.

“Kita perlukan gabungan ketiga-tiga parti ini. Sebab itu pentingnya Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional. Ketiga-tiga parti ini ada kekuatan tersendiri,” katanya kepada media ketika ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, hari ini.

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung BN Annuar Musa yang kini dilihat menimbulkan konflik di kalangan pimpinan Umno.

Annuar dilaporkan berkata PAS bertegas bahawa Umno mesti turut menjadi rakan sekutu dengan Bersatu pada PRU akan datang.

Susulan itu beberapa pimpinan Umno antara naib presidennya, Mohamed Khaled Nordin, tampil menyanggah kenyataan Annuar itu.

Khaled antara lain menyatakan keyakinan betapa PAS tidak akan memaksa Umno supaya terima Bersatu.

Sementara itu Mohd Amar berkata, apa yang berlaku itu merupakan masalah dalaman Umno yang perlu diselesaikan.

“Isu ini kalau kita tengok di media melibatkan kalangan Umno, kenyataan Annuar dijawab oleh pimpinan Umno yang lain.

“Kita harap Umno boleh selesaikanlah, kami tak boleh nak campur (tangan), ini masalah dalaman parti. Pandangan-pandangan dalam kalangan pimpinan Umno.

“Pandangan saya sepatutnya masing-masing duduk semeja dan tidak buat kenyataan terbuka. Hari ini isu besarnya masing-masing buat kenyataan terbuka,” katanya yang juga anggota dewan undangan negeri (Adun) Panchor.

Tambahnya, berbeza pandangan itu perkara biasa, tetapi lebih baik duduk sekali dan berbincang untukmencari titik pertemuan.

“Tapi kalau kita masing-masing bercakap kepada media, kita beri mesej yang salah dan persepsi kepada pengundi serta menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong-penyokong parti,” katanya lagi.

Berita penuh : https://m.malaysiakini.com/news/552127?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Lepas naik gaji tanpa bahas, Exco berhasrat laksana PKPB di Kelantan

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin tampil meminta pendapat rakyat keperluan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKPB) di seluruh negeri itu.

“Kalau kita buat PKPB seluruh Kelantan lagu (macam) mana? Setuju ke? Soalnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Difahamkan soalan itu ditujukan untuk mendapat reaksi umum susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu sejak kebelakangan ini. Semakan mendapati, rata-rata pengikut Facebook anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijang itu menyatakan bantahan.

Pemilik akaun Facebook Arif Bashiruddin berkata,

“Demo sedapla nak cadang PKPB pun mugo gaji naik doh, backdated siap sampai ke Januari 2020, kereta Mercedes boleh dah pakai, dekneh..”

“Ni rakyat hok cari makan kerja gaji hari ni, hok kutip besi buruk tukang buat rumah wayaring sek nego pasar malam dan bermacam lagi, bila PKPB walaupun demo kata bulih nego lagi tapi orang tak ramai tubik beli dah,
Sapo nak tanggung bila rakyat susah?”

“Buat PKPB seluruh Malaysia pun kes naik serupa tulo jugok, Betul mencegah lebih baik dari mengubati, tapi jangan sampai mencekik leher melingkup periuk nasi…”

Mohd Fauzi Azmi juga menyatakan bantahan dengan langkah itu,

“Gaji enta baru naik siap backdated dari Januari 2020 sedak la enta bkecek nak buat PKPB… Alik demo PKPB stahun pun x po mugo gaji & elaun jale sokmo…”

“Nuh rakyat bowoh nuh hop cari pitis samah sriyal sdiri nge panas nge hujey nge banjir ado demo mmikir kalu PKPB guano..?”

“Ko demo paka seroh tanggungjawab tu ko Ebit Lew jah mudoh2..?”

Sumber :