VIRAL HINA AGAMA ISLAM DI IPOH

POSTING PILIHAN : MENJADI TANDA TANYA PASANGAN MENANGIS
Semasa rondaan OP COVID 19 di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, dua pegawai Polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor terkesan pasangan suami isteri bersama seorang anak berada di taman permainan. Apabila pegawai polis mendekati pasangan tersebut dengan memberi nasihat supaya akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan minta pasangan keluarga tersebut pulang ke rumah. Namun si isteri terus menangis dan memaklumkan tiada wang ringgit serta tiada lagi bekalan makanan di rumahnya.
Pegawai Polis telah bawa keluarga tersebut ke kedai runcit dan telah berikan bantuan susu anak yang berumur 1 tahun 4 bulan yang membuatkan tersentuh hati pegawai polis tersebut yang dikatakan hanya beri minum milo bercampur gula.
Pasangan keluarga ini tinggal di Taman Tampoi Indah dengan sewa bilik, Suaminya yang telah berhenti kerja sambilan di Singapura kerana tiada permit kerja. Isteri pula seorang tukang cuci di kawasan Larkin dan kini telah dicutikan.
Ucapan terima kasih kepada Pegawai Polis Koperal 150367 Mohd Hisham Mustafa dan Konstabel 204588 Mudrikah Nazirul Nordin yang membantu keluarga tersebut dan moga pasangan keluarga tersebut dapat diberikan bantuan.
TERIMA KASIH ABAM POLIS
KUALA LUMPUR – Lima anggota polis cedera dirempuh lori semasa menjalankan tugas Sekatan Jalan Raya Op Covid 19 di Jalan Syed Putra di sini kira-kira pukul 12.45 pagi tadi.
Dalam kejadian tersebut Konstable Mohd Afendi cedera di bahagian kepala, bahu kiri dan kaki mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Empat mangsa lagi iaitu Inspektor Afifi Zulhusni, Koperal Khairul Nizam, Koperal Azizi dan Lans Koperal Wan Kamarul cedera ringan juga mendapat rawatan di hospital yang sama.
Insiden tersebut dikongsi Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) di laman Instagram.
“Seluruh warga Jabatan Siasatan Dan PenguatkuasaanTrafik Kuala Lumpur mendoakan agar semua mangsa cepat sembuh dan kembali menjalankan tugas seperti biasa,” kata JSPTKL.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula melancarkan Op Covid 19 pada hari pertama untuk menasihati orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu.
Perintah tersebut berkuatkuasa kelmarin, Rabu.
Hari ini adalah hari ketiga perintah tersebut dikuatkuasakan, namun masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mematuhinya dengan pelbagai alasan. – MalaysiaGazette
MENGHAIRANKAN apabila sebahagian besar 680 warga China yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu serbuan di sebuah bangunan enam tingkat di sini, semalam tidak memiliki dokumen perjalanan atau pasport.
Semua mereka ditahan kerana disyaki anggota sindiket penipuan pelaburan dalam talian termasuk tukaran matawang asing atau forex.
Apa yang lebih mengejutkan, sindiket terbabit yang dipercayai berpusat di China itu menyewa keseluruhan bangunan enam tingkat terbabit dengan kadar sewa RM360,000 sebulan.
Turut dirampas 8,230 unit telefon bimbit, 174 unit komputer riba dan 787 unit komputer peribadi dirampas.
Premis disewa itu dipercayai berfungsi sebagai pusat panggilan dengan kawalan keselamatan ketat di setiap tingkat dan hanya mereka yang mempunyai kad akses sahaja boleh memasuki premis berkenaan.
Bukan itu sahaja, terdapat juga rangkaian kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau pergerakan keluar dan masuk.
Semasa serbuan, bangunan itu hanya dipenuhi oleh warga China.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, modus operandi sindiket menyasarkan mangsa di China dengan janji keuntungan yang tinggi dan pantas.
Katanya, anggota sindiket itu akan menghantarkan satu kod kepada pelanggan dari laman web tertentu yang menggunakan bahasa Mandarin dalam aplikasinya.
“Semua urusniaga dan pembayaran dilakukan melalui WeChat Pay atau bank di China.
“Semasa serbuan pada jam 11 pagi semalam selepas intipan dilakukan selama hampir dua bulan, mereka sedang menjalankan aktiviti berkenaan.
“Dalam operasi ini seramai 680 warganegara China terdiri daripada 603 lelaki dan 77 wanita yang berusia antara 19 dan 35 tahun ditahan di setiap tingkat yang diserbu di bangunan itu dan sebahagian besar mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan atau pasport.
“Semua mereka dipercayai menjalankan aktiviti penipuan dalam talian yang berpusat di China yang disyaki telah berjalan lebih kurang enam bulan selain menyasarkan rakyat republik itu,” katanya.
Beliau bercakap pada sidang media khas di sini semalam.
Khairul Dzaimee berkata, siasatan awal mendapati mereka tinggal di negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial (PLS).
Katanya, antara kesalahan yang dikenal pasti adalah mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan lmigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas, Seksyen 6 (1)(C) Akta lmigresen 1959/63 iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas yang sah dan Seksyen 15 (1)(C) Akta lmigresen 1959/63 iaitu tinggal lebih masa.
Katanya, tindakan penyitaan mengikut peruntukan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) terhadap barang-barang rampasan itu.
Dalam pada itu, beliau berkata, semasa anggota operasi menghampiri lokasi serbuan, berlaku provokasi oleh suspek sebelum mereka bertindak merempuh dan menyerang anggota JIM.
“Dianggarkan seramai lebih 100 suspek berjaya melarikan diri dengan merempuh kepungan pegawai lmigresen.
“Akibatnya, ada dalam kalangan mereka yang tercedera dengan mengalami luka-luka dalam usaha mereka melarikan diri begitu juga anggota JIM.
“Walaubagaimanapun, keadaaan terkawal dengan bantuan daripada JIM Selangor dan JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya.
Khairul Dzaimee berkata, sehingga kini tiada wakil atau individu yang hadir mengemukakan pasport mereka dan pihak Kedutaan China di sini juga sudah dimaklumkan berhubung perkara berkenaan.
Katanya, semua suspek akan direman selama 14 hari.
Katanya, JIM juga akan mengesan dan memburu dalang sindiket berkenaan dan menyalurkan maklumat berkaitan kepada agensi
lain seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lain-lain agensi yang berkaitan.
KUALA LUMPUR: Polis menerima dua laporan berhubung kenyataan seorang individu yang menyamakan pasukan keselamatan itu dengan anjing di laman sosial Twitter, semalam.
Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman berhubung laporan terbabit.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Mior Faridalathrash, berkata dua laporan itu dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak petang semalam.
“Polis kini mengesan suspek untuk tindakan selanjutnya. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Terdahulu, seorang individu menggunakan nama Navin Pillai membalas ciapan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berhubung isu pengganas dengan mengeluarkan kenyataan jelik berbahasa Inggeris.
“Please vote in Parliment to defund and reduce salary of PDRM (Polis Diraja Malaysia); remind them who is the boss Mahathit or 50+ PKR Mps! Misbehaving dogs need to be disciplined.”
(Tolong undi di Parlimen untuk hentikan pemberian dana dan kurangkan gaji PDRM; ingatkan mereka siapa ‘bos’ Mahathir atau lebih 50 Ahli Parlimen PKR! Anjing yang tak sopan perlu diberi pengajaran)” katanya dalam ciapan yang dimuat naik, semalam.
Selain itu, individu terbabit turut memuat naik gambar Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kapsyen ‘#petsatwork Anjing/Dogs and/bersama its Master/Tuhan.’
KUALA LUMPUR: Peserta perhimpunan anti Dr Zakir Naik menghormati arahan dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila tidak berhimpun di Little India, Brickfields, di sini, hari ini.
Perhimpunan ‘Say No 2 Zakir Naik, Equal Rights to Indians and Other Races’ yang dijadualkan berlangsung pada jam 2 petang itu dibatalkan selepas penganjur gagal mendapatkan kebenaran daripada polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata pihaknya berterima kasih kepada peserta yang akur dengan nasihat dikeluarkan untuk tidak menghadiri perhimpunan.
“Kita dapati perhimpunan yang dirancang untuk diadakan hari ini, tidak berlangsung, kita berterima kasih kepada peserta yang patuh arahan yang dikeluarkan.
“Bagaimanapun, pemantauan di sekitar kawasan Brickfields akan terus dilakukan, laluan juga akan dibuka semula bergantung kepada pemantauan berkenaan.
“Ini yang kita mahu, polis sentiasa mementingkan ketenteraman dan keselamatan awam, jika ada juga pihak masih mahu mencabar polis, tindakan tegas akan diambil,” katanya pada sidang media ketika turun melakukan tinjauan di kawasan Brickfields, hari ini.
Sementara itu, tinjauan BH di lokasi mendapati suasana tenang di sekitar Little India dengan dipantau polis dan penguat kuasa DBKL.
Perniagaan di sekitar lokasi ini turut beroperasi seperti biasa dengan kehadiran orang ramai serta pelancong.
Bagaimanapun, lokasi ini dikawal ketat pihak polis dengan beberapa jalan utama untuk masuk ke Brickfields ditutup sementara waktu.
Antara laluan yang ditutup adalah dari Jalan Travers, Jalan Tun Sambanthan dan Lingkaran Syed Putra menuju ke Little India.
Bawah PH tiada yg terlepas..
Ahli perniagaan, Koon Yew Yin, 87, tiba di Balai Polis Jelapang, Ipoh, jam 2.55 petang tadi, untuk memberi keterangan berhubung kenyataan dalam laman blognya yang didakwa menghina anggota tentera.
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan ketenteraman negara termasuk di media sosial.
Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai komen perkauman, fitnah atau hasutan supaya melaporkan kepada pihak berkuasa termasuk menghantar skrin tangkap layar kepadapolis.
Menyentuh penyebaran berita palsu dan kenyataan berbaur perkauman beberapa individu dan pertubuhan yang tersebar sebelum ini, Muhyiddin berkata, polis sedang mengambil tindakan tegas terhadap mereka.
“Tindakan selanjutnya akan diambil termasuk mendakwa yang terbabit mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan jika terdapat bukti mencukupi,” katanya.
KEPRIHATINAN polis membantu lima beranak termasuk bayi berusia 20 hari pulang ke rumah mereka di Kampung Melayu Subang, Shah Alam mendapat reaksi positif netizen.
Bantuan itu diberikan empat anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam selepas melihat keluarga berkenaan menaiki motosikal di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), kira-kira jam 10 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, semua anggota trafik yang menaiki kenderaan peronda jenis Pajero itu sedang menuju ke Jalan Persiaran Mokhtar Dahari, di sini.
“Setibanya di sekitar Seksyen 13, anggota kita terserempak dengan lima beranak berkenaan yang menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5.
“Menyedari risiko dihadapi keluarga itu yang melalui GCE, anggota kita bertindak menahan motosikal berkenaan untuk bertanyakan hala tuju destinasi mereka.
“Atas dasar prihatin, empat ahli keluarga itu terdiri daripada seorang wanita yang masih berpantang dan tiga anaknya dibawa menaiki Pajero berkenaan,” katanya.
Kata Baharudin, keluarga itu termasuk seorang bayi selamat dihantar ke rumah mereka di Kampung Melayu Subang.
“Sejurus selesai, empat anggota trafik itu kemudian meneruskan semula tugasan mereka di lokasi yang dituju,” katanya.
Keprihatinan anggota polis trafik itu tular di Facebook (FB) Friend Of PDRM dengan menerima 2,600 tanda suka dan lebih 100 perkongsian.
Rata-rata netizen memuji usaha murni itu termasuk mendoakan kesejahteraan semua anggota polis berkenaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).