Jelas melalui komen Presiden Umno dan pemimpin Umno hari ini, menunjukkan bahawasanya Umno ingin mencampuri urusan mahkamah serta menpengaruhi keputusan mahkamah melalui ugutan untuk bertindak keluar datipada kerajaan campuran hari ini yang diketuai oleh TSMY sebagai Perdana Menteri.
Cantikk kepala bapak pok mungg eihhh……Melayu Bangsat larr tu..tak sedar diri nak campur urusan Mahkamah. Lihatlah dunia dikala mahkamah membebaskan Reza Aziz dan Musa Aman daripada segala tuduhan tiada pula ugutan Umno untuk keluar daripada kerajaan campuran yang memerintah Malaysia hari ini.
Lihatlah…lihatlah seluruh dunia dan rakyat Malaysia bahawasanya jika Umno yang mengetuai kerajaan memerintah hari ini, sudah pasti Najib akan dilepaskan secara terangan walaupun terang bersuluh Najib memang bersalah melalui proses perjalanan Mahkamah selama beberapa bulan dan tahun. Sudah pasti para Hakim akan diugut dan ditawarkan puluhan jutaan ringgit untuk membeli maruah diri para Hakim.
Syabas diucapkan kepada Hakim Mohd Nazlan bin Mohd Ghazali yang berani menegakkan kebenaran dalam kes yang memalukan negara Malaysia sehinggakan Malaysia dalam sejarah modennya telah digelar negara Kleptokrasi oleh 1 dunia…….1 dunia memandang hina Malaysia.
Jangan gentar dan takut. Kami rakyat Malaysia seluruhnya mendoakan keselamatan agar Allah sentiasa melindungi Hakim Mohd Nazlan daripada segala bahaya dan ancaman yang mendatang.
KUALA LUMPUR: : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu berada dalam barisan Kabinet demi maruah parti itu, kata Datuk Dr Noraini Ahmad.
Walaupun berterima kasih kerana Ahmad Zahid telah menyuarakan hasrat tidak menjadi menteri, serta menganggapnya sebagai berjiwa besar, namun Ketua Wanita UMNO itu berpendapat, maruah parti juga perlu diberi perhatian.
Ketua Wanita UMNO itu berkata, selain itu, dengan pengalaman dalam pentadbiran terdahulu, Ahmad Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, diyakini dapat membantu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengurusan pentadbiran negara.
“Wanita UMNO Malaysia mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menawarkan diri untuk tidak dilantik dalam barisan Kabinet kerajaan baharu yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN).
“Namun begitu, Wanita UMNO merasakan Presiden UMNO perlu ada dalam barisan Kabinet demi maruah parti seterusnya membantu Perdana Menteri dalam pengurusan pentadbiran negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Noraini berkata, Wanita UMNO menzahirkan sepenuh sokongan kepada Ahmad Zahid untuk berada dalam barisan Kabinet yang bakal dibentuk.
Pengalaman Ahmad Zahid diyakini dapat membantu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mentadbir negara.
Gaji penjawat awam: Tok Mat patut kritik Kelantan, bukan kerajaan Persekutuan
Guan Eng berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pemimpin UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa kononnya kerajaan Persekutuan meminjam untuk membayar gaji penjawat awam.
“Dakwaan beliau jauh meleset. Bagi suku ketiga 2019, emolumen kerajaan Persekutuan berjumlah RM19.9 bilion.
“Sebagai perbandingan, pendapatan kerajaan dalam suku sama berjumlah RM68.8 bilion, bermakna pendapatan kerajaan adalah tiga kali ganda lebih besar berbanding tanggungan emolumen,” katanya.
Umum memahami bahawa kuasa politik dianggap sebagai unsur paling dominan bagi membentuk wajah perjalanan sebuah kerajaan.
Tanggapan itu sebenarnya separuh benar.
Ahli politik wujud sejak bermulanya tamadun manusia yang bersosial serta membentuk sistem pemerintahan. Pembentukan struktur dalam masyarakat memunculkan kelompok yang disebut sebagai kakitangan kerajaan ataupun birokrat.
Kelayakan dan tugas ahli politik dan kaum birokrat berbeza.
Kelayakan utama bagi ahli politik ialah memperolehi sokongan dan membina kepercayaan umum kepada kepimpinannya. Kelayakan kaum birokrat pula berdasarkan sistem pendidikan, latihan dan kemahiran yang diperakui oleh pihak berkuasa.
Kaum birokrat bekerja mengikut sistem birokrasi yang dicipta demi kelangsungan pentadbiran. Ia memiliki hierarki dalam menentukan bentuk dan sistem arahan bekerja.
Kuasa kepimpinan terbahagi kepada tiga jenis. Pertama dikenali sebagai kuasa – atau autoriti – tradisi. Kedua, kuasa yang diperolehi perundangan dan ketiga, kepimpinan atau kuasa yang diperolehi dari sumber karismatik dalam sesuatu entiti atau individu.
Ada pengaruh, rangkaian sendiri
Kaum birokrat secara umumnya datang dari tradisi dan perundangan.
Istilah “kakitangan kerajaan” sendiri memberi makna cukup kuat dalam pemikiran masyarakat. Sistem birokrasi di jabatan kerajaan yang ada pada hari ini adalah tinggalan rejim Najib Razak dan partinya selama berdekad-dekad.
Ia membina tradisinya yang tersendiri.
Sistem birokrasi ini telah lama membina rangkaian perhubungan yang sangat kompleks.
Semakin lama seseorang menjawat di sesuatu jabatan maka semakin kuat pengaruhnya. Segala peraturan dan panduan jabatan yang ada kadangkala sekadar papan slogan yang digantung di dinding sebagai azimat.
Peraturan itu dapat difahami mengikut sejauh mana besarnya pengaruh atau kedudukan seseorang birokrat berada. Pengarah atau ketua setiausaha, kerani atau pemandu kereta jabatan mampu mengurus perjalanan pentadbiran mengikut pengaruh dan rangkaian perhubungan mereka.
Contohnya, sesuatu peluang tender projek kerajaan yang akan ditawarkan kepada umum, perincian projek diketahui awal oleh kakitangan yang bekerja dalam sesuatu jabatan.
Secara teknikal, sesuatu tender terbuka atau tertutup tetap membuka ruang manipulasi.
Mengikut peraturan am, kakitangan kerajaan tidak boleh memasuki tender. Namun biasanya mereka akan mewujudkan wakil bagi pihak masing-masing.
Ulah di pejabat tanah
Kakitangan terbabit akan berkongsi maklumat bagi memastikan pada akhir proses, projek tersebut akan ditawarkan kepada mereka.
Dalam jangka pendek, ia tidak melibatkan transaksi kewangan. Ia lebih kepada satu persefahaman antara mereka.
Untuk projek yang lebih besar, mereka memerlukan rangkaian dan berpengaruh yang lebih kuat. Akhirnya mereka membina satu kartel yang mempunyai wakilnya di setiap bahagian atau jabatan.
Contoh lain yang selalu berlaku ialah di bahagian tanah. Kakitangan jabatan tanah jauh lebih maklum tentang kedudukan aset yang strategik dalam kawasannya.
Pencerobohan tanah kerajaan biasanya akan diakhiri dengan proses pemberian geran yang sah.
Hal itu kerana biasanya yang menceroboh tanah kerajaan ialah mereka yang tahu benar-benar status tanah tersebut.
Orang miskin yang menumpang tanah simpanan Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Keterapi Tanah Melayu dan lain-lain semakin bertambah.
Orang yang kaya semakin memiliki tanah dan semakin kaya apabila dianugerahkan tanah oleh kerajaan kesan keberkesanan sistem kartel mafia dan birokrasi berjalan.
Birokrat yang jahat boleh berlaku di jabatan agama dan bahasa. Segala kelembapan dalam pentadbiran banyak dikaitkan dengan birokrat yang culas melaksanakan tanggungjawab dan mengambil kesempatan daripada kuasa yang ada.
Mereka meraih laba peribadi dan mengabaikan kepentingan masyarakat. Akhirnya pentadbiran agama, bahasa atau bidang lain dilihat lembab dan lembam.
Birokrat yang jahat membentuk kartel yang bersifat seperti mafia. Mafia kartel boleh muncul dengan wajah-wajah yang rencam.
Mereka mungkin berjubah, berjaket atau berpenampilan sederhana seolah-olah sosialis sejati.
Mafia birokrat menjalani hidup seperti biasa. Pergi bersembahyang di masjid, bersosial dengan jiran tetangga serta berbudi bahasa.
Kawan berundur diam-diam
Kemenangan rakyat melalui undi bukanlah jaminan faedah kepada rakyat. Kuasa rakyat tidak boleh melangkaui kuasa kaum birokrat. Perubahan politik tidak memberi kesan terus kepada kaum birokrat.
Kaum birokrat tidak akan hilang kuasanya sebagaimana yang berlaku kepada ahli politik yang kalah dalam pilihan raya. Kaum birokrat dilingkungi kuasa birokrat yang mereka bina sendiri.
Kejatuhan regim BN meletakkan kaum birokrat dalam transisi – sama ada meneruskan kerjasama dengan rejim lama atau berubah kepada yang baru. Dalam tempoh setahun dua ini, kaum birokrat bersikap tunggu dan lihat.
Dulu kaum birokrat terikat dengan kuasa politik yang memaksa mereka bekerjasama untuk memperolehi kepentingan bersama.
Slogan PH yang mahu memberi kebebasan kepada kaum birokrat adalah pintu untuk mereka bebas membolot faedah daripada jabatan masing-masing.
Pada peringkat ini, slogan tersebut sebaliknya menyukarkan PH sendiri untuk menguasai kaum birokrat. Tambahan pula hubungan yang baru hendak dibina.
Gambar hiasan
Keserasian bukan mudah untuk ditemui dalam jangka pendek. Birokrat mengambil peluang itu untuk membina kekuasaan mereka secara perlahan tetapi berterusan.
Pada peringkat jangka panjang kerjasama antara ahli politik dengan kaum birokrat pasti terjalin. Dalam tempoh yang ada sekarang, kedua-dua kelompok masih berada situasi berhati-hati.
Selepas edah nanti barulah tempoh berhati-hati lupus, dan tunggulah wajah sebenar ahli politik dan birokrat.
Ahli politik boleh membuat sebarang dasar dan undang-undang. Namun proses penyediaan dan pelaksanaan undang-undang terletak di bawah kuasa birokrat.
Ahli politik tiada pilihan lain kecuali bekerjasama dengan birokrat atau mereka akan berhadapan kerenah yang pelbagai.
Gambar hiasan
Ahli politik yang ada kuasa dan memegang jabatan tertentu mulai dikelilingi birokrat yang memiliki jalur pemikiran dan pendekatan yang serupa bagi membentuk kerjasama baru.
Hubungan di antara ahli birokrat dan ahli politik adalah hubungan timbal balik.
Dengan jumlah kakitangan kerajaan ataupun birokrat lebih tiga juta orang, ini sudah cukup untuk menunjukkan bahawa kaum birokrat sangat berkuasa.
Jalur kerjasama di antara ahli politik dengan birokrat melewati perbezaan warna kulit, agama atau wilayah. Kerjasama wujud pada jalur kepentingan yang serupa.
Inilah ajaran asas kapitalis dalam sebuah sistem demokrasi.
Kaum birokrat yang sedia berkuku dalam sistem pentadbiran negara akan membuat kaloborasi dengan ahli politik yang baru berkuasa. Kerja jahat kaum birokrasi lebih mudah jika dapat makan bersama.
Dalam proses inilah ahli politik terpaksa bersikap pragmatik dengan kaum-kaum birokrat yang jahat demi mengelakkan natijah yang lebih menyukarkan dalam melaksanakan kerjanya.
Secara perbandingan, ahli politik yang baru berkuasa mulai menerima pengaruh lingkaran kawan baru, iaitu kaum birokrat jahat.
Kawan lama yang berpegang dengan idealisma perjuangan, yang berkongsi sudah dan derita, mulai beransur-ansur mengundur diri atau menjauhi.
Mula-mula secara diam-diam. Lama kelamaan, kritikan dan kecaman secara terbuka mula merengangkan hubungan. Akhirnya pertikaman paling klasik antara Hang Tuah dengan saudaranya Hang Jebat pun berulanglah.
Kaum birokrat jahat membuka ruang fitnah dan prasangka sesama ahli politik. Jika ahli politik gagal mengurus permainan birokrat jahat, rakan seperjuangan mereka sendiri akan menjadi seteru baru.
Bukan tiada birokrat yang baik, ikhlas dan berintegriti. Ada.
Tulisan ini cuma amaran tentang angkara birokrat jahat dalam Malaysia Baru. Awasi kaum birokrat jahat itu, kawan!
DR MUHAIMIN SULAM seorang aktivis politik, pensyarah universiti dan penulis buku serta esei.
Rencana ini tidak semestinya mewakili pendirian rasmi Malaysiakini.
Bekas Timbalan Ketua Ulama PAS Selangor, Ahmad Dusuki Abdul Rani, berkata usaha memboikot barangan orang bukan Islam itu baik dari segi agama.
Kenyataan Ustaz Ahmad Dusuki mendapat maklumbalas kurang senang daripada DHPP, MCA & MIC. Walau bagaimanapun PAS dengan segera mengeluarkan kenyataan rasmi dengan tajuk KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM DULU bagi membetulkan kenyataan Ustaz Ahmad Dusuki.
Annuar Musa Kantoi Sebar Gambar Lama Rakyat Filipina Protes Terhadap Msia.
SETIAUSAHA Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa menerusi akaun twitter cuba memperbodohkan orang ramai dengan menyebarkan gambar bendera Malaysia dibakar oleh seorang lelaki.
Menerusi kiriman itu Annuar Musa menulis caption berbahasa Inggeris bermaksud,
“Umno dan BN telah meletakkan asas yang kuat untuk negara. Kita hidup dalam aman dan harmoni hampir tujuh dekad. Tapi kini ia mula runtuh, sekeping demi sekeping, sedikit demi sedikit,”
Namun Annuar Musa jelas sekali kantoi, apabila gambar bendera Malaysia dibakar oleh seorang lelaki berbaju kuning itu sebenarnya bukanlah gambar baharu. Gambar itu dikesan telah wujud sejak tahun 2013 lagi.
Malah kejadian membakar bendera Malaysia itu bukanlah berlaku di negara ini . Ia berlaku di negara jiran Filipina dalam satu tunjuk perasaan membantah gerakan ketenteraan Malaysia terhadap kumpulan bersenjata Filipina di Sabah.
Individu berkenaan bernama Abner Afuang, seorang bekas pegawai polis Filipina . Gambar itu dipercayai kali pertama dimuat naik ke Internet menerusi laman sesawang sumber berita ABS CBN . Bertarikh 03 Jun 2013 dan foto itu diambil oleh jurugambar Lito Diaz.
Gambar lelaki berbaju kuning membakar bendera Malaysia ini, juga sebelum ini pernah viral dikaitkan kononnya lelaki itu adalah salah seorang peserta himpunan bersih, tujuannya tidak lain untuk memfitnah Himpunan Bersih ketika itu.
Kalau kita lihat di media sosial, kebelakangan ini, memang banyak machai-machai walaun- walaun jahat menyebarkan gambar-gambar lama bendera Malaysia terbalik, untuk menanam persepsi negatif terhadap negara.
Namun amat malang bila Tan Sri Annuar Musa yang juga merupakan Setiausaha Agung Umno, turut sama terlibat melakukan kerja jahat dan fitnah seperti ini.
Anda boleh semak sendiri kiriman itu di laman sosial Twitter milik Annuar — @AnnuarMusa ( jika belum dia padam)
“Jangan pelik jika nampak ramai machai-machai dan zombie-zombie suka sebar gambar dan cerita fitnah sebab pemimpin mereka pun buat perkara sama,”
WOWW !!.. Tunggang habis²an kali ni. Guna nama piagam Nabi la plok..
Mudah saja nak perbodohkan melayu hanya dgn tunggang agama guna apa saja yg berkait dgn TUHAN, AGAMA & NABI.
Soal pelihara kaum bukan Islam tak timbul kerana sudah termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dan kontrak sosial yg sedia ada sejak zaman UMNO/BN perintah lagi.
Malah dalam Perlembagaan Malaysia sudah ada beberapa aspek-aspek persamaan dgn Piagam Madinah itu sendiri antaranya dalam a) Kebebasan Beragama, b) Jaminan Hak Asasi Kemanusiaan, c) Ketaatan Kepada Pemimpin, dan d) Hak Mendapat Perlindungan Daripada Kezaliman.
Fokus wajib kpd pemimpin² yg jujur dan tidak berasuah.