DERMA USD620 JUTA ARAB SAUDI TETAPI DIPULANGKAN KEPADA TANERO, KAWAN JHO LOW ? – NAJIB PUTAR ALAM

Image may contain: 2 people, people smiling, text

PARA HAKIM MASIH BELUM  BOLEH MENJADIKAN HUJJAH UNTUK MENAGKAP NAJIB.

Pecah amanah RM30.4 juta sejak 2012: Polis buru 21 bekas peguam dikehendaki

Pecah amanah RM30.4 juta: Polis buru 21 bekas peguam dikehendaki

Image may contain: 21 people, people smiling

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/10/03/21-peguam-dikehendakki-pdrm/

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu 21 bekas peguam yang dikehendaki terlibat dalam 39 kes penipuan dan pecah amanah sejak 2012.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad, lima daripada suspek telah melarikan diri ke luar negara manakala selebihnya masih berada dalam negara.

“Pecah amanah, ada kes melibatkan dia ini (bekas peguam) diamanahkan untuk pegang client account (wang pelanggan) tetapi mereka telah menyalahgunakan untuk kegunaan sendiri.

“Ada juga sebahagiannya yang menerima pembayaran daripada client account yang harus dibayar kepada orang berkenaan tetapi mereka bayar separuh.

“Separuh lagi mereka gunakan untuk kepentingan sendiri, ada juga yang terlibat dalam penipuan dalam kes tidak wujud mereka menjadi peguam mewakili orang tertentu tetapi mereka tidak buat benda itu sungguhpun mereka menerima pembayaran daripada pelanggan masing-masing,” jelas Mohd Zakaria.

Ujarnya, Majlis Peguam telah mengeluarkan kesemua nama mereka daripada senarai pengamal undang-undang kerana didapati terlibat dalam kes penipuan dan pecah amanah berjumlah RM30.4 juta.

 

Tambahnya, polis telah membuka 15 kertas siasatan dan mendapat arahan untuk mendakwa lapan daripada mereka. Bagaimanapun kesemua suspek gagal tampil apabila diminta.

Manakala 13 lagi diburu bagi membantu siasatan sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Mengulas lanjut berkenaan tindakan kesemua suspek, jelas Mohd Zakaria semakan mendapati sebilangan besar suspek mempunyai firma guaman sendiri.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta tampil bagi membantu siasatan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu negara pada Khamis.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pecah-amanah-rm30-4-juta-polis-buru-21-bekas-peguam-dikehendaki-219122?utm_source=insider&utm_medium=web_push&utm_campaign=3-10-19-pecah_amanah_rm30.4_juta%3A

DIKEHENDAKI
Polis buru 21 peguam atas dakwaan pecah amanah.

Baca: malaysiakini.com/news/494300