“Siasatan kes langgar kuarantin Khairuddin at Takiri dijangka selesai dalam 54 tahun lagi”
Kategori: Umnopas Membentuk Taliban Malaysia
Umnopas Semakin Rasis Apabila Ketua Pemuda Pas Melaka Ahmad Bilal Raudin Cuba Menjadikan DAP Sebagai Bahan Provokasi Utama.
Ketua Pemuda Pas Melaka Ahmad Bilal Raudin digesa agar membuktikan dakwaan yang mengaitkan agenda DAP dalam pentadbiran kerajaan Negeri Melaka dengan fakta bukannya bermain dengan sentimen kebencian dan manipulasi isu perkauman mengenai Hospital Pakar Putra di negeri itu, kata Ahli Jawatankuasa DAPSY Melaka Muhamad Danish Zainudin .
Beliau berkata, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui kesemua parti komponen khususnya DAP amat menyokong usaha untuk mengembalikan semula kewibawaan tadbir urus yang lebih bersih, cekap dan bermaruah untuk Melaka dan Malaysia yang lebih baik.

“Saya mencabar Ketua Pemuda Pas Melaka supaya tampil kedepan dan memberikan bukti dan fakta yang jelas terhadap kesemua tuduhan memandangkan tanggungjawab dan beban pembuktian terletak diatas bahu beliau.
“Usahlah bermain sentimen kebencian dan memanipulasi isu perkauman untuk menunjuk jaguh dalam membela nasib rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh Umno dan BN sehingga ke hari ini.
“Ingin saya tegaskan disini bahawa Pakatan Harapan menjunjung tinggi konsep musyawarah dan segala keputusan yang diputuskan harus mendapat persetujuan daripada kesemua pimpinan kesemua parti komponen,” ujarnya dalam kenyataannya.
Muhammad Danish yang juga Exco Pemuda PH Melaka menegaskan sungguhpun DAP mendapat jumlah kerusi undi yang tinggi berbanding rakan komponen PH, namun atas dasar kesepakatan yang utuh dan erat, ujarnya DAP bersetuju memilih Pengerusi Pakatan Harapan Melaka iaitu Adly Zahari untuk memimpin kerajaan negeri Melaka pasca PRU-14.
“Saya amat kesal dengan tuduhan, fitnah dan hasutan yang dilakukan oleh Ketua Pemuda Pas berkaitan beberapa isu seperti pengiktirafan kerajaan negeri Melaka terhadap lepasan UEC, hal ehwal sumber manusia di Hospital Pakar Putra dan juga pemberian jawatan kepada kroni dan ahli keluarga.
“Saya yakin Ketua Pemuda PAS seorang yang cerdik dan cakna terhadap isu semasa.
“Adakah beliau tidak membaca dan peka terhadap pendirian kerajaan negeri bahawa pengiktirafan UEC ini diperakui selagi mana pembelajaran Bahasa Melayu tidak dipinggirkan atau diutamakan?
“Selain itu, segala tuduhan berkaitan Hospital Pakar Putra milik kerajaan negeri Melaka perlulah disokong dengan fakta yang jelas dan bukan hanya cakap kosong semata – mata.
“Berkenaan isu pelantikan kroni dan dan kaum keluarga pula, ingin saya jelaskan bahawa pelantikan – pelantikan yang dibuat adalah berdasarkan merit dan bukan pelantikan tangkap muat sahaja,” terangnya yang juga Setiausaha Politik kepada Adun Duyong.
Pada Rabu Ketua Pemuda DPP Negeri Melaka Ahmad Bilal Rahudin dalam kenyataannya di Harakahdaily.net dipetik berkata, DAP semakin ketara menyerlahkan watak Abang Besar dan selaku pihak yang sebenarnya ‘menguasai’ Kerajaan Negeri Melaka. Sekali gus bermakna Ketua Menteri, hanyalah semata-mata boneka menjadi ‘Pak Turut’ yang tunduk patuh melaksanakan agenda DAP.
Dakwa Ahmad Bilal lagi DAP dilihat sedang menguasai secara politik kedudukan di Hospital Pakar Putra milik salah satu GLC Kerajaan Negeri Melaka. Di mana kemasukan anggota DAP ke hospital ini adalah dengan menyingkirkan sama pengurusan tertinggi dari kalangan orang Melayu Islam.

Fahaman Umnopas amat bahaya dan patut dibubarkan segera demi keselamatan negara.
Bukti Umnopas Ke Arah Taliban