Badul reda dengan pemergian Mohd Zahir

“SAYA reda dan terima ujian Allah ini,” kata pelawak dan pelakon veteran, AR Badul, 70, bapa kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, yang meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie ketika dihubungi berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu sekitar jam 11 pagi hari ini.

“Apa yang berlaku kepada arwah adalah dia tertembak ketika menjalankan latihan pagi tadi. Baju kalis peluru yang dipakainya tidak mampu menahan tembakan itu dan ia sangat menyedihkan,” katanya.

Badul berkata, dia faham dengan tugas anggota komando yang berdepan risiko nyawa tetapi insiden kematian Mohd Zahir terjadi ketika dia sedang menjalani latihan.

Badul memiliki enam anak dan Mohd Zahir adalah anak sulung daripada dua beradik hasil perkahwinan dengan isteri ketiganya yang berasal dari Sabah.

Mohd Zahir meninggalkan seorang balu dan seorang anak termasuk dua anak daripada perkahwinan terdahulunya.

Berita berkaitan

• Anak A R Badul mati tertembak

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/493131/badul-reda-pemergian-mohd-zahir?fbclid=IwAR1sjNvlrKNt3rRZc6gh9jeFAAiuGnpiULCOB9Inwoj6fzkqnjjgzbWD5xk

Israel bakal sertai gabungan negara Arab lawan Iran, kata menteri luar

Menteri Luar Israel Yisrael Katz. (Gambar Facebook)

BAITULMAQDIS: Menteri Luar Israel Yisrael Katz berkata negara itu akan menyertai tentera gabungan pimpinan Amerika Syarikat dalam usaha melindungi laluan perdagangan di Teluk Parsi, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik media Israel pada Selasa.

Menurut akhbar harian Israel, Yedioth Ahronoth, Katz mendakwa beliau bertemu seorang “tokoh berpangkat tinggi” dari Emiriah Arab Bersatu baru-baru ini dalam usaha meningkatkan hubungan antara Israel dan negara Arab.

“Israel adalah sebahagian daripada tentera gabungan pimpinan AS dalam usaha melindungi laluan perdagangan di Teluk Parsi,” kata Katz.

“Adalah menjadi kepentingan Israel untuk menghentikan pencerobohan Iran di rantau ini dan memperkukuh hubungan dengan negara-negara Teluk,” katanya.

Menurut akhbar itu, Katz berkata dalam satu mesyuarat dengan menteri bahawa Israel tidak mempunyai konflik dengan negara Teluk.

Bulan lepas, Iran merampas kapal tangki Britain di Selat Hormuz sebagai membalas tindakan kapalnya yang dirampas berhampiran Gibraltar — yang merupakan sebuah wilayah luar negeri Britain.

Ketegangan memuncak di rantau tersebut sejak itu.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/08/07/israel-bakal-sertai-gabungan-negara-arab-lawan-iran-kata-menteri-luar/?fbclid=IwAR003TtZn6kfj-R-bPsMGlJ6MNkLcGylPmtqfvNZ3bx0F8rNGCkmgbUjMVA