PENYUSUNAN SEMULA BARISAN AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN JOHOR

KENYATAAN MEDIA YANG AMAT BERHORMAT DATO` DR SAHRUDDIN BIN HAJI JAMAL MENTERI BESAR JOHOR

PENYUSUNAN SEMULA BARISAN AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN

Setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia, Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta`zim, sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Bahagian Kedua, Fasal 4 (7), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bagi pelantikan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang baharu, maka dua (2) orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan adalah digugurkan dan dimansuhkan lantikannya berkuatkuasa pada 21 April 2019;

Yang Berhormat Tuan Tan Hong Pin, ADUN Skudai
Yang Berhormat Tuan Haji Mazlan bin Bujang, ADUN Puteri Wangsa

Seterusnya saya juga telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk melantik 3 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang baharu selaras dengan peruntukan di bawah Fasal 4(2)(b) Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan 1895, berkuatkuasa pada hari ini 22 April 2019 iaitu;

Yang Berhormat Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi, ADUN Bukit Permai
Yang Berhormat Tuan Tan Chen Choon, ADUN Jementah
Yang Berhormat Tuan Mohd. Solihan bin Badri, ADUN Tenang

Saya menjunjung setinggi-tinggi kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor di atas perkenan baginda terhadap penstrukturan semula Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Sehubungan dengan pelantikan tiga (3) orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang baharu ini, saya telah membuat penyusunan semula portfolio dibawah tanggungjawab Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang baharu.

Berikut merupakan senarai penuh Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri bersama portfolio masing-masing;

YAB Dato` Dr Sahruddin bin Haji Jamal
(Menteri Besar)
Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi

YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi

YB Tuan Sr Dzulkefly bin Ahmad
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia

YB Cik Liow Cai Tung
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Ultiliti

YB Tuan Mohd Khuzzan bin Abu Bakar
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan

YB Tuan Dr Ramakrishnan A/L Suppiah
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

YB Tuan Sheikh Umar Bagharib bin Ali
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi

YB Tan Haji Tosrin bin Jarvanthi
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar

YB Tuan Tan Chen Choon
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar

YB Tuan Mohd Solihan bin Badri
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur

Saya berharap Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dengan portfolio baharu ini dapat mengalas tanggungjawab ini dengan jujur, ikhlas dan penuh amanah serta mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan diri sekaligus melancarkan pentadbiran kerajaan negeri.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Tuan Tan Hong Pin dan YB Tuan Mazlan bin Bujang atas sumbangan selama menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum ini.

YAB DATO` DR SAHRUDDIN BIN HAJI JAMAL
MENTERI BESAR JOHOR
22 APRIL 2019

https://buletin01.com/2019/04/22/penyusunan-semula-barisan-ahli-majlis-mesyuarat-kerajaan-johor/?fbclid=IwAR1O9MVmP5B8c_x6XlsFwwku4bEhb00YKlRZ2gnFUx6K5RFvRlf4vbeNPpo

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan