Jaguh badminton negara, Lee Chong Wei menyeru rakyat Malaysia berbilang kaum mempertahankan nikmat keamanan dan perpaduan yang dikecapi selama ini.
Chong Wei berkata kebelakangan ini dia jarang menggunakan media sosial kerana sakit hati membaca kenyataan yang menyaksikan rakan dan peminatnya saling mengeluarkan kata-kata nista antara satu sama lain.
“Ini bukan Malaysia yang saya perjuangkan,” katanya.
Jelasnya, perpaduan yang terjalin tidak harus dirosakkan dengan isu-isu kecil seperti yang melibatkan Dong Zong dan tulisan Jawi.
“Jangan biarkan isu-isu kecil seperti Dong Zong, tulisan khat (Jawi) memecahbelahkan kita. Jangan biarkan sebahagian kecil yang menyebarkan kebencian kaum menewaskan kita.
“Rakyat Malaysia jauh lebih besar daripada ini. Tunjukkan kita jauh lagi teguh dari semua perkara yang tidak masuk akal ini. Sebarkan cinta bukan kebencian,” tulis bekas pemain badminton nombor satu dunia itu di Facebooknya, hari ini.
Pada 3 Ogos lalu, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan pelaksanaan pengenalan Jawi akan dibuat secara pilihan dengan guru diberi kuasa menetapkan kaedah pengajaran, serta pengurangan halaman daripada enam kepada tiga muka surat.
Bagaimanapun ia tetap dibantah sesetengah pihak, antaranya Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang melancarkan petisyen untuk menggesa ia dibatalkan.
Sementara itu, Chong Wei menyorot pertembungannya dengan pesaing utamanya dari China, Lin Dan pada aksi final terbuka Malaysia di Kuching, Sarawak pada 2006.
Jelas Chong Wei, ketika itu dia sedar untuk menumbangkan jaguh dunia itu adalah sesuatu yang sukar dengan usianya yang semakin lanjut.
Namun, jelasnya, setiap rakyat Malaysia sama ada Melayu, Cina mahupun India di pelusuk stadium dan negara yang berdoa untuk kemenangannya memberi semangat kepadanya untuk melangkah ke dalam gelanggang.
“Saya letih dan sedih. Saya melihat kepada orang ramai. Sokongan padu mereka tidak pernah goyah. Kemudian saya melihat seorang gadis Melayu, mungkin sekitar umur 8 tahun meletakkan kedua tangan bersama dengan matanya tertutup. Dia berdoa untuk saya.
“Bahagian lain stadium saya melihat seorang lelaki India yang menangis. Saya tidak tahu jika dia menangis untuk saya, tetapi saya menganggap demikian.
“Kemudian, di sudut lain, anak lelaki kawan saya, kanak-kanak Cina berusia 10 tahun menjeritkan nama saya dengan begitu kuat sehingga dia diminta untuk perlahankan suaranya,” katanya.
Pada pertembungan epik itu, Lin Dan hanya dipisahkan satu mata daripada kejuaraan selepas mendahului 20-13 dalam set penentuan ke atas Chong Wei.
Chong Wei kemudiannya bangkit mendapatkan tujuh mata berturut-turut untuk mengikat pemenang dua kali Olimpik terbabit 20-20 sebelum memenangi dengan 23-21 bagi menjulang kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut.
“Saya mahu anak-anak dan cucu saya mempunyai rakan Melayu dan India mereka. Saya mahu mereka berasa selamat di Malaysia. Saya mahu mereka berjuang untuk bendera, seperti mana saya lakukan untuk anda,” tambah Chong Wei lagi.
Mengimbas kenangan manis ketika Malaysia berjaya memenangi Piala Thomas pada tahun 1992, Chong Wei menyifatkan ia sebagai detik indah hasil usaha individu-individu daripada pelbagai kaum.
“Punch Gunalan adalah pengurus pasukan, Razif Kapten, Rashid yang paling berbakat, Kok Keong adalah pejuang dan Beng Kiang menyempurnakan pukulan kemenangan.
“Ia Malaysia yang indah, pelbagai kaum. Jangan bunuh,” katanya.
Umnopas yang suka melaga-lagakan rakyat Malaysia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api permusuhan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan maju dan harmoni mesti menolak serta menangkis dakyah jahat parti umnopas agar keharmonian kaum dan sikap saling hormat menghormati perbezaan agama terus dapat dinikmati bersama oleh generasi kita dan juga generasi anak cucu kita di bumi Malaysia tercinta.
Sila layari
https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas
https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph
untuk melihat betapa dahsyat dan buruknya wajah sebenar umnopas serta betapa busuknya hati orang-orang umnopas dalam menyebarkan fitnah.
365 KEJAYAAN CEMERLANG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN
9 Mei Berakhirnya 72 Peristiwa Hitam Ciptaan Najib
Penyokonh Umnopas Rasis Nazrul Nazari Tidak Sabar lagi Menunggu Peristiwa 13 Mei Berulang Untuk Membunuh Cina Dan India
Amanat Penting Lokman Adam Kepada Golongan Rasis Malaysia – KDN Sila Bertindak Segera
Kalau terjumpa fitnah melibatkan Kaum, Agama & Raja, tolong screenshot & hantar ke WhatsApp 016-2206262 (SKMM). Sebarkan.