Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Azmin keluar UMNO/Kerajaan BN 1998 mengikuti DS Anwar…..dan sejak itu tidak pernah menoleh belakangazmin

Azmin keluar UMNO/Kerajaan BN 1998 mengikuti DS Anwar…..dan sejak itu tidak pernah menoleh belakang

Dan terpaksa memikul amanah untuk menggalas untuk memacu pentadbiran Selangor dan PKR…. kerana kesilapan pemimpin de facto itu sendiri….. disebabkan langkah kajang dan berkali2 dipenjarakan

Tapi bila dia hanya berhasrat untuk menjadi timbalan presiden di samping DS Anwar sebagai presiden…..dia dicabar oleh Rafizi….. di mana di sini nampak sangat pilih kasih oleh DS Anwar untuk cenderung berpihak kepada Rafizi menyebabkan erti kesetiaannya semakin pudar.

Rasanya kini makna perjuangan “keadilan” lebih sesuai untuk Azmin….. dimana pengorbanan masa….tenaga keringatnya selama berpuluhan tahun sebagai *budak suruhan* DS Anwar yang selama ini tidak pernah membantah walau sekalipun

Seolah tidak pernah dihargai parti…..malah kini dianggap pengkhianat dalam parti tentunya sesuatu yang memilukan hatinya.

Semalam….. kesediaan Azmin untuk bersama2 datang ke Kongress…..selepas hampir beberapa bulan mengasingkan diri……menunjukkan sikap positifnya namun pentas itu digunakan oleh sesetengah pihak untuk menghina….. dan memerlinya.

# Cuba fahami kenapa beliau memberontak…..hanya orang2 yang melihat dari mata hati saja yang boleh nampak semua ni.

Azmin dedah 84 aset Khazanah dijual ketika pentadbiran Najib

aset khazanah nasional

Mohamed Azmin Ali

1 KHAZANAH

KUALA LUMPUR – Putrajaya mendedahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika mentadbir negara dahulu turut menjual aset Khazanah Nasional (Khazanah).

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ketika era pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak 84 aset Khazanah telah dijual.

“Pelupusan aset ini bukanlah satu aktiviti baharu di dalam pentadbiran tahun 2009 hingga 2018 ia telah dilakukan.

“Pada tahun 2009 yang menjadi Perdana Menteri adalah ahli Parlimen Pekan (Najib), beliau melupuskan lapan aset, 2010 lupus tujuh aset, 2011 (lapan aset), 2012 (10 aset), 2013 (enam aset), 2014 (enam aset), 2015 (10 aset), 2016 (13 aset), 2017 (12 aset) dan bagi empat bulan pertama 2018 beliau lupus empat aset.

“Jumlah aset yang dilupuskan oleh Pekan adalah 84 aset Khazanah, jadi di mana Pekan ingin menyanggah keputusan kerajaan baru (jual aset) untuk memastikan pulangan yang kita perolehi lebih baik,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang meminta menteri menjelaskan apakah justifikasi kerajaan menjual aset Khazanah yang mendatang pulangkan yang baik ketika pasaran menurun.

Beliau juga meminta kerajaan menjelaskan, punca Khazanah mengalami kerugian RM6.3 bilion pada tahun 2018 dan terkejut dengan pengumuman menteri kononnya kentungan dapat dicapai sehingga RM5 bilion sedangkan banyak aset dijual.

Azmin kemudian menjelaskan, kerugian yang dihadapi pada tahun 2018 hasil kelemahan pelaburan dibuat kerajaan terdahulu.

“Kerajaan mengambil maklum bahawa Khazanah mengalami kerugian RM6.3 bilion pada tahun 2018, saya juga nak tegaskan kerugian dicatatkan ini adalah hasil daripada pelaburan tidak strategik oleh pentadbiran lama, aset-aset yang mereka labur tidak beri nilai tambah dan tidak beri pulang baik kepada

Khazanah sebab itu kita mengalami kerugian cukup besar.

“Namun saya juga nak rakam dalam dewan ini kerugian ini sebenarnya telah tercatat dalam pentadbiran lalu tetapi tidak diambil kira rosot nilai dalam penyata kewangan, tidak berlaku ketelusan dalam pengurusan kewangan pada ketika itu.

“Sebab itu apabila kerajaan baharu ambil alih, kita mengambil kira rosot nilai yang diambil kira aset yang dibuat pentadbiran lama sebab itu kita dapat maklum kerugian dialami ialah RM6.3 bilion,” katanya.

Azmin berkata, keputusan kerajaan menjual aset Khazanah bertujuan mendapatkan pelabur baharu.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/51382/BERITA/Nasional/Azmin-dedah-84-aset-Khazanah-dijual-ketika-pentadbiran-Najib
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

https://www.sinarharian.com.my/article/51382/BERITA/Nasional/Azmin-dedah-84-aset-Khazanah-dijual-ketika-pentadbiran-Najib

 

Tiada transaksi babitkan akaun bank Azmin – SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini tidak mengesan sebarang transaksi membabitkan beberapa akaun bank yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berhubung laporan yang dibuat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata SPRM akan tetap memanggil beberapa individu dalam siasatan transaksi mencurigakan yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin itu.

Pada 12 Jun lalu, Lokman yang juga Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat menyerahkan laporan kepada SPRM bagi meminta agensi itu menyiasat dakwaan pemindahan dana RM4 juta atau AS$741,440 ke akaun bank Mohamed Azmin sekitar Disember 2017.

Lokman mendakwa menerima satu rekod transaksi dana oleh UEM Group Bhd ke atas akaun Mohamed Azmin di Deutsche Bank AG-ZR BR, no akaun 0061508230587 pada 19 Disember 2017.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/06/578199/tiada-transaksi-babitkan-akaun-bank-azmin-sprm?fbclid=IwAR2tdfGMtJY0Cm6VBsSC07Kd3G4nxT-tEoUNsfTkIXoennBuo6T_4ZvIxNg