Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Diskaun 50 Peratus Saman Trafik Sempena Krismas

M Update, 13/12/2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan potongan diskaun sehingga 50 peratus bayaran pelbagai jenis saman trafik (saman terpilih) sempena sambutan Hari Krismas tidak lama lagi.

PDRM dalam satu poster disiarkan di media sosial rasmi memaklumkan, bayaran boleh dibuat di Dataran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur pada 24 dan 26 Disember ini dari 8.30 pagi sehingga 4.00 petang.

Bagaimanapun saman yang tidak layak mendapat diskaun ialah saman kemalangan, saman berstatus NC (No Compoundable), saman berstatus waran tahun semasa, saman dalam perbicaraan, saman ops selamat tahun semasa dan saman berstatus mahkamah serta saman berkaitan lori.

Tawaran itu juga adalah sempena Hari Bertemu Pelanggan bersama Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya. – HM Online

http://m-update.com/2019/12/13/diskaun-50-peratus-saman-trafik-sempena-krismas/?fbclid=IwAR3Oexl8l8oWPKbqrMXNfFI0xmtKNDwueaDWIJSUrlSgAQ3HmGlNNk9oC80

Mesti lulus agama, moral sebelum jadi polis – Tahniah Kerajaan PH.

1 SYUKUR GETAH

1 BERSYUKUR BONUS

1 ULAR PAS

Mulai tahun depan setiap permohonan untuk menganggotai pasukan polis perlu lulus ujian penilaian agama dan moral sebelum diterima masuk ke agensi itu.

Pengarah Pengurusan PDRM, Abd Rahim Jaafar berkata, ia bagi memastikan setiap anggota mempunyai tahap integriti serta nilai moral dan agama yang tinggi.

“Aspek agama ditekankan bagi calon beragama Islam manakala pendidikan moral bagi calon bukan beragama Islam menerusi ujian secara atas talian dan temu duga.

“Kita perlu faham bahawa pendidikan agama penting jika tiada ‘pendinding’ itu akan menyebabkan mereka-mereka ini terlibat dalam perkara-perkara yang tidak sepatutnya,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Peringkat Kontinjen Terengganu hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Polis negeri, Datuk Aidi Ismail.

Abd Rahim berkata, pihaknya menjangka seramai 6,000 anggota termasuk 500 pegawai terlibat bagi pengambilan baharu pada tahun depan.

Katanya, selain aspek agama dan moral, PDRM juga akan menjalankan ujian psikometrik yang bersesuaian bagi mengenal pasti sikap dan perilaku mereka sebelum diterima menjadi anggota polis.

“Kita juga akan bekolaborasi bersama universiti untuk mencari kaedah dalam mengesan lebih awal calon-calon bagi anggota polis yang terlibat dalam masalah dadah kerana terdapat juga statistik mengatakan ada antara polis terlibat dengan dadah lebih awal sebelum menjadi anggota.

“Ini antara kaedah yang akan kita laksanakan bagi memastikan anggota baharu yang diambil benar-benar menepati kriteria yang kita mahukan,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/503163?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR2Gu_J1tLNFyilbcGeh2v0AoMFNnLpoWqHJq0A_BYAVGti40VL3EkKdF7w

 

 

Mispani Ketua Polis Daerah Jasin baharu

Mispani Ketua Polis Daerah Jasin baharu

JASIN 4 Dis. – Timbalan Penguasa Polis (DSP), Mispani Hamdan memulakan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Jasin yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Beliau mengambil alih tugas itu daripada Superintendan Arshad Abu yang kini menggalas jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Alor Gajah.

Mispani yang juga bekas Ketua Polis Balai Wangsa Maju telah berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira 30 tahun.

Pelbagai jawatan telah disandang dan beliau telah bertugas selama 11 bulan sebagai Pegawai Turus Perkhidmatan Perjawatan, Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka sebelum diserap ke jawatan terkini.

“Kepercayaan diberikan kepada saya untuk menggalas jawatan ini saya terima dengan penuh syukur dan rendah diri.

“Sokongan dan bantuan semua pihak lebih menyakinkan saya memastikan Daerah Jasin sentiasa selamat dan aman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Serah/Terima Tugas Ketua Polis Daerah Jasin disaksikan Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin di sini.

https://melakakini.my/mispani-ketua-polis-daerah-jasin-baharu/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Bangunan penuh penipu [METROTV]

MENGHAIRANKAN apabila sebahagian besar 680 warga China yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu serbuan di sebuah bangunan enam tingkat di sini, semalam tidak memiliki dokumen perjalanan atau pasport.

Semua mereka ditahan kerana disyaki anggota sindiket penipuan pelaburan dalam talian termasuk tukaran matawang asing atau forex.

Apa yang lebih mengejutkan, sindiket terbabit yang dipercayai berpusat di China itu menyewa keseluruhan bangunan enam tingkat terbabit dengan kadar sewa RM360,000 sebulan.

Turut dirampas 8,230 unit telefon bimbit, 174 unit komputer riba dan 787 unit komputer peribadi dirampas.

Premis disewa itu dipercayai berfungsi sebagai pusat panggilan dengan kawalan keselamatan ketat di setiap tingkat dan hanya mereka yang mempunyai kad akses sahaja boleh memasuki premis berkenaan.

Bukan itu sahaja, terdapat juga rangkaian kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau pergerakan keluar dan masuk.

LEBIH 100 suspek sempat melarikan diri. FOTO Luqman Hakim Zubir

Semasa serbuan, bangunan itu hanya dipenuhi oleh warga China.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, modus operandi sindiket menyasarkan mangsa di China dengan janji keuntungan yang tinggi dan pantas.

Katanya, anggota sindiket itu akan menghantarkan satu kod kepada pelanggan dari laman web tertentu yang menggunakan bahasa Mandarin dalam aplikasinya.

“Semua urusniaga dan pembayaran dilakukan melalui WeChat Pay atau bank di China.

“Semasa serbuan pada jam 11 pagi semalam selepas intipan dilakukan selama hampir dua bulan, mereka sedang menjalankan aktiviti berkenaan.

“Dalam operasi ini seramai 680 warganegara China terdiri daripada 603 lelaki dan 77 wanita yang berusia antara 19 dan 35 tahun ditahan di setiap tingkat yang diserbu di bangunan itu dan sebahagian besar mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan atau pasport.

KHAIRUL Dzaimee (tiga dari kanan) melihat barangan dirampas dalam serbuan sindiket penipuan pelaburan dalam talian di Cyberjaya pada sidang media yang di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya. FOTO Luqman Hakim Zubir

“Semua mereka dipercayai menjalankan aktiviti penipuan dalam talian yang berpusat di China yang disyaki telah berjalan lebih kurang enam bulan selain menyasarkan rakyat republik itu,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media khas di sini semalam.

Khairul Dzaimee berkata, siasatan awal mendapati mereka tinggal di negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial (PLS).

Katanya, antara kesalahan yang dikenal pasti adalah mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan lmigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas, Seksyen 6 (1)(C) Akta lmigresen 1959/63 iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas yang sah dan Seksyen 15 (1)(C) Akta lmigresen 1959/63 iaitu tinggal lebih masa.

Katanya, tindakan penyitaan mengikut peruntukan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) terhadap barang-barang rampasan itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, semasa anggota operasi menghampiri lokasi serbuan, berlaku provokasi oleh suspek sebelum mereka bertindak merempuh dan menyerang anggota JIM.

SEBANYAK 8,230 unit telefon bimbit dirampas. FOTO Luqman Hakim Zubir

“Dianggarkan seramai lebih 100 suspek berjaya melarikan diri dengan merempuh kepungan pegawai lmigresen.

“Akibatnya, ada dalam kalangan mereka yang tercedera dengan mengalami luka-luka dalam usaha mereka melarikan diri begitu juga anggota JIM.

“Walaubagaimanapun, keadaaan terkawal dengan bantuan daripada JIM Selangor dan JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya.

Khairul Dzaimee berkata, sehingga kini tiada wakil atau individu yang hadir mengemukakan pasport mereka dan pihak Kedutaan China di sini juga sudah dimaklumkan berhubung perkara berkenaan.

Katanya, semua suspek akan direman selama 14 hari.

Katanya, JIM juga akan mengesan dan memburu dalang sindiket berkenaan dan menyalurkan maklumat berkaitan kepada agensi
lain seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lain-lain agensi yang berkaitan.

SEBAHAGIAN barang rampasan. FOTO Luqman Hakim Zubir
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 November 2019 @ 6:15 AM

Pegawai kanan polis IPK Terengganu ditahan SPRM

Pegawai kanan polis IPK Terengganu ditahan SPRM

Pegawai kanan polis itu direman selama enam hari bagi membantu siasatan. – Gambar Fail

KUALA TERENGGANU : Seorang pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu pada Isnin dan direman selama enam hari sehingga Ahad.

Ia bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima suapan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan tangkapan tersebut.

Bagaimanapun Aidi enggan mengulas lanjut berhubung kes terbabit kerana masih dalam siasat SPRM.

“Saya tidak tahu kes mana dia ditahan atas aduan laporan yang dibuat SPRM dan tangkapan dibuat bagi membantu siasatan,” katanya kepada Astro AWANI.

Difahamkan pegawai kanan terbabit ditahan bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang suapan bernilai RM80,000.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pegawai-kanan-polis-ipk-terengganu-ditahan-sprm-223091

190 anggota polis positif dadah, berdepan tindakan dibuang kerja

Positif dadah, 190 anggota polis berdepan tindakan dibuang kerja

Mohd Khalill (dua kanan) menunjukkan antara hasil rampasan ketika serbuan satu hari Ops Damn Token 2.0 pada 29 Oktober lalu. – Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Enam pegawai kanan adalah antara 190 anggota polis yang ditahan dalam operasi “Ops Blue Devil” yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, baru-baru ini.

Operasi yang dijalankan sejak 13 Ogos lalu, bertujuan membanteras aktiviti dadah dalam kalangan Polis Diraja Malaysia (PDRM), melibatkan pemeriksaan terhadap 5,385 anggota polis.

Menurut Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader, daripada jumlah tersebut, seramai 161 anggota dikesan positif dadah jenis methamphetamine.

Jelas Mohd Khalil, kesemua mereka kini diletakkan di bahagian pentadbiran bukan operasi (Non-operational) dan berdepan tindakan dibuang kerja sekiranya didapati bersalah.

“Selepas saringan pertama dan apabila mereka didapati positif, kita akan hantar kepada Jabatan Patologis untuk mengesahkan keputusan rasmi saringan.

“Kemudian kita akan sabitkan mereka di mahkamah seperti mana orang awam,” katanya.

Mohd Khalil berkata demikian pada Majlis Pemakaian Pangkat pegawai kanan JSJN di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Khalil berkata operasi mencegah aktiviti dadah dalam kalangan anggota polis akan diteruskan sehingga ke akar umbi dan PDRM dapat dibersihkan daripada najis tersebut.

“Dalam pada itu, kita telah mulakan pendidikan di peringkat Pusat Latihan yang mana pucuk pimpinan akan hadir bersama pelatih. Kita mesti terbuka kepada perkara ini dan pelatih harus didedahkan dengan kesan sekiranya mereka tersalah langkah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Khalil turut memaklumkan pihaknya telah menahan reman 2 lelaki warga Nigeria kerana disyaki terlibat dalam merekrut rakyat Malaysia sebagai keldai dadah.

Kedua-dua suspek ditahan menerusi Operasi Alsum yang dijalankan pada 25 Oktober lalu.

“Dalam operasi khas yang dijalankan, kita telah berjaya menangkap 2 lelaki warga Nigeria. Dalam tangkapan tersebut, kita berjaya merampas sebanyak 227 gram (g) kokain yang dianggarkan bernilai RM55,000.

“Kita juga merampas sebuah kenderaan jenis Nissan Sentra dan hasil siasatan kita dapati suspek tiada rekod jenayah dan ujian air kencing terhadap mereka didapati negatif,” katanya.

Beliau turut mendedahkan bahawa setakat tahun ini, seramai 86 rakyat Malaysia telah ditahan di luar negara kerana menjadi keldai dadah.

Justeru itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah yang cuba mengambil kesempatan terhadap rakyat negara ini dengan menawarkan sejumlah wang.

“Rakyat Malaysia yang ditawarkan kerja ke luar negara diminta untuk membuat semakan dengan jabatan-jabatan berkaitan kerana mereka yang menawarkan pekerjaan biasanya mengambil kesempatan terhadap desakan kita yang memerlukan wang.

“Apabila diberi bag atau barang-barang untuk dibawa, kamu berhak untuk periksa. Ini kerana, jika kamu ditangkap, kami (pihak berkuasa) tidak dapat membantu kerana ia tertakluk kepada undang-undang negara tersebut.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/positif-dadah-190-anggota-polis-berdepan-tindakan-dibuang-kerja-221515

Individu samakan PDRM dengan anjing diburu

KUALA LUMPUR: Polis menerima dua laporan berhubung kenyataan seorang individu yang menyamakan pasukan keselamatan itu dengan anjing di laman sosial Twitter, semalam.

Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman berhubung laporan terbabit.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Mior Faridalathrash, berkata dua laporan itu dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak petang semalam.

“Polis kini mengesan suspek untuk tindakan selanjutnya. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Terdahulu, seorang individu menggunakan nama Navin Pillai membalas ciapan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berhubung isu pengganas dengan mengeluarkan kenyataan jelik berbahasa Inggeris.

“Please vote in Parliment to defund and reduce salary of PDRM (Polis Diraja Malaysia); remind them who is the boss Mahathit or 50+ PKR Mps! Misbehaving dogs need to be disciplined.”

(Tolong undi di Parlimen untuk hentikan pemberian dana dan kurangkan gaji PDRM; ingatkan mereka siapa ‘bos’ Mahathir atau lebih 50 Ahli Parlimen PKR! Anjing yang tak sopan perlu diberi pengajaran)” katanya dalam ciapan yang dimuat naik, semalam.

Selain itu, individu terbabit turut memuat naik gambar Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kapsyen ‘#petsatwork Anjing/Dogs and/bersama its Master/Tuhan.’

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/10/617872/individu-samakan-pdrm-dengan-anjing-diburu?fbclid=IwAR2HaY851DByt7tV4N25R7zr5XdRLu1SQlct-tXmOlf1SHBIkqaEc-VTCpY

KPN tuduh pembangkang penyebab ketegangan kaum dan agama – Mohon KPN Ambil Tindakan Segera Demi Keselamatan Negara Dan Keharmonian Kaum.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador menuduh pihak pembangkang cuba menggugat kerajaan Pakatan Harapan, di tengah-tengah peningkatan ketegangan kaum dan agama di Malaysia.

The South China Morning Post melaporkan beliau sebagai berkata bahawa keadaan di negara ini ‘menyusahkan’.

“Dari segi keselamatan, ia membimbangkan tetapi boleh diurus. Parti yang digulingkan itu akan terus menghancur dan melemahkan parti pemerintah, ” kata Abdul Hamid dalam satu wawancara.

Ketua polis itu sendiri mengeluarkan amaran pada minggu lalu, mengatakan bahawa sesiapa yang didapati memainkan sentimen perkauman dan menyentuh sensitiviti agama akan ditangkap tanpa amaran.

Penasihat media kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk A Kadir Jasin juga berkata terdapat keperluan tegas bagi pihak berkuasa untuk bertindak terhadap mereka yang menyalahgunakan media sosial, seperti menahan individu untuk siaran secara online dan menutup laman web.

Beliau memberi amaran tentang situasi yang berlaku dengan ‘berbahaya’ apabila ia tidak dipantau, dan meletakkan kesalahan pada parti-parti Pembangkang yang mengeksploitasi isu-isu tersebut untuk mendapatkan sokongan Melayu-Muslim.

“Siapakah orang yang mempromosikan agenda pemisahan, perkauman dan agama untuk keuntungan politik? Ia adalah Umno dan PAS. Dari parti nasionalis, Umno kini menjadi tidak lebih daripada parti Melayu ekstremis.

“Dan PAS menggunakan Islam untuk tujuan yang sama untuk bertanding dengan sokongan Umno,” kata Kadir.

Beliau juga menegaskan bahawa untuk Umno, mengeksploitasi isu-isu perkauman dan agama adalah satu-satunya cara yang boleh digunakan untuk menutup dosa mereka sendiri, rasuah mereka, dan kerana ditolak skandal 1MDB.

“Jadi apa cara yang lebih baik untuk menyembunyikan dosa mereka sendiri daripada menggunakan masalah kaum dan agama,” tambah Kadir.

Pentadbiran Dr Mahathir kini menghadapi masalah dalam menarik sokongan pengundi Melayu,  yang kecewa dengan kerajaan PH yang tidak serius mempertahankan Islam dan hak-hak Melayu, sambil berurusan dengan hutang dari kerajaan BN dan kelembapan ekonomi.

Tahniah PDRM Kerana Berjaya Menjamin Keamanan Untuk Rakyat Malaysia

Terima kasih tidak hadir perhimpunan – Ketua Polis KL

KUALA LUMPUR: Peserta perhimpunan anti Dr Zakir Naik menghormati arahan dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila tidak berhimpun di Little India, Brickfields, di sini, hari ini.

Perhimpunan ‘Say No 2 Zakir Naik, Equal Rights to Indians and Other Races’ yang dijadualkan berlangsung pada jam 2 petang itu dibatalkan selepas penganjur gagal mendapatkan kebenaran daripada polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata pihaknya berterima kasih kepada peserta yang akur dengan nasihat dikeluarkan untuk tidak menghadiri perhimpunan.

“Kita dapati perhimpunan yang dirancang untuk diadakan hari ini, tidak berlangsung, kita berterima kasih kepada peserta yang patuh arahan yang dikeluarkan.

“Bagaimanapun, pemantauan di sekitar kawasan Brickfields akan terus dilakukan, laluan juga akan dibuka semula bergantung kepada pemantauan berkenaan.

“Ini yang kita mahu, polis sentiasa mementingkan ketenteraman dan keselamatan awam, jika ada juga pihak masih mahu mencabar polis, tindakan tegas akan diambil,” katanya pada sidang media ketika turun melakukan tinjauan di kawasan Brickfields, hari ini.

Sementara itu, tinjauan BH di lokasi mendapati suasana tenang di sekitar Little India dengan dipantau polis dan penguat kuasa DBKL.

Perniagaan di sekitar lokasi ini turut beroperasi seperti biasa dengan kehadiran orang ramai serta pelancong.

Bagaimanapun, lokasi ini dikawal ketat pihak polis dengan beberapa jalan utama untuk masuk ke Brickfields ditutup sementara waktu.

Antara laluan yang ditutup adalah dari Jalan Travers, Jalan Tun Sambanthan dan Lingkaran Syed Putra menuju ke Little India.

1929 dibaca
ANGGOTA polis trafik menutup laluan masuk ke Little India Brickfields hingga ke NU Sentral ekoran penganjuran perhimpunan Anti Zakir Naik. – Foto Mohd Yusni Ariffin

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/08/599503/terima-kasih-tidak-hadir-perhimpunan-ketua-polis-kl?fbclid=IwAR1JHQ4uQFCNph9Q94dNOxGTkoX0_ge0d29bh6ZmjqWBtH502QJkT2Nk2WQ

Jangan hadir perhimpunan di Brickfields – Polis

KUALA LUMPUR: Polis menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan yang dirancang di Brickfields, petang Sabtu ini.

Perkara itu dimaklumkan Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe, menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, ia susulan kegagalan penganjur untuk mengemukakan notis yang lengkap serta tidak memenuhi keperluan undang-undang.

“Polis menerima notis pemakluman daripada penganjur mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung hasrat mengadakan satu perhimpunan ‘Say No To Zakir Naik, Equal Rights To Indians & Other Races’ pada jam 2 petang, 24 Ogos di Water Fountain Little India, Brickfields.

“Bagaimanapun, notis yang dikemukakan didapati tidak lengkap dan tidak memenuhi keperluan undang-undang.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai perhimpunan ini bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat sentiasa terpelihara,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/08/598913/jangan-hadir-perhimpunan-di-brickfields-polis?fbclid=IwAR0LAOyQVnT92oG0oX_vI_-ibXhMBXb1Q1cUhcZYY1kYGHv6vIEXW_g9az4