Dr Mahathir akan rasmi kongres minyak sawit terbesar dunia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan merasmikan kongres minyak sawit terbesar dunia, Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), kongres itu berlangsung selama tiga hari bermula 19 November ini.

Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, berkata Dr Mahathir turut dijadualkan menyampaikan ucaptama di acara itu.

“Perdana Menteri sentiasa menjadi penyokong kuat kepada industri minyak sawit, dan kami memberi penghormatan kepada beliau untuk merasmikan PIPOC 2019, yang bertemakan ‘Balancing Sustainability Pillars’ (Mengimbangi Tonggak Kemampanan).

“Saya percaya kehadiran Dr Mahathir semasa acara itu berlangsung akan memberi isyarat tepat bagi pembangunan industri ini, dan sekali gus pastinya meningkatkan kepentingan PIPOC 2019,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Parveez berkata, Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim akan menyampaikan ucapan alu-aluan untuk memulakan acara antarabangsa itu.

“PIPOC 2019 akan membincangkan aspek penting pengeluaran minyak sawit secara mampan, iaitu membabitkan bumi ini, rakyat dan keuntungan, dengan menumpukan penyelidikan terkini dan amalan dalam industri minyak sawit,” katanya.

PIPOC kali ini dijangka dihadiri lebih 7,000 peserta, terutama penyelidik, ahli akademik, penggubal dasar serta pakar industri dari seluruh dunia.

PIPOC juga mengetengahkan lima persidangan yang akan diadakan serentak membabitkan pertanian, bioteknologi dan kemampanan; kimia, teknologi pemprosesan dan biotenaga; oleo dan kimia khusus; ekonomi global dan pemasaran; serta makanan, kesihatan dan nutrisi.

Selain itu, pameran dengan lebih 400 gerai yang mempamerkan kecanggihan industri yang baharu, lawatan teknikal serta kejohanan golf turut diadakan.

– BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/628767/dr-mahathir-akan-rasmi-kongres-minyak-sawit-terbesar-dunia?fbclid=IwAR2yAu32nP_BESMmA68Yx3eVoj3alB1NRR9wefiRqhMnuX7g4_O89dZfD2M

SEGALA PERANCANGAN JAHAT MEREKA ALLAH SWT GAGALKAN..

1 ALLAH SWT PERANCANG TERBAIK

SEGALA PERANCANGAN JAHAT MEREKA ALLAH GAGALKAN..

Zahid Hamidi kena berterima Kasih banyak dengan PAS.. Allah bukan mencuci Dosa kamu semua, tetapi cuba menguji untuk menambahkan Dosa Dosa Ashabiyah kamu..

Sebenarnya PAS dan Haji Hadi sendiri sudah sedaya upaya menyelamatkan UMNO sebelum PRU 14.. Tapi memang benar kata Zahid, Allah tak izinkan rencana Jahat ini menjadi Kenyataan..

Haji Hadi sudah cukup kuat mainkan peranannya pecahkan Pembangkang, Pecahkan Pakatan Rakyat dulu..Zahid kena berterima Kasih, sebagaimana US berterima kasih kepada Jihadis Takfiri yg dah berjaya hancurkan bumi Syria.. Cuma Allah tak izinkan kemenangan mereka..

Bayangkan Haji Hadi dan PAS dan berjaya mainkan peranannya menyerang Pakatan Rakyat, Ulama PAS sudah sedaya Upaya mengkafirkan, Munafiqkan lawan Poltiik depa, Doa ahzab..Doa laknat pun telah dilakukan dengan Jayanya.. Nak buat mcm mana Allah tak Izinkan hatta Doa itu datang dari Tuan Guru dan Ulama Dunia..

Haji Hadi dan Ulama PAS dah berusaha sedaya upaya mainkan sentimen Kaum, Kata DAP akan memerintah Negara..Lim Kit SInag Jadi Perdana Menteri, malah Hj Hadi kata jika Tun jadi PM, satu mala petaka besar untuk negara.. Haji Hadi serang dan hina Wan Azizah.. Serang Tun Mahathir.. Semua Hj Hadi lakukan sebaik mungkin menyelamatkan UMNO..

Ulama PAS dihantar ke bagunan 1MDB, ke bagunan Tabung Haji lalu membersihkan Dosa Dosa rasuah 1MDB dan Penyelewengan Kewangan Tabung Haji dengan fatwa “Puas Hati”.. Segalanya dilakukan PAS bagi menyelamatkan UMNO..

UMNO pun ada jasa kepada PAS.. UMNO berikan ruang TV dan Akhbar kepada PAS untuk serang DAP..serang PH.. UMNO berikan bantuan kewangan kepada PAS Terengganu dan PAS pusat.. UMNO berikan bantuan jentera Kerajaan seperti IKSIM, ISMA untuk minta ummat Melayu Sokong PAS jika tak mahu sokong UMNO.. Segalanya UMNO telah lakukan..

UMNO juga bantu PAS mainkan sandiwara Pembentangan RUU 355.. Lakonan pembentangan RUU355 di parlimen untuk nampakkan PAS pejuang Islam, dan PH penentang Islam..Semua dah dilakukan dengan Baik.. Cuma Allah tak izinkan.. Najib dan Penjarakan Ds Anwar.. dan Batalkan Logo dan lambang parti bersatu.. semuanya Allah tak izinkan..

Bersyukurlah kita rakyat Malaysia…Allah selamatkan kita dari kejahatan kelompok regim Najib dan UMNO, dan kelompok Khawarij dan Takfiri PAS.. Allah selamatkan kita dari fitnah Politik ketika Khawarij membantu Muawwiyah mengalahkan Saidina Ali dengan tipu daya.. Jadi bersyukur lah..

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ..

Mereka ini Merancang.. dan Allah lah sebaik baik Perancang,,

Mereka masih meneruskan rencana mereka..doakan kita terbebas dari fitnah jahat puak Khawarij ini…

Allah Maha Besar kekuasannya. C&P.

Pendapatan negara kini membayar hutang ‘Najib’

KOTA KINABALU: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kebanyakan pendapatan negara dibelanjakan untuk membayar hutang negara.

“Kita berhutang RM1 trilion dan jika kita tidak membayar, kita akan muflis.

“Kebanyakan hasil negara akan ke pembayaran balik hutang ini. Pendapatan kami adalah untuk membayar hutang negara kita yang dibuat dulu oleh Datuk Seri Najib Razak.

“Kami kurang dana (jadi) kita perlu membelanjakan wang dengan bijak,” kata Perdana Menteri kepada pemberita pada akhir lawatan satu hari ke Sabah semalam.

Dr Mahathir menjawab pertanyaan mengenai Sabah dan Sarawak yang memerlukan lebih banyak dana untuk pembangunan disebabkan oleh mereka, termasuk dari royalti minyak yang lebih tinggi.

Beliau berkata Sabah bukanlah negeri termiskin di negara ini seperti Perlis dan Kedah.

“Sabah adalah salah satu negeri terkaya di seluruh negara sebaik sahaja minyak dari telaga minyak laut mula ditemui,” katanya.

Mengenai kekecewaan di kalangan rakyat Sabah dan Sarawak bahawa tidak ada kisah khusus bagi kedua-dua negeri itu dalam ucapan Hari Malaysia di Kuching pada hari Isnin, beliau berkata: “Kita mengambik berat bersama-sama dengan semua negeri lain. Kami mahu memastikan tidak ada perbezaan di antara negeri-negeri. Sabah dan Sarawak adalah negeri terkaya, kami mahu menekankan bahawa kedua-dua negeri mempunyai banyak tanah dan mereka harus menumpukan perhatian kepada pertanian. “

Beliau berkata kerajaan mengkaji dasar pertanian di mana amalan moden boleh diperkenalkan untuk memberi manfaat kepada kedua-dua negeri.

Pendapatan negara kini membayar hutang ‘Najib’

Kandungan Surat Dr. Maza Kepada Tun M

1 MUFTI1 AAA RASUAH1 AAA RASUAH 21 BUKTI AMAT JELAS1 TUN SAYANG1 A CERDIK1 A TERANCAM

YAB TUN, PANDANGLAH REDHA ALLAH DALAM MENCARI PENGGANTI

YAB Perdana Menteri, saya menulis warkah terbuka ini dengan saya penuh sedar tentang semangat YAB Tun mempertahankan identiti tanahair ini. Pengalaman saya mengenali Tun sejak dulu, menerusi perbualan dan perbincangan sendirian, menjadikan saya percaya ‘semangat Melayu’ Tun melebihi saya. Walaupun mungkin dalam beberapa isu agama, kita berbeda pandangan, namun saya dapat merasai semangat Islam itu berada dalam urat nadi Tun. Pengetahuan saya tentang hal inilah yang menyebabkan saya menyokong Tun dalam beberapa isu.

YAB Tun, langkah menjatuhkan kerajaan yang lepas atas isu rasuah dan salahguna kedudukan yang berleluasa disebabkan lamanya berada di tampok kuasa mengembirakan ramai rakyat jelata. Malangnya, dalam membentuk kerajaan baharu, pasukan yang bersama Tun dilihat tidak seindah yang diimpikan bagi memenuhi harapan rakyat. Banyak masalah yang tidak sewajarnya muncul satu demi satu. Ia bukan sahaja faktor kurang pengalaman, tapi faktor kekurangan akal budi, keceluparan, sikap perkauman sehingga melupai identiti negara, ketandusan idea tentang urus tadbir yang baik, dan tidak boleh dinafikan juga keinginan pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa selepas ketiadaan Tun.

YAB Tun, justeru saya ingin mengemukakan beberapa perkara untuk diberikan perhatian;

1. Walaupun kita memuji usaha menghapuskan rasuah dan perasuah, namun seperti yang kami rakyat bawahan rasai, keadaan negara semakin membimbangkan. Kebiadapan dan kemelampauan golongan yang ingin menghapuskan identiti negara yang termaktub dalam perlembagaan makin ketara. Sementara kita ketandusan pemimpin yang mempunyai karisma yang tinggi yang dapat diletakkan kepercayaan majoriti rakyat kepadanya. Jika hal ini terus berlaku, negara akan hilang arah kepimpinannya, lantas keadaan yang tidak aman dan tenteram akan berlaku.

2. Saya menulis warkah terbuka ini apabila teringat sebelum YAB Tun menjadi PM semula, ketika saya di rumah YAB Tun minum petang bersama Tun dan Tun Siti. Ketika itu saya ada bertanya tentang kerjasama politik Tun dan siapakah bakal menjadi PM Malaysia jika rancangan politik Tun diteruskan. Seingat saya, jawapan ketika itu tidaklah sama dengan apa yang diwar-warkan sekarang. Namun, itu bukanlah satu isu.

3. Apapun strategi politik yang YAB Tun susun dan apapun tekanan keadaan YAB Tun sekarang, saya sebagai seorang rakyat Malaysia berharap masa depan negara tidak tergadai disebabkan keadaan yang ada. Saya percaya negara bukan satu hadiah peribadi yang boleh dipindah milik kepada sesiapa sahaja tanpa satu penelitian dan renungan terhadap masa depan identiti, keluhuran budi dan nilai keinsanan yang waras.

4. YAB Tun, seperti yang Tun lebih maklum bahawa hukum alam menyatakan bahawa manusia apabila sampai kepada tahap tertentu, mereka tidak mampu lagi melakukan hal-hal yang mereka telah lakukan semasa mereka muda dan sihat. Umur mempunyai peranannya. Allah telah menjadikan YAB Tun dalam satu keadaan yang luar biasa dan istimewa untuk manusia di zaman ini. Kesihatan dan tahap pemikiran yang masih kuat pada usia yang begitu lanjut. Pun begitu, ia pasti menuju kepada tahap pengakhirannya. Demikian itulah ketetapan Tuhan bagi penciptaan manusia dan alam.

5. YAB Tun dalam sejarah, Rajak bin Haiwah merupakan penasihat yang soleh untuk khalifah-khalifah Bani Umayyah. Sulaiman bin ‘Abd al-Malik merupakan khalifah sebelum ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Sebelum Sulaiman meninggal, dia telah meminta nasihat daripada Rajak bin Haywah tentang siapakah yang wajar menjadi penggantinya. Rajak bin Haywah menjawab: “Antara yang dapat memelihara khalifah dalam kuburnya adalah apabila dia melantik orang yang baik memerintah kaum muslimin”.

Akhirnya, Sulaiman sendiri membuat cadangan yang menyalahi kebiasaan pentadbiran sebelum itu. Dia mencadangkan seorang yang bukan saudara kandung, juga buka anaknya, tapi sepupunya ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Apabila Sulaiman bertanya pendapat Rajak bin Haywah, jawabnya: “Saya berpendapat dia seorang yang baik, muslim yang mulia, sukakan kebaikan dan sukakan orang-orang yang baik. Cuma aku bimbang saudara- saudaramu tidak bersetuju dengannya”. Kata Sulaiman: “Nampaknya begitulah”. Lalu Sulaiman bin ‘Abd al-Malik mengambil langkah politik agar cadangan itu mendapat sokongan kaum keluarganya yang mencengkam pemerintahan Bani Umayyah ketika itu dengan mencadangkan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz sebagai khalifah, sementara adik Sulaiman iaitu Yazid bin ‘Abd Malik sebagai timbalan (Waliy al-‘Ahd). Dia menulis surat wasiatnya seperti berikut: “Bismillah al-Rahman al-Rahim, ini surat Sulaiman bin ‘Abd al-Malik untuk ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Aku telah melantiknya menjadi khalifah selepasku, dan selepasnya Yazid bin ‘Abd al-Malik. Kamu semua dengar dan taatlah kepadanya (‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz). Jangan kamu berselisih pendapat nanti musuh-musuh akan bertindak ke atas kamu” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 9/207, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

6. YAB Tun, walaupun ada perkara-perkara yang dipertikaikan tentang Khalifah Sulaiman bin ‘Abd al-Malik, namun beliau dikenang jasanya dalam sejarah kerena tindakan berani yang mengenepikan kebiasaan dan melantik calon yang agak jauh menjadi khalifah yang telah membawa rahmat kepada Dunia Islam. ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz telah menjadi khlaifah yang sangat adil dan soleh. Dalam tempoh dua tahun memerintah, dia telah mencatatkan sejarah pemerintahnya dengan tinta emas bertatah berlian. Sulaiman bin ‘Abd Malik walaupun tidak setanding ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz, namun sejarah akan mengenangnya kerena dialah yang memberi laluan tersebut kepada khalifah yang adil itu. Ini semua kerana dia menerima nasihat Rajak bin Haywah bahawa melantik pengganti yang soleh merupakan amalan yang dapat memelihara seorang khalifah apabila dia menemui Allah nanti.

Saya berharap banyak jasa Tun pada negara ini tidak dilupai disebabkan melantik pengganti yang salah. Sebaliknya, jasa yang banyak itu bertambah dikenang dengan perlantikan pengganti yang baik di sisi Allah dan rakyat.

7. YAB Tun, dalam sejarah awal Umat Islam, Khalifah Pertama Saidina Abu Bakr al-Siddiq telah mencadangkan agar Saidina ‘Umar bin al-Khattab sebagai pengganti beliau. Di sini saya terjemahkan surat Abu Bakar mengenai cadangan tersebut:

“Bismillah al-Rahman al-Rahim. Inilah apa yang dipesan oleh Abu Bakr bin Abu Quhafah di waktu akhir hayatnya di dunia ini, sedang keluar daripadanya. Ketika permulaan tempohnya di Akhirat, sedang masuk ke dalamnya. Di kala seperti ini, seseorang yang kafir akan beriman, seseorang pendusta akan bercakap benar. Maka aku –dalam keadaan begini- melantik pemerintah kamu selepasku ini ‘Umar bin al-Khattab. Maka dengar dan taatlah kepadanya. Aku tidak akan mengurangkan sedikit kebaikan pun pada (ajaran) Allah, rasulNya, agamaNya, diriku dan kamu. Sekiranya ‘Umar berlaku ‘adil, maka itulah sangkaan dan pengetahuanku mengenainya. Jika dia sebaliknya, maka setiap individu dibalas berdasarkan apa yang dikerjakan. Sedangkan aku inginkan kebaikan dan tidak pula aku tahu perkara yang ghaib. “Nanti orang-orang zalim akan mengetahui di mana kesudahan mereka” Wa al-Salam ‘alaikum wa rahmatulLah”. (al-Sayuti, Tarikh al-Khulafa, 32, Beirut: Dar al-Fikr).

8. Dalam surat di atas, jelas bahawa pencalonan yang dibuat oleh Abu Bakr, bukan atas kepentingan dirinya. Dia mencalonkan seorang calon yang terbaik pada keyakinannya dengan penuh rasa takutkan Allah dan hukuman Allah apabila dia mati kelak. Padahal ‘Umar itu insan terbaik selepas dirinya. Pun begitu Abu Bakr masih bimbang dan memberikan amaran yang keras kepada bakal penggantinya tersebut.

Sebagai seorang rakyat muslim, saya mengharapkan YAB Tun mencalonkan pengganti yang benar-benar membolehkan YAB Tun menjawab di hadapan ALLAH tentang orang yang akan mengambil kuasa politik tertinggi dalam negara ini. Jangan sampai kuasa itu jatuh ke tangan si rakus yang sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kehendak dirinya berkuasa.

9. YAB Tun, berdoalah, beristikharahlah agar Tun membuat pilihan yang betul dalam hal ini. Semua akan menutup tirai hayatnya di dunia ini. Amalan kita akan dibawa bertemu Allah. Semoga baki waktu berharga dalam umur Tun ditutupi dengan amalan yang paling soleh iaitu mewariskan kuasa pada pengganti yang baik untuk agama, negara dan rakyat. Saya berdoa agar kuasa itu tidak jatuh ke tangan pihak yang akan merosakkan segala kebaikan dan kerahmatan yang ada. Jika itu berlaku dengan pilihan seseorang pemimpin sebelum dia pergi, ia merupakan pengakhiran yang buruk.

10. YAB Tun, maka nekadlah dalam menentukan masa depan negara. Janganlah dipandang wajah sesiapa, pandanglah keredhaan ALLAH dan murkaNYA pada hari kita bertemu denganNYA, kemudian tentukan calon, atau biarlah rakyat membuat pilihan untuk diri mereka sendiri.

Rakyat Marhaen

Dr MAZA,

Kangar, Perlis

C&P.

PBB jangan diam diri isu Rohingya – Tun Mahathir

PBB jangan diam diri isu Rohingya - Tun Mahathir

Dr Mahathir turut memuji tindakan OIC yang mengetengahkan isu Rohingya ke peringkat antarabangsa serta keputusan untuk membawa perkara ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. -Gambar PMO

1 TUN SAYANG1 A CERDIK1 A TERANCAM

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa memainkan peranan dalam menangani krisis yang mendepani etnik Rohingya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan PBB yang ‘mendiam diri’ menunjukkan badan itu gagal memenuhi tujuan penubuhannya.

“Sebagai permulaan, PBB perlu memainkan peranannya, mengambil kira tujuan penubuhannya adalah untuk mengekang masalah yang dilakukan oleh manusia. Jangan hanya diam seribu bahasa.

“Tanpa tindakan daripada Majlis Keselamatan (PBB), negara lain perlu memainkan peranan mereka menangani krisis ini sekali gus membawa pelaku ke pengadilan,” katanya pada sesi Program Sampingan Pemimpin Tertinggi: ‘Krisis Rohingya – Menuju Ke Hadapan’ di Bangunan PBB, di sini, pada Selasa.

Beliau pada masa sama turut memuji tindakan Organisasi Kerjasama Islam (OIC) yang mengetengahkan isu Rohingya ke peringkat antarabangsa serta keputusan untuk membawa perkara ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

“Saya amat berharap negara lain akan menyokong OIC untuk memastikan pelaku tidak terlepas daripada jenayah kejam yang dilakukan mereka,” katanya.

Gesaan itu dibuat Dr Mahathir bersama pemimpin negara lain yang turut mengutuk tindakan Myanmar selain mengemukakan beberapa cadangan berkenaan penambahbaikan proses penghantaran pulang etnik itu di bawah pentadbiran Aung San Suu Kyi.

Dr Mahathir turut menyatakan komitmen Malaysia untuk terus menyalurkan bantuan semampunya kepada pelarian Rohingya termasuk membantu Bangladesh yang kini menanggung lebih 1.1 juta pelarian Rohingnya terutama di Cox’s Bazar.

LHDN mahu saman terhadap Tengku Adnan diputuskan tanpa bicara

KUALA LUMPUR 15 NOVEMBER 2018. Gambar fail, bekas Menteri Wilayah, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hadir bagi pendakwaan berhubung penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seluas 273.27 hektar bernilai RM5.63 bilion di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tahun lalu. – Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya saman yang dikemukakan terhadap bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, diputuskan tanpa melalui perbicaraan, didengar 12 Disember ini.

Saman difailkan LHDN itu adalah bagi menuntut Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO, membayar tunggakan cukai pendapatan melalui Cukai Taksiran Tambahan daripada tahun 2012 sehingga 2017 yang kesemuanya berjumlah lebih RM57 juta.

Timbalan Pendaftar, Idamasliza Maarof Hakim yang menetapkan tarikh itu dalam kamar, turut menetapkan 15 November depan untuk mendengar permohonan Tengku Adnan menangguhkan prosiding kes saman berkenaan.

Melalui saman difailkan 24 Julai lalu, LHDN mendakwa Tengku Adnan masih berhutang cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2017 seperti dinyatakan melalui Notis Taksiran yang dihantar pada 15 Mac 2019 dan diterima Tengku Adnan (defendan) pada 22 Mac lalu.

LHDN mendakwa, Tengku Adnan gagal mematuhi notis berkenaan dan membayar jumlah yang dituntut dalam masa 30 hari daripada notis itu dikeluarkan.

Menurut LHDN selaku plaintif, cukai pendapatan yang masih terhutang oleh Tengku Adnan sejak 2012 hingga 2017 termasuk faedah ialah RM64,444.38 (2012); RM6,614,861.59 (2013); RM8,887,576.69 (2014); RM9,198,523.67 (2015); RM5,520,818.05 (2016) dan RM26,880,844.97 (2017).

Tengku Adnan kini berdepan dua tuduhan rasuah berasingan di Mahkamah Tinggi, iaitu masing-masing menerima wang RM3 juta dan RM1 juta berhubung penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/09/605876/lhdn-mahu-saman-terhadap-tengku-adnan-diputuskan-tanpa-bicara?fbclid=IwAR1H1MBCdkBSpIM6rNcX6xZtGUsEpUXFZnjTouvI5eU-IzryHYHpCygeeLk

 

1 API PERKAUMAN DI BUMI KELANTAN1 MUFTI1 AAA RASUAH1 AAA RASUAH 21 TUN SAYANG1 A CERDIK1 MUJAHID1 A TERANCAM1 BAPA FITNAH BERSARANG DALAM PAS1 pas hudud

1 PENYATUAN PEROMPAK1 UMNOPAS DAYUS DENGAN MCA

https://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/src-international-lima-saksi-meninggal-dunia-sejak-siasatan-bermula-1.952495

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/piagam-perpaduan-ummah-umnopas/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/kelantan-pada-zahir-dibawah-pemerintahan-ulamak-tetapi-pada-hakikat-kaum-cina-menguasai-ekonomi-negeri-kelantan/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/isu-jawi-pas-menjadi-khadam-mca/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/geng-musang-berbulu-ayam-di-bumi-malaysia/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/pas-cabar-paderi-kristian-sertai-politik-pilih-parti-tanding-pru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/apabila-parti-umno-dan-pas-terancam-maka-fitnah-bermula/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/bila-sprm-nak-tangkap-rosmah/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/lhdn-saman-ku-nan-tuntut-bayar-cukai-pendapatan-rm57-17-juta-2/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/ikhwan-global-adalah-al-arqam-berwajah-baru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/05/jpa-nafi-akan-hentikan-bayaran-pencen/

Rakyat Kelantan Sejak Turun Temurun Menggunakan Produk Thailand Yang Murah Dan Mudah Didapati Di Negeri Kelantan Tanpa Ada Tanda Halal Jakim, Bermula Dari Beras, Buah-Buhan, Sayuran, Pinggan Mangkuk, Pakaian Dan Sebagainya. Semua Produk Thailand Yang Bukan Keluaran Orang Islam. Penduduk Islam Melayu Patani Juga ( Saudara Mara TMB Kelantan Nik Amar ) Sudah Hidup Turun Temurun Dan Telah Menjadi Sebati Dengan Darah Daging Mereka  Menggunakan Produk Thailand Yang Dihasilkan Di Bangkok Dan Sebagainya.

Tun M lancar ‘Dr M: Apa Habaq Orang Muda?’ edisi Jepun

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika merasmikan buku ‘Apa Habaq Orang Muda’ edisi bahasa Jepun hari ini. Turut bersama Penulis Bersama ‘Apa Habaq Orang Muda’, Radzi Tajuddin (kanan); Pengurus Besar Umeda Main Store Kinokuniya Co Ltd, Masaya Yumoto (dua dari kanan) dan Pengurus Besar Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Sakri Abdullah (dua dari kanan). – Foto BERNAMA

KYOTO: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini melancarkan buku “Dr M: Apa Habaq Orang Muda?” edisi bahasa Jepun.

Buku itu adalah koleksi ungkapan Dr Mahathir yang membangkitkan semangat, menyegarkan dan tajam daripada wawancara, ucapan dan penulisan beliau sebelum ini.

Buku yang menampilkan Chedet (nama pena Dr Mahathir) dan Matrodi (Radzi Tajuddin) sebagai penulis bersama dan diterbitkan kali pertama pada 2016, adalah himpunan pesanan, pengajaran, dan peringatan mengenai perpaduan, demokrasi, pendidikan, budaya, perjuangan dan sistem nilai mengikut acuan Malaysia.

“Dr M: Apa Habaq Orang Muda” edisi Jepun itu diterbitkan bersama oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Persatuan Jepun-Malaysia (JMA) serta DuBook Press.

Buku itu dijangka dipasarkan secara meluas menerusi rantaian Kinokuniya Co. Ltd yang memiliki 70 kedai buku di seluruh Jepun menjelang akhir bulan ini.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Duta Besar Malaysia di Jepun Datuk Kennedy Jawan, Pengurus Besar dan Pemangku Pengurus ITBM Sakri Abdullah, Pengarah Eksekutif JMA Takuji Arai serta Pengarah dan Pengurus Besar Kedai Utama Umeda Kinokuniya, Masaya Yumoto. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/604526/tun-m-lancar-dr-m-apa-habaq-orang-muda-edisi-jepun?fbclid=IwAR36fsfDCZvLhcOZ9FG4NWQUs9vXN9diqFUqzkyhaK8OJgVyv2Rgh4u8iSM

1 Tun Islam1 PH1 T M BINA NEGARA 22 TAHUN1 ISLAM TERANCAM1 A CERDIK1 TUN SAYANG1 MUJAHID1 A TERANCAM1 MUFTI1 AAA RASUAH1 AAA RASUAH 21 PAS IDAK CERDIKGENG LAWYER BURUK KELANTAN1 hudud

https://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/src-international-lima-saksi-meninggal-dunia-sejak-siasatan-bermula-1.952495

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/piagam-perpaduan-ummah-umnopas/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/kelantan-pada-zahir-dibawah-pemerintahan-ulamak-tetapi-pada-hakikat-kaum-cina-menguasai-ekonomi-negeri-kelantan/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/isu-jawi-pas-menjadi-khadam-mca/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/geng-musang-berbulu-ayam-di-bumi-malaysia/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/pas-cabar-paderi-kristian-sertai-politik-pilih-parti-tanding-pru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/apabila-parti-umno-dan-pas-terancam-maka-fitnah-bermula/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/bila-sprm-nak-tangkap-rosmah/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/lhdn-saman-ku-nan-tuntut-bayar-cukai-pendapatan-rm57-17-juta-2/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/ikhwan-global-adalah-al-arqam-berwajah-baru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/05/jpa-nafi-akan-hentikan-bayaran-pencen/

Rakyat Kelantan Sejak Turun Temurun Menggunakan Produk Thailand Yang Murah Dan Mudah Didapati Di Negeri Kelantan Tanpa Ada Tanda Halal Jakim, Bermula Dari Beras, Buah-Buhan, Sayuran, Pinggan Mangkuk, Pakaian Dan Sebagainya. Semua Produk Thailand Yang Bukan Keluaran Orang Islam. Penduduk Islam Melayu Patani Juga ( Saudara Mara TMB Kelantan Nik Amar ) Sudah Hidup Turun Temurun Dan Telah Menjadi Sebati Dengan Darah Daging Mereka  Menggunakan Produk Thailand Yang Dihasilkan Di Bangkok Dan Sebagainya.

 

Dr Mahathir terima anugerah doktor kehormat dari Universiti Doshisha

Dr Mahathir terima anugerah doktor kehormat dari Universiti Doshisha

1 TUN SAYANG1 A CERDIK1 MUJAHID1 A TERANCAM1 INFO

KYOTO: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Persuratan Kemanusiaan oleh Universiti Doshisha, Jepun bagi menghargai sumbangan beliau dalam menegakkan prinsip kedaulatan undang-undang serta dedikasi kepada pendidikan.

Ijazah disampaikan oleh Presiden Universiti Doshisha, Takashi Matsuoka dalam majlis yang berlangsung di Amherst House Universiti Doshisha bersempena lawatan kerja tiga hari beliau di Kyoto.

Pada majlis penganugerahan ijazah doktor kehormat itu, Matsuoka menegaskan bahawa komitmen Dr Mahathir dalam mengukuhkan kedaulatan undang-undang yang menjadi asas kepada kemakmuran demokrasi dalam era serba mencabar kini.

Tambahnya ia sejajar dengan asas prinsip yang diperjuangkan oleh pengasas universiti itu 140 tahun lalu iaitu memupuk semangat dan nilai individu yang mampu menegakkan kerajaan berperlembagaan.

“Dedikasi Dr Mahathir terhadap pendidikan dan kedaulatan undang-undang adalah selari dengan ‘pendidikan hati nurani’ yang menjadi asas semangat Universiti Doshisha.

“Kini, kita boleh belajar banyak perkara tentang dasar pendidikan tinggi yang telah dilaksanakan oleh Dr Mahathir,” kata Matsuoka.

Dr Mahathir dalam ucapan selepas penganugerahan berkata beliau akan terus memperjuangkan kedaulatan undang-undang dan dedikasi terhadap pendidikan.

“Saya akan cuba untuk memenuhi penghargaan ini dengan melakukan semua tugas saya dengan penuh sikap kemanusiaan. Saya akan berkhidmat untuk negara saya dengan penuh sikap berperikemanusiaan,” katanya.

Ijazah kehormat tersebut diberikan kepada individu yang merekodkan pencapaian terbaik dalam kajian akademik, seni dan masyarakat di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Dr Mahathir merupakan penerima anugerah tersebut ke 68. Antara penerima terkemuka anugerah tersebut termasuk Pengasas Matsushita (kini Panasonic), Konosuke Matsushita dan Pakar Ekonomi serta pemenang Anugerah Nobel, Profesor Joseph Eugene Stiglitz.

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/piagam-perpaduan-ummah-umnopas/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/kelantan-pada-zahir-dibawah-pemerintahan-ulamak-tetapi-pada-hakikat-kaum-cina-menguasai-ekonomi-negeri-kelantan/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/isu-jawi-pas-menjadi-khadam-mca/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/geng-musang-berbulu-ayam-di-bumi-malaysia/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/pas-cabar-paderi-kristian-sertai-politik-pilih-parti-tanding-pru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/apabila-parti-umno-dan-pas-terancam-maka-fitnah-bermula/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/bila-sprm-nak-tangkap-rosmah/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/lhdn-saman-ku-nan-tuntut-bayar-cukai-pendapatan-rm57-17-juta-2/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/ikhwan-global-adalah-al-arqam-berwajah-baru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/05/jpa-nafi-akan-hentikan-bayaran-pencen/

Rakyat Kelantan Sejak Turun Temurun Menggunakan Produk Thailand Yang Murah Dan Mudah Didapati Di Negeri Kelantan Tanpa Ada Tanda Halal Jakim, Bermula Dari Beras, Buah-Buhan, Sayuran, Pinggan Mangkuk, Pakaian Dan Sebagainya. Semua Produk Thailang Yang Bukan Keluaran Orang Islam. Penduduk Islam Melayu Patani Juga ( Saudara Mara TMB Kelantan Nik Amar ) Sudah Hidup Turun Temurun Dan Telah Menjadi Sebati Dengan Darah Daging Mereka  Menggunakan Produk Thailand Yang Dihasilkan Di Bangkok Dan Sebagainya.

 

Tiada keperluan lanjutkan had umur bersara mandatori kepada 65 tahun, kata PM

Tiada keperluan lanjutkan had umur bersara mandatori kepada 65 tahun, kata PM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada keperluan untuk melanjutkan had umur bersara mandatori daripada 60 kepada 65 tahun.

Beliau setuju dengan pendapat Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengekalkan had umur bersara pada 60 tahun agar ia tidak menyekat peluang pekerjaan generasi muda.

“Jangan kata Perdana Menteri berumur 94 tahun tidak bersara pun. Saya bukan tidak bersara, tetapi dipanggil semula untuk bekerja.

“Kalau kita tetapkan pegawai bersara umur 65 tahun, ‘deadwood’ nanti pun duduk atas kerusi itu dan orang lain tidak boleh duduk (naik pangkat).

“Bagi saya, eloklah sampai 60 tahun,” katanya pada satu sidang media bersama media Malaysia sempena lawatan rasmi tiga harinya ke Kemboja, hari ini.

Dr Mahathir berkata terdapat negara yang tiada had umur bersara dan mereka boleh kerja sampai bila-bila tetapi ia akan menyekat peluang generasi muda.

“Zaman saya dulu, kita melanjutkan had usia bersara dari 55 kepada 56 tahun sebelum ia dilanjutkan sehingga 60 tahun oleh kerajaan selepas saya,” katanya.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan agar had usia bersara dilanjutkan kepada 65 tahun seperti di negara-negara maju, termasuk Singapura.

Semalam, Syed Saddiq membantah cadangan itu berkata kerajaan harus memberi fokus untuk menyediakan peluang pekerjaan berkualiti kepada generasi muda dan bukan menyekat potensi mereka.– BERNAMA

Berita penuh https://malaysiadateline.com/tiada-keperluan-lanjutkan-had-umur-bersara-mandatori-kepada-65-tahun-kata-pm/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

HANYA REDHA ALLAH YANG KAMI HARAP.. (BUAT RENUNGAN PARA PEJUANG PAKATAN HARAPAN)

1 Tun Islam1 PH1 T M BINA NEGARA 22 TAHUN11 tindakan zalim najib1 17 fitnah Umnopas

HANYA REDHA ALLAH YANG KAMI HARAP..
(BUAT RENUNGAN PARA PEJUANG PH)

1) Biar letih Mempertahankan “KEBENARAN” daripada letih memperjuangkan perkauman , kebatilan, membela rasuah dan melakukan pecah amanah”

2) Biar letih MEMBELA JAMAAH ISLAM yang menjadikan Islam sebagai Rahmatam Lil Alamin daripada letih meruntuhkan Jamaah yang mengaku Islam tetapi siang malam melaga-lagakan agama dan menciptakan fitnah untuk melahirkan rasa permusuhan kaum .

3) Biar letih MENCINTAI ULAMA YANG WARAK daripada letih Membela ulamak yang melindungi perompak wang negara.

4) Biar letih memperjuangkan, mempertahan POLITIK ISLAM – RAHMATAN LIL ALAMIN daripada letih mempertahankan Politik Tabliban, Rasis, Evengalis, Liberalisma, Pluralisma, Sekular.

5) Biar letih yang BERPAHALA daripada letih melaga-lagakan agama dan menimbulkan permusuhan kaum.

6) Biar letih di dunia menjawab PERSOALAN MANUSIA demi memuliakan agama Allah SWT daripada letihu menjawab persoalan Allah di Akhirat kelak kerana menjadikan wang. pangkat dan nafsu sebagai raja!!!

7) Biar rasa letih dibenci kerana berdakwah di Jalan Allah SWT kerana tidak mengikut dan mengangkat mereka yang melakukan amalan rasuah dan pecah amanah sebagai pemimpin daripada letih dan ketakutan nanti diakhirat kerana dibenci, dimurkai Allah disebabkan mengikut perintah mereka yang mengangkat pemimpin dikalangan orang-orang yang menghalalkan penipuan dan menerima rasuah sebagai modal utama menggerakkan parti.

Tiada Istilah lelah dan letih jika semuanya adalah kerana Allah dan demi redha Allah juga.

#Rahmatanlilalamin

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan