Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

MP Tuaran ajak wakil rakyat Umno yang ‘bersih’ sertai PH Plus

Gempar!!! MP Tuaran ajak wakil rakyat Umno yang ‘bersih’ sertai PH Plus

Lebih ramai anggota parlimen BN dijangka akan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN).

Sehubungan itu, Presiden Upko Wilfred Madius Tangau mengajak wakil rakyat terbabit menyertai Pakatan Harapan (PH) Plus dengan syarat mereka tidak mempunyai kes di mahkamah.

Sebelum ini, Upko merupakan parti komponen BN, namun sejak pilihan raya negeri (PRN) Sabah lalu, parti itu bersama Warisan menjadi sebahagian komponen PH Plus, yang turut dianggotai PKR, DAP dan Amanah.

“Kepada rakan ahli parlimen, Ahmad Jazlan, Nazri Aziz, Tengku Razaleigh Hamzah dan kawan lama dalam Barisan Nasional (BN) yang tinggalkan Muhyiddin bukan kerana kes mahkamah, saya ingin mengajak kalian sertai kami dalam PH Plus bagi berbincang dasar alternatif pasca Muhyiddin dan pasca PN,” kata anggota parlimen Tuaran itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Wilfred berkata, anggota parlimen mempunyai tugas untuk menawarkan polisi demi kepentingan jutaan rakyat Malaysia yang kini menderita akibat langkah Muhyiddin ‘menyelamatkan jawatannya’ dengan mengisytiharkan darurat.

Semalam, Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz menjadi wakil rakyat ketiga daripada Umno yang mengumumkan keputusan menarik diri daripada menyokong Muhyiddin.

Ini menyebabkan PN kini menjadi kerajaan minoriti dengan hanya memiliki sokongan 109 ahli parlimen.

Ketua Umno bahagian Padang Rengas itu turut membayangkan lebih ramai anggota parlimen Umno akan membuat pengumuman sama dalam masa terdekat.

Sumber:https://www.malaysiakini.com/news/558751

DAPAT RAMAI MENTERI ‘SAKIT’, SAKIT MUHYIDDIN PUN BERTAMBAH SAKIT

1 UMNO & BERSATU BEREBUT JAWATAN

ekonomi malaysia sedang nazak tetapi MP berebut jawatan di GLC.

1 KABINET TOLOL

1 KERA SUMBANG 21 MUHYIDDIN KDN1 pembaziran pn

1 RM NAZAK1 HELI MARA1 HARAM KERJA KAFIR.1 HADI JELIR1 PM SAKIT

DAPAT RAMAI MENTERI ‘SAKIT’, SAKIT MUHYIDDIN PUN BERTAMBAH SAKIT

Shahbudin Husin
20 April 2020

Semua orang tahu Muhyiddin Yassin adalah seorang yang tidak berapa sihat berikutan pernah menjalani pembedahan kanser di bahagian pankreasnya pada Julai 2018 lalu.

Susulan itu, beliau seterusnya menjalani pula rawatan kimoterapi sebanyak lapan kali bagi mengembalikan kesihatannya.

Sejak itu, Muhyiddin kelihatan menyusut berat badannya, malah kelihatan cengkung berbanding sebelumnya.

Banyak mesyuarat kabinet turut tidak dapat dihadirinya, selain ada juga mesyuarat peringkat kementerian terpaksa diadakan di rumahnya.

Bagi yang lama mengenali beliau, terutama dengan fesyen baju labuh dan seluar longgarnya, pasti dapat melihat perbezaannya antara sebelum dengan selepas menjalani pembedahan.

Yang nyata, melihat pula gayanya berjalan dan caranya bercakap sekarang, harus diakui Muhyiddin dulu dan sekarang agak jauh berbeza.

Tambahan pula, difahamkan beliau masih perlu mengambil ubat secara berjadual setiap hari.

Dengan kesihatannya yang sebegitu, ditambah bebas tugas sebagai Perdana Menteri, kehidupan seharian yang dilaluinya bukanlah mudah.

Dikategorikan masih dalam keadaan sakit dan tidak berapa sihat, penanggungan Muhyiddin sebenarnya lebih bertambah berat kerana dikelilingi oleh ramai Menteri-Menteri yang “sakit”.

Tidak sampai dua bulan Muhyiddin menerajui kerajaan tebuk atap bersama kelompok yang kalah dan ditolak dalam PRU-14 lalu, Menteri-Menteri yang “sakit” bagai berebut-rebut menonjolkan diri masing-masing.

Antara Menteri “sakit” yang menjadi bualan ramai ialah Menteri air suam, Menteri mewa, Menteri mencari virus Covid-19 dalam sistem pembentungan, Menteri doraemon, Menteri letak nama Menteri di dahi, Menteri buluh, Menteri sembur jalan dan bangunan tinggi untuk bunuh virus Covid-19, Menteri tik-tok dan Menteri gunting rambut.

Menteri Kesihatan yang sebelum ini terkenal dengan jolokan Menteri air suam, tampil sekali lagi menunjukkan “kesakitannya” dengan mendakwa ada 500 negara di dunia ini.

Sebelum itu, beliau pernah mengatakan Malaysia ini ada 15 negeri di dalamnya.

Dalam era BN sebelum ini, ada juga Menteri “sakit” yang menjadi bahan ketawa ramai seperti Hassan Malek dan Ahmad Maslan atau di era PH macam Menteri kasut hitam dan Menteri kereta terbang, tetapi jumlahnya boleh dikata agak terhad.

Sebaliknya, di bawah Muhyiddin ini, jumlahnya bukan saja berganda-ganda, malah mereka seperti bangga dapat menonjolkan diri yang “sakit” itu.

Itu baru dua bulan, malah ramai yang percaya dengan peredaran masa, lebih ramai Menteri-Menteri yang “sakit” akan termuncul dengan sendirinya.

Mungkinkah munculnya Menteri-Menteri “sakit” yang bertali arus ini kerana ‘tulah’ berikutan khianat terhadap mandat rakyat dan menubuhkan kerajaan dengan cara menebuk atap?

Yang pasti, kehadiran ramai Menteri-Menteri “sakit” dalam kerajaan sekarang dengan sendirinya menyebabkan keyakinan ramai makin merosot terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Ia diburukkan lagi dengan keputusan beliau mengadakan sidang Parlimen hanya sehari pada 18 Mei depan yang dikaitkan dengan ketakutannya berdepan realiti untuk mengesahkan sokongan majoriti yang benar-benar dimilikinya.

Meski pun demikian, di samping sakit yang dideritainya akibat kanser serta tidak boleh menerima tekanan berlebihan dalam kehidupan seharian, ramai yang menjangkakan kerajaan ini tidak mungkin mampu bertahan lama.

Khususnya kerana terseksa jiwa disebabkan Menteri-Menterinya ramai yang “sakit” itu, sakit yang ditanggung oleh Muhyiddin dengan sendirinya akan bertambah-tambah sakit lagi jadinya.

(ShahbudinHusin 20/04/2020)

Bala Covid 19 Sedang menimpa & Hutang 1MDB sedang menunggu & Rakyat Perlu Berhati-hati.

1 KERA SUMBANG 11 MEMALI A1 SOLAT BETUL XPAS.

Pendapat aku..dalam suasana ekonomi tak menentu, Golongan pertengahan, mampu, kaya, billionaire.. Tolong jangan kedekut berbelanja didalam negara, berbelanja utk terus pacu iks/pks supaya tidak menjadi lembab.. Kerajaan sedar ekonomi negara di pacu oleh PkS/pks dan swasta.. Dgn situasi sekarang dimana pendapatan negara semakin mengecil akibat hilang sumber pendapatan dr income tax, petroleum dan export.. Maka adalah penting kerajaan memberi kesedaran kpd golongan ini utk bantu rancakkan semula ekonomi.. Maka ibarat meludah ke langit.. Pak lebai dan macai serta pemain sentimen perkauman pasti mengharapkan bangsa yg tlh tinggalkan jauh bangsa lain dari segi ekonomi iaitu bangsa cina utk menyokong industri pks/iks..walau tidak juga dinafikan buying power juga terdiri dari kalangan melayu tapi dalam situasi rakyat yang terkekang dgn ekonomi dan masalah pekerjaan dan pengganguran akibat pelbagai punca. Masih ingat lagi Tun pernah berkata saiz pekerja sektor awam terlalu besar hingga membebankan negara? Kerajaan PH telah cuba mengecilkan saiz antara cth adalah membubarkan SPAD yg nyata bertindih dgn kerja JPJ, ada yg agensi kerajaan ditubuh tapi peranan hampir sama.. Tapi bila ingin digabungkan ada sahaja isu yg dimainkan oleh Pasno utk mengambil keuntungan politik. Risda, Jabatan pertanian, Fama, Peladang hampir sama peranan .Maka apa yg telah dilihat oleh PH dahulu menjadi igauan kpd kerajaan PN termasuk mengurus pembayaran pencen.. Ada shj yg tidak kena bagi Pasno jika PH cuba buat sesuatu utk kebaikan bersama. Nah lihat sahaja apa yg ada dalam kotak fikiran PM Tsmy walau dia sedar situasi ini.. Tapi tetap membesarkan saiz kabinet meletakkan Pengarah yang tidak ada pengalaman dan track record yg baik dalam GLC.. Maka ia seperti menambah derita lagi beban yang terpaksa kerajaan tanggung.. Itu sebab mengapa kerajaan PH cuba menaikkan dan merancakkan kembali pembabitan swasta sebagai penyumbang kepada pendapatan kerajaan. Akhirnya apa yg diharapkan adalah kerajaan harus meniliti kembali apa sahaja tindakan dalam membuat sebarang perbelanjaan dan harus lakukan dengan cara yang berhemah. Tsmy harus sedar sedang negara dan rakyat dihimpit masalah ekonomi, janganla sibuk berpolitik melayan tuntutan ahli parlimen yang minta habuan, sedang rakyat bakal kebuluran di masa akan datang. Galakkan orang kaya dan mampu berbelanja di dalam negara, galakkan dan rancakkan industri iks/pks..bantu iks yang diskriminasi oleh pasaraya/agensi/stesyen/kiosk dgn membantu dan memberi lebih banyak peluang dan ruang kepada mereka.
Permudahkan peniaga untuk mendapat geran serta pinjaman tanpa pilih bulu!
Dalam kamu bersongkol dan mempertahankan Najib dan Umno, dalam keadaan sekarang tentu terdetik dalam hati kamu betapa teruk dan hapraknya terpaksa menanggung hutang 1MDB yang sentiasa harus dibayar kepada Negara asing!! Projek projek yang terbengkalai, GLC yang nyata tidak menguntungkan dan jadi barah kepada kamu, yang kamu dulu cuba menyatakan PH menjual aset negara.. Sekarang kamu juga yang tanggung bala ini..
Wallahuaklam
nahoda ragam

Malaysia Akan Mengalami Krisis Ekonomi – Pakar Ekonomi

1 HADI MUNAFIK1 PENGKHIANAT MESIR1 A 250 BILION1 Dr Nor Hisham1 DR ZUL CAKAP BENAR1 ulamak jahat

Tan Sri Dr. Ismail Hj. Bakar
mantan Ketua Setiausaha Negara

Segala usaha telah dan sedang dibuat dan dilaksana kan oleh masyarakat dunia untuk menangani penyebaran Covid19. Tiada satu negara pun yang boleh dikatakan tidak terkesan secara langsung atau tidak langsung dari pandemic ini. Pandemic ini telah mengujudkan rasa takut atau fear kepada semua manusia dari jangkitan makhluk halus Allah ini. Oleh itu langkah terbaik adalah pengasingan diri sama ada secara sukarela atau secara paksa melalui perintah atau perundangan tertentu. Apa yang saya ingin katakan disini adalah kesan dari rasa takut dan pengasingan ini kepada ekonomi dunia keseluruhannya jika masalah ini berpanjangan sehingga akhir tahun atau pun paling cepat hingga bulan august ini.

Pertama: work from home akan bertukar kepada ‘no work stay at home’ (i.e. jobless/retrenchment);

Kedua: operasi syarikat terpaksa ditutup kerana tiada permintaan dari dalam dan luar negara;

Ketiga: tekanan kepada pekerjaan. Pemberhentian terpaksa dibuat. Kos sosial yang lebih tinggi;

Keempat: kos yang tinggi kepada kerajaan untuk menampung keperluan rakyat sedangkan kewangan kerajaan bergantung kepada pendapatan syarikat. IMF menyatakan 88 buah negara telah mengalami krisis kewangan fiscal dan memohon bantuan IMF;

Kelima: hutang rumah (and household debt) tidak dapat dibayar memberi tekanan kepada lenders/banks. Foreclosure tidak dapat dielakan.

Keenam: harga minyak dunia yang jatuh memberi tekanan kepada semua negara pengeluar minyak disebabkan ketamakan OPEC atau tiada permintaan untuk operasi perniagaan;

Ketujuh: snowball effect boleh berlaku kepada semua aktiviti ekonomi di semua negara. US, Europe, China dan India yang merupakan gergasi ekonomi dunia akan lebih terkesan. Dan sudah tentu negara-negara yang bergantung kepada ekonomi mereka tersepit lebih teruk lagi. Krisis ini berbeza dengan krisis sebelum-sebelum ini, tahun 2008/09; tahun 1997/98; tahun 86/87, tahun 70an atau tahun 1929 great depression. Semua krisis-krisis ini menyaksikan kejatuhan tetapi kejatuhan kali ini bukan jatuh ditepi jalan (sidewalk) tetapi kejatuhan dari bangunan tinggi. IMF dan World Bank telah menyatakan dunia telah memasuki fasa recession!!!.

Akhirnya: jika isu ini terus berpanjangan, food crisis and human crisis boleh terjadi. Ramai pakar telah meramalkan akan berlaku krisis makanan (sila google untuk rujukan lanjut). Banyak negara telah menyekat eksport makanan mereka. Ada negara yang membiarkan hasil tanaman tidak dituai disebabkan ketakutan atau fear jangkitan. Oleh itu adalah terbaik untuk sektor pertanian kita diberi kelonggaran khas untuk memulakan aktiviti pengeluaran makanan dengan segera, terutamanya pengeluran kabohiderat. Langkah ini perlu dimulakan dari sekarang kerana tanaman memerlukan lead time yang agak panjang. OUR FOOD OUR FUTURE!

So, what should we do now? Sama-sama kita berusaha hentikan virus ini dari merebak, pulih seperti sediakala secepat mungkin. STAY @ HOME. Kita tidak mampu menangani isu ini bersendirian disebabkan ianya isu global dan saling berkaitan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=640111673233104&id=327017001209241

Kerajaan berikan bekalan awal untuk kita bersedia musim “kemarau” yang panjang.
Paling kurang ia akan berlarutan selama 12 bulan sebelum ekonomi kita pulih. Itupun belum tentu pulih sepenuhnya sebab ia baru sahaja bermula.

1. Sekarang ramai yang sudah terjejas pendapatan mereka. Akan datang pasti ramai lagi. Yang belum terjejas, jangan selesa dengan kedudukan yang ada. Jika tidak berjaga-jaga, kelak akan merana.

2. Ambil peluang untuk keluarkan wang KWSP RM500 sebulan untuk keperluan. Jika tiada keperluan, boleh juga dijadikan tabung kecemasan. Pastikan ia digunakan ketika kecemasan untuk keperluan, bukan untuk enjoy sakan. RM500 x 12 = RM6,000 kita dapat simpan.

3. Dengan moratorium secara automatik juga kita boleh ambil kesempatan untuk tambah simpanan apabila tidak perlu membayar ansuran selama 6 bulan. Jika RM1,000 sebulan 6 bulan kita dapat tambah lagi RM6,000. Jika RM2,000 maka dapatla kumpul RM12,000 atau mungkin lagi lebih.

4. Hutang kad kredit sangat tinggi kadar keuntungan yang bank ambil. Lagi tinggi daripada personal loan dan hutang lain. Bincang dengan bank utk buat penstukturan semula. Kemudian potong terus kad tersebut jika nak dapat impak drastik.

5. Kerajaan tak mampu untuk terus menerus untuk menanggung bebanan ini jika keadaan bertambah teruk. Jadi untuk kita sama-sama ringankan beban kerajaan yang secara automatik bebanan kita, tolong patuhi perintah kawalan pergerakan ini. Kalau arahan semudah duduk diam di rumah / stay at home pun sukar kita patuh, apatah lagi yang lain-lain?

6. Selepas tempoh 6 bulan moratorium berakhir, kita kena bayar balik ansuran kita tadi. Jika pendapatan kita terjejas, usahakan untuk berbincang dengan bank jalan terbaik untuk atasinya. Jangan lari daripada bank. Mereka boleh pertimbangkan untuk penstukturan semula atau pembiayaan semula hutang. Ia disebut juga RNR; refinance and restructure. Utamakan dulu untuk restructure balik hutang berbanding refinance.

7. Gunakan peluang berada di rumah untuk belajar memasak. Lepas habis tempoh PKP, boleh kekalkan makan masakan dari rumah berbanding makan luar. Ia jauh lebih menjimatkan. Selain itu ia juga menyihatkan.

8. Dalam tempoh PKP ini juga, boleh belajar untuk bisnes online. Boleh mulakan dengan bisnes yang orang sedang cari skrg seperti topeng muka, sanitizer, malah boleh juga perniagaan makanan. Atau paling kurang, jadi runner makanan dan barangan dapur. Boleh tambah duit dapur kita juga.

9. Belajar dan mula ajar anak-anak untuk belajar makan untuk hilangkan lapar, bukan untuk kenyang apatah lagi makan sedap. Lupakan Mekdi dan Kepci buat setahun dua ini.

10. Inilah masanya untuk buang segala macam bebanan kewangan yang ada. Langganan TV berbayar yang jarang sekali kita tonton, 2, 3 talian telefon internet, kad kredit 2, 3 keping dan sebagainya.

11. Rumah dan kereta adalah kos paling besar dalam sesebuah keluarga. Makin besar saiz rumah dan kereta, makin besar maintenance, sewa atau ansurannya. Jadi boleh juga plan slow-slow untuk kecilkan saiz rumah dan saiz kenderaan.

12. Masa yang panjang di rumah boleh gunakan untuk selongkar barang-barang, pakaian, perabot, alat elektrik dll sama ada kita benar-benar guna dan perlu atau sebenarnya ia dibeli sebab terpengaruh dengan jiran, makcik bawang atau Wowshop. Jika ada yang boleh kita jual, jual. Atau dermakan kepada yang memerlukan. Beban kurang, pahala pun dapat.

13. Bayangkan, hilang punca pendapatan pun kita risau memikirkan apa nasib anak-anak kita. Bayangkan kalau dengan kita-kita sekali hilang? Jadi, jika sedang plan nak hentikan takaful untuk ringankan beban, fikir sekali lagi. Boleh buat penstukturan semula polisi-polisi takaful. Buang manfaat yang kurang penting. Fokus kpd protection. Rule of thumb: Caruman paling rendah, perlindungan paling tinggi.

14. Bagi peniaga kecil dan SME, model bisnes sebekum ini sudah tidak lagi relevan pasca Covid-19. Pengguna akan lebih berhati-hati menggunakan setiap sen mereka. Jadi mahu tak mahu, perlu bersiap sedia untuk mengubah model bisnes yang bersesuaian.

15. Kita berada di akhir zaman. Covid-19, kemelesetan ekonomi, bencana, hutang, gaji dan segalanya adalah ketentuannya. Doa mampu mengubahnya. Sepanjang PKP, biar kita lupa hari, tapi jangan lupa diri apatah lagi lupa Tuhan Maha Pemberi Rezeki.

@BHarian

Pembaziran Kerajaan Pintu Belakang (PN) Yang Meranapkan Masa Depan Negara.

1 pembaziran pn

1 KERA SUMBANG 11 PN BEREBUT DEDAK1 MELAYU BODOH

Pembaziran Kerajaan PN:

Dikala seluruh dunia dilanda wabak Covid-19, dikala ekonomi dunia merundum jatuh teruk, dikala harga minyak dunia menjunam jatuh dibawah kiraan negatif, dikala rakyat Malaysia sedang berjimat cermat, dikala ramai yang tiada pekerjaan serta dibuang kerja.

Maka dikala itulah pemerintah negara dibawah kerjaan PN sesuka hati menambah jawatan baru Duta khas berjawatan Menteri penuh demi kepentingan politik semata mata.

Adakah ianya secara percuma saudara ? Tidak, sudah pasti akan melibatkan wang rakyat juga untuk membayar gaji bulanan dan elaun Duta khas tersebut.
Jerit perih rakyat marhean diperah kais paginya dibayar kepada lantikan Duta Duta khas ini dan kais petang rakyatnya pula untuk kesenangan pemerintah demi kelangsungan politik semata mata.

Ini adalah satu pembaziran diwaktu negara kekurangan sumber keewangan. Negara sekarang cuma mengharap peninggalan simpanan jimat cermat kerajaan PH terdahulu seperti mana kata Menteri MOF- Tengku Zafrul, negara masih mempunyai modal kukuh simpanan sebanyak rm132billion. Namun jika dikikis hari hari tanpa ada sumber yang baru bukit balak pun jadi botak gondol.

Negara sudah pun mempunyai Duta ke negara terbabit daripada golongan PTD yang bertauliah, berkelayakan serta berpengalaman yang menerima watikah dan perkenan daripada SPB YDPA. Apa signifikasinya perlantikan Duta Khas ini ?

Kita sudah mempunyai Duta Besar ke negara China, iaitu Raja Dato Nurshirwan Zainal Abidin. Begitu juga lantikan Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah berjawatan Menteri penuh. Sedangkan setiap negara Arab kita sudahpun mempunyai Duta Besar ke negara Arab.

Dibawah ini contoh jelas perbandingan kos gaji Kabinet antara 2 kerajaan.

Nota : Tidak termasuk tambahan 1 lagi Duta khas ke China.

71 (termasuk Hadi Awang) + 1 (Duta khas ke China) = 72 orang. C&P.

COVID-19: Ekonomi Malaysia potensi alami kemelesetan teknikal separuh pertama tahun ini

Pemandangan udara pada waktu malam di jalan-jalan utama di pusat bandar Kuala Lumpur yang kebiasaannya dipenuhi kenderaan kini kelihatan lengang ketika tinjauan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan COVID-19. - foto BERNAMA (2020)

Pemandangan udara pada waktu malam di jalan-jalan utama di pusat bandar Kuala Lumpur yang kebiasaannya dipenuhi kenderaan kini kelihatan lengang ketika tinjauan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan COVID-19. – foto BERNAMA (2020)

1 ALLAH MURKAI1 BALA KEPADA RAKYAT.

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang lebih perlahan iaitu antara 0.4 peratus hingga 2.5 peratus tahun ini, dengan potensi mengalami penguncupan pertumbuhan atau kemelesetan teknikal pada separuh pertama, kata penganalisis.

Bagaimanapun, unjuran pertumbuhan itu tidak mengambil kira pakej rangsangan ekonomi kedua ekoran penularan COVID-19 yang akan diumumkan Perdana Menteri, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Kesan negatif penularan pandemik COVID-19 menyebabkan gangguan terhadap bekalan dan rantaian nilai berikutan langkah sekatan pergerakan dilaksanakan di banyak negara bagi mengekang penularan wabak berkenaan.

Selain itu, perang harga minyak antara Arab Saudi dan Russia yang memperlihatkan penyusutan ketara harga minyak mentah dunia di bawah AS$30 setong turut menyumbang kepada pertumbuhan perlahan ekonomi dunia.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan pandemik COVID-19 akan mencetuskan kemelesetan ekonomi global pada 2020 dengan kesan buruknya sama seperti krisis kewangan pada 2008 atau lebih buruk lagi.

Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva, berkata unjuran pertumbuhan ekonomi global untuk 2020 adalah negatif – kesan buruk kemelesetan sama dengan krisis kewangan atau lebih buruk, tetapi pihaknya menjangkakan akan pulih pada 2021.

Bagi ekonomi Malaysia, penganalisis tempatan dan luar negara menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara akan berkembang lebih perlahan berbanding unjuran kerajaan sekitar 3.6 peratus hingga 4.0 peratus.

Ketua Ahli Ekonomi AmInvesment Research, Dr Anthony Dass, berkata ekonomi negara dijangka berdepan kemelesetan teknikal tahun ini berikutan cabaran luaran dan domestik berterusan.

Beliau berkata, ekonomi domestik dijangka mengalami pertumbuhan negatif pada suku pertama tahun ini sebanyak -2.8 peratus, yang mana ia penguncupan pertama sejak suku ketiga 2009.

Seterusnya, ekonomi negara ini dijangka mencatat pertumbuhan negatif pada suku kedua 2020 dengan jangkaan -1.8 peratus, manakala normalisasi ekonomi tempatan dijangka berlaku pada separuh kedua 2020, sama seperti ekonomi global, katanya.

“Usaha bersama oleh ekonomi global, termasuk Malaysia untuk menyokong pertumbuhan menerusi langkah monetari dan rangsangan fiskal akan mula membuahkan hasil positif.

“Pada ketika itu, sekatan ‘separa’ atau ‘sepenuhnya’ akan ditarik balik kerana kesan virus itu dapat diatasi secara global. Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi keseluruhan 2020 adalah 0.4 peratus dengan penurunan pada -1.1 peratus,” katanya.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid juga menyemak semula unjuran KDNK Malaysia kepada 0.4 peratus bagi 2020 berbanding unjuran sebelum ini 4.0 peratus.

Beliau berkata, pada kadar 0.4 peratus itu, ekonomi negara mengalami kemelesetan -1.1 peratus pada separuh pertama 2020.

“Dengan mengandaikan COVID-19 boleh dikekang sekitar suku kedua 2020, kami jangka KDNK mencatatkan pertumbuhan positif 1.8 peratus pada separuh kedua 2020,” katanya dalam nota penyelidikannya.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Kanan United Overseas Bank (UOB) Malaysia, Julia Goh, berkata pihaknya mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 2.4 peratus bagi 2020 berbanding unjuran sebelum ini 4.0 peratus.

Beliau berkata, pihaknya juga bimbang dengan impak lebih meluas risiko global berkaitan COVID-19 dan kecairan dolar AS yang terhad.

Bank itu juga mengunjurkan ringgit mencecah RM4.27 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku keempat berbanding unjuran sebelum ini RM4.05 sedolar.

Standard Chartered juga menurunkan unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia kepada 2.5 peratus bagi 2020 memandangkan tinjauan permintaan lebih teruk daripada dijangkakan.

Ia berkata, penularan global COVID-19 dan kejatuhan harga minyak mentah akan menjejaskan aktiviti tempatan.

“Lebih banyak sokongan monetari diperlukan. Kami kini jangka satu lagi pengurangan kadar sebanyak 50 mata asas tahun ini. Kami menurunkan unjuran inflasi 2020 kepada 0.8 peratus berbanding 1.9 peratus sebelum ini berikutan kejatuhan harga minyak,” katanya.

Pengarah Penarafan Berdaulat Asia Pasifik Fitch Ratings, Thomas Rookmaaker, berkata sekatan perjalanan akan memberi tekanan kepada aktiviti ekonomi dalam tempoh singkat, tetapi jika berjaya ia boleh melonjakkan semula ekonomi.

Beliau mungkin menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 2.3 peratus bagi 2020 berbanding unjuran sebelum ini 4.3 peratus.

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/03/669685/covid-19-ekonomi-malaysia-potensi-alami-kemelesetan-teknikal-separuh?utm_source=bh&utm_campaign=recsys&utm_medium=recsys