Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Selama ni yang dijual kedai runcit, serbaneka tu ‘beer’ -Melayu Islam

Ape beza Arak dan Bir.. sama lah.. Hat Carlsberg.. Tiger, Heineken tu Bir lah.. Sejak Bila Wine ,Vodka Wiski juak kat Kedai Serbaneka dan Kedai Runcit… ? Nampak tak macam mana Anuar Musa nak game Bani Melayu..

Sejak minggu lepas bila DBKL buat kenyataan akan haramkan jualan arak dikedai Runcit dan Serbaneka.. Ramai kalangan bani Melayu, Terutama Pemimpin PAS pakat puji melambung pada Menteri Wilayah..

Dan kita pun tahu game Anuar Musa.. Tu sebab dia letak tarikh perlaksanaan Oktober 2021 setahun lagi.. Sebab apa plan dia nak beli hati Melayu.. target dia, dia nak umpan DAP..Selepas PRU 15.. dia tukar lah keputusan..alasan dia mudah, Dapat bantahan pekedai Runcit.. Kedai Serbaneka..

Tapi biasa lah DAP..Baru Annuar Musa umpan dah masuk perangkap..DAP kutip sokongan buat bantahan.. Rupanya DAP pun umpan MCA.. kalau DAP tak bertindak pun MCA akan bantah.. MCA bijak, Dia bisik kat telinga Annuar Musa jer.. Kalau tak U-turn giliran depa beraksi pulak..

Rupanya tak sampai Seminggu.. Laporan Berita hari ini..Katanya Bir dan arak minuman Keras Perubatan China tak masuk dalam senarai larangan.. Pulak dah…. Jadi sia sia jer Ketua Pemuda PAS..Ulama PAS memuji Menteri Wilayah…

Maklum lah lebai mana tahu Bir tu apa..Depa dok ingat Bir tu Root Beer A&W…depa tak tau Bir tu lah Carlberg, Heniken dan Tiger…hat orang PAS selalu mengamuk kat kedai Speedmart, 7 ELeven.. depa panggil Arak..Anuar Musa panggi Bir..macam Bani Melayu sebut Babi lah..Lembut sikit Khinzir..

Nabi dah habaq dah..

لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِى الْخَمْرَ يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا..

“Demi sesungguhnya manusia di kalangan umatku akan minum arak yang mereka menamakannya dengan nama yang lain.”

Sumber : http://suarapakatandaily.com/archives/30676

SERAMBI MEKAH BERTUKAR KEPADA SERAMBI SYAITAN-TAKBIR.

Negeri Serambi Mekah ‘juara’ kes penyalahgunaan dadah

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mendedahkan negeri di pantai timur Semenanjung, Kelantan mencatatkan kes paling ramai dalam kalangan pelajar sekolah rendah hingga menengah berusia 12 hingga 20 tahun terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Dilaporkan bahawa seramai 1,417 individu terjebak bagi tempoh tiga tahun sejak 2018 hingga Jun lalu.

Menurutnya, remaja dan pelajar sekolah sentiasa berisiko terdedah dengan penyalahgunaan dadah akibat kewujudan pelbagai jenis dadah sintetik yang semakin berleluasa.

Ujarnya, kumpulan dadah yang paling menjadi pilihan pelajar ialah Amphetamine-Type Stimulants (ATS) seperti syabu, pil kuda dan ekstasi apabila sebanyak 8,052 ketagihan direkodkan.

“Apa yang membimbangkan, ketagihan akan menjadi lebih teruk apabila penagih bergantung kepada dadah ini sehingga menyebabkan masalah mental,” tegasnya.

Zulkifli berkata, kemasukan dadah dipercayai melalui jalan-jalan tikus memandangkan kedudukan negeri-negeri terbabit yang berdekatan dengan negara-negara jiran.

Tahun lepas, Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata kegiatan penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat dikesan berlaku seawal usia tujuh tahun.

Statistik terkini pula menunjukkan 74 peratus penagih baharu datang dari golongan berusia 19 hingga 39 tahun. Pada setiap hari kira-kira 70 penagih dadah baharu direkodkan dan angka ini amat membimbangkan apabila dadah kini menjadi pilihan utama masyarakat.

Beliau menggesa ibu bapa agar memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dalam kegiatan berkenaan.

“Ini kerana kita dapati punca utama penyalahgunaan dadah dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berlaku atas faktor kekurangan masa ibu bapa bersama anak-anak selain tidak mengambil tahu dengan siapa anak mereka berkawan.

“Oleh itu, dalam tempoh seminggu sekurang-kurangnya perlu ada sekali waktu perlu diluangkan ibu bapa untuk anak-anak mereka,” katanya.

Inilah dia masalah di hadapan mata yang cuma dipejamkan oleh pemimpin politik yang hanya sibuk mencari kuasa dan kekayaan sendiri. Ibu bapa terlalu sibuk mencari sesuap nasi untuk keluarga sehingga kebajikan anak-anak terbiar.

Sungguh memalukan apabila negeri-negeri yang terbabit majoriti penduduknya beragama Islam. Salah DAP juga ke? Atau mahu menunggu Ustaz Ebit selesaikan isu ini?

Pemandu Mabuk: Berapa Nyawa Lagi Akan Terkorban, Kenapa Kelantan Masih Menghalalkan Arak ?

1 ARAK HALAL KN

1 ARAK KELANTAN

 

1 DOA HANCUR UMNO

Pemandu Mabuk: Berapa Nyawa Lagi Akan Terkorban?
==============
1. Kali ini seorang anggota polis pula dilaporkan meninggal dunia akibat dilanggar pemandu mabuk. Apa yang menyedihkan insiden sebegini terkadang mengorbankan nyawa yang tidak bersalah. Berapa banyak nyawa lagi yang harus dikorbankan sebelum kita mengambil tindakan tegas berhubung perkara yang melibatkan arak?

2. Satu tindakan tegas mestilah dilaksanakan bagi menangani kejadian yang tidak dingini seperti ini berulang lagi. Sekiranya pemandu tersebut disahkan dibawah pengaruh alcohol, tindakan tegas mestilah dikenakan agar menjadi pengajaran kepada semua. Begitu juga dengan kesalahan yang melibatkan nyawa yang lain.

3. Barangkali prosedur penjualan arak juga perlu diperketatkan. Semua langkah yang dilihat membantu mengawal kemunculan pemabuk di atas jalan mestilah dipertingkatkan supaya kejadian seperti ini tidak berulang.

4. Ketegasan Umar Abdul Aziz dalam isu ini mesti dijadikan contoh. Umar Abdul Aziz diriwayatkan pernah mengarahkan supaya orang kafir tidak menzahirkan aktiviti arak mereka. al-Imam al-Bayhaqi ketika menghuraikan tentang syarat-syarat ahli zimmah (non Muslim) yang tinggal bersama Muslim, beliau menyebutkan:

كَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ: أَلَّا يُظْهِرُوا الْخَمْرَ

“Umar Abdul Aziz pernah menulis surat supaya majlis arak (bagi non Muslim) seharusnya tidak dizahirkan” (tidak diheboh, didedah dan berlaku secara tertutup). (al-Bayhaqi, Ma’rifa al-Sunan wa al-Athar, 13/383).

4. Bahkan, Umar Abdul Aziz dilihat cuba menyekat kemasukan dan kebebasan aktiviti import/eksport penjualan arak. Perkara ini direkodkan oleh Ibn Zanjaweh di dalam kitab al-Amwal:
كَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ إِلَى عَبْدِ الْحَمِيدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَهُوَ عَامِلُهُ عَلَى الْكُوفَةِ: أَنْ «لَا تُحْمَلَ الْخَمْرُ مِنْ رُسْتَاقٍ إِلَى رُسْتَاقٍ.

“Umar Abdul Aziz menulis surat kepada Abdul Hamid ibn Abdul Rahman iaitu Gabenor beliau di Kufah: (kata Umar) Jangan dibawa arak dari satu bandar atau wilayah (rustaq) kepada bandar atau wilayah yang lain.” (Ibn Zanjaweih, al-Amwal, 1/282).

6. Menyedari betapa bahayanya kerosakan arak ini, Rasulullah, para sahabat serta khalifah terdahulu bertindak tegas menanganinya. Jangan pula ada dikalangan kita yang melihatnya sebagai dosa peribadi yang kita tidak perlu masuk campur. Dari perkara peribadi inilah ia merosakkan nyawa orang lain.

7. Jangan juga ada dikalangan pemimpin kita yang menganggap ringan perkara ini sehingga melihat arak ini seumpama orang kafir yang “meminum teh sahaja.” Ini kerana kesan “teh” ini bukan sahaja merosakkan akal, bahkan mengorbankan nyawa Muslim.

Semoga Allah membimbing kita.

Negara Lain Melarang Arak Ketika PKP

1 ARAK HALAL KN1 ARAK KELANTAN

 

Negara Lain Melarang Arak Ketika PKP
=============
1. Awal bulan ini kita digemparkan dengan kejadian seorang lagi anggota polis yang terbunuh akibat dirempuh pemandu mabuk. Ini bukanlah insiden pertama yang terjadi sejak Perintah Kawalan Berkurung (PKP) dilaksanakan. Bulan April sahaja sebanyak tiga insiden rempuhan sekatan jalan melibatkan pemandu mabuk di Ipoh, Petaling Jaya dan Bintulu.

2. Terkadang kita terlalu bimbang untuk mengenakan tindakan yang ketat dalam mengawal urusan jual-beli arak sedangkan negara lain telah mula mengorak langkah sedemikian sekalipun mereka bukanlah negara orang Islam. Afrika Selatan sebagai contoh telah mula mengharamkan penjualan arak dalam tempoh lockdown mereka.

3. Menteri Keselamatan Afrika Selatan, Bheki Hamilton Cele pada 26 Mac yang lalu telah melakukan pengumuman itu dengan justifikasi bahawa pengharaman penjualan arak dalam tempoh lockdown ini berupaya memutuskan rantaian penyebaran Covid19. Salah satu justifikasi yang diberikan adalah kerana alkohol dikatakan berupaya melemahkan sistem pertahanan badan seseorang.

4. Di Nuuk, ibu negeri Greenland turut mengenakan sekatan penjualan arak dalam tempoh lockdown ini. Martha Abelsen, Menteri Kesihatan tempatan menjelaskan bahawa sekatan penjualan arak ini adalah bertujuan menyelamatkan mangsa dera kanak-kanak yang berlaku sepanjang tempoh perintah kawalan berkurung yang berlaku di Greenland.

5. Begitu juga di Hong Kong, Ketua Eksekutif Carrie Lam telah mengumumkan penyekatan pengeluaran lesen arak bagi 8600 resteoran dan bar dalam menghadapi tempoh kedua gelombang Covid19 di Hong Kong.

6. Perhatikan bagaimana negara-negara yang tidak menjadikan Islam sebagai agama rasmi mereka boleh bertindak secara rasional dalam mengekang penjualan arak, mengapa tidak kita bertindak dengan tindakan yang sama. Apatah lagi perkara ini telah pun diajarkan oleh Baginda Nabi 1400 tahun yang lalu.

– Artikel penuh di Harian Metro hari ini 12 Mei 2020.

Semoga Allah membimbing kita.

PAS berazam akan kuburkan industri arak di Malaysia

1 ARAK BMF1 MCA RASIS1 MCA

Timbalan Ketua Pemuda PAS, YB Ahmad Fadhli Shaari dalam satu posting facebooknya menyebut bahawa industri arak di Malaysia akan dikuburkan.

Kenyataan beliau itu dikeluarkan setelah kontroversi isu kelulusan operasi kilang arak sempena PKP.

Menurut beliau “Lambat atau cepat, industri arak harus dikuburkan di bumi Malaysia ini”

Beliau turut mencadangkan agar tiada lagi pemprosesan minuman keras di negara ini. Dipercayai merujuk cadangan untuk menutup semua kilang pemprosesan arak di Malaysia.

PAS yang kini menjadi sebahagian anggota kerajaan sentiasa berusaha memastikan agenda Islam sebagai agenda utama dalam kerajaan pimpinannya.

Isu kelulusan arak mula kecoh di media sosial, ternyata mencalar imej PAS sebagai sebuah parti Islam yang berada dalam kerajaan apabila kelulusan itu dikeluarkan oleh KPDHEP yang diterajui seorang menteri dari Sarawak.

Bantahan netizen kemudiannya disusuli Pas dan Umno telah menyebabkan kerajaan PN buat pusingan U untuk membatalkan balik arahan tersebut.

Namun dalam satu perkembangan lain, Timbalan Menteri KPDNHEP menyatakan kelulusan tersebut adalah untuk kebenaran mengedarkan stok yang sedia ada dan bukannya memproses yang baru.

Ahmad Fadhli juga menulis ” Non Muslim hanya dibenarkan meminumnya dengan kadar yang minimum dan duti import yang tinggi.”

Beliau turut menyeru orang ramai berfikir bagaimana Malaysia mampu menuju kearah cadangan beliau itu.

PAS berazam akan kuburkan industri arak di Malaysia

PAS TELAH MENGHALALKAN ARAK TETAPI TIDAK DIEDARKAN SEMENTARA MASA PKP SAHAJA.

 

1 HADI JAHAT1 PAS MABUK ARAK1 SUJUD SYUKUR

Cerita arak

1. Kami memang setuju arak itu haram bagi orang Islam, tiada khilaf tentang itu. Sama ada kami pembangkang, atau kerajaan, atau jadi pembangkang semula, pegangan itu konsisten.

2. Cuma kami menghormati hak2 orang bukan Islam untuk minum arak kerana bagi mereka tiada hukum haram bagi arak. Kecuali hukum haram mabuk ketika memandu, ia mesti diterima oleh semua rakyat, muslim atau non muslim, kerana ia undang-undang negara.

3. Ketika kami memberi pandangan bahawa kilang dan kedai arak tak boleh ditutup kerana orang2 bukan Islam pun ada hak, kami dikecam sebagai liberal, munafiq, khadam Dap, walak kuffar oleh pengikut Pas dan juga Umno (ketika itu cytro Umno hanya mengambil kesempatan untuk membangkitkan kebencian orang Melayu kepada kami, bukan benci arak sangat pun, kerana mereka dulu pun benarkan arak dijual.. heheh). Walau kami bawa hujah khalifah Umar bin Abdul Aziz pun tak tutup terus kilang dan kedai arak di zaman pemerintahannya yang soleh dan warak itu pun, kami tetap dilabel khadam Dap. Beberapa orang pimpinan difitnah dengan poster yang mengandungi kata-kata yang mereka tak pernah kata.

4. Ada satu NGO tu pun tak ketinggalan dalam perlumbaan membantai kami dalam segala isu, termasuk isu arak yang ada kaitan dengan pemanduan mabuk ini. Itulah NGO yang didakwa mereka sendiri sebagai NGO Melayu paling sederhana… untuk menyeimbangkan karakter rasis yang dibawa pimpinan NGO itu.

5. Sekarang bila kerajaan tebuk atap (panggilan tok guru duta khas) menghadapi masalah permit pengedaran arak di musim PKP akibat Covid19, kami tengok sajalah. Tengok macam mana kerajaan Melayu Islam (yang tak diiktiraf oleh MCA) handle isu arak ni.

6. Apabila tersebarnya surat kebenaran pengedaran arak Heineken daripada KPDNHEP, mula2 pengikut Pas Umno buat tak tahu. Tak lama lepas surat itu semakin tular, disertai tularan kenyataan pemimpin2 Pas sebelum menjadi kerajaan, pengikut Pas mula kepanasan. “Itu surat palsu!” pintas mereka.. 😁

7. Seterusnya warganet bawa bukti2 surat itu asli, pengikut Pas semakin panas. Menteri Wilayah pun buat kenyataan silang kementerian. Ketika ini mufti itu pun panas juga, tak mahu ketinggalan. Kerana dia juga diasak dengan soalan2 “Islam tak terancam ke Tok peti?”, “ni salah Dap juga ke Tok peti?”.. pedas dan panas telinga soalan2 gitu woo.. 😉

8. Pengikut Pas mula menyerang KSU KPDNHEP sebagai pegawai lantikan politik oleh PH telah mensabotaj kerajaan Melayu Islam dan menandatangani surat kebenaran mengedar arak tanpa pengetahuan menteri.

9. Mufti pun buat kenyataan ekspres agar kerajaan menyiasat KSU itu dan meminta Menteri Agama buat kenyataan garis panduan penjualan arak. Wah, macam PM pula tok peti! Dia berada di atas semua kementerian! 😨

10. Akhirnya menteri berkaitan mengaku dia mengetahui surat yang ditandatangani KSU itu. Kebenaran untuk pengedaran stok sedia ada, bukan pengilangan.

11. Pengikut Pas pun mendabik dada.. “tengok bagaimana kita selesaikan masalah arak, takbir!!!” Padahal arak masih dijual seperti minuman lain dengan permit khas. Sama sahaja ketika zaman kerajaan Umno BN dan PH dulu. Yang penting dapat tubuhkan kerajaan Melayu Islam, walaupun secara tebuk atap!

12. Seperti biasa, mufti paling laju buat kenyataan seperti sebelum2 ini pun diam membisu.

Sekian, cerita arak di bumi Malaya 😃

FB ust Ali Muda