Kategori: Wajah-Wajah Pemimpin Pakatan Yang Menggambarkan Keharmonian
Bersama YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Memajukan Negara Malaysia
Dumbno dan pasampah jagan cemburu ya.
– Edmund –
TUN M PUJI PROJEK RUMAH PEDULI – TAHNIAH KEPADA KERAJAAN PH MELAKA
Tahniah kerajaan negeri Melaka, tunai janji utamakan rakyat!!
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memuji usaha Kerajaan Negeri Melaka mewujudkan Program Rumah Peduli bagi golongan kurang berkemampuan B40 memiliki rumah sendiri pada harga murah.
Beliau berkata inisiatif itu seterusnya membantu merealisasikan janji kerajaan kepada rakyat untuk membina sejuta rumah dalam tempoh dua penggal (10 tahun).
Program Rumah Peduli katanya, jauh lebih murah dengan harga 40 ribu ringgit bagi sebuah rumah berbanding perancangan-perancangan rumah bantuan rakyat yang lain.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Program Rumah Peduli Negeri Melaka di Lipat Kajang, Jasin.
Dalam pada itu, kerajaan negeri Melaka menyasarkan 500 unit rumah peduli dalam tempoh 5 tahun dan 84 unit akan disiapkan dalam fasa pertama.
Sebagai permulaan, tujuh permohanan telah diluluskan dan bakal menerima rumah masing-masing tahun ini.