Hudud Sekadar Propaganda Pas Untuk Menarik Undi Umat Islam Sahaja

1 HUDUD DALAM MUZIUM

“Dulu (kita) pembangkang tak apa kita desak kerajaan – sebab kerajaan itu bukan kita. Tapi sekarang kita kerajaan, kalau kita desak maknanya kita desak kita, kalau kita marah, kita marah kita lah.

“Contoh dalam isu RUU355, menjadi pembangkang mudah. Dalam parlimen mendesak usul gubal peraturan, RUU355 untuk dilaksanakan sebab (kita) pembangkang. “Pembangkang tak perlu fikir perkara-perkara kaedah, sistem, peraturan-peraturan itu bukan kerja kita, itu kerja kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung PAS kawasan Temerloh, Pahang, hari ini.

👆🏼😤 *Contoh Sembang Kari Lebai PAS. So dh jd Kjaan baru lah admit selama nih RUU355 hanya lah rethoric utk menipu Walaun2 mereka shj, bermain dgn emosi Walaun2 mereka hingga Lebai2 di anggap wira Walaun2 krn berjuang utk RUU355, hingga sapa yg melawan akan di anggap kafir dan kena tanam dlm jirat Cina.*
https://m.malaysiakini.com/news/536170?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Dua pemimpin utama dan seorang bekas pemimpin utama Pas berlutut di hadapan Tun M.

1 HADI BERLUTUT DPN TUN M1 ULAMAK BALAK1 AGAMA GAGAL1 MCA RASIS 21 HADI KHADAM MCA1 PAS IBLIS

Dua pemimpin utama dan seorang bekas pemimpin utama Pas berlutut di hadapan Tun M.

Semuanya berlaku selepas desas-desus kerajaan PN bermasalah besar.

Pas menawar diri untuk menyokong Tun M dan bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Syaratnya, Tun M putuskan hubungan dengan Amanah.

Alasannya, Amanah cuma ada sebelas kerusi dan Pas ada lapan belas kerusi.

Nampak. Hipokrasi politik Pas. Khianat kawan dah jadi darah daging Pas.

Tahu tak kenapa Pas begitu terdesak? Pas dah tak ada duit. Hutang keliling pinggang.

Kes SR pakai duit. Harakah hutang. Bangunan Raja Laut pening.

WARKAH BUAT AHLI & PENYOKONG PAS DEMI METUNTUT PELAKSANAAN HUDUD DEMI KEMULIAAN AGAMA ISLAM .

Image may contain: 2 people, text

1 kuda terbaik1 MCA RASIS

WARKAH BUAT AHLI & PENYOKONG PAS …

Bukalah sebentar hati dan mindamu dan bacalah artikel ini hingga habis.

Fakta dan statistik tidak menipu. Inilah rekod PAS dalam PRU sejak 1955 hingga 2013 : (kerusi Parlimen)

1955 : (sendirian) : 1
1959 : (sendirian) : 13
1964 : (sendirian) : 9
1969 : (sendirian) : 12
1974 : (menyertai BN) – menang
1978 : (keluar BN) : 5
1982 : (sendirian) : 5
1986 : (sendirian) : 1
1990 : (menyertai APU/S46) : 7
1995 : (menyertai APU/S46) : 7
1999 : (meyertai BA) : 27
2004 : (sendirian) : 7
2008 : (menyertai PR) : 23
2013 : (menyertai PR) : 21
2018 : 18/222 King maker kata Tuang Berehem tue men abuk pun tarak last jadi khadam ummo:
2023 hopefully TKO.

Sejak 1955, PAS tidak pernah dapat melebihi 13 kerusi ketika bersendirian. Setelah bekerjasama dalam Angkatan Perpaduan Ummah dengan Parti Semangat 46, masuk Barisan Alternatif, dan Pakatan Rakyat, barulah PAS berjaya dapat lebih banyak kerusi.

Terimalah hakikat Malaysia ini negara berbilang kaum dan agama. Sejarah dah membuktikan, berjuang seorang diri takkan ke mana. PAS perlu bekerjasama dengan kaum lain untuk mendapatkan kuasa mentadbir negara. Dengan kuasa itu, barulah syariat Islam mampu ditegakkan secara penuh hikmah.

“PAS tak kisah kalah. PAS hanya mahu redha Allah”. Kalau begitu, jadilah sebuah NGO atau badan dakwah sahaja. Tak perlu sertai pilihanraya kalau tak mahu menang. Nak menang perlu strategi. Strategi terbaik ialah bergabung dalam satu pakatan yang kuat, kerana Malaysia negara berbilang kaum dan agama. ATGNA dah sebut banyak kali tentang itu..

Hudud adalah tuntutan Islam. Kita semua setuju dengan perkara itu. Tapi, hudud bukanlah segala-galanya dalam Islam.
Urus tadbir negara yang baik (good governance) juga tuntutan Islam.
Pengagihan ekonomi yang adil juga tuntutan Islam.
Menjaga kebajikan rakyat juga tuntutan Islam.
Keadilan sistem mahkamah juga tuntutan Islam.
Meringankan kos sara hidup rakyat juga tuntutan Islam.
Hatta, pengurusan sampah-sarap juga tuntutan Islam.

Ehhh… kalau Pakatan Harapan (PH) menang, DAP akan menguasai negara? DAP akan menghapuskan Islam? DAP akan mengubah Malaysia jadi negara republik? DAP akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu? DAP akan menghapuskan institusi Raja-Raja?

Tolonglah.. itu ayat UMNO/BN sejak dulu. Itu taktik menakut²kan orang Melayu Islam. Itu ayat TV3. Kalau nak tau hakikat sebenar, rujuklah Perlembagaan Malaysia.

Artikel 159 (5) Perlembagaan dengan jelas menyatakan, lima (5) perkara yang tidak boleh diubah walaupun disokong oleh 222 ahli Dewan Rakyat ialah :

*Pertama* : Islam sebagai Agama Persekutuan.
*Kedua* : Kedudukan Raja-Raja Melayu
*Ketiga* : Hak Istimewa Orang Melayu
*Keempat* : Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi
*Kelima* : Hak Pengisytiharan Darurat.

Kesemua lima perkara ini hanya boleh diubah dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Logikkah Majlis Raja-Raja akan setuju untuk ubah?
Raja dan Sultan adalah dilindungi penuh oleh Angkatan Tentera Malaysia. Kalau DAP nak ubah 5 perkara tu, DAP kena musnahkan ATM, kemudian hapuskan Raja dan Sultan. Munasabah ke? Fikirlah dengan minda yang waras.

DAP benci dan hina Islam? Ya.. betullah tu kalau saudara percaya kepada laporan berita TV3 dan akhbar Utusan Malaysia.

Saudara lihatlah umat Islam di Pulau Pinang. Peruntukan untuk JAIPP naik berkali ganda, madrasah dan sekolah agama dinaiktaraf. Elaun imam dan bilal dinaikkan dan banyak lagi.

Kalau ada beberapa orang pemimpin DAP yang keluar statement yang salah tentang Islam, itu kerana mereka kafir dan jahil tentang Islam. Itu tak menghairankan. Sebab tu usaha dakwah dan tarbiyyah perlu berterusan. Yang hairannya, orang Islam sendiri termasuk pimpinan PAS sendiri pun ada keluarkan statement salah tentang Islam. Ada yang kata siapa takde nombor keahlian PAS boleh ditanam di jirat Cina. Ada yang kata malaikat boleh mengundi dan bawa IC. Malah, ramai yang sewenang²nya memberi label munafik dan kafir kepada saudara Muslimnya yang lain hanya kerana berbeza pendapat. Yang mendoa-laknat saudara Muslimnya pun ada. Sedih kan…

Itu belum kira statement pemimpin BN lagi baik UMNO, MCA, Gerakan, MIC dan parti di Sabah & Sarawak, Mereka lagi kerap keluar statement hina Islam.

Penyokong LGBT dan Islam Liberal jadi penyokong PH?
Ya, memang ada. Contohnya Ambiga dan Siti Kassim. Jadi, adakah itu bermakna PH pun sokong LGBT? Sokong Islam Liberal?
Fikir rasional lah saudara.. Jangan persoalkan iman kami, jangan perlekehkan keupayaan berfikir kami. 80% pemimpin PH adalah Melayu Islam. Kami juga beriman dengan Allah dan tahu batas-batas iman dan kufur.

Kalaulah ada orang Cina dan India dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS yang minum arak, adakah itu bermaksud PAS sokong arak? Kalau mereka ada yang gay dan lesbian, adakah itu bermaksud PAS sokong gay dan lesbian? Tentu tidak bukan? Saya yakin saudara boleh menilai dengan adil..

Saudara-saudaraku…
Keutamaan kita sekarang, saya ulangi.. KEUTAMAAN kita sekarang ialah untuk selamatkan Malaysia dari kehancuran ekonomi yang dahsyat di tangan BN. Hutang negara dah menghampiri 1 Trillion. Kehidupan rakyat semakin hari semakin terhimpit.

Tentang Tun M, ya.. memang dialah musuh politik kita dulu. Tapi, jasanya membangunkan negara tak siapa dapat nafikan.
Dan ya… memang banyak kesalahan yang dia dah lakukan. Sebahagiannya dia dah akui. Sebahagiannya dia dah mohon maaf. Soal dia ikhlas ke tak ikhlas, itu dia jawab dengan Allah. Yang pentingnya sekarang, dia nak bantu kita pulihkan negara kita. Adakah kita nak tolak dia?

Nak mudah faham, macam ni lah..
Tun M bakar rumah kita, kemudian dia lari keluar. Sedang kita dalam kesusahan nak selamatkan diri dan anak-anak kita dari mati terbakar, entah mengapa tiba-tiba dia patah balik, masuk rumah kita dan tolong kita. Orang dari luar kata, pukul Tun M… sebab dia yang bakar rumah kita. So, apa pilihan yang kita ada?

Nak pukul Tun M supaya dia mati bersama-sama kita, atau biarkan dia tolong kita selamatkan anak-anak dan rumah kita?
Yang utama sekarang, kita kena selamatkan anak dan rumah kita. Apa kita nak buat dengan dia selepas itu, biarlah masa menentukannya..

Saudara-saudaraku ahli dan penyokong PAS yang dikasihi..
Kita semua mencari redha Allah. Kita semua mahu tegakkan syariat Allah. Islam itu milik semua, bukan milik eksklusif parti kita. Janganlah mendakwa hanya kita yang bawa Islam, hanya kita yang perjuangkan Islam, hanya kita yang cintakan Islam. Islam itu rahmatan lil’alamiin.

Akhir kalam, terima kasih kerana saudara sudi baca sehingga ke baris ini. Walau apapun keputusan 9 Mei nanti, kita semua tetap saudara seakidah. Kau saudaraku, dan aku saudaramu. Takkan ada apa yang boleh mengubahnya.cgu

Aku menulis kerana ALLAH.

Hamba Allah
Selangor

👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻
*DI ULANGSIAR UNTUK REFRESH MINDA ANDA.*

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=234232947743338&set=a.100245081142126&type=3&theater