Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Lebihan bayaran deposit keselamatan US$790,354,855 masuk ke akaun Najib

Lebihan bayaran deposit keselamatan US$790,354,855 masuk ke akaun Najib

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa lebihan bayaran deposit keselamatan berjumlah US$790,354,855.00 kepada Aabar Investment PJS Ltd (Aabar) yang dibayar oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan ke akaun milik Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan penyelewengan.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata demikian semasa membacakan pernyataan saksinya pada har ke-15 perbicaraan kes Najib membabitkan dana 1MDB.

“Kesimpulannya, pengambilalihan Genting (Genting Sanyen) telah selesai melalui pembiayaan menggunakan bridging loan berjumlah RM700 juta dan terbitan Bon berjumlah US$1.75 bilion. Saya akui memang terdapat lebihan yang sangat banyak daripada hasil pembiayaan untuk pengambilalihan tersebut,” katanya.

Bagaimanapun saksi pendakwaan kesembilan menegaskan bahawa beliau langsung tidak tahu menahu bahawa lebihan wang untuk pembayaran deposit keselamatan berjumlah US$790,354,855 kepada Aabar adalah untuk diseleweng oleh pihak lain.

“Pembayaran deposit keselamatan itu dibuat secara penuh percaya berdasarkan dokumentasi yang disediakan oleh Jasmine Loo (peguam 1MDB) Terence Geh (Pengarah 1MDB) dan Tim Leissner (Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs Asia).

Setelah penyiasatan dilakukan barulah saya tahu yang deposit keselamatan ini diaturkan oleh Jho Low (ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho) untuk membolehkan wang 1MDB masuk ke dalam akaun yang dikawal olehnya untuk tujuan penyelewengan yang seterusnya dimasukkan ke akaun milik Najib.

Sekali lagi, Jasmine Loo sebagai pegawai yang dipertanggungjawabkan, telah datang kepada saya untuk membentangkan dapatan dan dokumen yang banyak bagi menunjukkan aspek teknikal kewangan dan proses pelaburan sepertimana sebelum ini, pemerolehan Tanjong Energy Holding Sdn Bhd (TEHSB).

Beliau menunjukkan dokumen yang meyakinkan saya bahawa 1MDB perlu membayar kepada Aabar Investment PJS Ltd sebanyak US$790,354,855 yang ditanggung melalui lebihan terbitan Bon US$1.75 bilion sebagai deposit keselamatan kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) yang merupakan penjamin Bon tersebut,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Saksi penting pendakwaan itu berkata itu merupakan tindakan yang sama sepertimana beliau menyatakan alasan dalam remittance TEHSB sebelum ini yang 1MDB perlu lagi sekali membayar deposit keselamatan kepada anak syarikat IPIC iaitu Aabar sebagai cagaran dan akan dipulangkan semula selepas tawaran awam permulaan (IPO).

Beliau berkata seperti transaksi TEHSB sebelum ini, beliau beranggapan yang bayaran itu sudah dipersetujui oleh dua-dua belah pihak iaitu IPIC dan pemilik saham 1MDB dan Perdana Menteri iaitu Najib.

“Ini adalah kerana rundingan jaminan ini diterajui oleh PMO. Kemudiannya, saya telah dimaklumkan oleh Jasmine Loo bahawa dokumen remittance yang berjumlah US$790,354,855 telah ditandatangani oleh Terence Geh dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB, Azmi Tahir, untuk dibayar ke akaun Aabar Investment PJS Ltd di BSI Bank SA, Lugano, Switzerland daripada akaun Falcon Private Bank (Hong Kong) milik syarikat 1MDB Energy (Langat) Limited (1MELL) (anak syarikat 1MDB).

“Sekali lagi, saya tidak tahu siapa yang menentukan jumlah pembayaran US$790,354,855 tersebut yang pada pendapat saya adalah sangat besar jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan Bond yang diterbitkan sebanyak US$1.75 bilion bagi pembelian IPP Genting Sanyen.

“Namun, saya tidak curiga dan tidak mempersoalkannya kerana pada masa itu saya menganggap ini adalah sesuatu yang sudah dipersetujui oleh Datuk Seri Najib dan pihak IPIC, berdasarkan pelan tindakan dan perbincangan saya dengan Jho Low,” katanya.

Shahrol Azral berkata beliau juga percaya pada masa tersebut bahawa wang deposit keselamatan berkenaan akan dikembalikan semula kepada syarikat apabila IPO bagi perniagaan tenaga syarikat dibuat untuk penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE).

Katanya walaubagaimanapun, wang tersebut tidak pernah dikembalikan semula kepada syarikat walaupun setelah 1MDB gagal melaksanakan penyenaraian perniagaan tenaga ke KLSE.

Saksi itu berkata bayaran US$790,354,855 kepada Aabar Investments PJS Limited dibuat pada 19 Okt 2012.

Beliau berkata proses pengambilalihan Genting, pada pandangannya dibuat dalam keadaan sangat tergesa-gesa jika dibandingkan dengan pengambilalihan TEHSB.

Katanya semua kelulusan hanya melalui Director Circular Resolution (DCR) tanpa dibentangkan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB.

“Keadaan tergesa-gesa ini disebabkan tekanan Jho Low yang menyatakan pinjaman dan jaminan daripada pihak IPIC ini harus disegerakan kerana ada faktor kerjasama G2G (kerajaan dengan kerajaan) dan juga mesti diselesaikan sebelum PRU ke-13 untuk memastikan cukup perhatian daripada Datuk Seri Najib sebelum beliau akan sibuk berkempen.

Selepas daripada itu, saya telah dipindahkan ke Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan jawatan CEO telah diambil alih oleh Hazem Abdul Rahman.

Saya tidak tahu menahu secara terperinci kenapa opsyen Aabar telah ditamatkan kerana saya tidak lagi terlibat secara langsung dalam sebarang perbincangan dan urusan pihak terbabit. Walau bagaimanapun, saya hanya tahu maklumat ini secara am sahaja melalui media,” katanya.

Shahrol Azral dilantik sebagai pengarah di Pemandu yang merupakan unit di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 15 Mac 2013.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama. Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.– BERNAMA

1 Khadam Terbaru Umno1 3 King1 BABI RASUAH1 A PENYAMUN MSIA1 KENCING AAAAAA1 HADI KAHWIN1 PENIPU AAAA1 PENIPU AAA1 PENIPU AA1 PENIPU A1 KERIS UMNO LAYU1 BANGSA KU A

Berita penuh https://malaysiadateline.com/lebihan-bayaran-deposit-keselamatan-us790354855-masuk-ke-akaun-najib/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR1qWhPVKmLj7otu-gzx1Yn2NKD77csgtzi0sZjAtxjz3NepgQpdnmUF_kA

Lebihan bayaran deposit keselamatan US$790,354,855 masuk ke akaun Najib

Lebai-Lebai Umno Yang Belum Menyerah Diri Dan Belum Mengembalikan Harta Rompakan Kepada Rakyat

Image may contain: 11 people, people smiling, text

1 A PENYAMUN MSIA1 BABI RASUAH1 AAA RASUAH1 AAA RASUAH 21 BUKTI AMAT JELAS1 KENCING AAAAAA1 HADI KAHWIN1 PENIPU AAAA1 PENIPU AAA1 PENIPU AA1 PENIPU A1 4 perkara akan ditanya

 

Najib & Umno Bn Yang Curi Wang Negara Tetapi Kerajaan PH Yang Tolong Bayar

Penyangak buat hutang, Kerajaan PH terpaksa tanggung.

Faedah saja kerajaan perlu bayar RM9 bilion. Belum lagi hutang pokok RM36 bilion.

Berapa banyak wang rakyat telah dibazirkan dan dirompak!

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 pada tahun lalu dilaporkan berkata, kerajaan mendapati negara mungkin perlu membayar sehingga RM43.9 bilion lagi bagi menyelesaikan hutang 1MDB itu.

Alangkah baiknya, wang yang digunakan untuk membayar jaminan kerajaan ini diperuntukkan untuk pembinaan hospital, sekolah, jalan raya dan baik pulih sekolah daif yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat.

https://web.facebook.com/gangutarafc/photos/a.1481865358691763/2455800857964870/?type=3&theater

GERAN LULUS DALAM MASA SEHARI-CAMERON HIGHLANDS

Image may contain: one or more people and text

#CerobohCameronHighlands
Suspek bocor maklumat tanah

1 KEJAYAAN SYAITAN1 PERJALANAN KE SG BULOH1 NAJIB SOROT1 BUKTI AMAT JELAS1 PENYATUAN PEROMPAK1 MUFTI1 AAA RASUAH1 AAA RASUAH 2

Sindiket pemalsuan dokumen JPN sejak 4 tahun lalu.

Image may contain: 1 person, glasses and close-up

Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Image may contain: 1 person, smiling, close-up

Image may contain: 1 person, standing

Image may contain: 1 person, sunglasses

Gambar antara 5 daripada 6 orang dalang dan orang tengah sindiket pemalsuan dokumen JPN sejak 4tahun lalu..
Semuanya bangsa melayu umno yang hari2 melaung untuk jaga bangsa melayu…sanggup jadi pengkhianat bangsa jual Mykad kerakyatan negara kita pada orang china.

 

Najib bayar RM2 Juta Kendalikan Akaun Media Sosial Urus Jaga Imej Najib

Image may contain: 2 people, text

1 Pemakan Rasuah Babi

 

3 AHZAB

PARTI UMNOPAS YANG MENGAKU MEMBELA ISLAM DAN MELAYU SEPATUTNYA BERPADU TENAGA BERSAMA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN MENGEMBALIKAN WANG YANG TELAH DIROMPAK OLEH NAJIB DAN JHO LOW. AGAR AGAMA ISLAM DAN BANGSA MELAYU DI PANDANG MULIA OLEH GOLONGAN BUKAN ISLAM.

Najib Sekeluarga Adalah Pengkhianat Negara Kerana Tidak Membayar Cukai LHDN

Image may contain: 3 people, text

Jangan lupa bawok dapur gas,rice cooker dan pingan mangkok ke Sg.Buloh nanti. — with Hona KiaPedang AgongMael LavenderMat Tabuk,Bang Zal LiSiti Mariam Noor MalikSaleh Bin Abas SalehAkasia RedRambo KlDoyleJalaluddin Johan Jalal and Badrul Hisham Yusop.

Pas Bersekongkol Dengan Golongan Bukan Islam Yang Rasis Menolak Hudud

1 AA Adha 2019

Jauhi Umnopas yang suka melaga-lagakan manusia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api peperangan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Umat Islam dan Rakyat Malaysia akan hidup maju dan harmoni jika umnopas dapat dihapuskan dengan segera dari bumi Malaysia.

Sila layari

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph

untuk melihat betapa dahsyat dan buruknya wajah sebenar umnopas serta betapa busuknya hati orang-orang umnopas dalam menyebarkan fitnah.

 

365 KEJAYAAN CEMERLANG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/07/08/365-kejayaan-cemerlang-kerajaan-pakatan-harapan/

9 Mei Berakhirnya 72 Peristiwa Hitam Ciptaan Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/05/10/9-mei-berakhirnya-72-peristiwa-hitam-ciptaan-najib/

 

2 Wajah Wira Umnopas Yang Menjadi Pengkhianat Negara Malaysia

Image may contain: 2 people, people smiling, text

HAHAHA.. antara kepala besar#PengkhianatNegara kena jala dulu LHDN.

Sebelum ini ketika Umno/BN berkuasa mereka ini tidak berani disentuh oleh LHDN. Gaya hidup mewah boros mereka langsung tidak setanding dgn pendapatan gaji halal mereka.

Tetapi mereka ini juga yg disanjung & diangkat oleh parti syurga PAS.

Najib Berjoli Sakan Tetapi Rakyat Dalam Kesusahan

Image may contain: one or more people, tree, outdoor, food and nature

1 RUU 3551 HADI FAKIR1-MERUNTUHKAN NEGARA1 A SEMUA DAP1 B DAP1 Pemakan Rasuah Babi1 PUNCA ISLAM DIHINA

 

Di sini saya nak mempelawa semua rakyat berpikir
Sedangkan Pencuri Getah yg harga seguni baru 40-50 ringgit korang pepah setengah mati ?

Sakit tak hati orang rembat getah ojol kau ?

Jd kau bygkan la Duit berbilion yg sepatutnya di gunakan utk memajukan negara ,dan membina infrastruktur tp duit tu di gunakan utk berjoli .Duit yg sepatutnya di gunakan utk fakir miskin luar bandar supaya dapat membantu kemudahan telah di rompak di gunakan utk berjoli

Jd gunakan akal utk kita tolak dan heret semua perompak2 wang negara ni ke Sungai Buloh