Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Kerajaan lanjutkan PKPB sehingga 9 Jun, pastikan usaha perangi COVID-19 lebih berkesan

 

Makin dekat dgn tarikh 18 Mei utk sidang Parlimen, umum PKPB sbulan terus shingga 9 Jun. Sblum ni skdr umum stakat 2 minggu jer. Nmpk sangat takut dgn Parlimen, bkn takut Covid-19 pun.

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB), selama empat minggu lagi, iaitu sehingga 9 Jun, 2020.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas hari ini berkata, keputusan itu dilakukan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kerana usaha memerangi COVID-19 masih belum berjaya sepenuhnya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, dari segi pandangan umum, beliau dapati rata-rata rakyat mahukan supaya kerajaan terus mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memerangi wabak ini.

“Ini bermakna, semua peraturan dan SOP yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB pada masa ini akan kekal berkuatkuasa sehingga 9 Jun 2020.

“Sebarang perubahan mengenai peraturan, SOP atau senarai sektor yang dibenarkan beroperasi akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, beliau ingin menzahirkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua petugas barisan hadapan yang telah banyak berkorban sepanjang tempoh dua tiga bulan ini untuk memastikan semua rakyat Malaysia terselamat daripada wabak COVID 19.

Selain itu, beliau juga mengucapkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah yang sentiasa berdisiplin mematuhi arahan PKP dan PKPB sehingga memudahkan para petugas barisan hadapan menangani krisis ini.

“Hasil daripada usaha bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh para petugas barisan hadapan dan disiplin saudara-saudari sepanjang tempoh PKP dan PKPB dilaksanakan, kita telah berjaya menjadikan hampir seluruh mukim atau zon di negara kita berstatus hijau,” katanya lagi.

5 org telah di tahan SPRM

1 SKANDAL MAKMAL

1 PN ROMPAK COVID

1 CURI COVID UNTUK BOS

 

1 MCA ANTI HUDUD1 PAS TOLAK HUDUD1 PERBEZAAN PH DAN PN1 PN GADAI NEGARA.1 BODOH MELAYU

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil beberapa syarikat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mendapat kontrak secara tidak layak bagi menyediakan kelengkapan makmal yang dianggarkan bernilai RM30 juta.

Sumber SPRM berkata, ia turut termasuk sebuah syarikat pembinaan yang didakwa memperolehi projek pembinaan makmal Kementerian Kesihatan.

Menurut sumber itu, siasatan kini terarah kepada proses pelantikan kontraktor bagi setiap perolehan untuk memastikan ianya dilaksanakan tanpa rasuah, salah guna kuasa dan perlu mematuhi undang-undang serta peraturan ditetapkan.

“Tidak ada syarikat yang spesifik tetapi ada beberapa syarikat telah dipanggil untuk membantu siasatan termasuk syarikat pembinaan yang dikatakan memperoleh projek pembinaan makmal,” kata sumber itu kepada Astro AWANI pada Selasa.

 

Sebelum ini media melaporkan SPRM menyiasat sebuah syarikat yang didakwa secara tidak layak mendapat kontrak kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM30 juta.

Dalam pada itu, sumber itu turut mengesahkan tiada tangkapan dibuat ke atas mana-mana pegawai kementerian tersebut sepertimana yang didakwa sesetengah pihak.

“Berita mengenai SRPM telah membuat tangkapan ke atas mana-mana pengawai kementerian adalah tidak benar,” katanya.

Sumber itu bagaimanapun menegaskan, pembelian berbentuk darurat bukan satu syarat untuk sewenang-wenangnya melantik mana-mana kontraktor tanpa garis panduan yang ditetapkan.

“Ia mesti terdiri daripada kontraktor yang mempunyai lesen, kelayakan dan kepakaran dalam bidang tertentu.

“SPRM akan melaksanakan siasatan secara menyeluruh. Kami minta agar hentikan sebarang spekulasi. Jika ada maklumat boleh terus salurkan kepada SPRM,” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi meminta agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dakwaan terbabit.

Ini kerana, jelas beliau, sebarang bentuk spekulasi akan menganggu siasatan dan menjatuhkan imej organisasi dan individu yang ditohmah.

“Siasatan sedang dijalankan dan biarlah SPRM menjalankan tanggungjawab,” katanya.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/beberapa-syarikat-dipanggil-sprm-berhubung-kontrak-makmal-rm30-juta-241589

Setakat ini 5 org telah di tahan SPRM. Mereka adalah Pegawai Tugas-Tugas Khas 1, YBMK bernama Shukri, SUSK YBMK Sharil Abdullah (Kembar dia Shahar Abdullah- Sekrg Timb Menteri Kewangan) SUB Perolehan KKM En Wan, Timb SUB Perolehan KKM En Fauzi dan seorg kontraktor Ketua Pemuda UMNO Tg Piai En Yusri. Semua mereka ini telah kantoi dan ada transaction duit berjuta. Menteri Kesihatan Adham Baba juga terlibat dan sekrg cuba minta tolong SPRM dan PM utk gugurkan kes.

GRIT risau usaha kambinghitamkan PTD di KKM berkait isu rasuah

 

Isu yang hangat berkaitan siasatan SPRM terhadap KKM menarik perhatian seluruh Malaysia. Pelbagai spekulasi yang timbul sehingga sebuah badan pertubuhan risau dan bimbang siasatan SPRM terganggu.

Menerusi satu status yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Abu Hafiz Salleh Huddin dipetik;-

GRIT pula bimbang berlakunya cover-up?

Semoga semua siasatan SPRM yang dilakukan mampu disempurnakan tanpa gangguan tangan-tangan gelap politik.

Semoga siasatan yang dijalankan oleh SPRM dipermudahkan.

Sumber:

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=10220487333706520&set=a.1681593432839&type=3

KERAJAAN PeNipu DAPAT BUAT DUIT MUDAH KERANA WABAK CIVID 19 ?

1 SKANDAL MAKMAL

1 UMNO LANYAK AZMIN

 

AGENSI anti rasuah sedang menyiasat sebuah syarikat yang didakwa secara tidak layak mendapat kontrak kelengkapan sebuah makmal yang dianggarkan bernilai RM30 juta, kata sumber.

The Malaysian Insight juga difahamkan syarikat sama mendapat kontrak membekalkan kelengkapan sistem makmal di bawah Kementerian Kesihatan.

Sumber di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun enggan mendedahkan nama kementerian yang terlibat dalam siasatan itu.

“Saya tidak boleh dedahkan nama kementerian tetapi beberapa saksi akan dipanggil dalam masa terdekat,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Sumber memberitahu sebuah pasukan penyiasat sudah ke kementerian itu minggu lepas, dengan fokus siasatan bertumpu pada ketelusan penganugerahan kontrak tersebut.

“Siasatan kes ini masih di peringkat awal. Kes ini dimulakan sejak kami mendapat maklumat mengenai pemberian kontrak selain beberapa maklumat di media sosial yang mempersoalkan cara pemberian kontrak,” katanya.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini mengumumkan kesediaan pihaknya bekerjasama dengan agensi rasuah bagi memastikan kementeriannya bersih dan berintegriti, ketika ada desas-desus pegawai di kementeriannya disiasat oleh SPRM.

“KKM sentiasa memantau dan memastikan jati diri serta integriti warga KKM berada pada tahap yang terbaik.

“KKM akan sentiasa menyokong penuh usaha SPRM membasmi gejala rasuah serta penyelewengan.

“KKM akan terus bekerjasama dengan SPRM termasuklah dalam memastikan warga kementerian sentiasa menitikberatkan nilai integriti sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Pada 30 April lalu, peguam Wee Choo Keong meminta Kementerian Kesihatan bersikap telus berhubung kontrak perolehan yang diberikan kepada sebuah syarikat yang didakwa tidak layak, yang melibatkan usaha melawan Covid-19.

Beliau mendakwa syarikat itu adalah sebuah syarikat pemaju hartanah tetapi mendapat kontak melengkapkan makmal bagi tujuan saringan jangkitan dan kemudian untuk membekalkan PPE. – 4 Mei, 2020.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/242969?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

TIDAK MUSTAHIL SEMUA PERALATAN COVID 19 MENJADIKAN SEBAHAGIAN BESAR PEMIMPIN PENIPU PN MENJADI OKB DALAM MASA YANG SINGKAT.

RAKYAT MENDERITA COVID 19, KERAJAAN PN SONGLAP RM30 JUTA ATAS NAMA MAKMAL COVID 19 ?

1 SKANDAL MAKMAL

1 BODOH MELAYU

1 PROJEK IC ZAHID A1 VISA DAN IC PROJEK UMNOBN

1 PN PAU RAKYAT1 TOK PA

DENGAN IC, UMNNOBN JUAL IC DAPAT DUIT,

DENGAN MARA, UMNOBN DAPAT BUAT DUIT,

KINI DENGAN COVID 19, UMNOPAS DAPAT BUAT DUIT.

HEBAT KERAJAAN MELAYU/ISLAM/ASWAJA.

AGENSI anti rasuah sedang menyiasat sebuah syarikat yang didakwa secara tidak layak mendapat kontrak kelengkapan sebuah makmal yang dianggarkan bernilai RM30 juta, kata sumber.

The Malaysian Insight juga difahamkan syarikat sama mendapat kontrak membekalkan kelengkapan sistem makmal di bawah Kementerian Kesihatan.

Sumber di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun enggan mendedahkan nama kementerian yang terlibat dalam siasatan itu.

“Saya tidak boleh dedahkan nama kementerian tetapi beberapa saksi akan dipanggil dalam masa terdekat,” katanya kepada The Malaysian Insight.