Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Datuk A Kadir Jasin dedahkan Jalil Rashid dipaksa keluar PNB kerana telah mengenal pasti beberapa kes “meragukan” yang melibatkan wang PNB beratus juta.

1 TSMY BERDOA1 ERIC PAULSEN 21 BIL ELETRIK PARAH1 MUSA AMAN 991 TSMY BAPA KATAK1 TSMY 26 BILION1 ULAMAK KATAK1 HADI SYAITAN 31 HADI SYAITAN 2

Datuk A Kadir Jasin dedahkan Jalil Rashid dipaksa keluar PNB kerana telah mengenal pasti beberapa kes “meragukan” yang melibatkan wang PNB beratus juta.

Monday, June 15, 2020.

Ada Percubaan Jadikan PNB “Gravy Train”

A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Zeti dan Abdul Jalil: Jadi mangsa kerana bongkar keburukan.

KALAU orang Melayu kenal diri dan mengamalkan ciri-ciri bangsa dan agama mereka maka jadilah mereka insan yang unggul, iaitu seorang yang berbudi kerana dia Melayu dan beriman kerana dia Muslim.

Insan budiman kerana berbudi dan beriman.

Tetapi maaf cakaplah kalau saya ulang sebut bahawa sangat banyak Melayu hari ini yang palsu budi dan imannya.

Bangsa sekadar slogan politik dan agama bahan peragaan untuk dihebahkan melalui tampalan media sosial.

Walaupun semakin ramai Melayu berpendidikan tinggi tetapi ramai tidak kenal diri. Mereka menjadi hamba kepada kejahilan dan kemiskinan, feudalisme dan kebergantungan.

Akibatnya banyak usaha murni untuk membawa kebaikan kepada bangsa Melayu dan agama Islam, khususnya dan negara, amnya bukan saja menjadi sia-sia malah ditentang habis-habisan.

Cerita Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dinyahkan daripada jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas dan Abdul Jalil Rasheed daripada kerusi yang sama di Permodalan Nasional Berhad (PNB) adalah petanda kehilangan budi dan iman orang Melayu.

Orang Melayu yang diuar-uarkan sebagai sabar dan bertolak ansur sedang dihasut supaya mengamuk atas nama maruah Melayu dan pemerintahan Melayu-Islam.

Dendam Neo-Kleptokrasi

Maka ahli profesional dan eksekutif Melayu taraf dunia yang dilantik oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) – yang ada DAP di dalamnya – untuk membersihkan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada korupsi elit politik era kleptokrasi Umno-Barisan Nasional telah dan sedang dibuang secara sistematik.

Kalau kerajaan Umno-BN zaman kleptokrasi Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak korup dan hegemonik, kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin adalah semberono (reckless) dan pendendam (vengeful).

Lebih malang bagi ahli profesional Melayu, kaki pukul (hatchetman) yang dihantar untuk membelasah mereka adalah teknokrat Melayu sendiri.

Maaf cakaplah kalau saya kata bahawa dalam konteks ini, Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul Abdul Aziz, perlu menilai dirinya sendiri kerana besar kemungkinan beliau kini menjalankan peranan itu.

Ini adalah kerana sebagai Menteri Kewangan beliau mempunyai kuasa yang amat luas ke atas GLIC dan GLC. Siapa lagi kalau bukan beliau yang memecat ahli profesional Melayu dan membawa masuk ahli politik sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah?

Wan Zulkiflee ditunjukkan pintu keluar kerana mempertahankan hak Petronas daripada dijadikan pertaruhan dalam perjudian politik Muhyiddin untuk mendapat sokongan elit politik Sarawak dan mungkin juga selepas ini, Sabah.

Dua buah negeri Borneo ini adalah pengeluar utama minyak dan gas di mana peranan Petronas adalah besar.

Abdul Jalil, anak pegawai imigresen dari Raub, Pahang telah berjaya dihambat keluar daripada PNB atas alasan keraguan mengenai persekolahannya – beza di antara London School of Economics & Politics (LSE) dan University of London. Beliau meletakkan jawatan hari ini.

Isu persekolahan beliau hanyalah alasan. Kalau pihak berkuasa pasaran modal di Singapura, Hong Kong dan United Kingdom yang lebih tinggi piawaiannya boleh memberi lesen kepada Abdul Jalil mengapakah tiba-tiba persekolahan beliau menjadi isu kepada Muhyiddin dan Zafrul serta budak-budak mereka?

Mengapa ia menjadi isu kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) sekarang apabila ia telah meluluskan permohonan beliau pada bulan September lalu?

Jumpa Najis

Jawapannya adalah Abdul Jalil dan Pengerusi baru PNB, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, telah mula menemui dan mengambil tindakan ke atas pelaburan-pelaburan PNB yang meragukan dan bermasalah.

Di sini, saya mengutuk sekeras-kerasnya usahawan Melayu yang berjaya kerana bantuan kerajaan, termasuk melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) tetapi masih bergantung kepada kerajaan dan menjadikan PNB “gravy train” mereka.

Saya kenal ramai daripada mereka. Malah saya kenal ibu bapa mereka. Saya menulis seawal tahun 1980-an tentang bagaimana ibu bapa mereka mendapat kontrak dan konsesi di bawah DEB.

Sehingga ini, saya telah berjaya mendapat maklumat mengenai dua atau tiga kes yang mungkin menjadi punca tercetusnya usaha untuk menyingkirkan Abdul Jalil. Satu mengenai pembelian tanah dan satu lagi mengenai pelaburan dalam kegiatan minyak dan gas.

Saya akan menyebut hanya satu kes dulu kerana ia sudah pun dibincangkan secara meluas sejak 2017 lagi. Yang lain itu, tunggu dulu. Kita tengok apa pengganti Abdul Jalil akan buat.

Kes ini adalah berkaitan penjualan sebidang tanah kerajaan seluas 19.14 ekar berhampiran Istana Negara kepada Jakel Land Sdn Bhd dengan harga RM646 juta atau 22 peratus di bawah harga yang diiklankan.

Kita semua tahu bahawa Jakel adalah syarikat anak emas zaman Mohd Najib. Baru-baru ini ia menjadi berita besar apabila salah seorang adik beradiknya menuduh “orang Melayu tak pandai baca”.

Apa kena mengena Jakel dengan PNB? Jakel Land Sdn Bhd adalah perkongsian sama rata di antara Jbiz Development Sdn Bhd (mewakili Jakel) dengan Symphony Life Bhd dan PNB.

Yang menjadi masalah dan persoalan adalah mengapa hanya PNB yang mengeluarkan lebih banyak duit untuk bayar harga tanah tersebut sedangkan nisbah pegangan saham sama iaitu masing-masing 33.3 peratus. Nampak seolah-oleh peranan Jakel cuma mendapatkan kebenaran membeli tanah dan Symphony menjadi pemaju.

Saya dimaklumkan yang PNB telah memberi “pinjaman” RM225 juta kepada syarikat usaha sama itu. Keseluruhan jumlah yang ditanggung oleh PNB adalah RM250 juta manakala Symphony dan Jakel hanya mengeluarkan RM25 juta setiap satu.

Jakel mendakwa dirinya 100 peratus Bumiputera. Kepala empayar adik-beradik ini ialah Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel.

Mohamed Feroz saudagar nombor satu Jakel
Symphony pula adalah syarikat senaraian Bursa Malaysia yang dimiliki oleh Tan Sri Azman Yahya yang terkenal sebagai Pengarah Urusan Danaharta zaman krisis ekonomi Asia 1997-98.

Diura-urakan yang Ahmad Zulqarnain dari Khazanah Nasional Berhad akan mengambil tempat Abdul Jalil. Beliau pernah bekerja di bawah Azman di Symphony (dulunya Bolton Bhd) dan Danaharta.

Azman adalah salah seorang ahli lembaga Pengarah Khazanah yang dilantik oleh Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak ketika menjadi Perdana Menteri merangkap Pengerusi Khazanah.

Peralat PNB

Bagi usahawan Bumiputera yang cuba memperalatkan PNB dengan melobi Muhyiddin dan Zafrul supaya memecat Abdul Jalil atau bertindak dengan cara yang menguntungkan mereka, saya kata “sialan kamu”.

Tidak cukup lagikah apa yang kamu dan ibu bapa kamu dapat daripada kerajaan sehingga mahu memperkudakan PNB?

PNB adalah instrumen DEB yang bertujuan memberi peluang kepada Bumiputera miskin memiliki sebahagian kecil kekayaan negara. Itu pun mereka hendak “pelekoh” juga?

Kesimpulannya, kalau inilah cara kerajaan Melayu-Islam PN mempolitikkan GLIC dan GLC, kesudahannya hanya profesional dan eksekutif yang tidak berjiwa rakyat dan “mediocre” saja akan bersedia bekerja dengannya.

Dewan Bahasa mentakrifkan “mediocre” sebagai “tidak berapa baik”.

Cuma satu saja. Kita bernasib kerana keadaan tidak seperti dahulu lagi. Kerajaan dan pesekongkolnya tidak selamat lagi bersembunyi di belakang tembok kuasa, undang-undang dan kerahsiaan.

Media sosial telah memberikan rakyat jelata kuasa untuk memperkasakan mahkamah pendapat umum – the court of public opinion – untuk melawan kerajaan kleptokrasi baru ini.

Namun saya masih ada sedikit keyakinan bahawa masih ada sebilangan kecil melayu profesional yang tidak sanggup menjadi tali barut kepada pencuri dan penyangak kerana di sanubadi mereka tersemat nilai murni untuk melakukan kebaikan kepada negara dan rakyat jelata.

Wallahuaklam. Terima Kasih.

PETRONAS BAKAL MENEMUI KEHANCURAN BERSAMA KERAJAAN PINTU BELAKANG (PN)

No photo description available.

1 PENJENAYAH BEBAS DI MALAYSIA1 PN BEBASKAN PEROMPAK NEGARA

Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Berhad (Petronas)  Insan yang telah memajukan Petronas.

1 HUTANG 1MDB

1 CEO PETRONAS

UPAHAN KERAJAAN PINTU BELAKANG (PN) YANG BAKAL MERUNTUHKAN PETRONAS

1 TSMY RM 295 BILION

 

PERIHAL PETRONAS : BILA KEBIJAKSANAAN TEKNOKRAT TEWAS JUGA DI TANGAN POLITICAL MASTERS
Oleh Jim Kari Ventura
Desas desus mengenai perletakan jawatan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Berhad (Petronas) semakin kuat. Beberapa agensi dan outlet berita tempatan dan asing seperti Bernama, The Edge, The Star, Astro Awani, Reuters dan Bloomberg sudah mula pick up story ni.
Kenyataan rasmi dari pihak PR Petronas kepada pihak media ialah Petronas tidak memberi sebarang komen tentang khabar angin atau spekulasi pasaran dan mereka akan membuat pengumumun (sekiranya ada) kelak. Itu ialah bahasa standard orang-orang PR. Biasa lah tu.
Apapun, pokok tak akan bergoyang kalau takde angin. (Ini bukan angin lagi dah, macam ribut dah)
Tan Sri Wan Zul ialah career man di Petronas, dah telah berkhidmat selama 37 tahun di syarikat minyak dan gas kebangsaan yang kita amat saya sayangi dan banggakan. Beliau memang seorang professional industri minyak dan gas yang memiliki segala kelayakan dari segi akademik dan pengalaman untuk menerajui salah satu syarikat minyak dan gas yang amat disegani di persada dunia.
The only Malaysian company in the Fortune 500 list dan setaraf dengan pemain-pemain industri minyak dan gas global seperti ExxonMobil, Shell, Chevron, Total, Saudi Aramco, BP dan CNPC.
Sebelum menjadi CEO, beliau pernah memegang beberapa jawatan penting di Petronas seperti CEO Petronas Gas Berhad, Naib Presiden Urusniaga Gas, Naib Presiden Urusniaga Gas dan Janakuasa dan masa zaman muda beliau, merupakan Pengurus Projek yang membina Loji Pemprosesan Gas di Kertih dan Paka di Terengganu.
So, apa sudah jadi? Admin rasa jawapannya sudah nyata. Tak lain dan tak bukan campurtangan politik dalam tadbir urus syarikat.
Maklumlah, Petronas ni syarikat yang kaya raya, keuntungan berbilion dolar Amerika. Petronas ni ibarat gadis cantik yang pandai dan kaya pulak tu – ramai lah jejaka yang teringin nak menawannya (tak tau lah nak tawan apa). Menggunakan analogi tersebut, Petronas ni memang dah lama dan sering menjadi sasaran kerakusan orang-orang politik untuk agenda masing-masing. Cuma sebelum ni, mungkin ketegasan Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu bejaya membendung “political infiltration” ini daripada berleluasa. Untuk makluman sahabat semua, Petronas terletak di bawah direct reporting kepada YAB Perdana Menteri Malaysia. Ini bermakna, CEO Petronas punya boss ialah PM. CEO Petronas ni sebenarnya de facto oil minister di Malaysia (lebih kurang la, nanti takut ada penyokong ahli politik tertentu marah pulak).
Tan Sri Wan Zul mungkin dah fed up dengan campurtangan tidak munasabah dari tuan-tuan politiknya (political masters). Kita jangan lupa, kejayaan Petronas selama ini sejak ia ditubuhkan ialah kerana ia diberikan autonomi untuk beroperasi sebagai syarikat perniagaan sepenuhnya (full-fledged business entity). Ya betul, sekali sekala mungkin jugak lah ada elemen-elemen politik yang cucuk jarum, tapi masih under control. Tapi nampaknya sejak kebelakangan ni, dah out of control. Admin kata out of control sebab contohnya, Petronas didakwa telah ditekan dan dipaksa untuk menyerahkan hak-hak eksklusif carigali dan pembangunan hasil-hasil minyak dan gas di Sarawak dan juga coming soon Sabah.
Of course lah Tan Sri Wan Zul bengang sebab Petronas ketika ditubuhkan pada tahun 1974 (melalui Akta Pembangunan Petroliam 1974 – akta Parlimen ya bang) diberikan hak milik eksklusif yang mutlak untuk aktiviti-aktiviti carigali dan pembangunan hasil-hasil hydrokarbon di seluruh pelusuk negara. Ini untuk memastikan Malaysia dapat “nationalize” industri minyak dan gas kita dan untuk ambik semula concession-concession minyak yang dipegang oleh syarikat-syarikat minyak asing iaitu Shell dan Esso ketika itu.
Bukannya Petronas ambik hasil-hasil ni buta buta je. Petronas bayar royalti kepada kerajaan-kerajaan negeri di mana ia beroperasi untuk aktiviti-aktiviti huluan (upstream) – Terengganu, Sabah dan Sarawak. Bukannya sikit pulak tu. Berbillion-billion ringgit. Tapi memang lumrah dan adat manusia tidak pernah puas. Bagi betis nak peha. Bagi peha, nak apa pulak?
Hampir sepuluh tahun yang lalu, CEO Petronas paling ikonik dan hebat, Tan Sri Hassan Marican pun “was asked to leave” gara gara campurtangan politik. Kini, Tan Sri Wan Zul pulak. Tapi sekurang-kuranya Tan Sri Wan Zul memilih untuk pergi atas dasar prinsip. Orang-orang teknokrat yang bijaksana seperti beliau tak de masa lah nak menari dengan permainan atau percaturan mengarut politik.
It will be a great loss to Petronas and the nation. Jangan sampai syarikat lain seperti Saudi Aramco atau ADNOC curi Tan Sri Wan Zul jadi ahli Lembaga Pengarah mereka. Baru padan muka…
— DEFENCE SECURITY ASIA
JOM LIKE AND SHARE….
PETRONAS menjadi mangsa kerakusan politik sesetengah pihak?
Kenapa kita nak musnahkan sebuah entiti yang telah banyak berjasa kepada kita semua, rakyat Malaysia.
Politikus oh Politikus.. C&P.