Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Dunia Islam digesa pertingkat, pupuk budaya inovasi

Dunia Islam digesa pertingkat, pupuk budaya inovasi

JAUHI BUDAYA YANG SENTIASA MENYALAHKAN BANGSA LAIN DAN AGAMA LAIN (BUDAYA JAHAT YANG DIBAWA OLEH UMNOPAS DIBUMI MALAYSIA) TETAPI BUKTIKAN ISLAM AGAMA ADALAH AGAMA TERBAIK.

KUALA LUMPUR – Negara-negara Islam perlu perkukuhkan lagi sistem pendidikan masing-masing terutama dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam usaha memupuk semangat inovasi dan menyesuaikan diri dengan dunia yang pesat berubah.

Bacaan lanjut di web rasmi YADIM

INCEIF berpandangan inovasi daripada dunia Islam amat kurang walaupun mempunyai begitu banyak sumber asli dan sumber manusia. – Foto lowyat.com

KUALA LUMPUR – Negara-negara Islam perlu perkukuhkan lagi sistem pendidikan masing-masing terutama dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam usaha memupuk semangat inovasi dan menyesuaikan diri dengan dunia yang pesat berubah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (Inceif), Profesor Datuk Dr Azmi Omar berkata, mereka memiliki potensi besar untuk menawarkan sumbangan positif kepada komuniti global.

Beliau mengambil perhatian bahawa inovasi daripada dunia Islam amat kurang walaupun mempunyai begitu banyak sumber asli dan sumber manusia.

“Kita perlu kembali kepada pendidikan di mana negara-negara Islam perlu memberi tumpuan pada inovasi, yang bermakna perkukuhkan lagi STEM dan bidang berkaitan…untuk mendorong mereka menjadi inovatif.

“Kita memiliki sumber-sumber tetapi kita tidak mampu menjadi inovatif. Sudah tiba masanya untuk bergerak ke arah budaya inovasi,” katanya menjelang Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 dijadual berlangsung mulai 18 sehingga 21 Disember.

Prof Azmi mengesyorkan agar negara-negara Islam mengenal pasti dan memanfaatkan kekuatan masing-masing dan meningkatkan kerjasama dalam kalangan mereka.

Sidang kemuncak itu akan mengupas dan mencari penyelesaian baharu dan boleh digunakan untuk menangani pelbagai masalah yang melanda dunia Islam, dan menyumbang ke arah menambah baik keadaan di negara Islam dan umat Islam.

Sidang kemuncak itu yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga akan menumpukan untuk membina semula peradaban Islam. – Bernama

http://www.yadim.com.my/v2/dunia-islam-digesa-pertingkat-pupuk-budaya-inovasi/?fbclid=IwAR1tAYAvpU3tNM6ikQFrkE-o96lJzxbRlsRoutWQu_q30gWg8sZK0FpVJVc

1 ULAR PAS

AGAMA ISLAM ROSAK DI BUMI MALAYSIA KERANA PERBUATAN KEJI UMNOPAS.

PERDANA MENTERI MAHU YADIM MAIN PERANAN UTAMA LAHIRKAN PENDAKWAH

No photo description available.

BERITA YADIM TV SIRI 33 / 2019 (13 Disember 2019)

Penyampai Berita : Hadijah Musanip
.
ANTARA PAPARAN MENARIK MINGGU INI:

✅ PERDANA MENTERI MAHU YADIM MAIN PERANAN UTAMA LAHIRKAN PENDAKWAH

✅ TABUNG WAKAF PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN PELAJAR

✅303 PELAJAR PADANG BESAR TERIMA SUMBANGAN YADIM

✅JABATAN PENJARA MALAYSIA BERI PENGHARGAAN KEPADA YADIM KEDAH

✅KUNJUNGAN HIMSAK KE YADIM BUKA RUANG KERJASAMA DAKWAH

✅YADIM BERJAYA KEKAL KETIDAKPATUHAN SIFAR 2 TAHUN BERTURUT-TURUT

📌 Berita YADIM TV akan bersiaran pada setiap hari Jumaat jam 9.00 pagi.

(Jom LIKE & FOLLOW Page @Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Yadim)

#yadimMy #dakwah #sayangiYadim #sayangiMalaysiaku
#yadimdihatiku #rahmatanlilalamin #fastabiqulkhoirot #solidaritikedamaian #unitmediadanpenyiaran #YADIMTV #MALAYSIARAHMAH

https://web.facebook.com/480621232017153/posts/2700740103338577/?_rdc=1&_rdr

 

PENCARIAN GURU TAHFIZ BAGI PROJEK KHAS PENGAJIAN TAHFIZ DI ILDAN-YADIM TAHUN 2020

PENCARIAN GURU TAHFIZ BAGI PROJEK KHAS PENGAJIAN TAHFIZ DI ILDAN-YADIM TAHUN 2020

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam proses untuk mewujudkan sebuah institusi tahfiz Al-Quran. Dengan ini, kami mempelawa kepada para guru-guru yang berkelayakan untuk menyertai kami.

Berikut adalah beberapa maklumat berkaitan perkara di atas,

a. Warganegara Malaysia.

b. Lelaki.

c. Kelayakan minima Diploma Tahfiz Al-Quran.

d. Berpengalaman sebagai guru tahfiz satu keutamaan.

——

Di antara tugasan adalah seperti berikut:

– Membantu membangunkan modul tahfiz (modul khas YADIM)

– Mengajar Subjek-subjek Tahfiz dan lain-lain subjek Pendidikan Islam.

– Menyelia kehidupan dan pendidikan para pelajar.

—–

Maklumat Tahfiz YADIM.

– Lokasi maahad tahfiz di Hulu Langat, Selangor.

– Pengambilan kelompok pelajar pertama pada Mac 2020, seramai 30-40 orang, untuk tingkatan 1 (umur 13).

– Dimulakan dengan pelajar lelaki.

Bagaimana nak memohon..?

Sila emailkan resume kepada kami dengan segera sebelum 13 Dis. 2019 kepada: khairrul.fuad@yadim.com.my

Sekian. Terima kasih.

..

#yadimMy #dakwah #sayangiYadim #sayangiMalaysiaku
#yadimdihatiku #rahmatanlilalamin #fastabiqulkhoirot #solidaritikedamaian #unitmediadanpenyiaran #YADIMTV #MALAYSIARAHMAH
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2693860410693213&id=480621232017153

Pertemuan YDP Yadim bersama YAB Perdana Menteri

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and suit

Pertemuan YDP Yadim bersama YAB Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Perdana Menteri berharap Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dapat berperanan dalam menggerakkan usaha dakwah di setiap lapisan masyarakat terutama di kawasan pedalaman, terhadap golongan anak muda dan belia, mahasiswa serta remaja.

Demikian antara hasil pertemuan antara Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz di pejabat Perdana Menteri di sini.

Pertemuan pertama kali semenjak Nik Omar memegang amanah selaku Yang Dipertua badan dakwah ini berlangsung selama sejam dengan kedua tokoh ini bertukar pandangan dalam pelbagai perkara.

Hadir sama ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Y.Bhg Leftenan Kolonel Dato’ Dr. Samsu Adabi Haji Mamat dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Dalam pertemuan ini, Tun Dr Mahathir menyatakan pendapat beliau bahawa negara Islam pada hari ini lemah, kerana pepecahan dan cara pemahaman agama Islam itu sendiri.

Beliau menegaskan, Islam perlu difahami dan diambil dari sumber utama iaitu Al-Quran sendiri di samping mengambil hadis-hadis yang sahih sebagai rujukan.

Sementara itu, Nik Omar membawa dua perkara penting dalam pertemuan tersebut. Pertamanya jemputan YADIM kepada YAB Tun Dr Mahathir sebagai perasmi dalam acara penutup Multaqa Ulama Asia Tenggara yang akan berlangsung pada November ini.

Dalam majlis itu nanti, beliau juga turut dijemput untuk menyampaikan amanat dan menerima resolusi multaqa berkenaan.

Keduanya Nik Omar menerangkan berkaitan hala tuju YADIM ke arah pemerkasaan usaha dakwah di Malaysia dari sudut strategi dan langkah ke depan.

Perdana Menteri menyambut baik segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh YADIM.

Sebelum mengakhiri pertemuan, Nik Omar sempat menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada YAB Perdana Menteri sebagai tanda penghargaan.

YADIM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemimpin nomnor satu negara ini kerana meluangkan masa berharga beliau untuk pertemuan ini.

 

Tiga panduan utama Yadim sebarkan mesej Islam

Tiga panduan utama Yadim sebarkan mesej Islam

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Nik Omar Nik Abdul Aziz menekankan tiga teras utama sebagai panduan yang dilihat penting untuk menyebarkan mesej Islam positif kepada semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata, tiga teras utama tersebut adalah perubahan pemikiran, nasihat-menasihati dan operasi kehidupan yang perlu diterapkan.

Katanya, dalam konteks yang dibawa, orang Islam perlu merasakan bahawa agama Islam adalah satu nikmat dan bukannya bebanan kepada masyarakat Islam itu sendiri.

“Kita hari ini perlu ubah pemikiran dengan menggalas tanggungjawab untuk sebarkan Islam dan risalah dakwah supaya difahami sebaik mungkin oleh orang Islam dan dijadikan panduan. Masyarakat bertanggungjawab jelaskan islam kepada orang bukan Islam sehingga takdir mereka mendapat hidayah.

“Kedua, nasihat menasihati yang merupakan asas agama kerana kita tak sempurna dan perlu bantuan dari sudut Ilmu. Kita berusaha jadikan agensi kerajaan khususnya Yadim sebagai agensi yang terbaik untuk beri nasihat. Tetapi tanggungjawab amanah diberi adalah laksana tugasan yang sesuai dengan peraturan yang dtetapkan.

“Ketiga, operasi kehidupan dengan mengabdikan diri kepada Allah dan beribadah kepadanya dalam segenap aspek kehidupan dan ini asas yang ingin diterapkan Yadim,” katanya  pada sidang media sempena Program Fastabiqul Khairat Yadim di Masjid Tuanku Mizan hari ini..

Beliau turut menambah, pihaknya berharap dapat melahirkan Da’i muda Yadim yang dapat membantu dalam proses pembangunan Islam dan negara yang seimbang.

Turut hadir Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (Yapeim), Datuk Mohd Daud Bakar dan Ahli Lembaga Pengarah Yadim Datuk Abdul Ghani Shamsuddin dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang melancarkan buku  Fastabiqul Khairat.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/tiga-panduan-utama-yadim-sebarkan-mesej-islam/?fbclid=IwAR07At9MoQx6SC9p13exGP3aSlnqrXx14kvMdT63T8GAM6VRYVVZFjEjwts#.XLXGasDGcE4.facebook

YADIM Training Centre – YTC

Image may contain: people sitting, table and indoor

Image may contain: people sitting and indoor

 

Image may contain: text

Image may contain: text

 

Image may contain: 6 people, people smiling, crowd and outdoor

Image may contain: food

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua 😊
Dah jemu makan nasi? Nak amalkan diet sihat tapi tak tahu nak masak apa? Jom sertai kami dalam Kelas Meroti di YTC yang mudah dan resepi sihat-sihat saja! Tapi kelas ini terhad kepada 15 org sahaja setiap sesi. Yuran serendah RM100. Ilmu dapat, roti pun dapat.

Berminat?
Hubungi 013-735 9729 untuk pendaftaran segera.

 

‘ TIM CUCI CUCI YADIM’ BERSEDIA JALANKAN KHIDMAT KOMUNITI CUCI SURAU SECARA KOLABORASI

PUTRAJAYA : “Jika mahu TIM CUCI-CUCI YADIM memberikan khidmat komuniti pembersihan surau dikawasan anda, boleh menghubungi kami di YADIM untuk membuat program secara kolaborasi” ujar Tuan Shahrizal Mat Pengarah Bahagian Khidmat Komuniti Dan Masyarakat YADIM (BKKM).

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang memiliki jaringan skuad Sukarelawan Al Falah YADIM (SAF YADIM) diseluruh Malaysia, hari ini (16 Januari 2019) melancarkan Skuad Tim Cuci-Cuci ini.

Sebelum ini Tim Cuci-Cuci telah pun menjalankan lebih 10 kali khidmat pembersihan surau dengan bantuan kerjasama SAF dan penduduk kariah setempat tanpa mengira batas sempadan.

Objektif penubuhan Tim ini untuk memperluaskan dakwah dengan menerapkan nilai kepentingan kebersihan dan kesucian pusat ibadah umat Islam.

Khidmat ini diberikan secara sukarela dan secara kolaborasi supaya nilai kebertanggungjawaban bersama dapat dipupuk dalam setiap individu.

Pengurus Besar Operasi YADIM, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin memberitahu aktiviti ini adalah satu inisiatif dakwah bil hal yang dijalankan oleh YADIM dengan secara tersusun.

Aktiviti terkini, tim ini telah menjalankan khidmatnya di Surau Taman Utama PD, Port Dickson dengan kerjasama SAF Negeri Sembilan dan Jawatakuasa Surau tersebut.

Tim Cuci-Cuci ini dianggotai oleh Tuan Shahrizal Mat (Ketua), Ustaz Muzammil Musbah, Ustaz Husnaini Mongin, Ustaz Zuhaini Jelani, Ustaz Arif Adzwan Ali, Ustaz dan Ustaz Mohd Noor Faiz Rahmat.

“Bekerjasamalah dengan kami untuk terus mengimarahkan surau dengan pelbagai inisiatif yang kami susun” ulas Tuan Shahrizal Mat lagi.

Tim Cuci-Cuci ini diselaraskan oleh Bahagian Khidmat Komuniti Dan Masyarakat (BKKM) dan kepada semua yang mahu bekerjasama dengan YADIM boleh menghubungi talian 03-88703870.

#yadimMy #dakwah #sayangiYadim #sayangiMalaysiaku #rahmatanlilalamin#fastabiqullkhoirot #BKKM #timcucicuci

 

Assalamualaikum.

Ramai yang tanya macam mana nak dapatkan maklumat YTC dengan cepat. Mudah sahaja, kongsikan maklumat di bawah, insyaAllah kami emailkan maklumat yang tuan/puan perlukan.

MAKLUMAT TEMPAHAN
1. Program:
2. Tarikh:
3. Masa:
4. Bil. Peserta:
5. Bil. Urusetia:
6. Keperluan
7. Nama:
8. Alamat:
9. Email:
10. No tel:

Boleh melalui SMS/Whatsapp. Jangan lepaskan promosi berbaloi-baloi kami.

017-224 2353
010-894 3537
013-735 9729

Yadim Dibawah Kepimpinan Ulamak

25 UMNOPAS

Semakin Berilmu Tentang Allah Maka Semakin Takut Untuk Bermaksiat Kepada-Nya

 

24 UMNOPAS

 

Ayat: Fathir 35 : 28

Allah berfirman:

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hamba-hamba-Nya hanyalah Ulama’. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa Lagi Maha Pengampun” (Surah Fathir : 35 : 28)

Ibnu Kathir berkata:

أي إنما يخشاه حق خشيته العلماء العارفون به لأنه كلما كانت المعرفة للعظيم القدير العليم الموصوف بصفات الكمال المنعوت بالأسماء الحسنى كلما كانت المعرفة به أتم والعلم به أكمل كانت الخشية له أعظم وأكثر

“Iaitu, yang merasa takut kepada-Nya dengan sebenar-benar rasa takut hanyalah para Ulama’ yang memiliki pengetahuan tentang Dia. Ini adalah kerana, setiap kali bertambah pengetahuan tentang Dia Yang Maha Agong, Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui, maka semakin bertambah pula rasa takutnya. Setiap kali pengetahuan dan pemahamannya tentang Allah yang disifati dengan sifat-sifat sempurna dan diiringi dengan Nama-Nama yang baik (Asmaul Husna) lebih sempurna, maka rasa takut kepada-Nya menjadi lebih agong dan lebih sempurna pula”

(Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, Fathir : 28)

‘Ali bin Abi Thalhah berkata, menuturkan perkataan dari Ibnu ‘Abbas berkaitan dengan firman Allah diatas, beliau berkata:

الذين يعلمون أن الله على كل شيء قدير

“Iaitu mereka yang mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu”

Juga dari Ibnu ‘Abbas, beliau berkata:

العالم بالرحمن من عباده من لم يشرك شيئا وأحل حلاله وحرم حرامه وحفظ وصيته وأيقن أنه ملاقيه ومحاسب بعمله

“Syarat bagi seseorang itu dikatakan Alim tentang Allah Yang Maha Pengasih diantara hamba-hamba-Nya adalah (1) Tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun (2) Menghalalkan apa yang Dia halalkan (3) Mengharamkan apa yang Dia haramkan (4) Menjaga dan memelihara tuntutan wasiat-Nya dan (5) Meyakini bahawa Dia akan menjumpainya dan menghisab amal perbuatannya”

Sa’id bin Jubair berkata:

الخشية هي التي تحول بينك وبين معصية الله عز وجل

“Perasaan takutlah yang menjadi penghalang antara dirimu dengan perbuatan maksiat kepada Allah”

Al-Hasan al-Basri berkata:

العالم من خشي الرحمن بالغيب ورغب فيما يرغب اللهفيه وزهد فيما سخط الله فيه ثم تلا الحسن « إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

“Ulama’ adalah orang yang takut kepada Allah Yang Maha Penyayang, walaupun dia tidak melihat-Nya. Dia menyukai apa yang disukai oleh Allah, dan menahan diri dari apa yang dimurkai oleh-Nya.” Kemudian al-Hasan al-Basri membaca ayat ini:

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hamba-hamba-Nya hanyalah Ulama’. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa Lagi Maha Pengampun” (Surah Fathir : 35 : 28)

Sufyan ats-Tsauri meriwayatkan dari Ibnu Hayyan at-Taimi, dari seorang lelaki, dia berkata: “Dahulunya dikatakan bahawa Ulama’ itu terbahagi kepada tiga jenis:

  1. Orang yang alim tentang Allah dan juga alim tentang perintah-Nya, ialah orang yang takut kepada Allah dan mengetahui hudud (batasan-batasan) dan kewajipan-kewajipan.
  2. Orang yang alim tentang Allah tetapi tidak alim tentang perintah-Nya, ialah orang yang takut kepada Allah tetapi tidak mengetahui hudud (batasan-batasan) dan kewajipan.
  3. Orang yang alim tentang perintah Allah, tetapi tidak alim tentang Allah, ialah orang yang mengetahui hudud (batasan-batasan) dan kewajipan-kewajipan tetapi tidak takut kepada Allah.

(Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, Fathir : 28)

https://dalamiquran.wordpress.com/2015/05/09/semakin-berilmu-tentang-allah-maka-semakin-takut-bermaksiat-kepada-nya/