MEMORANDUM KEBIMBANGAN SITUASI SEMASA DALAM HAL EHWAL AGAMA ISLAM DI MALAYSIA

1 CAPAL NABI

Memorandum

Tarikh : 17 April 2020
Kepada : YAB Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yasin
Daripada : NGO-NGO Islam JOHOR (LAMPIRAN A)
YAB Tan Sri,

KEBIMBANGAN SITUASI SEMASA DALAM HAL EHWAL AGAMA ISLAM DI MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Di sebalik ketidak stabilan politik, ekonomi, keselamatan dan kesihatan yang melanda negara ada ketika ini, kami juga merasakan kebimbangan dari sudut pentadbiran hal ehwal agama Islam yang berlaku dalam kerajaan pimpinan YAB Tan Sri.

3. Kami daripada NGO-NGO Islam JOHOR (LAMPIRAN A) bersama beberapa pertubuhan lain memohon agar YAB Tan Sri dengan penuh bijaksana mengekang segala penularan fahaman asing yang tidak bertepatan dengan aliran Ahlus Sunnah Wal Jamaah (Asyairah-Maturidiah) dalam institusi-institusi penting kerajaan di bawah pentadbiran YAB Tan Sri.

4. Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah telah lama dianuti oleh masyarakat Islam di tanah air ini sejak awal kemasukan Islam ke Nusantara lagi. Bahkan fahaman ini telah digazetkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri di bawah bidang kuasa Raja-Raja Melayu.

5. Kami berharap YAB Tan Sri turut sama dapat berkongsi rasa kebimbangan ini agar ia tidak menjadi faktor kepada perpecahan dalam kalangan rakyat. Sesungguhnya, Tuan Guru Haji Muhammad Yassin merupakan salah seorang ulama yang berjuang mempertahankan fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah di Negeri Johor suatu ketika dahulu.

Segala keprihatinan daripada pihak YAB Tan Sri didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian,

NGO-NGO Islam JOHOR

(Rujuk : LAMPIRAN A)

Senarai NGO-NGO ISLAM JOHOR:

1. Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah Johor Bahru, Johor (ARG Johor)

2. Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (JOHOR)

3. Pertubuhan Kebajikan Guru-guru Al Qur’an Negeri Johor

4. Pertubuhan Kebajikan Jaringan Harmoni Johor Bahru (HARMONI)

5. Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Cawangan Johor

6. Persatuan Guru Agama Johor (PERSAGA)

7. Pertubuhan Kebajikan DASAR Johor

8. Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiyah Sejagat Lima Panji Malaysia (LIMA PANJI)

9. Persatuan Pendidikan Falak Syarie Negeri Johor

10. Pertubuhan Sahabat AlQuran/AlQuran DiHatiKu JDT (AQDHK JDT)

11. Pertubuhan Kebajikan Satu Hati

12. Pertubuhan Persaudaraan Warisan dan Sejarah, Johor

13. Pertubuhan Kebajikan Ruqaiyah Batu Pahat, Johor

14. Persatuan Al Khidmah Negeri Johor

15. Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah AlHusna

16. Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Bahagian Negeri Johor

17. Pertubuhan Kebajikan Islam Arah Terpuji Sahsiah (ATS MALAYSIA) Cawangan Johor
(0258-09-KDH)

18. Pertubuhan Kebajikan Erth Ul Mustafa Johor Bahru

19.Badan Kebajikan Zawiyah Johor

20. Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia
(PEKIDA-Negeri Johor)

AJARAN SESAT SUDAH BERTAPAK DI BUMI MALAYSIA.

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2020/04/16/habib-ali-termasuk-dalam-pendakwah-ajaran-sesat/?wref=tp