*PAS : HARAM UNDI KAFIR DAN DAP*
Marilah kita sama-sama perhatikan statement-statement di bawah ini, tepulanglah kepada kita untuk memuhasabah diri masing-masing ( terutamanya buat PAS dan bakal pengundi semua).
1-PAS mendakwa: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “ Sesiapa yang redha dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (kuliah Di Marang 1983)
KEMUDIANNYA..
PAS berkerjasama dan berpelukan dengan calon-calon DAP dan calon-calon bukan Islam dalam piliharaya ke-11, 12, 13.
2-PAS mendakwa: “ Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.
KEMUDIANNYA..
Dalam piliharaya ke -12 dan ke – 13 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari party PKR dan DAP. Bahkan meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.
3-PAS mendakwa: “ Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi..”
KEMUDIANNYA..
Selepas PAS dan rakan-rakan mereka menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang- kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carlberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu. PAS marahkan UMNO atau marahkan kemungkaran?
4-PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM di arahkan mengawal virus JE:” Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga babi”
KEMUDIANNYA
Kerajaan Selangor yang di sertai PAS cuba mengendalikan urusan babi bahkan mencanggihkan ladang babi, tak pula PAS kata kerajaan mereka ‘ kerajaan babi’.
5-PAS mendakwa: Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.
KEMUDIANNYA..
Bila Tun Mahathir kritik Pak lah, PAS puji Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “ Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan Negara, Malaysia memerlukan orang seperti Mahathir bukan Pak Lah”.
6-Ketika Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata:” Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”
KEMUDIANNYA..
Bila Anwar kena pecat, PAS kata” “ UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti –Islam”.
7- Ketika Anwar di tuduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “ Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu di tuduh berkhalwat dan semasa video stopa diedarkan
KEMUDIANNYA..
Bila Pas ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan pelbagai lagi tuduhan, PAS kata: “ Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”
8- PAS mendakwa:” Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”
KEMUDIANNYA..
PAS kedah yang baru memerintah kata:” Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.
9-Pas mendakwa: “ Bersekongkol dengan parti politik yang tidak berpegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.
KEMUDIANNYA..
PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.
10-PAS mendakwa: “ Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “ Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.
KEMUDIANNYA..
PAS kedah mendakwa: “ Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah”( Azizan Razak)
11-PAS mendakwa: “ UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.
KEMUDIANNYA..
PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.
12-PAS mendakwa: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabr seperti Astora Jabat, SIS dan lain lain.
KEMUDIANNYA..
Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.
13. Amanat Haji Hadi: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.
KEMUDIANNYA..
PAS perintah Kelantan dan 27 tahun, Terengganu 4 tahun, Perak , Kedah dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?
14-PAS mendakwa: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit Negara
KEMUDIANNYA..
PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri ko-hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?
15-PAS mendakwa: “ Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”
KEMUDIANNYA..
PAS berkerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “ Kami menentang Negara Islam (kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “ Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.
16-PAS Mendakwa: “ UMNO tak layak mengaku nak Isalam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”
KEMUDIANNYA..
PAS sekarang berkempen meng-war-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang di sanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Apakah Iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Andul Aziz.
17-PAS Mendakwa:’UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”
KEMUDIANNYA..
PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah
18-PAS Mendakwa:” Tidak boleh wujudkan Jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan Jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam”( Ketua Dewan Ulama Pas, Harun Taib).
KEMUDIANNYA..
PAS meredai kewujudan parti-parti lain sperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kenapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?
19-Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.
KEMUDIANNYA..
PAS mengutuk mereka semua dan mentohmahkan dengan pelbagai tohmahan. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih lebihan. Meraka memang asal dari UMNO. Adakah PAS lupa? Adakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?
20-PAS mendakwa: Tidak boleh berpakat, atau cederung hati dengan orang kafir yang menentang Islam.Itu boleh batal Islam.
KEMUDIANNYA..
PAS berbaik-baik dengan HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dlam Negara ini. Bahkan PAS kata:” Kita tidak berminat menetang Hindraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)
21-PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.
KEMUDIANNYA..
PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS toong mereka supaya menang dalam PRU-12, 13.
22-PAS kata dalam dewan rakyat hasil arak boleh di ambil untuk tujuan pembangunan di Kelantan tetapi hasil judi tidak boleh digunakan untuk tujuan yang sama oleh kerajaan persukutuan.