Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Kerja baik pulih rumah sukar kerana penghuni berbogel

Bagan Serai: Usaha membaik pulih kediaman seorang wanita yang mempunyai masalah mental di Kampung Parit 3, Alor Setanggok, Semanggol, di sini, berdepan kesukaran kerana dia enggan memberi kerjasama selain sering berbogel di rumahnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gunung Semanggol, Razman Zakaria berkata, wanita berusia 40-an itu tinggal sendirian di rumah usang dan sering yang bertelanjang menyebabkan kontraktor yang dilantik bagi membuat kerja baik pulih rumah berdepan kesukaran.

Beliau berkata, bantuan baik pulih rumah di bawah Baitulmal sudah diluluskan dan sepatutnya kediaman itu siap sepenuhnya dibaik pulih beberapa hari lalu.

“Memandangkan keadaan wanita itu yang sering telanjang dan tidak mahu keluar dari rumah menyebabkan kerja membaik pulih terbantut.

“Tindakan memujuk dan membawa wanita itu keluar untuk sementara waktu juga gagal biarpun pelbagai usaha dibuat penduduk sekitar,” katanya ketika ditemui media dalam program ziarah di Parit 3, Tebuk Matau, Semanggol, di sini, hari ini.

Hadir sama, Jawatankuasa Pengurusan Komuniti dan Keselamatan (JPKK) Kampung Parit 3, Tebuk Matau, Mohamad Sharif Wagiman.

Sehubungan itu, Razman meminta pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membantu memujuk dan menempatkan wanita itu di mana-mana rumah kebajikan buat sementara waktu sementara menunggu kediamannya dibaik pulih.

Sementara itu, Mohamad Sharif berkata, wanita itu tinggal sendirian di rumah namun kebajikannya seperti makan dan minum dijaga ahli keluarga terdekat.

“Wanita itu sebenarnya normal dan pernah berkerja namun selepas kematian ayahnya, dia kemurungan dan sering bersendirian,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/659094/kerja-baik-pulih-rumah-sukar-kerana-penghuni-berbogel

Polis reman pendakwah terkenal di Kelantan Serambi Mekah, susulan terima laporan kes cabul

Polis Kelantan mereman seorang pengetua madrasah di Machang, susulan menerima dua laporan kes cabul yang mengaitkan pendakwah terkenal negeri itu.

Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat berkata, laporan berkenaan diterima di Balai Polis Kuang, di Selangor dan Balai Polis Bayan Lepas, di Pulau Pinang.

Jelasnya, hasil siasatan mendapati kedua-dua pengadu merupakan bekas pelajar lelaki yang menuntut di madrasah berkenaan apabila mereka dicabul dalam kejadian berasingan pada 2018.

“Keterangan daripada mangsa pertama berlaku pada Mei 2018, kira-kira 1 pagi di rumah suspek” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Berdasarkan keterangan daripada mangsa kedua pula, kejadian berlaku pada Nov 2018, kira-kira 11 malam di sebuah bilik asrama madrasah di Machang,”

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Pendakwah itu direman mulai hari ini sehingga Sabtu.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/24/cabul-2-pelajar-madrasah-polis-reman-pendakwah-terkenal-di-kelantan/

Berhati-hati, moga jejak mereka tidak diikuti – USTAZ MOKHTAR SENIK

CERITA dulu-dulu, ketika mereka masih ada dalam PAS. Banyak kerja-kerja pelik yang mereka buat. Sehingga tiada beza dengan parti Sekular. 

Dalam senyap mereka ada meeting tersendiri sesama mereka. Sehingga keputusan mesyuarat bersama Presiden mereka abaikan kerana mereka ada keputusan lain sesama mereka.

PAS ibarat gerabak-gerabak buruk bagi mereka. Di mana keputusan dibuat mengikut hala tuju mereka. Semacam PAS ini milik dua tiga orang di kalangan mereka sahaja. Dalam diam mereka ada ‘Projek langgar Hadi’.

Proksi dan ejen-ejen mereka dilantik dan dipilih menduduki posisi strategik supaya dapat menarik undi perwakilan kepada mereka. Kalau perlu bayaran mereka akan bayar hanya untuk dipanggil bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kawasan yang akan menyokong mereka nanti di Muktamar.

Mereka bergerak dengan mewujudkan team yang tersendiri, yang akan bekerja melobi dan melonjakkan mereka ke kerusi yang diidamkan dalam parti. Siapa yang tidak bersama team mereka dikira musuh yang perlu disingkirkan. Maka ejen-ejen akan bekerja mencantas musuh tersebut.

Pintu-pintu dibuka kepada musuh untuk menembak Presiden atas nama keterbukaan berfikir dan meraikan perbezaan. Dengan harapan Presiden semakin tersisih dan kalau boleh terus terbunuh.

Dalam masa yang sama mereka ada perundingan dengan parti luar sehingga Presiden parti lain lebih mereka wala’ berbanding Presiden sendiri.

Strategi diatur demi kepentingan mereka. Pimpinan negeri atau kawasan yang boleh mereka pergunakan akan mereka pegang. Itulah mereka, sehingga akhirnya mereka mahu gantikan Presiden dengan ‘orang-orang mereka’ supaya PAS dapat diperkudakan oleh parti luar. Tidak lain dan tidak bukan bertujuan mencapai impian mereka.

Jangan diulangi jejak mereka, kerana kita telah menyaksikan sifat tamak, dan berkepentingan dalam perjuangan akhirnya akan membawa kepada kehinaan. Walau ahli bawahan tidak menyedarinya, walau ahli tidak sebijak mereka dan walau ahli tidak mampu bersuara. Namun Allah melihat dan mengetahui. Jika pemimpin khianat, Allah akan bersama ahli yang ikhlas dan jujur.

Belajarlah dari kisah mereka yang masih terlalu dekat dengan kita. Moga kita tidak menjadi orang yang menjejaki jalan kehinaan itu.

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 21/12/2020

’Pendakwah bebas’ cium pipi, tunjuk aksi lucah dalam bilik hotel di Kelantan – Mangsa

Seorang penceramah bebas telah ditahan oleh pihak polis selepas disyaki mencabul seorang lelaki. Lebih mengejutkan apabila mangsa mendakwa suspek telah bertindak mencium pipinya dan melakukan aksi lucah.

Menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, mangsa berusia 30 tahun yang juga merupakan ahli perniagaan itu mendakwa telah menjadi mangsa cabul seorang penceramah bebas. Bercerita lanjut mengenai insiden itu, suspek merangkap seorang guru agama dan mangsa dikatakan telah keluar makan bersama.

Tetapi lain pula yang jadinya apabila suspek didakwa mengambil kesempatan itu untuk mencabul mangsa di sebuah hotel di Kelantan. Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, kedua-dua mereka ini dipercayai baru dua hari berkenalan di sebuah pasar raya sebelum membuat keputusan untuk berjumpa.

Menurut mangsa, sebelum kejadian, suspek telah menghubunginya dan mengajak mangsa keluar minum bersama. Semasa berada di tempat kejadian, suspek didakwa bertindak mencium pipi dan melakukan perbuatan kelucahan yang melampau.

Susulan daripada insiden itu, mangsa yang tidak berpuas hati terus bergegas ke balai polis untuk membuat laporan. Difahamkan, mangsa kemudian menerima rawatan di hospital. Mangsa juga mengakui masih trauma dengan insiden tersebut.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan suspek direman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

Sumber : https://ohbulan.com/cium-pipi-buat-aksi-lucah-baru-2-hari-kenal-penceramah-bebas-disyaki-cabul-ahli-perniagaan-lelaki

PROGRAM TABAIYYUN SEKS DAN PENYUCIAN JIWA DEWAN ULAMAK PAS PAHANG GAGAL.

1 ULAMAK SEKS

Ketua Dewan Ulamerz PAS negeri Pahang dikatakan berskandal dgn isteri orang dan cubaan beliau membawa isteri org ke kondo miliknya utk upacara TIBAIYYUN gagal.

1 ULAMAK SEKS 3

1 ULAMAK SEKS 2

1 LEENA.

1 LEENA 2

TUNGGU pembongkaran seterusnya!!!!…minta kawan2 tolong share pada group PASIAL.. Walaun bodoh

Ingin bersara daripada politik? Mokhtar Senik umum bersara dari politik dan memilih untuk memiliki stesen minyak. “Saya pilih untuk berniaga kerana senang bagi saya untuk dapatkan nombor telefon muslimah menerusi buku log di kedai saya kerana penetapan SOP oleh MKN” C&P.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10223496822753312&id=1371074243