Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

PH bincang ‘Pakatan Besar’ dengan Mahathir dan Shafie

PH bincang ‘Pakatan Besar’ dengan Mahathir dan Shafie

Pakatan Harapan (PH) mengharapkan isu darurat dapat menjadi satu daya untuk membaiki hubungan yang retak dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, sekali gus membentuk “pakatan besar pembangkang” atau PH++ yang menggabungkan semua parti pembangkang.

Selain itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sedia membuka hati untuk bekerjasama dengan Dr. Mahathir dan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal.

Sinchew Daily melaporkan, mesyuarat PH pada Selasa telah berbincang mengenai pakatan besar pembangkang PH++ dan Anwar tidak menolak cadangan itu.

“Kami ada bercakap tentang pakatan besar ini dan Anwar tidak menolak. Ia boleh dibincangkan, tetapi kami perlu elak saling menyerang terlebih dahulu.

“PKR minta Dr. Mahathir dan Shafie supaya jangan asyik menyerang Anwar, manakala parti-parti PH mahu Anwar meminta anak buahnya tidak menyerang Dr. Mahathir,” kata pemimpin PH itu.

Menurutnya, PH berharap isu pengumuman darurat akan menyediakan satu kesempatan untuk membaiki hubungan parti-parti pembangkang yang retak

Difahamkan, PH telah mengadakan mesyuarat Majlis Presiden yang pertama pada 2021.

Mesyuarat itu asalnya diadakan lebih awal iaitu pada tahun lalu tetapi ditundakan, dikatakan kerana Anwar “tidak syok” dengan satu kenyataan daripada DAP dan Amanah yang dipimpin Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

Menurut Sinchew Daily, walaupun pakatan besar pembangkang dibentuk, Anwar akan kekal sebagai Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang.

Mesyuarat PH juga tidak memberi terlalu banyak masa untuk membincang perkara mengenai pakatan pembangkang, tetapi memfokus kepada isu darurat. –MalaysiaGazette

https://gemilangdaily.com/ph-bincang-pakatan-besar-dengan-mahathir-dan-shafie/

Mahathir Akan Dikecam, Walaupun Telah Mati.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tidak peduli dengan warisan yang akan ditinggalkannya, menyatakan beliau tetap akan dikritik apabila sudah tiada.

Bercakap kepada Radio BFM ketika program Breakfast Grille, Mahathir mengakui rasuah berlaku semasa tempoh pentadbirannya yang pertama sebagai perdana menteri, tetapi beliau menegaskan ia tidak berleluasa.

“Ya, rasuah berlaku, tetapi tidaklah sampai perdana menteri (sendiri) yang korup,” katanya.

Jawab beliau apabila ditanya sama ada beliau mencuri wang: “Saya tidak mencuri satu sen pun. Bahkan saya memulangkan wang. Ketika saya menjadi perdana menteri, saya bertegas memotong gaji Kabinet sebanyak 10%.

“Saya tidak peduli dengan warisan saya. Saya cukup yakin apabila saya mati, orang (tetap) akan mengecam saya. Ia tidak penting, saya dah mati pun (ketika itu).”

Mengenai sokongannya terhadap usaha Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri, Mahathir berkata, beliau tiada tentangan terhadap presiden PKR itu tetapi menegaskan Anwar perlu mendapatkan sokongan majoriti di Parlimen untuk menerajui jawatan utama tersebut.

“Buat masa ini, hanya Parlimen yang dapat membuat keputusan. Sekalipun Agong melantik perdana menteri, (keputusan itu) akan melalui Parlimen dan jika Parlimen menolaknya, dia tidak akan menjadi perdana menteri.

“(Ini) kerana seseorang tidak boleh membentuk kerajaan tanpa majoriti. Setiap kali anda ingin meluluskan undang-undang, ia akan ditolak oleh majoriti. Kerajaan minoriti tidak mungkin wujud,” kata beliau.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, kemungkinan besar baik Perikatan Nasional (PN) mahupun Pakatan Harapan (PH) tidak boleh memperoleh majoriti pada pilihan raya akan datang. Di sinilah, “puak” Ahli Parlimen beliau akan muncul.

“Parti utama harus bekerjasama dengan kami untuk membentuk kerajaan, dan saya tidak akan bekerjasama dengan mereka yang didakwa di mahkamah atas tuduhan jenayah, sama ada mereka didapati bersalah atau tidak,” kata beliau.

Beliau turut “menyerang’ Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, dengan mengatakan Muhyiddin tidak melakukan banyak perkara dalam mentadbir negara kerana ekonomi dan rakyat sedang menderita.

Menggambarkan Muhyiddin sebagai “diktator”, Mahathir berkata, darurat memberi perdana menteri kuasa besar ketika beliau gagal menunjukkan kemampuannya menangani masalah negara.

Sumber:https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/15/saya-tak-peduli-dengan-warisan-akan-saya-tinggalkan-kata-dr-m/

Dr Mahathir, Matthias perlu jawab pendedahan Shafee

Demi kuasa maka atuk mahathir dan najib berkerjasama utk penjarakan Anwar sekarang yg pecahkan rahsia puak mereka

Dr Mahathir, Matthias perlu jawab pendedahan Shafee
By Wartawan MalaysiaGazette – 11 September 2018
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Pendedahan Tan Sri Muhamamd Shafee Abddullah yang mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak beliau menjadi Pendakwa Raya Khas bagi perbicaraan liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan Perdana Menteri itu pernah mencampuri urusan negara semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Malah, Dr Mahathir juga didakwa menggunakan ugutan dan mengutamakan agenda peribadinya.

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pendedahan peguam tersohor itu pasti digeruni kerana ia membongkar keburukan Dr Mahathir.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu berkata, mana mungkin Shafee membuat kenyataan mengejutkan itu tanpa asas apatah lagi jika bertujuan fitnah memandangkan beliau seorang peguam yang boleh dipercayai.

“Shafee mendedahkan Najib keberatan dengan permintaan Dr Mahathir itu yang boleh menyinggung perasaan Tan Sri Ghani Patail.

“Berkemungkinan Dr Mahathir juga telah memanggil Ghani sehingga akhirnya perlantikan Shafie sebagai Pendakwa Raya Khas kes Sodomi II melalui kaedah “fiat” dipenuhi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Puad, jalan ceritanya hampir sama apabila Dr Mahathir mengadakan perjumpaan tertutup dengan UMNO Johor di Hotel Pullman Putrajaya.

Dalam pertemuan itu, dakwanya, Dr Mahathir memaklumkan beliau telah berjumpa dengan Najib dan Najib bersetuju membina semula jambatan bengkok dengan syarat UMNO Johor juga bersetuju.

Menurut Puad lagi, bagaimanapun UMNO Johor tidak bersetuju dan ia menjadi satu sebab Dr Mahathir marah dengan Najib.

Lebih mengejutkan, Matthias memaklumkan Dr Mahathir ada enam tuntutan terhadap Najib dan jika ia tidak dipenuhi, Dr Mahathir akan menentang Najib habis-habisan.

Katanya, kenyataan Shafee tempoh hari itu turut mendedahkan bahawa Dr Mahathir telah ‘tikam belakang’ Anwar.

Beliau bimbang Anwar menang kes liwat dua dan mahu Anwar dipenjarakan.

“Sekarang dia terpaksa membebaskan Anwar, sebab itu mana mungkin Anwar akan menjadi Perdana Menteri ke-8,” katanya.

Puad mahu Dr Mahathir dan Matthias Chang perlu tampil membuat penjelasan kerana kenyataan Shafee itu melibatkan pendedahan serius dan mencabar kredibiliti termasuk konspirasi memfailkan saman di Pejabat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Katanya, rakyat, Majlis Peguam, UMNO, Pas, badan-badan kerajaan (NGO) termasuk NGO guaman perlu membuat laporan polis.

Polis juga, kata Puad, mesti secara professional membuat siasatan penuh. – MalaysiaGazette

17 KEJAHATAN MAHATHIR YANG MENYEBABKAN PH HANCUR.

JIKA TIDAK KERANA MAHATHIR

1. Jika tidak kerana Mahathir lead PH kepada kemenangan, sampai bila2 kita anggap janji manis mereka satu yang realistik.

2. Jika tidak kerana Mahathir melantik Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan, selagi itu ramai ingat dialah pakar ekonomi terbaik dunia.

3. Jika tidak kerana Mahathir acah anti Sultan, kita tak akan nampak betapa beraninya mereka menyanggah perlembagaan dan sistem Raja berperlembagaan.

4. Jika tidak kerana Mahathir berjanji ingin memberi kuasa kepada Anwar Ibrahim, kita tak akan nampak betapa Anwar Ibrahim menjilat ludah sendiri.

5. Jika tidak kerana Mahathir mendiamkan liberal bersuara, kita tak akan nampak betapa mereka yang sblm ini kononnya berfakta rupanya ramai yang cetek akademik.

6. Jika tidak kerana Mahathir meletakkan paksinya di dalam PKR, kita tak akan nampak kegilaan kuasa dalam parti tersebut.

7. Jika tidak Mahathir masuk ke dalam PH dan membawa undi Melayu sekadar perlu, DAP takkan berani menendang PAS dan membantu menubuh serta memberi talian hayat kepada PAN.

8. Jika tidak Mahathir memberi banyak jawatan memberi kepada DAP, kita tak akan tahu semua kerja mereka tidaklah hebat seperti kata-kata mereka sejak 20 tahun lalu.

9. Jika tidak kerana Mahathir membuka talian hayat kepada orang UMNO ke PPBM, tidak kita nampak siapa orang UMNO yang opportunist.

10. Jika tidak kerana Mahathir membuka ruang dan peluang memperoleh kuasa, tidak akan tertubuhnya PAN dan PAS dapat membersihkan kepimpinannya yang gila kuasa.

11. Jika tidak kerana Mahathir merealisasikan kejatuhan BN, maka pemimpin BN selamanya makin tak sedar diri dan lari dari perjuangan politiknya sendiri serta pembersihan sukar dilakukan dalam skala besar.

12. Jika tidak kerana Mahathir, agenda penyatuan ummah sukar untuk berlaku.

13. Jika tidak kerana Mahathir meletakkan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan, tidaklah kita sedar akademik selebriti boleh keluar agenda kasut hitam.

14. Jika tidak kerana Mahathir membuka ruang kuasa timbalan menteri pendidikan kepada pendidikan, tidak kita dapat lihat betapa sakainya mereka bila dapat kuasa dan cauvinis tanpa selindung.

15. Jika tidak kerana Mahathir meletakkan Kulasegaran sebagai Menteri Sumber Manusia, tidak kita tahu betapa incompetent dan sakainya beliau bila mendapat kuasa.

16. Jika tidak kerana Mahathir meletakkan boss Hindraf sebagai Menteri Perpaduan, tidaklah kita dapat lihat betapa porak perandanya perpaduan kaum diwaktu ini dibawah kepimpinan mereka.

Mungkin anda benci Mahathir tetapi anda tidak boleh menolak realiti bahawa dia adalah punca kepada terbukanya hijab kepura-puraan dan kecetekan pemikiran serta kemampuan kepimpinan PH.

Mungkin anda pelik mengapa TGHH dan Tok Mat memberi sokongan kepada Mahathir to keep his throne till next PRU, ini adalah kerana hanya Mahathir yang berani rival dengan DAP, cekap bertarung dengan taktik sesumpah Anwar dan satu-satunya individu didalam PH yang mempunyai capability memerintah negara. Do u think Anwar can do so? He can’t even control his own party.

Lihat segalanya dengan mata kiri dan kanan. Insyallah dalam musibah ada rahmat. Aentiasa berdoa semoga Allah masih mengurniakan rahmat dan keberkatan kepada kita Allah juga yang menggerakkan hati Mahathir dalam melakukan segalanya. C&P.