Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Umnopas Terbakar Kerana Lim Guan Eng Menteri Kewangan

Image may contain: 1 person, smiling, text

Image may contain: 13 people, people standing and outdoor

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor

DAP PERAK LAPOR POLIS STATUS FB PAS KAWASAN BUKIT GANTANG

DAP telah membuat satu laporan polis terhadap satu hantaran Facebook oleh PAS Kawasan Bukit Gantang yang dipaparkan pada 13 September, jam 2.16 petang. (https://web.facebook.com/…/a.465129073828…/968628556812319/…).

Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh berkata, hantaran Facebook yang berserta dengan gambar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, jelas bertujuan untuk memberikan gambaran bahawa Lim Guan Eng telah membeli MYKAD dari Jabatan Pendaftaran Negeri.

“Ia juga bertujuan untuk memburuk-burukkan nama YB Lim Guan Eng, DAP dan juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mana YB Lim Guan Eng pernah menjadi Ketua Menteri dari tahun 2008 sehingga 2018.”

Wong, yang juga merupakan seorang peguam berkata, perkara ini membabitkan perbuatan fitnah yang merupakan suatu jenayah yang serius.

Laporan polis tersebut telah difailkan oleh Ketua DAPSY Negeri Perak, Steven Chaw Kam Foon.

Chaw berkata, negara baru sahaja meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-62, justeru tindakan seumpama itu amat dikesali kerana masih ada pihak yang cuba untuk memainkan isu perkauman dengan dakwaan yang berunsur fitnah.

Beliau turut memohon supaya pihak polis dapat menyiasat perkara ini.

Pada masa yang sama, Pegawai Khas Ahli Parlimen Ipoh Timor, Mohamad Norriduan berkata, agama Islam melarang sebarang fitnah dan pembohongan.

Parti pembangkang seharusnya bersikap bertamadun dan menjadi pembangkang yang berfakta, tambahnya.

 

Kerajaan dijangka teruskan proses ambil alih tol lain

BUTTERWORTH: Kerajaan dijangka mengambil alih konsesi lebuh raya lain sekiranya pengambilalihan empat lebuh raya yang diumumkan semalam berjalan lancar.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata pengambilalihan empat lebuh raya terbabit akan menjadi perintis dalam usaha membantu meringankan beban rakyat menerusi pengurangan kadar tol pada waktu tertentu.

“Ini ujian perintis. Pada waktu bukan puncak, kita akan bagi secara percuma tetapi pada waktu puncak, pengguna hanya perlu bayar caj kesesakan iaitu kadar tol sedia ada.

“Jadi, ini suatu penambahbaikan yang amat ketara berbanding dulu. Kelebihannya, apabila kita beli konsesi ini, ia akan dibiayai oleh kadar tol yang dikutip,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Semalam, Kementerian Kewangan mengumumkan akan mengambilalih empat lebuh raya utama, membabitkan nilai RM6.2 bilion sebagai langkah pertama untuk mengurangkan beban pengguna lebuh raya dan menzahirkan janji Pakatan Harapan (PH).

Empat lebuh raya itu ialah Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) pada nilai RM2.47 bilion, Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT) (RM1.984 bilion), Lebuh Raya Shah Alam Sdn Bhd (KESAS) (RM1.377 bilion) serta Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) (RM369 juta).

Struktur akhir caj selepas pengambilalihan itu akan dikaji secara terperinci dan diperhalusi sebelum ia dilaksanakan pada 1 Januari 2020, sekali gus pengguna empat lebuh raya ini akan menikmati penjimatan sehingga RM180 juta setahun.

Sementara itu, Guan Eng berkata Kementerian Kewangan akan menambah 80 alat pengimbas kontena kepada Kastam di semua laluan pintu masuk seluruh negara.

Katanya, penambahan alat pengimbas itu dijangka dapat membantu pihak Kastam mengenalpasti barangan yang tidak dibenarkan seperti plastik yang tidak boleh dikitar semula dibawa masuk ke negara ini.

“Saya terima aduan daripada Kastam, mereka sukar untuk buat pemeriksaan secara rapi 100 peratus. Kadang-kadang depan elok, tetapi di belakang ada macam-macam, itu yang jadi cabaran besar,” katanya.

Semua kutipan Tabung Harapan diguna bayar hutang 1MDB

Kerajaan akan menggunakan sepenuhnya dana yang dikumpul dalam Tabung Harapan Malaysia (THM) untuk membayar sebahagian daripada hutang 1MDB.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata apabila kutipan THM ditutup ia mengumpul lebih RM203 juta.

“Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah THM pada 24 Apr 2019 bersetuju memutuskan bahawa kesemua dana dalam tabung itu akan digunakan bagi melunaskan sebahagian hutang 1MDB yang berjumlah RM1,704.78 juta pada 2019 ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

THM ditubuhkan oleh kerajaan selepas PH menguasai Putrajaya melalui PRU ke-14 pada Mei tahun lalu.

Tabung berkenaan dibuka mulai 30 Mei 2018 bagi mengumpul sumbangan orang ramai untuk membayar beban hutang yang ditanggung daripada kerajaan terdahulu.

Pada 7 Feb lalu Kementerian Kewangan memaklumkan baki akhir THM sehingga 14 Januari ialah sebanyak RM202,716,775.10.

Kata Lim walaupun dana THM itu tidak mungkin boleh melangsaikan semua hutang 1MDB yang berjumlah RM51 bilion, kerajaan tetap menghargai sumbangan yang dihulurkan rakyat negara ini.

“THM akan kekal menjadi simbol semangat taat setia dan patriotisme rakyat Malaysia untuk melangsaikan hutang negara,” katanya.

Lim juga menambah hasil pelaburan daripada simpanan tetap yang ditadbir oleh Jabatan Akauntan Negara membawa faedah sebanyak RM575,342.31.

“Ia menjadikan jumlah terakhir akaun amanah THM adalah berjumlah RM203,292,117.41,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/476356?fbclid=IwAR2K1aDx_aFLRM88w8UNO87uo0J4aS2DXa5UA5cb1p1Gy3U2MGIOxGCISQ0

AS, Singapura akan pulangkan ‘wang 1MDB’ RM930j pada Malaysia

Pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Singapura dilapor sedang bersedia untuk memulangkan dana RM930 juta yang didakwa disalah guna dari 1MDB.

Memetik sumber, Bloomberg melaporkan kerajaan AS akan memulangkan AS$200 juta (RM828 juta), termasuk wang AS$140 hasil jualan saham Hotel Park Lane, New York dan $60 million bayaran penyelesaian oleh pengeluar filem Hollywood.

Pemindahan itu dijadual dibuat minggu depan, menurut dua pihak yang enggan identitinya mereka tidak didedahkan.

Singapura pula, lapor akhbar perniagaan itu, dijangka memulangkan kira-kira S$35 million (RM106 million) yang diserahkan oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng dan keluarganya yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Semalam, DOJ mendedahkan “penjaga” permata yang dikaitkan dengan 1MDB Evelyn Goh, yang juga ibu ahli perniagaan kontroversi Jho Low, bersetuju memulangkannya kepada pihak AS.

Low melalui peguamnya berkata pemulangan itu tidak bermaksud pihaknya mengaku melakukan kesalahan.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah merayu pelbagai negara membantu mendapatkan semula wang 1MDB yang didakwa disalah guna bernilai AS4.5 bilion.

[Baca berita asal]

https://m.malaysiakini.com/news/474715?fbclid=IwAR2IWUU8XCfqOCJ1VbSs6MGENkZ9UTK0rYXTV9N2b9XPXiRMJuxYwCTdT7w#.XMvf929iczl.facebook

https://web.facebook.com/WeAreAllJebonesta/photos/a.500642330320654/782396755478542/?type=3&theater

 

Bila lagi najib nak pulangkan wang rakyat ?

Bagaimana wang Malaysia, boleh berada di Singaopre dan Amerika ? Jika Najib tidak tahu wang masuk  akaun peribadi.

Goldman Sachs menyerahkan Kembali S$40 juta (RM120.7 juta) Kepada Kerajaan Pakatan Malaysia.

KUALA LUMPUR: Bekas eksekutif Goldman Sachs, Roger Ng dan keluarganya dilaporkan bersetuju untuk menyerahkan kira-kira S$40 juta (RM120.7 juta) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pihak berkuasa Singapura.

Memetik sumber, Bloomberg melaporkan Ng yang ditahan minggu lalu di negara ini atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat, akan memulangkan dana yang dibekukan di republik itu.

Pada September lalu, mahkamah di Singapura mengarahkan supaya sejumlah S$15.3 juta (RM46.075 juta) yang dikaitkan dengan 1MDB dan SRC International dipulangkan kepada Malaysia.

Bloomberg juga melaporkan, Ng turut mencabar perintah ekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) yang mana beliau akan berhadapan pertuduhan jenayah berhubung skandal 1MDB.

Ng dituduh tanpa kehadirannya di mahkamah AS minggu lalu, bersama rakan bekas eksekutif Goldman, Tim Leissner dan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Dalam pertuduhan berkenaan menyebut, Jho Low dan dan Ng bersubahat mengubah berbilion dolar wang yang diselewengkan daripada 1MDB dan berkonspirasi untuk melanggar Akta Pencegahan Rasuah Pegawai Asing (FCPA) dengan membayar rasuah kepada pihak berkuasa Malaysia dan Abu Dhabi.

Sebelum ini, Ng adalah kakitangan Goldman Sachs di Asia Tenggara.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/11/495957/1mdb-roger-ng-setuju-pulangkan-rm120-juta?fbclid=IwAR3Xyf1ZpamUNOyHTsDx2iFDRE0nBviQdtsMYs6gzXXZ-X-schQA69d2BDE

DOJ AS fail tuntutan rampas AS$38 juta aset berkaitan 1MDB

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dilaporkan memfailkan tuntutan baru bagi merampas aset berkaitan 1MDB bernilai AS$38 juta.

Saman itu menjadikan aset berkaitan 1MDB yang ingin dirampas jabatan itu kini mencecah AS$1.7 bilion, menurut laporan Reuters hari ini.

Menurut laporan itu, tuntutan itu difailkan di California, Amerika Syarikat, dan melibatkan hartanah mewah di London dan New York, serta ekuiti sebuah syarikat pengurusan kemudahan Kentucky yang terikat dengan tawaran bon oleh 1MDB pada 2012 dan 2013.

“Saman terbaru ini menyasarkan aset yang dikumpul oleh pegawai korup dan sekutu mereka melalui bilion dolar yang dicuri daripada rakyat Malaysia dan dicuci di seluruh dunia,” kata peguam AS Nick Hanna seperti dipetik.

DOJ dilaporkan menganggarkan sejumlah AS$4.5 bilion telah diselewengkan oleh pegawai tinggi 1MDB dan sekutu mereka antara 2009 hingga 2014, dan antara dana yang terlibat adalah yang diraih melalui pengeluaran bon bernilai AS$6.5 bilion menerusi Goldman Sachs sebagai penaja jamin dan pengatur jualan.

Pada Januari lalu, CEO Goldman Sachs David Solomon memohon maaf kepada rakyat Malaysia berhubung peranan bekas pegawai bank itu Tim Leissner dalam skandal 1MDB, bagaimanapun menegaskan pihaknya telah melakukan urusan sewajarnya (due diligence) sebelum setiap transaksi.

https://m.malaysiakini.com/news/465278?fbclid=IwAR00qb0osIQ2SOWfuJDw62HvB9d3gj8Dc_WXA-nYXbBNwgGszu7QpzSZHcw

Najib Merompak USD 10j Projek Hartanah Di Mekah Dan Madinah-Jabatan Kehakiman AS (DOJ)

Jabatan Kehakiman AS (DOJ) mendakwa Ahli Perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang kini dalam buruan menggunakan projek hartanah di Makkah dan Madinah untuk memindahkan AS$10 juta kepada ‘Malaysia Official 1’ melalui orang tengah.

‘MO1’ merupakan nama yang digunakan DOJ bagi merujuk bekas perdana menteri Najib Razak.

Pemindahan dana itu didakwa merupakan sebahagian daripad AS$20 juta yang dikatakan diberi kepada MO1 di bawah fasa Good Star.

Perincian ini pertama kali dikemukakan oleh DOJ pada 2007. Malaysiakini menyemak semula dokumen berkenaan susulan saman sivil terbaru yang difailkan DOJ berhubung 1MDB pada Jumaat lalu.

Menurut DOJ, Good Star yang merupakan syarikat di bawah kawalan Jho Low, menerima AS$700 juta pada 2009, dan AS$330 juta yang diambil dari 1MDB pada 2011.

Sejumlah AS24.5 juga dari Good Star ketika itu dipindahkan ke dalam akaun Riyadh Bank di bawah nama individu yang digelar ‘Saudi Associate 1’ dan ‘Saudi Associate 2’.

Dana AS$20 juta yang diberikan kepada M01 itu dikatakan dibahagi kepada dua pemindahan AS$10 juta yang dipindahkan beberapa hari selepas pemindahan kepada akaun di Riyadh Bank pada Feb dan Jun 2011.

“Sebagai respons kepada pertanyaan RBS Coutts, Jho Low menyatakan bahawa tujuan pemindahan dana pada Jun 2011 itu sebagai untuk pelaburan hartanah dan pembangunan di Makkah dan Madinah yang merupakan perjanjian pengurusan pelaburan dengan Saudi Associate 1,” kata DOJ.

Akaun yang digunakan oleh MO1 untuk menerima dana AS$20 juta itu merupakan akaun sama yang digunakan untuk menerima AS$681 juta yang didakwa diambil dari 1MDB pada 2013.

Najib sebelum ini menegaskan bahawa AS4681 juta yang juga bersamaan dengan RM2.6 bilion merupakan ‘derma’ dari keluarga diraja Arab Saudi.

Pada Sept tahun lalu, Najib mendedahkan surat yang menurutnya merupakan bukti derma berkenaan.

Bagaimanapun, menurut DOJ, AS$681 juta itu dipindahkan daripada Tanore Finance Corporation menggunakan syarikat palsu.

Tanore merupakan syarikan yang mana akaun dengan Falcon Bank dikawal oleh rakan Jho Low, Eric Tan Kim Loong.

DOJ berkata, emel yang dihantar dari akaun Tan kepada Falcon Bank mendakwa akaun bank MO1 merupakan milik bekas syarikat subsidiari 1MDB, SRC International.

https://www.malaysiakini.com/news/465386