قال تعالى 😦 وإذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا) فقد أمرهم الله بالطاعة كما جاء به الرسول فخالفوا اوامرة فحق هنا التدمير
Kerajaan Kelantan sekali lagi menegaskan tidak akan ada sebarang pelantikan exco baru melibatkan Adun Umno.
Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Abdullah berkata, ketika PAS dan Umno memeterai kerjasama Muafakat Nasional (MN) pada September 2019, kerajaan Kelantan ibarat “rumah yang sudah siap”.
Dia berkata, isu lantikan Adun Umno untuk jawatan Exco memang ada dibincangkan tetapi bukan senang untuk mengubah struktur kerajaan sedia ada.
“Ada orang cadang tapi saya bagitahu secara terus-terang. Ada yang bandingkan dengan Kedah dan negeri-negeri lain.
“Kita di Kelantan dan Terengganu ini umpama rumah yang sudah siap, hubungan kita dengan Umno ini berlaku selepas rumah sudah siap.
“Jadi bukan senang untuk kita ubah, rombak dan renovate rumah yang sudah siap. Silap hari bulan ia boleh runtuh. Jadi lebih baik kita tunggu sehingga pilihan raya akan datang,” katanya ketika sidang media selepas melawat Pameran Tuga Dekad Pentadbiran Kerajaan Kelantan Membangun Bersama Islam di Muzium Kelantan, Kota Bharu, hari ini.
Mohd Amar berkata demikian ketika ditanya berhubung khabar angin pelantikan Exco di kalangan Umno yang kembali berlegar.
Naib Presiden PAS itu berkata situasi Kelantan dan Terengganu berbeza dengan kerajaan negeri lain.
“Adapun di Kedah, rumah baru dibina. Sama juga di Johor, Perak dan Melaka.Tak boleh kita bandingkan dengan dua keadaan itu.
‘Tapi bukanlah kita tak ambil kira peranan dan sumbangan Umno, tapi dalam bentuk yang berbeza. Memang ada yang bagus dalam Umno, saya pun tahu, tapi bukan masanya,” katanya lagi.
Dia membangkitkan keputusan PAS untuk menolak tawaran lantikan Exco di Perlis dan Pahang kerana “tidak mahu mengusik rumah yang sudah siap”.
“Sebab itu kita tak terima tawaran exco di Perlis dan Pahang. Kita tak mahu usik struktur yang sudah ada.
“Apa-apa perubahan pun tunggulah selepas pilihan raya. Di Kelantan, Umno pun tak minta (jawatan exco) dan kita pun tak tawarkan,” katanya yang juga Adun Panchor.
MIC Kedah hari ini mendakwa kerajaan negeri Kedah yang diterajui oleh PAS sebagai mengamalkan pentadbiran pilih kasih serta tidak menghormati semangat setiakawan di kalangan gabungan komponen parti Perikatan Nasional (PN).
Pengerusinya S Ananthan berkata PAS Kedah perlu mengambil contoh kerajaan negeri Sabah yang amat berkomited dan menghormati parti-parti lain.
“Saya menghormati sikap terbuka yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri Sabah dengan memberikan peluang kepada kepimpinan PAS untuk menyertai barisan kepimpinan DUN negeri Sabah. Rata-rata pemimpin PAS di seluruh negara telah melahirkan rasa syukur ke atas pelantikan ini.
“Namun, pendirian kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS amat berbeza sekali dengan sikap kerajaan Sabah di mana tidak memberikan peluang langsung kepada parti-parti lain untuk menyertai barisan kepimpinannya,” katanya kepada Malaysiakini
Beliau berkata demikian selepas mendakwa bahawa pimpinan kerajaan negeri Kedah terus meminggirkan parti-parti lain khususnya BN.
Pada Mei lalu, kerajaan Kedah Pakatan Harapan di bawah pimpinan Mukhriz Mahathir tumbang dan diambil alih oleh PAS bersama BN, Bersatu dan dua Adun PKR yang berpaling tadah dengan menyertai PN.
Dengan kekuatan 15 kerusi di DUN, pengarah pilihanraya PAS pusat Muhammad Sanusi Md Nor dilantik sebagai menteri besar.
Sejak itu, kerajaan negeri dikritik sebagai bersikap pilih kasih dengan meminggirkan wakil-wakil BN dalam pelantikan di kerajaan negeri.
Malaysiakini telah menghubungi Sanusi untuk mendapatkan ulasannya.
Menurut Ananthan yang juga Ahli Dewan Negara bahawa PAS umpama ‘cakap tidak serupa bikin’.
“Bermula dari pelantikan ahli majlis PBT, Jawatankuasa Ketua Kampung (JKKK), Jawatan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT), pelantikan di GLC dan ketua komuniti seperti pegawai dan penasihat khas komuniti India kepada menteri besar, semuanya MIC dan BN dipinggirkan.
“Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan baru-baru ini berkata semua pihak perlu meneroka langkah mendamaikan pelbagai kumpulan yang tidak sependapat dalam Gabungan Rakyat Sabah (GBS) ketika ini.
“Ini selepas PAS diberi satu kerusi DUN di Sabah walaupun parti itu tidak pernah menang di Sabah dan tidak bertanding pada PRN Sabah. Inilah semangat yang ditunjukkan oleh parti-parti di Sabah. Tapi, bagaimana sikap PAS di Kedah? Nampaknya PAS ‘cakap tak serupa bikin’,” katanya.
Untuk rekod perlembagaan Sabah membenarkan parti kerajaan melantik enam individu sebagai Adun tanpa melalui pilihan raya.
“Adakah ini bermaksud PAS Kedah mengamalkan sikap kiasu di mana parti-parti komponen lain di bawah PN dipinggirkan?
“Saya berharap kerajaan PAS Kedah berfikiran terbuka dan berpandangan jauh seperti kerajaan Sabah dalam hal ini kerana MIC juga boleh memainkan peranannya dalam memantapkan jentera kerajaan,” katanya lagi
Sokong Anwar : Pemimpin Umno ambil sikap tunggu dan lihat selasa ini
Sumber mendakwa tiada sebarang pertemuan antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung sokongan bagi membentuk kerajaan baru.
Menurut sumber, dakwaan bahawa Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bertemu Anwar bagi membincangkan sokongan wakil rakyat Umno sekadar spekluasi.
“Tiada sebarang pertemuan, (dakwaan bertemu Anwar) itu semua tidak benar. Ia sekadar spekulasi.
“Presiden berpegang kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti bahawa tiada sebarang kerjasama dengan DAP, Anwar dan Dr Mahathir Mohamad,” dakwanya kepada Malaysiakini.
Semalam, Anwar yang juga ketua pembangkang mengesahkan bahawa dia akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa depan untuk mempersembahkan butiran bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
“Saya ingin menjunjung kasih kerana Ke bawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober, Insya-Allah.
“Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini.
“Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, susulan pengumuman Anwar mempunyai majoriti bagi mengambil kerajaan, Zahid mendakwa beliau mendapat tahu ramai wakil rakyat parti itu menyokong Anwar.
Katanya, beliau tidak dapat menghalang jika ahli parlimen Umno ingin menyokong Anwar membentuk kerajaan.
Sementara itu, seorang MT Umno yang enggan namanya dipetik ketika dihubungi berkata, tiada sebarang mesyuarat diadakan parti itu bagi membincangkan kenyataan terbaru Anwar itu.
“Tiada sebarang pertemuan ataupun mesyuarat diadakan bagi membincangkan kenyataan yang dibangkitkan Anwar itu.
“Sebelum ini pemimpin Umno yang nama mereka dikaitkan telah memberi penjelasan, jadi kita tunggu dan lihatlah Selasa ini,” katanya.
Menurut salinan draf perintah persetujuan itu, Tengku Adnan dan LHDN bersetuju meminda notis taksiran tambahan untuk tahun 2012 hingga 2017 dengan nilai keseluruhan RM40,358,336.61.
Dokumen mahkamah menyatakan pecahan pindaan taksiran tersebut sebagai:
2012: RM53,872 2012 2013: RM4,182,392.03 2014: RM6,285,357.26 2015: RM6,537,624.73 2016: RM3,524,071.10 2017: RM19,775,019.49. Dinyatakan juga penilaian tersebut berjumlah RM40.3 juta termasuk penalti yang membentuk jumlah penyelesaian cukai dituntut LHDN.
Ada Melayou Tak Tau Malu Ada Melayou Kuat Perasan Ada Melayou Kuat Meroyan Ada Melayou Barua Ada Melayou Jumut Ada melayou Tebok Atap Ada Melayou Pintu Istana Ada Melayou Kera Mengambang Ada Melayou Hudhud Ada Melayou Kepala Lutut Ada Melayou Tongkat Musa Ramai Melayou yg tak cukup Melayu Dan ada yg perasan dia melayu. C&P.
Tuan Rudy Awah (Pitas) ( Pembantu Menteri Belia, Wanita dan Sukan )
Jika senarai d atas adalah sahih, maka dah penuh kuota jwtn menteri. Mmg melopong terus PAS. 1 lagi ADUN lantikan pun hampir pasti melopong juga PAS. 1 kekosongan ini dijangka kuota utk parti lokal Sbh yg juga komponen BN iaitu PBRS.
Ketua Bersatu Sabah, Hajiji Noor hari ini mengumumkan Perikatan Nasional (PN) akan bertanding di 29 DUN pada pilihan raya negeri.
Gabungan itu akan diwakili PPBM, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), dan Parti Maju Sabah (SAPP).
Walaubagaimanapun, Pas dilihat kena ‘game’ apabila tidak disebut bertanding di mana-mana kerusi sedangkan Pas adalah sekutu rapat dalam Perikatan Nasional.
Hajiji memaklumkan pertembungan PN akan bertanding di 3 kerusi yang mungkin menyaksikan ia bertembung dengan parti rakan, iaitu Umno di di DUN Paginatan dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di DUN Tulid dan DUN Sook.
Diminta memberikan pecahan kerusi antara komponen PN, Hajiji menjawab: “Kita tidak bercakap soal parti apa di sini, kita hanya bercakap mengenai Perikatan Nasional.”
Turut hadir pada sidang media di pejabat PPBM Sabah adalah Presiden STAR, Jeffrey Kitingan, dan Presiden SAPP, Yong Teck Lee.
Ditanya mengenai pertindihan dengan Umno dan PBRS, Hajiji berkata beliau belum mengesahkan perkara itu.
“Saya belum dapat menjawab persoalan ini…sebelum ini kami telah bincang dengan mereka,” katanya, menegaskan sidang media hari ini hanya untuk mengumumkan calon PN.
Hajiji memaklumkan 60% daripada calon PN muka baharu.