KPI Gerakan/Parti Politik Islam

1 BIAWAK PAS1 RAJA TIPU AAA1 JEMAAH MUNAFIK 51 HUDUD DALAM MUZIUM1 HUDUD DALAM MUZIUM 11 ZAHID BAYAR GENG STAR

KPI Gerakan/Parti Politik Islam

Tiada undang-undang atau sistem hidup yang lebih sempurna untuk mengatur kehidupan manusia melainkan sistem Islam. Sistem Islam yang diturunkan oleh Allah SWT lengkap dalam semua aspek samada dari segi pemerintahan, ekonomi, hubungan luar dan dalam negeri, pendidikan, pergaulan dan sebagainya. Sudah terlalu banyak wacana ilmu dan kajian yang telah dilakukan bagi membuktikan hal tersebut.  Dan tentu sekali tiada pihak yang dapat diharapkan untuk melakukan usaha bagi merealisasikan penerapan sistem Islam yang diturunkan oleh Allah SWT melainkan gerakan/parti politik Islam.

Namun persoalannya ialah sejauh manakah gerakan/parti politik Islam yang ada di Malaysia ketika ini telah berjaya menjalankan tanggungjawab bagi merealisasikan hal tersebut? Bagi menjawab persoalan ini, maka perlu ada satu Key Performance Indicators  (KPI) yang khusus untuk dijadikan kayu ukur agar penilaian dapat dilakukan dengan betul. Tanpa adanya KPI, sudah tentu penilaian tidak akan dapat dilakukan dengan betul, bahkan boleh menghasilkan penilaian yang bertaraf syok sendiri kerana tidak mempunyai kayu ukur yang jelas dan tepat. Kesannya akan menyebabkan gerakan/parti politik Islam berada dalam keadaan yang tidak mempunyai halatuju yang jelas.

Oleh itu, penilaian dengan menggunakan KPI yang khusus sangat penting untuk memastikan agar gerakan/parti politik Islam sentiasa berada pada halatuju yang selari dengan matlamat perjuangannya. Selain itu, KPI juga dapat berperanan sebagai alert system agar gerakan/parti politik Islam sentiasa alert dengan kondisi semasanya. Umpama fungsi instrument panel/indikasi di dashboard dalam sebuah sebuah kenderaan. Instrument panel kenderaan akan memberikan isyarat tertentu apabila temperature naik, pintu tidak tertutup rapat, minyak tinggal sedikit dan sebagainya. Dengan adanya isyarat tersebut, maka pemandu kenderaan tahu apa yang perlu dilakukan apabila isyarat tertentu diberikan. Bayangkan jika tiada isyarat sedemikian, sudah tentu pemandu akan memandu dalam keadaan syok sendiri tanpa mengetahui situasi sebenar yang sedang berlaku kepada kenderaannya. Begitulah pentingnya KPI agar dapat berperanan sebagai instrument panel dalam sebuah gerakan/parti politik Islam.

Antara KPI yang perlu dinilai ialah, pertama sejauh mana idealisme perjuangan gerakan/parti Islam memberikan kesan kepada umat/masyarakat. Hal ini dapat dinilai berdasarkan sejauh mana gerakan/parti Islam dapat mempengaruhi serta membimbing pemikiran dan perasaan masyarakat terhadap setiap isu penting yang sedang berlaku di dalam negara mahupun isu yang sedang di peringkat antarabangsa. Gerakan/parti Islam yang berjaya ialah gerakan/parti politik Islam  yang dapat mempengaruhi serta membimbing pemikiran dan perasaan umat terhadap isu yang timbul berdasarkan idealisme perjuangannya.

Oleh itu, prasyarat yang utama untuk mencapai KPI tersebut ialah gerakan/parti Islam mestilah memberikan respon berdasarkan kapasiti sebuah gerakan/parti Islam terhadap setiap isu penting yang sedang dibincangkan oleh umat/masyarakat dengan melontarkan pandangan dan hujah berdasarkan idealisme yang diperjuangkan.

Kedua, keupayaan kepimpinan gerakan/parti Islam untuk melaksanakan segala sistem-sistem hidup sama ada dari segi pemerintahan, ekonomi, hubungan luar dan dalam negeri, pendidikan, pergaulan dan sebagainya. Dengan kata lain, kepimpinan gerakan/parti Islam bukan setakat memahami dengan jelas sistem yang akan diterapkan tetapi juga berkeupayaan untuk menerajui pelaksanaan sistem tersebut. Oleh itu, pembinaan untuk melahirkan kepimpinan yang bertaraf nasional mesti berlaku dengan serius dan subur dalam gerakan/parti Islam.

Tanpa adanya pembinaan sedemikian, bagaimana mungkin gerakan/parti Islam dapat berhadapan dengan percaturan dan perang pemikiran yang dilakukan oleh pihak lawan. Selain itu, kewujudan barisan kepimpinan gerakan/parti Islam yang bertaraf nasional sudah tentu akan dapat membantu menanamkan keyakinan kepada umat/masyarakat terhadap idealisme yang diperjuangkan.

Ketiga, keupayaan untuk menggerakkan umat/masyarakat secara massa untuk menjayakan agenda yang diperjuangkan. KPI ini sangat bergantung kepada prestasi pada KPI pertama dan kedua. Tanpa prestasi yang baik pada KPI pertama dan kedua, tidak mungkin KPI ini akan dapat dipenuhi. Dapat menggerakkan umat secara massa berdasarkan idealisme yang diperjuangkan merupakan satu kekuatan yang sangat besar bagi gerakan/parti politik Islam untuk mencapai matlamat yang diperjuangkan. Gerakan/parti politik Islam harus melakukan gerak kerja yang betul serta dipandu dengan ideologi Islam untuk memenuhi KPI ini.

Semoga dengan adanya KPI dalam gerak kerja gerakan/parti politik Islam akan dapat menjadikan gerakan/parti politik Islam yang ada di Malaysia bergerak dan berkembang dengan halatuju yang jelas ke arah matlamat yang diperjuangkan.

http://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2014/11/kpi-gerakanparti-politik-islam.html