DUTA China ke Malaysia, Bai Tian pada hari Khamis dilapor memberi petunjuk kemungkinan negara itu akan meningkatkan pembelian minyak sawit dan produk-produk berkaitan kelapa sawit dari Malaysia tidak lama lagi.
Duta itu dilapor berkata, negara China, pengimport terbesar kelapa sawit dan produk-produk berkaitan kelapa sawit Malaysia sangat berminat untuk meningkatkan jumlah dagangan dengan Malaysia.
“Harap tahun ini akan menyaksikan lebih banyak pembelian kelapa sawit Malaysia dan produk-produk berkaitan oleh pembekal-pembekal negara China,”
“Tolong doakan berita baik tiba,” katanya dalam satu pertemuan meja bulat bersama media Malaysia yang diadakan di kedutaan China.
Berita baik itu dilaporkan akan tiba seawal hujung bulan ini apabila perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melawat negara China untuk menghadiri Forum Belt and Road International Corporation.
Beliau dijangka akan menyaksikan majlis tandatangan memorendum persafahaman (MoU) dalam majlis itu termasuk yang berkaitan dengan kelapa sawit.
Bai Tian mengulangi bahawa negara China tidak mengenakan sebarang had di dalam pembelian minyak sawit dan produk-produk berkaitan kelapa sawit dari Malaysia.
“Kami telah menggalakkan pembeli pembeli China untuk membeli lebih banyak kelapa sawit Malaysia dan produk berkaitan,”
“Kami fikir kelapa sawit Malaysia sangat kompetitif dan juga mempunyai kualiti yang sangat baik. Terdapat permintaan yang sangat besar terhadap kelapa sawit dan produk produk berkaitan di negara China,” katanya.
Eksport minyak kelapa sawit ke negara China meningkat sebanyak 9.3 peratus kepada 1.81 juta tan dalam bulan Januari sehingga Ogos 2018 berbanding 1.65 juta tan dieksport pada jangka masa sama dalam tahun 2017.
Dalam tahun 2017, nilai eksport sebanyak 2.87 minyak kelapa sawit dan terbitan minyak kelapa sawit ke negara Cina berjumlah RM9.42 bilion.
Sumber — https://www.milosuam.net/2019/04/negara-china-berminat-tingkatkan.html#ixzz5lUeVQYrP