Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

‘Mindef sedang bincang aset baru untuk ganti helikopter Nuri’ – Bukti PH Tidak Khianati ATM Sebagaimana UmnoBn.

Kementerian Pertahanan sedang dalam proses perbincangan untuk mengenal pasti aset baru yang akan menggantikan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditamatkan operasi.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata perbincangan itu masih di peringkat kementerian dan apabila selesai, cadangan aset baru itu akan dibentang kepada Kabinet.

“Peruntukan kami (Kementerian Pertahanan) ada dan untuk peringkat awal, mungkin (operasi libatkan helikopter) akan dibuat dalam bentuk sewaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Kerjasama Jualan Amal Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Chatime bersempena Kempen Tabung Pahlawan 2019 di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada Selasa lepas, Panglima TUDM Jen Ackbal Abdul Samad berkata operasi 12 helikopter Nuri milik TUDM ditamatkan memandangkan kos penyelenggaraannya terlalu mahal.

Menurut Ackbal, setakat ini beberapa jenis helikopter telah dikenal pasti untuk menggantikan Nuri sebagai tambahan kepada aset sedia ada.

Dalam pada itu, Mohamad berkata pembekal makanan dan minuman Chatime bersedia memberi peluang kepada veteran ATM membuka outlet di seluruh negara.

“Ini merupakan satu peluang terbaik kepada veteran dalam meneruskan kerjaya kedua selepas bersara daripada perkhidmatan ATM.

“Dana sebanyak RM20,000 juga akan disalurkan ke Tabung Pahlawan bagi setiap outlet baru yang dibuka oleh veteran ATM,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pihak Chatime turut bersetuju menyumbang sebanyak 30 sen ke dalam Tabung Pahlawan bagi setiap cawan Chatime yang dijual di 39 outlet di seluruh negara bermula hari ini sehingga 29 Feb ini.

Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/506686?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3Z5YmZsKVNVWVmSN7wEB_Evny1T0DwURr6vWwC-0WHuRSu4WA0k-WCVX8

Kerajaan Parti Islam Pas Menzalimi Umat Islam

Image may contain: 3 people, people standing and outdoor

Image may contain: one or more people, people sitting and outdoor

Image may contain: 2 people, people sitting and outdoor

Rakyat yg dizalimi Pas Kelantan melakukan solat hajat agar kerajaan negeri tidak menebang saki baki pokok getah..
Semoga doa mereka yg dizalimi ini dimakbulkan oleh Allah Taala.

Kertas Putih Pertahanan dibentang di Parlimen November ini – Tahniah Mohamad Sabu

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu. – Foto Saifullizan Tamadi

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan akan membentangkan Kertas Putih Pertahanan negara pada persidangan Parlimen November ini.

Menterinya, Mohamad Sabu, berkata, Kertas Putih itu adalah julung kali dibentangkan selepas negara mencapai kemerdekaan.

Menurutnya, Kertas Putih itu akan mendedahkan perancangan 10 tahun kementerian, peralatan ketenteraan serta pembabitan yang boleh dilakukan rakyat negara ini dalam memperkasakan pertahanan negara.

“Kita dalam peringkat akhir untuk menyiapkan Kertas Putih ini sebelum dibentangkan di Parlimen nanti,” katanya ketika ditemu bual menerusi rancangan Malaysia Hari Ini di TV3, pagi tadi.

Sementara itu Mohamad berkata, Malaysia berada dalam darurat jika rakyat menyaksikan kehadiran dan kelibat anggota tentera di bandar setiap hari.

Katanya, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan seperti orang awam yang boleh dilihat berborak di kedai kopi sebaliknya mereka ditugaskan di lokasi tertentu untuk menjaga keamanan dan kedaulatan negara.

“Keamanan negara menyumbang kepada ekonomi negara, jika huru-hara perniagaan tidak akan dapat dijalankan dan mereka yang kaya-raya adalah disebabkan pasukan keselamatan yang menyumbang tenaga menjaga keamanan.

“Memang kita tidak akan nampak tentera berada di bandar setiap hari, jika mereka (rakyat) nampak itu, negara sudah darurat. Tentera berada di sempadan, laut serta kem dan mereka mempunyai disiplin mereka sendiri… sebab itu kita tidak nampak mereka berborak di kedai kopi,” katanya.

Mohamad berkata, beliau yakin walaupun ada pihak mempertikai kemampuan tentera, sindiran sedemikian tidak akan menjejaskan semangat anggota pasukan keselamatan.

“Meskipun Malaysia berada dalam keadaan aman selepas ancaman komunis dan konfrontasi Indonesia selesai, rakyat lupa keamanan hari ini disebabkan pengorbanan tentera yang sedang bertugas.

“Ketika ini juga kira-kira 5,000 anggota tentera darat sedang beroperasi di seluruh negara dan 5,000 lagi sedang menunggu giliran.

“Oleh demikian, saya kesal jika mereka yang beranggapan tentera kita hanya tidur sahaja. Barangkali mereka lupa, keamanan itu berpunca daripada apa. Namun saya yakin semangat mereka kekal dan apa-apa sindiran tidak akan menjejaskan perwira kita,” katanya.

Beliau berkata, kenyataan yang menganggap ATM kini tiada penugasan utama dan tidak relevan adalah tidak benar kerana kesiapsiagaan dalam semua perkara penting dalam menjaga kedaulatan negara.

“Negara jiran, Singapura mempunyai empat kali ganda pasukan pertahanan berbanding Malaysia, begitu juga negara Eropah seperti Norway, Denmark dan Finland yang mempunyai bilangan penduduk yang lebih kecil.

“Peruntukan kementerian bukan untuk berperang tetapi kesiapsiagaan dan kesediaan kita pada setiap masa. Kita masih memerlukan aset yang cukup seperti kapal besar untuk melakukan rondaan di laut, memandangkan kita adalah sebuah negara maritim untuk memerangi nelayan asing dan lanun,” katanya.

Selain itu, Mohamad menjelaskan, ATM juga perlu bersiap sedia menangani ancaman keselamatan yang digelar ‘non-traditional threats’ khususnya membabitkan alam siber yang mampu mengancam rakyat Malaysia seperti kebangkitan golongan pengganas.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/601306/kertas-putih-pertahanan-dibentang-di-parlimen-november-ini-mohamad?fbclid=IwAR2_cu9XcZrLanU1ETuJCSRMYfZAHQsA21Xvz_q8n3cysFr92wqvaBQYZUI

Isu ‘Land Swap’: Hishammuddin tiba di SPRM – Tahniah SPRM & Latheefa Koya

Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein Yang Fasih Berbahasa English hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) hari ini untuk memberi keterangan mengenai isu urus niaga ‘land swap’ membabitkan tanah-tanah milik kementerian itu. – Foto Bernama

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein tiba di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 pagi ini untuk memberi keterangan mengenai isu urus niaga ‘land swap’ membabitkan tanah-tanah milik kementerian itu.

Hishammuddin yang memakai kemeja biru tiba di bangunan itu menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) hitam bersama pegawainya.
Ketika ditanya berapa lama beliau akan memberi keterangan kepada SPRM, Hishammuddin berkata beliau tidak pasti kerana tidak tahu apakah soalan yang akan ditanya oleh suruhanjaya itu.

“Saya akan memberi kerjasama penuh tanpa rasa takut atau pilih kasih. Dari dulu lagi saya beri kerjasama sepenuhnya. Yang paling penting sekarang semangat anggota tentera kita, kepentingan mereka dan keluarga mereka. Saya pun tak ada benda nak sembunyi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Februari lepas, Kementerian Pertahanan di bawah pentadbiran kerajaan baharu, mendedahkan bahawa kerajaan rugi lebih RM500 juta bagi urus niaga ‘land swap’ membabitkan tanah milik kementerian itu yang dipercayai berlaku sejak 1997.
Menterinya, Mohamad Sabu berkata perkara itu terdedah hasil siasatan yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan Tan Sri Ambrin Buang pada 28 Jan lepas.
Dilaporkan, sebanyak 16 projek ‘land swap’ dilakukan kementerian membabitkan 1,183 hektar tanah.
Tanah di beberapa kem di Bukit Kinrara, Hutan Melintang, Bera, Segamat dan Paloh dilaporkan bernilai RM4.8 bilion manakala kos projek itu sebanyak RM4.9 bilion. – Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/33953/BERITA/Nasional/Isu-Land-Swap-Hishammuddin-tiba-di-SPRM?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Isu Land Swap Hishammuddin tiba di SPRM&utm_content=&utm_term=
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf