Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَضْطَرِبَ أَلَيَاتُ نِسَاءِ دَوْسٍ عَلَى ذِي الْخَلَصَةِ
“Tidak akan berlaku Hari Khiamat sehinggalah wanita-wanita dari Kaum Daus menari di Zu-l-Khulashah.
وَذُو الْخَلَصَةِ طَاغِيَةُ دَوْسٍ الَّتِي كَانُوا يَعْبُدُونَ فِي الْجَاهِلِيَّة
& Zu-l-Khulasah adalah thaghut Kaum Daus yang mereka sembah pada zaman jahiliyah.”
SUMBER: Sahih al-Bukhari, di dalam Kitab Fitnah-Fitnah (كتاب الفتن), di dalam Bab Berubahnya Zaman Sehingga Berhala-Berhala Disembah (باب تغيير الزمان حتى تعبد الأوثان), di dalam hadits ke-6583.
Di dalam riwayat Muslim, terdapat lafaz:
وَكَانَتْ صَنَمًا تَعْبُدُهَا دَوْسٌ فِي الْجَاهِلِيَّةِ بِتَبَالَة
“& dahulu, ia (Zu-l-Khulasah) adalah berhala yang disembah oleh Kaum Daus di Tabalah.”
SUMBER: Sahih Muslim, di dalam Kitab Fitnah-Fitnah & Tanda-Tanda Hari Qiyamat (كتاب الفتن وأشراط الساعة), di dalam Bab Tidaklah Berlaku Hari Qiyamat Sehinggalah Kaum Daus Menyembah Zu-l-Khulasah (باب لا تقوم الساعة حتى تعبد دوس ذا الخلصة ), hadits ke-5173.
Jarir bin Abdullah pernah berkata:
كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ بَيْتٌ يُقَالُ لَهُ ذُو الخلصَةِ وَكَانَ يُقَالُ لَهُ الْكَعْبَةُ الْيَمَانِيَةُ أَوْ الْكَعْبَةُ الشَّأْمِيَّة
“Dahulu, pada zaman jahiliah, ada sebuah rumah yang dinsebut sebagai Zu-l-Khulasah & ia juga dikenali sebagai Ka’bah Yaman atau Ka’bah Syam.”
SUMBER: Sahih al-Bukhari, di dalam Kitab Sifat-Sifat Mulia (كتاب المناقب), di dalam Bab Penjelasan Tentang Jarir bin ‘Abdullah Yang Diredhai Allah (باب ذكر جرير بن عبد الله البجلي رضي الله عنه ), hadits ke-3538
Sebagai tambahan, Tabalah adalah sebuah tempat yang terletak di timur Yaman, di dalam kawasan Hadramaut.
SUMBER: http://en.m.wikipedia.org/wiki/Tabalah
& kalau kita merujuk sejarah kaum Nabi Nuh a.s. iaitu kaum pertama yang menyembah berhala di atas muka bumi ini, kita akan dapati bahawa amalan penyembahan berhala berpunca daripada sikap berlebih-lebihan dalam mengagungkan orang-orang soleh sehingga didirikan binaan di atas perkuburan mereka.
Lalu, berhala ini lah yang kemudiannya dibawa ke Makkah pada zaman jahiliah & disembah semula oleh kaum jahiliah.
RUJUK: Tafsir ath-Thabari atau Tafsir Ibn Katsir bagi ayat ke-23 dari Surah Nuh
Kemudian, pada akhir zaman, sebahagian umat Islam akan kembali menyembah berhala & ia tidak terhad kepada umat Islam di Yaman semata-mata, sebagaimana yang disebutkan oleh Nabi s.a.w.:
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَلْحَقَ قَبَائِلُ مِنْ أُمَّتِي بِالْمُشْرِكِينَ وَحَتَّى يَعْبُدُوا الْأَوْثَانَ َ
“Tidak akan berlaku Hari Qiyamat sehinggalah beberapa kelompok dari umatku menyertai Kaum Musyrikin & sehinggalah mereka menyembah berhala-berhala.”
SUMBER: Jami’ at-Tirmizi, Kitab Fitnah-Fitnah Dari Penjelasan Rasulullah (كتاب الفتن عن رسول الله), Bab Tidak Akan Berlaku Qiyamat Sehinggalah Keluarnya Para Pembohong Besar (باب ما جاء لا تقوم الساعة حتى يخرج كذابون ), hadits ke-2145
STATUS: Hadits ini dinilai sebagai “Hasan Sahih” oleh al-Imam at-Tirmizi

Realitinya, budaya pemujaan kubur seperti yang pernah dilakukan oleh kaum Nabi Nuh a.s. sedang rancak dihidupkan kembali oleh Kaum Sufi dari Bani Alawiyah pimpinan Habib ‘Umar di markasnya yang berpusat di Hadramaut, Yaman.
RUJUK MANASIK PEMUJAAN KUBUR YANG DILAKUKAN OLEH PARA PENGIKUT HABIB UMAR: https://maulakhela.wordpress.com/2011/07/09/ziarah-nabi-hud-di-hadhramaut/
Lalu, para pengikut beliaulah yang bertebaran ke seluruh pelusuk dunia di bawah slogan “Malam Cinta Rasul”, di samping menyebarkan fahaman yaqazah & ‘aqidah Nur Muhammad, serta peng’imarahan kubur-kubur orang-orang soleh dengan jenama “Majlis Haul.”

RUJUK BIODATA HABIB ‘ALI ZAINAL ABIDIN AL-HAMID (Rancangan “Muhammadku” di TV3) YANG JUGA MERUPAKAN MURID KEPADA HABIB ‘UMAR: http://darulmurtadza.com/habib-ali-zaenal-abidin-al-hamid-3/
Maka, kepada Allah sajalah kita memohon perlindungan & Allah sajalah yang dapat memberi petunjuk kepada sesiapa yang benar-benar mahukan petunjuk.
Wallahu a’lam.
https://kamarhujjah.wordpress.com/2015/02/12/berhala-akan-kembali-disembah-di-hadramaut-yaman/