7,061 pesawah meninggal dunia masih terima subsidi

KETUA Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid. NSTP/Asyraf Hamzah.

KUALA LUMPUR: Pesawah yang meninggal dunia lebih 40 tahun lalu adalah antara 7,061 pesawah yang sudah menjadi arwah tetapi masih tersenarai sebagai penerima Skim Subsidi dan Insentif Pesawah Bagi Meningkatkan Bekalan Beras Negara.

Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, berkata pihaknya mengesan antara 3,210 hingga 7,061 pesawah yang sudah meninggal dunia masih menerima subsidi serta insentif setiap musim berjumlah RM57.92 juta.

Pada masa sama, 1,427 hingga 2,421 penerima subsidi dan insentif berjumlah RM28.85 juta tidak wujud dalam sistem.

Nombor kad pengenalan pesawah direkodkan membabitkan 7,894 hingga 10,034 penerima subsidi bagi tahun 2016 hingga 2018 tidak lengkap dan meragukan, mencakupi pemberian sebanyak RM108.08 juta.

“Kami juga mengesan berlaku kelewatan pengedaran baja oleh pembekal antara 14 hingga 278 hari,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2018 Siri 2 di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Dr Noraini Ahmad.

Dalam pada itu, Nik Azman berkata wujud kelemahan dalam prestasi dan pelaksanaan perkhidmatan tren komuter termasuk tempoh menunggu paling lama iaitu empat jam 16 minit berbanding 45 minit ditetapkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Sistem tiket baharu juga kurang memuaskan dengan 36,860 aduan mulai Disember 2016 hingga Julai lalu.

Ada penumpang yang naik dan turun di stesen sama tetapi bayaran direkodkan berbeza, sekali gus menimbulkan kemarahan pengguna.

“Tren antara bandar dan komuter merekodkan kerugian antara RM39.82 juta hingga RM77.76 juta bagi tempoh 2016 hingga Julai lalu,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/634364/7061-pesawah-meninggal-dunia-masih-terima-subsidi?fbclid=IwAR2hMsVUpfvFWhmoKhzuHQ9v-p36MaM5CUQgEjHgllTnWPEBia78YkBm88c

KERAJAAN BN BERI RM58 JUTA KEPADA YANG SUDAH MENINGGAL DAN PEMILIK NO IC YANG TIDAK WUJUD.

Image may contain: text

Bayangkan jika UMNO-NAJIB terus berkuasa memerintah..

Orang yang dah mati bukan setakat boleh mengundi, malah terima bantuan subsidi sampai RM58 juta lagi…

Itupun PAS & UMNO bermati-matian pertahankan BN supaya BN dapat kembali berkuasa di Putrajaya tu kenapa ??! – Otai Bersih