Kategori: PAS MEMALUKAN ISLAM DAN UMNO MEMALUKAN MELAYU-UMNOPAS
Umnopas ibu segala fitnah dan kejahatan di Malaysia
TOKOH-TOKOH YANG MENGHINA ISLAM TANPA KITA SEDARI…
SEMUA RAKYAT UNDILAH PAKATAN HAPAPAN PARTI YANG YANG TERBAIK UNTUK KITA SEMUA.
RAKYAT MALAYSIA JANGAN SEKALI-KALI LUPA
72 Peristiwa Hitam Di Zaman Najib
https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/category/72-peristiwa-hitam-di-zaman-najib/
https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/
PH Terpaksa Merawat Tabung Haji Yang Tenat Terkena Penyakit Buatan Umnopas
Pemilik Pusat Judi Genting
Saya nak tanya beberapa soalan.
- Siapa punya Genting Highlands 12,300 ekar dan siapa beri?
- Siapa punya Berjaya Hill Resort 3,000 ekar, siapa beri?
- Siapa punya Bukit Gambang Resort 1,200 ekar, siapa beri?
- Kebun Sayur Cameroon Highlands lebih 5,000 ekar kpd tauke2 Cina…siapa bagi?
- Tanah 300 ekar di Pulau Tioman kpd Berjaya Group siapa beri?
- Tanah Berpuluh ribu ekar di daerah Raub, Bentung dan Temerloh utk projek tanaman Musang King kpd Tauke2 Cina (em cee A) siapa beri?
Ok, cukup dulu maklumat @ persoalan ttg kejahatan UMNGOK untuk hari ini.
Utk makluman, majoriti rakyat Pahang sendiri…sampai mati, mohon tanah 1 ekar pun tak pernah diluluskan!.
Kalau jadi barua MB …mgkn la dpt tanah TOL.
Justeru itu, nak jgk saya bertanya kepada
Melayu2 Pentaksub UMNO…semua itu kerja siapa? DAP ker?. Ingat dulu, kita boleh lah mengharapkan PAS (parti Islam yg kuat dan besar), malangnya kini, Lobai2 Pas sudah tinggal sekelambu pula dgn mereka dan bersubahat utk MENUTUP Kemungkaran yg dilakukan oleh UMNO sebelum2 ini.
Memang mereka itu puak2 Melayu yg hina lagi dina. Perkara spt itu bukan sahaja berlaku di Pahang tetapi di semua negeri yg di kuasai oleh UMNO.
DAP BANTU MEMAJUKAN TANAH WAKAF DI BUTTERWORTH
SELAMAT MENJALANI PERBICARAAN NAJIB TUN RAZAK
14 Fakta Terkandung Dalam Rakaman Audio Visual Nik Abduh Khadam Umno
8 Hikmah Kita Mendapat Ujian Allah SWT
Dalam hidup ini tiada seorang pun yang sepi daripada ujian. Cuma bentuk ujian yang menimpa itu berbeza atas seorang daripada seorang yang lain. Ada yang Allah berikan ujian kecil, ada pula ujiannya besar. Ada yang Allah pendekkan ujiannya dan ada yang berlarutan. Malah ada juga yang ujiannya datang bertimpa-timpa, bak kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga pula.
Bagi yang nipis imannya, mereka pastinya akan mengeluh, merungut dan merintih. Habis semua orang tahu yang dirinya itu sedang dilanda ujian. Semua orang dipersalahkan malah Allah juga turut dipersalahkan juga. Satu-satunya orang yang tidak dipersalahkan adalah dirinya sendiri. Kualiti diri seseorang itu terserlah saat dia diuji. Ketika itu nampak berbeza antara kaca dengan permata. Waktu senang, bahagia, berharta, berkuasa, berdarjat, berpangkat dan berduit, kita boleh berkata apa sahaja. Kita boleh kata yang kita seorang positif, sabar, terbuka dan sebagainya.
Tetapi apabila diri dihimpit gelombang ujian seperti hilang pekerjaan, tiada wang, pemergian orang tersayang, difitnah dan sebagainya, barulah kita tahu langit itu tinggi atau rendah. Sebab itulah tiada sebaik-baik tempat untuk mengadu selain daripada Allah. Mengadulah pada Allah ketika senang dan mudah untuk Allah mendengar rintihan kita ketika susah. Apakah hikmah di sebalik semua ujian:
1. Allah tingkatkan darjat dan keimanan kita.
Dalam surah al-Ankabut ayat 2, Allah telah berfirman yang mafhumnya, “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji?” Bermakna apa juga musibah, bala atau ujian yang Allah datangkan dan izinkan berlaku, bagi meningkatkan lagi keimanan dan darjat seseorang hamba itu di sisi-Nya.
Ada orang apabila ditimpa masalah, mereka semakin jauh dari Allah kerana kufur mereka. Ada pula orang, setiap ujian yang datang akan mendekatkan lagi diri dan pergantungannya kepada Allah. Hendaklah kita yakin bahawa tidak akan berlaku sesuatu musibah itu kecuali dengan kehendak Yang Maha Pencipta.
2. Allah tarik sedikit nikmat untuk diberikan nikmat yang lebih besar.
Ada ketikanya Allah berikan kita ujian dan menarik nikmat yang telah diberikannya kepada kita selama ini bagi melihat dan menguji kesabaran kita sebagai hamba. Sekiranya kita sabar dan reda maka Allah akan tambah dengan nikmatnya yang berlipat kali ganda lagi.
Dalam masa Allah tarik nikmat yang ada, ingatlah Allah tidak tarik kesemua nikmatnya. Jika dihitung yang masih kita nikmati itu sebenarnya lebih banyak daripada yang ditarik.
3. Allah berikan satu musibah bagi mengalih musibah yang lebih besar.
Ada ketikanya Allah berikan satu musibah kecil berlaku ke atas kita kerana menghalang satu musibah yang lebih besar. Misalnya dalam perjalanan ke pejabat tiba-tiba kereta kita rosak dan memaksa kita berhenti di bahu jalan. Kita mungkin marah sebab ada urusan penting yang perlu disegerakan hari itu.
Tapi apa pula perasaan kita apabila kita tahu selang beberapa minit di hadapan, tidak jauh daripada tempat kita berhenti itu, telah berlaku satu kemalangan yang meragut nyawa dan kita tahu kalau tidak kerana kereta itu rosak maka kita berkemungkinan besar adalah salah seorang yang terlibat dengan kemalangan tersebut. Beza masanya hanya beberapa minit sahaja daripada masa berlaku kerosakan pada kereta tersebut.
4. Sebagai menghapus dosa.
Dalam hidup ini tiada siapa yang tidak melakukan dosa sama ada dosa-dosa kecil atau besar. Oleh itu Allah turunkan sedikit ujian dan dugaan bagi menguji sejauh mana kita sanggup menerimanya. Sekiranya kita bersyukur maka Allah hapuskan dosa-dosa kita itu. Maklumlah waktu senang dan waktu muda kita dulu apa yang tidak kita lakukan. Semuanya kitalah yang hebat. Jadi Allah berikan ujian kerana Allah sayangkan kita. Supaya kita tidak terus hanyut melakukan maksiat dan dosa.
5. Memberikan kesedaran kepada kita.
Jika manusia ini tidak ditimpa musibah sehinggakan segala apa yang mereka mahukan mereka dapat dan semua yang mereka lakukan, menjadi; maka akan timbullah rasa sombong, riak, takbur dan sebagainya. Ujian dan bala yang Allah turunkan itu adalah sebagai peringatan kepada kita sebagai hamba bagi mengingatkan diri kita betapa lemah dan kerdilnya kita. Bak kata pepatah Melayu ‘bila terhantuk barulah tertengadah’. Bila kena barulah mahu beringat-ingat.
6. Memberikan iktibar kepada orang lain.
Setiap dugaan yang berlaku sebenarnya mengandungi banyak rahsia, maksud dan ingatan yang tersirat bukan sahaja buat merekayang ditimpa musibah tetapi juga buat seluruh umat manusia.
Bagi mereka yang berfikir dan mahu mengambil pengajaran maka mereka pasti dapat lihat bagaimana Allah boleh turunkan bencana dan dugaan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Tiada siapa pun yang boleh lari daripada ujian Allah ini dan hanya mereka yang beriman dan bertakwa sahaja yang mampu tenang di saat berlakunya musibah dan ujian.
7. Tanah subur bagi mereka yang mahu menyemai.
Musibah yang menimpa orang lain membuka ruang dan peluang kepada mereka yang mempunyai lebihan harta dan wang untuk menderma dan menghulurkan bantuan. Apabila apa yang diberikan itu dengan niat yang ikhlas maka Allah akan lipatgandakan lagi rezeki kita seperti yang telah difirmankan oleh Allah dalam surah al-Baqarah ayat 265 yang mafhumnya: “Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, dan pada tiap-tiap tangkai menghasilkan 100 biji. Allah melipatgandakan pahala kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia- Nya) serta Maha Mengetahui.” Begitulah luasnya rahmat Allah yang meliputi seluruh langit dan bumi.
8. Tanda Allah masih sayangkan kita.
Setiap dugaan yang Allah berikan itu adalah sebagai tanda Tuhan masih sayangkan kita lalu diberikan oleh-Nya peringatan agar kita cepat sedar dan beristighfar serta kembali ke pangkal jalan. Jika Allah tidak sayangkan kita maka pastilah Allah biarkan sahaja kita lakukan sesuka hati dan dibiarkan mati dalam keadaan sesat dan kufur.
Allah suka apabila kita memuji-Nya, meminta kepada-Nya dan merintih di hadapan-Nya. Sebab itulah Allah berikan kita sedikit kesusahan agar kita tidak terpedaya dan lalai dalam kehidupan yang sementara ini.
Begitulah hebatnya Allah SWT mendidik jiwa hambanya. Di sebalik dugaan, musibah dan ujian itu tersembunyi pelbagai nikmat dan rahmat yang besar. Hanya hati yang celik sahaja mampu melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Ada ketikanya kita rasakan sesuatu itu baik untuk kita tetapi sebenarnya tidak dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu berserahlah kepada Allah dengan penyerahan yang sebenar-benarnya. Teruslah berfikiran positif dengan mencari hikmah, kebaikan dan kekuatan atas segala ujian, keburukan dan kelemahan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/mega/agama/hikmah-apabila-diuji-1.434654#ixzz5fEQ322fx
© Utusan Melayu (M) Bhd
KRONOLOGI KES-KES BERPROFIL TINGGI MELIBATKAN TOKOH/BEKAS PEMIMPIN NEGARA
KRONOLOGI KES-KES BERPROFIL TINGGI MELIBATKAN TOKOH/BEKAS PEMIMPIN NEGARA
Berikut adalah kes-kes berprofil tinggi melibatkan beberapa tokoh terkenal di Malaysia sejak tahun lepas.
Mereka adalah antara yang didakwa atas pelbagai pertuduhan jenayah termasuk pengubahan wang haram, rasuah dan pecah amanah jenayah.
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah:
13 Sept, 2018 – Muhammad Shafee, 67, seorang peguam terkenal, didakwa di Mahkamah Sesyen dis ini atas dua pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah hingga RM9.5 juta daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat suatu penyata yang tidak betul di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menetapkan 15 April bagi pengurusan kes selanjutnya dan perbicaraan ditetapkan selama 10 hari dari 10 Jun hingga 20 Jun, 2019.
Datin Seri Rosmah Mansor:
4 Okt, 2018 – Rosmah, 67, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan RM7,097,750, dan lima pertuduhan gagal mengemukakan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 21 Mac bagi pengurusan kes.
15 Nov, 2018 – Rosmah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan meminta suapan RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta bagi projek untuk projek bekalan elektrik kepada sekolah-sekolah bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
15 Feb ditetapkan untuk sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azman Ahmad dan 15 Mac ditetapkan untuk prosiding bagi memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi:
19 Okt, 2018 – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, 66, yang juga presiden UMNO mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 10 pertuduhan pecah amanah jenayah dan lapan pertuduhan rasuah membabitkan RM42,083,132.99 dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM72,063,618.15.
14 Dis, 2018 – Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini dengan tambahan pertuduhan pecah amanah jenayah berjumlah RM10 juta milik Yayasan Akalbudi.
Kes ditetapkan untuk sebutan di hadapan Hakim Rozina Ayob pada 20 Feb.
Datuk Hasanah Abdul Hamid:
25 Okt, 2018 – Hasanah, 61, bekas ketua pengarah Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan pecah amanah melibatkan wang sebanyak USD12.1 juta (RM50.43 juta) milik kerajaan Malaysia dan kes itu ditetapkan untuk sebutan di hadapan Hakim Rozina Ayob pada 21 Feb.
Tan Sri Musa Aman:
5 Nov, 2018 – Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 35 pertuduhan rasuah berhubung kontrak konsesi balak di Sabah melibatkan USD63.3 juta. Kes ditetapkan untuk sebutan di hadapan Hakim Rozina Ayob pada 20 Feb.
Datuk Rizal Mansor:
Nov 15, 2018 – Rizal, 45, bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa di Mahkamah Sesyen, din sini atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah, melibatkan RM5.5 million, untuk dirinya dan Datin Seri Rosmah Mansor, berhubung pembekalan dan pemasangan Projek Bersepadu Sistem Solar untuk sekolah luar bandar di Sarawak.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor:
Nov 15, 2018 – Datuk Seri Tengku Adnan, 69, bekas Menteri Wilayah Persekutuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima RM1 juta daripada ahli perniagaan, Tan Eng Boon dan tuduhan pilihan menerima rasuah RM1 juta daripada orang yang sama bagi meluluskan permohonan oleh sebuah syarikat untuk menaikkan ratio plot berkaitan pembangunan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Mahkamah menetapkan enam hari dari 2,3,4,9,10 dan 11 Julai untuk perbicaraan di hadapan Hakimj Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan.
15 Nov, 2018 – Tengku Adnan didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada ahli perniagaan, Chai Kin Kong dan kes ditetapkan untuk sebutan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada 28 Feb.
Datuk Tan Eng Boon:
15 Nov, 2018 – Tan, 70, seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memberi suapan wang berjumlah RM1 juta kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, untuk mendapatkan kelulusan bagi permohonan sebuah syarikat menaikkan plot ratio bagi pembangunan di Jalan Semarak pada 2013.
Kes ditetapkan untuk sebutan di hadapan Hakim Azura Alwi pada 15 Feb.
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad:
14 Dis, 2018 – bekas pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, 70, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan pecah amanah jenayah dan sembilan pertuduhan rasuah, membabitkan lebih RM3 juta berhubung pembelian hotel di Kuching, Sarawak, oleh Felda Investment Corporation (FIC).
Tarikh 26 Feb ditetapkan untuk sebutan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim:
16 Jan, 2019 – Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, 52, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan menerima rasuah, berjumlah RM5.2 juta, berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah, dan sembilan pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan hampir RM140 juta.
Sementara itu, abang Abdul Azeez iaitu Datuk Abdul Latif Abdul Rahim, 61, didakwa atas dua pertuduhan bersubahat dengan Abdul Azeez menerima rasuah berjumlah RM4 juta bagi beberapa projek pembinaan lebuh raya dan menaik taraf jalan raya.
Kes ditetapkan untuk sebutan di hadapan Hakim Azura Alwi pada 27 Mac.