Negara Lain Melarang Arak Ketika PKP
=============
1. Awal bulan ini kita digemparkan dengan kejadian seorang lagi anggota polis yang terbunuh akibat dirempuh pemandu mabuk. Ini bukanlah insiden pertama yang terjadi sejak Perintah Kawalan Berkurung (PKP) dilaksanakan. Bulan April sahaja sebanyak tiga insiden rempuhan sekatan jalan melibatkan pemandu mabuk di Ipoh, Petaling Jaya dan Bintulu.
2. Terkadang kita terlalu bimbang untuk mengenakan tindakan yang ketat dalam mengawal urusan jual-beli arak sedangkan negara lain telah mula mengorak langkah sedemikian sekalipun mereka bukanlah negara orang Islam. Afrika Selatan sebagai contoh telah mula mengharamkan penjualan arak dalam tempoh lockdown mereka.
3. Menteri Keselamatan Afrika Selatan, Bheki Hamilton Cele pada 26 Mac yang lalu telah melakukan pengumuman itu dengan justifikasi bahawa pengharaman penjualan arak dalam tempoh lockdown ini berupaya memutuskan rantaian penyebaran Covid19. Salah satu justifikasi yang diberikan adalah kerana alkohol dikatakan berupaya melemahkan sistem pertahanan badan seseorang.
4. Di Nuuk, ibu negeri Greenland turut mengenakan sekatan penjualan arak dalam tempoh lockdown ini. Martha Abelsen, Menteri Kesihatan tempatan menjelaskan bahawa sekatan penjualan arak ini adalah bertujuan menyelamatkan mangsa dera kanak-kanak yang berlaku sepanjang tempoh perintah kawalan berkurung yang berlaku di Greenland.
5. Begitu juga di Hong Kong, Ketua Eksekutif Carrie Lam telah mengumumkan penyekatan pengeluaran lesen arak bagi 8600 resteoran dan bar dalam menghadapi tempoh kedua gelombang Covid19 di Hong Kong.
6. Perhatikan bagaimana negara-negara yang tidak menjadikan Islam sebagai agama rasmi mereka boleh bertindak secara rasional dalam mengekang penjualan arak, mengapa tidak kita bertindak dengan tindakan yang sama. Apatah lagi perkara ini telah pun diajarkan oleh Baginda Nabi 1400 tahun yang lalu.
– Artikel penuh di Harian Metro hari ini 12 Mei 2020.
Semoga Allah membimbing kita.