Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Kerajaan pantau projek terbengkalai di Kelantan

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin. – NSTP/Asyraf Hamzah

MACHANG: Kerajaan Pusat sedang memantau projek kemudahan infrastruktur yang terbengkalai di Kelantan, bagi memastikan ia dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata pemantauan itu bagi memastikan projek berkenaan dapat disiapkan secepat mungkin sekali gus rakyat dapat menikmati pembangunan.

Katanya, keutamaan kerajaan ketika ini adalah bagi memastikan rakyat Kelantan mendapat manfaat secepat mungkin tanpa mengira status politik.

“Ini sebahagian usaha kita termasuk projek infrastruktur yang disebut Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali, ketika datang ke Kelantan Mac lalu.

“Justeru, kita mahu memastikan ia dilaksanakan dengan lancar dan disiapkan dalam masa ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika membuat tinjauan tapak projek Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai dekat Kampung Bukit Tiu, di sini, hari ini.

Beliau turut melawat beberapa lagi projek termasuk Stesen Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dan Tok Bali Supply Base (TBSB) di Pasir Puteh.

Mengulas mengenai lawatan di tapak Projek Lebuh Raya Rakyat, Mohd Radzi berkata, lebuh raya sepanjang 10 kilometer yang terbengkalai di bawah kerajaan negeri, diambil alih oleh Kerajaan Pusat untuk disiapkan sepenuhnya.

Slogan+Felda+Vs+Ladang+Rakyatisu-tanah-kelantanngehFlyers+12+LADANG+RAKYAT1 Jom Boikot Umnopas Rasis.1 Najib Munafik1 HADI ROSAKKAN ISLAMTAKIYUDDIN HUDUD1 PAS MIC SATU KELUARGA.1 PAS PUTAR ALAM

1 Pemakan Rasuah Babi1 ISLAM TERANCAM

GENG LAWYER BURUK KELANTAN

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/09/603471/kerajaan-pantau-projek-terbengkalai-di-kelantan?fbclid=IwAR3Bi3Hm85UQ_zZc4wPbF6PMq5nhIbpNQf_XLk1ToU95MvCiZzc6UXxeIRA