Tun M dan isteri ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha

1 TUN ADHA1 Adha

Dr Mahathir dalam ucapannya itu berharap seluruh rakyat menyambut Aidiladha kali ini dengan penuh kegembiraan. – Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menitipkan salam ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Dr Mahathir dalam ucapannya itu berharap seluruh rakyat menyambut Aidiladha kali ini dengan penuh kegembiraan.

“Assalamualaikum warramatullahi wabarakatuh. Saya serta isteri saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

“Dan saya harap kita semua gembira dengan perayaan ini dan kita lakukan apa yang dikehendaki oleh agama kita. Sekian, terima kasih,” katanya menerusi klip yang disiarkan laman Facebook rasmi beliau pada Sabtu.

Seluruh umat Islam di Malaysia bakal menyambut Hari Raya Aidiladha pada esok (Sabtu) bersamaan 10 Zulhijjah.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-m-dan-isteri-ucapkan-selamat-hari-raya-aidiladha-214715