Kerajaan PH Tidak Pandai Menghargai Dan Melindungi Serta Menjamin Keselamatan Para Pemberi Maklumat Dalam Kes 1MDB & SRC.

Kerajaan PH Tidak Pandai Menghargai Dan Melindungi Serta Menjamin Keselamatan Para Pemberi Maklumat Dalam Kes 1MDB & SRC.  Para Pemberi Maklumat Atau Saksi Dalam Kes Rasuah Dan Pecah Amanah tersebut kini disaman Oleh Najib.

Polis rakam kenyataan Latheefa isu rakaman suara Najib

https://www.malaysiakini.com/news/507366?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR0ZWe5Jyy_UA0z-cFG11ZKbA4dmbHl8FKIlFYnkaIgFrOT06NdiuV4g3Ys

Hari 9: Arul Kanda janji beri maklumat penuh tapi akhirnya hanya beri 60 peratus – saksi

 

LANGSUNG | Perbicaraan jenayah bekas perdana menteri Najib Abdul Razak dan bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang melibatkan dakwaan mengubah laporan audit 1MDB masuk hari kesembilan hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Malaysiakini membawakan anda laporan langsung prosiding.


4.20 petang: Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memberitahu peguam kedua-dua pihak bahawa beliau akan mengadakan sesi pengurusan kes pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Zaini berkata, ia bagi membincangkan tarikh perbicaraan untuk masa akan datang.

Beliau juga memberitahu mahkamah yang tarikh perbicaraan yang ditetapkan untuk Mac dan April mungkin tidak terpakai lagi, dan perlu berbincang dengan seorang lagi hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.

Zaini kemudian menangguhkan perbicaraan hari ini.


4.10 petang: Bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy beberapa kali berjanji untuk memberikan semua maklumat kepada Jabatan Audit Negara (JAN) untuk tujuan audit, tetapi membiarkan jabatan itu menunggu selama berbulan, kata Saadatul Nafisah Bashir Ahmad.

Dia yang telah bersara daripada jabatan itu berkata demikian ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah.

“Dia (Arul Kanda) kata tiada masalah. Tetapi maklumat itu tidak pernah sampai kepada kami (JAN).

“Saya jumpa dia banyak kali, tetapi maklumat tak pernah sampai. Saya tidak tahu sejauh mana kerjasama (antara kedua-dua pihak).

“Ketika kami (JAN) bertemunya (pada 2015), dia (Arul Kanda) berjanji, ketika itu dia CEO, kami menunggu maklumat itu tetapi tidak pernah sampai,” kata Saadatul Nafisah.

Arul sepatutnya memberitahu JAN dan bukan membiarkan mereka menunggu berbulan-bulan, katanya lagi.

Ketika Shafee bertanya sama ada JAN akhirnya menerima apa-apa maklumat, Saadatul Nafisah menjelaskan bahawa Arul Kanda akhirnya memberikan 60 peratus maklumat yang diperlukan JAN untuk audit 1MDB.

“Kami tak dapat 100 peratus, hanya 60 peratus. Ia ambil masa yang lama,” kata Saadatul Nafisah.


4.07 petang: Pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) yang telah bersara, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad setuju dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah bahawa bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi menghalang usaha untuk mengaudit 1MDB.

Ketika pemeriksaan balas, Shafee bertanya sama ada Shahrol sentiasa menghalang usaha JAN untuk mengaudit 1MDB sebelum Arul Kanda menyertai syarikat itu pada 2015.

Shafee: Saya boleh tunjuk bagaimana lelaki ini (Shahrol) bersikap menghalang.

Saadatul: Ya.

Shafee: Dia menghalang siasatan oleh Jabatan Audit?

Saadatul: Ya pada masa itu (ketika Shahrol menjadi CEO sehingga 2013).

Shafee: Shahrol bantah agar 1MDB dan JAN berseteru?

Saadatul: Ya.

Shahrol menjadi CEO 1MDB dari 2009 hingga 2013.


4 petang: Saadatul Nafisah, bekas pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) yang mengetuai pasukan khas untuk audit 1MDB pada 2015, setuju bahawa laporan audit yang disediakan mereka pada Februari 2016 bukan laporan akhir dan masih boleh dipinda.

Dia berkata demikian ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili bekas perdana menteri Najib Razak.

Shafee: Adakah anda sedar apa yang dikatakan laporan akhir, (ketua audit negara) Ambrin Buang dalam keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2018 (berkata) bahawa ia adalah draf laporan akhir.

Ia bukan laporan yang sudah dimuktamadkan (finalised). Ia adalah draf laporan akhir. Anda sedar atau tidak?

Saadatul: Ya.

Shafee: Jadi dia kata ia draf laporan akhir.

Saadatul: Ya, laporan itu bukan final.

Shafee: Ini bermakna (laporan audit) belum dimuktamadkan. Jadi ia boleh dipinda. Jika ia bukan laporan akhir, ia boleh dipinda.

Saadatul: Ya ia boleh dipinda.

Shafee: Asalkan anda gembira untuk memindanya, Tan Sri (Ambrin) gembira untuk pindanya. Itulah apa yang akan dibuat oleh juruaudit dan orang yang diaudit. Anda tidak menjejaskan kedudukan anda, tetapi boleh buat penyesuaian (adjust) selagi integriti tidak terjejas.

Saadatul: Ya.


3.17 petang: Pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) yang telah bersara, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad berkata bekas ketua setiausaha negara Ali Hamsa tidak membuat permintaan secara langsung agar perkara tertentu dalam laporan audit 1MDB dipadamkan.

Saksi pendakwaan ketujuh Saadatul Nafisah berkata demikian ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Shafee bertanya tentang bahagian dalam transkrip audio mesyuarat pada 24 Februari 2016, ketika keputusan untuk memadamkan beberapa perkara kontroversi dalam laporan audit 1MDB didakwa dibuat.

“Ia dikatakan dengan cara baik. Dia (Ali) tidak akan kata secara terus untuk padamkan (bahagian tertentu dalam laporan audit),” kata Saadatul.

Selain Ali, turut hadir dalam mesyuarat itu ialah bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy, setiausaha sulit kanan Najib, Shukry Mohd Salleh, dan bekas pegawai Pejabat Peguam Negara Dzulkifli Ahmad.


3.10 petang: Bekas pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) menyifatkan permintaan oleh ketua setiausaha negara ketika itu, Ali Hamsa pada 2016 agar ketua audit negara menimbang untuk memadamkan satu bahagian dalam laporan audit 1MDB, sebagai satu paksaan untuk berbuat demikian.

Saadatul Nafisah, ketika itu ketua pasukan khas untuk mengaudit 1MDB, berkata demikian ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Shafee memintanya memberitahu mahkamah bagaimana Ali memaksa JAN agar membuat keputusan untuk meminda laporan audit 1MDB ketika mesyuarat pada 24 Februari 2016.

Menurut Saadatul, bukti boleh dilihat di perkara 325 transkrip mesyuarat itu, yang dibuat berdasarkan rakaman audio rahsia oleh seorang lagi pegawai JAN, Nor Salwani Muhammad.

Ali didakwa berkata kepada ketua audit negara ketika itu Ambrin Buang: “Bolehlah ni. AG (peguam negara) boleh guna budi bicara untuk drop (gugurkan).

Shafee kemudian bertanya Saadatul, bagaimana kata-kata itu boleh dianggap sebagai paksaan kerana Ali seperti mencadangkan Ambrin untuk menimbangnya.

“Ini satu paksaan. Kalau kami tak drop (perkara itu), isu itu akan dibangkitkan lagi,” kata Saadatul.

Bagaimanapun Saadatul juga mengaku bahawa dia mahupun Ambrin tidak membantah Ali pada masa itu.


2.22 petang: Mahkamah mengeluarkan arahan agar Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memberikan salinan nota prosiding ketika bekas ketua audit negara Ambrin Buang memberi keterangan kepada badan itu.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan peguam Muhammad Shafee Abdullah untuk mendapatkan salinan itu.

Ketua DPP Gopal Sri Ram dan peguam Arul Kanda, N Sivananthan tidak membantah permohonan itu.

Shafee meminta nota prosiding PAC ketika Ambrin memberi keterangan kepada badan itu pada 4 Disember 2018.

Permohonan itu untuk membantu pasukannya dalam pemeriksaan balas dengan saksi pendakwaan.

Ambrin Buang

2.15 petang: Prosiding bermula dan Najib Razak dan Arul Kanda Kandasamy masuk ke kandang tertuduh.

Turut dilihat di mahkamah ialah ketua pasukan pembelaan mereka, iaitu Muhammad Shafee Abdullah dan N Sivananthan.


2 petang: Bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan duduk di barisan depan galeri awam.


1.55 tengah hari: Bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan dilihat berbincang dengan peguamnya.

Turut dilihat di ialah ketua DPP Gopal Sri Ram dan para DPP lain.


Selepas prosiding dibatalkan semalam, perbicaraan kes pindaan laporan audit 1MDB terhadap Najib Razak dan Arul Kanda Kandasamy bersambung pada kira-kira pukul dua petang hari ini.

Prosiding semalam dibatalkan ekoran DPP Gopal Sri Ram perlu menyelesaikan urusan mahkamah di Istana Kehakiman di Putrajaya.

Hari ini pasukan pembelaan Najib dijangka akan melakukan pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan yang telah memberi keterangan.

Antaranya bekas ketua audit negara Ambrin Buang, bekas ketua setiausaha negara Ali Hamsa, pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) yang telah bersara Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, dan Nor Salwani Muhammad, yang merupakan penyelaras bagi pasukan khas JAN untuk soal berkaitan 1MDB.

Pasukan pembelaan bekas CEO 1MDB Arul Kanda memilih untuk tidak lagi memeriksa balas saksi untuk tidak menjejaskan kedudukannya sebagai saksi pendakwaan terhadap Najib dalam kes ini.

https://www.malaysiakini.com/news/507351?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR32KvJvhBq09VRKSVb1ktfq7nLmqSDlm4I1UHNuiFuU0ccz22eaO4KLggU

Mahkamah perintah teruskan perbicaraan kes SRC International

 

Bekas perdana menteri Najib Razak di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini ketika hadir perbicaraan kes SRC International. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 6 Januari, 2020.
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati tiada merit dalam permohonan pihak pendakwa untuk mendakwa Najib Razak sebagai saksi dalam perbicaraan kes SRC International dan mengarahkan soal balas terhadap bekas perdana menteri itu diteruskan.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak pagi tadi, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan pendakwa yang dibuat mengikut Seksyen 145(1) dan 155(c) Akta Keterangan 1950.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/210546?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR1GROf0YMFvtPlV2HbJUMgCIjJyzmWBPCopvx4tepOaddVbYElzohjH00I

Najib Terejut Kerana Tidak Dibebaskan Daripada 7 Pertuduhan Jenayah SRC.

Image may contain: 2 people, meme and text

“Najib terkejut sebab beliau tidak dilepaskan dan dibebaskan daripada semua 7 pertuduhan berkait SRC. Seperti Zaman Pemerintahan UMNO BN yang Korup Dahulu.

Najib yakin beliau akan dilepas & dibebaskan kerana kami sudah bantah andaian salah terhadap tuduhan ini”, kata peguam Najib Muhammad Shafee Abdullah kepada wartawan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengarah Najib bela diri kes SRC International.

TAHNIAH #BossKurr..
#SungaiBuloh
#SungaiKajang
#TanjungRambutan

NAJIB MENERIMA SOGOKAN USD30 JUTA DAN USD681 JUTA DARI 1MDB – Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC)

Image may contain: 1 person, text

TERKINI !!.. Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) menamakan bekas perdana menteri Najib Razak sebagai penerima wang sogokan daripada bon 1MDB yang diraih Goldman Sachs melibatkan bekas eksekutifnya, Tim Leissner.

SEC berkata demikan dalam ‘cease and desist order’ bagi prosiding terhadap Leissner, selepas dia membuat tawaran penyelesaian bagi pertuduhan terhadapnya, yang termasuk penggantungan kekal dalam industri sekuriti.

Dalam perincian latar belakang kes itu, SEC berkata Leissner membantu meraih bon bernilai AS$6.5 bilion untuk 1MDB dengan preteks menyokong projek yang memberi manfaat keada rakyat Malaysia.

“Leissner dan yang lain sebaliknya merancang dan melakukan skim untuk menyeleweng lebih AS$2.7 bilion dan mengagihkan wang itu sebagai rasuah dan sogokan kepada pegawai kerajaan di Malaysia dan Abu Dhabi, termasuk tetapi tidak terhad kepada Najib serta beberapa individu yang terlibat dalam skim itu dan keluarga mereka, termasuk Leissner,” katanya.

Bagaimanapun, SEC berkata selepas Projek Catalyze berakhir, ada transaksi tambahan yang membawa kepada sogokan termasuk “pemindahan kira-kira AS1.3 juta kepada akaun seorang tukang barang kemas New York untuk membayar barang kemas bagi pasangan Najib.”

Ia merujuk kepada 27 utas rantai dan gelang emas 18-carat yang didakwa dibeli Low untuk Rosmah Mansor.

Najib kini sedang berdepan perbicaraan atas tuduhan berkaitan fasa Tanore dalam skandal 1MDB.

#Penyangak1MDB

https://web.facebook.com/suararakyatpage/photos/a.199846193527239/1467529180092261/?type=3&theater

Najib Guna RM42 juta Untuk Kepentingan Peribadi

Image may contain: one or more people and text

1 BERIBADAT DGN DUIT HARAM

 

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bertegas bahawa Najib guna RM42 juta dana awam SRC untuk kepentingan peribadi dan manfaat sendiri dengan menggunakan kedudukannya untuk ganjaran.

#BossKurr#Terkejut
#SungaiBuloh
#SungaiKajang
#TanjungRambutan

NAJIB MELIHAT BAHAN BUKTI KEJAHATANNYA SENDIRI – TAHNIAH BUAT PUAN NOR SALWANI WIRAWATI NEGARA

Image may contain: text

Najib arahkan dokumen dimusnahkan untuk tutup rahsia.

Namun saksi, Nor Salwani Mohamad iaitu pegawai Jabatan Audit Negara menyimpan berberapa dokumen penting termasuk merakam perbualan di dalam mesyuarat untuk diserahkan kepada Ketua Audit Negara yang baru supaya jenayah Najib dapat diberi gambaran penuh.

Najib terima sogokan hasil bon 1MDB, dedah pihak berkuasa AS

1 46 X NAJIB MENIPU

1 NAJIB TAK TAHU DIA PM

BEKAS perdana menteri Najib Razak dinamakan sebagai salah seorang penerima sogokan hasil bon dijana Goldman Sachs, dedah pemfailan dibuat Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC), semalam.

Menurut pemfailan itu, selain jutaan dolar yang dipindahkan ke syarikat pesisir pantai dikawal pegawai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sejumlah AS$1.3 juta lagi digunakan untuk membayar barangan kemas dibeli isteri Najib, Rosmah Mansor.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/206911?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR1iWW6oBCWX7Ex5ImYlekBtIOvEPJxY3eJ42QiX-o0FRNBitMqB8S5QDMk

Mahkamah diselubungi gelak ketawa dengar alasan Najib

Najib Razak di Mahkamah

2 HADI ULAMAK PALSU

2 HADI MENIPU

DALAM perbicaraan rasuah Datuk Seri Najib Razak hari ini diselubungi gelak ketawa mendengar alasan lucu bekas perdana menteri itu ketika menjawab soalan pendakwaraya Datuk V. Sithambaram.

Kejadian itu berlaku apabila Najib dilaporkan bertegas mahu pakar mengesahkan tandatangan miliknya sendiri selepas mengandaikan bahawa tandatangan pada dokumen yang digunakan dalam perbicaraan itu adalah palsu.

Sithambaram: kamu setuju dengan saya apabila kamu mendapati tandatangan dipalsukan dalam sebarang dokumen kamu akan membuat satu laporan polis?

Najib: Saya hanya sedar semasa perbicaraan bahawa terdapat kemungkinan ia telah dipalsukan. Saya sedang menunggu pakar untuk memeriksa tandatangan saya.

Sithambaram: Itu bukan soalan saya. Adakah kamu akan buat laporan polis?

Najib: Hanya apabila ia sudah disahkan (oleh pakar) saya akan buat satu laporan polis.

Sithambaram: Sekiranya pemahaman saya betul, kamu sendiri masih tak pasti dokumen itu dipalsukan?

Najib: Saya agak yakin bahawa ia dipalsukan tapi saya masih perlu memanggil seorang pakar untuk mengesahkan (tandatangan).

Sithambaram: Saya rasa lucu apabila kamu lihat tandatangan kamu sendiri, kamu tidak tahu samada ia palsu dan kamu perlukan seseorang menentukannya untuk kamu.

Sithambaram: Bagaimana kamu tak boleh kenal tandatangan kamu sendiri? Kamu nak bergantung kepada pakar? Jika kamu sendiri tak boleh kenal pasti kamu harap pakar boleh mengesahkannya?

Keadaan itu dilapor telah mengundang gelak ketawa di kalangan hadirin yang hadir dalam mahkamah.

Najib bagaimanapun kekal dengan pendirian bahawa dia tidak pasti sekiranya dokumen-dokumen yang ditunjukkan mengandungi tandatangannya yang tulen.

Sithambaram kali ini meninggikan suara terhadap Najib, selepas dia enggan memberi jawapan terus terhadap soalan yang dikemukakan berhubung ketulenan tandatangannya, meskipun soalan yang dikemukakan hanya perlu dijawab dengan ya atau tidak.

Sithambaram: Kamu bersetuju dengan saya bahawa apabila kamu ditunjukkan salinan-salinan dokumen semasa SPRM mengambil kenyataan kamu, kamu telah mengesahkan bahawa itu adalah tandatangan kamu? Ya atau tidak?

Najib: Ianya nampak seperti tanda tangan saya pada waktu itu.

Sithambaram: Tapi kamu tidak beritahu pegawai yang mengambil kenyataan bahawa ia mungkin bukan tandatangan kamu? Ya atau tidak?

Najib: Kerana saya lihat pada waktu itu ia seolah-olah seperti tandatangan saya.

Sithambaram (tinggikan suara): Soalan saya sangat jelas. Apabila kamu ditunjukkan dengan dokumen-dokumen itu, adakah kamu sahkan tanpa sebarang pertimbangan ketika itu?

Najib: Pada waktu itu, ya.

Najib telah diarahkan untuk membela diri bagi menjawab 7 tuduhan berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Tiga daripada tuduhan itu berkaitan pecah amanah berjumlah RM40 juta dana daripada SRC International, ketika memegang jawatan sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, manakala tiga lagi tuduhan pengubahan wang haram RM42 juta, dan yang terakhir tuduhan menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan rasuah bagi dirinya sendiri dengan jumlah wang yang sama.

Sumber — Malaymail.com

Sumber — https://www.milosuam.net/2019/12/mahkamah-diselubungi-gelak-ketawa.html#ixzz68SSeomCF

https://www.milosuam.net/2019/12/mahkamah-diselubungi-gelak-ketawa.html?fbclid=IwAR0H8FatVx8s1qP3Dq6KpSGI-uSloHcDTJBGrRqI8pGnC1PDM8U2gP-vDyU#axzz68SRsL0JW

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan