Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

NAJIB MENODAI KESUCIAN MASJID-JAKIM JANGAN JADI JAKUN

1 BERIBADAT DGN DUIT HARAM

1 AZAB DI AKHIRAT PEDIH

KENYATAAN MEDIA

KESAL MASJID DIJADIKAN AGENDA PERIBADI PEMIMPIN POLITIK (21 Disember 2019)

1. Tindakan Dato’ Seri Najib Tun Razak melafazkan sumpah laknat di Masjid Jamek Kampung Baru semalam bagi menafikan pembabitannya dengan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaaribuu memperlihatkan sikap terdesak dan gopohnya beliau dalam menangkis isu tersebut. Kerana keghairahannya mahu mensucikan dirinya, beliau sanggup mengenepikan peraturan dan larangan dengan menjadikan rumah Allah untuk tujuan politik sempit dan kepentingan peribadi semata-mata. Bahkan, beliau seperti menganggap masih berkuasa dan menjadi pemimpin negara yang boleh mengarahkan mana-mana pihak untuk tunduk dengan kehendaknya.

2. Tindakan beliau melafazkan sumpah laknat dilihat sangat terdesak dan terburu-buru dalam keadaan kes pendengaran permohonan pendengaran Azilah Hadri akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada 1 April 2020. Demi mengelakkan dirinya dari didakwa serta prejudis rakyat ke atasnya, beliau sanggup memperalatkan kemuliaan institusi Masjid untuk membersihkan diri dengan melakukan sumpah laknat yang tidak selari dengan Islam dan sistem perundangan negara. Sumpah laknat tidak terpakai dalam kes-kes jenayah, lebih-lebih lagi kes bunuh seperti ini.

3. Bagi umat Islam, tidak sukar untuk kita memahami bahawa dalam keadaan terdesak seseorang sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan diri daripada dihukum. Terlebih lagi jika ia melibatkan nyawa, maruah dan kehormatan diri. Bahkan, seakan menjadi budaya, Masjid digunakan untuk membuktikan kesucian diri dengan bersumpah laknat seperti kes Saiful Bukhari sebelum ini yang juga bersumpah laknat di sebuah masjid di Wilayah Persekutuan walaupun umum mengetahui terdapat banyak keraguan di sudut perundangan dalam kes tersebut.

4. Dalam hal ini, kelemahan pemantauan dan penguatkuasaan pihak Jawatankuasa Masjid Jamek Kampung Baru serta JAWI amat dikesali. Rakyat melihat JAWI dan Masjid boleh diperalat sewenang-wenangnya atas tujuan kepentingan peribadi dan politik sempit pihak tertentu. Sepatutnya pihak Jawatankuasa Masjid Jamek Kampung Baru dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertindak tegas dengan menyekat usaha itu dengan tidak membenarkan sebarang agenda politik murahan dan peribadi digunakan di masjid dan rumah Allah, tambahan pula pada hari Jumaat yang mulia. Masjid perlu dihormati sebagai rumah Allah yang perlu dimuliakan, disanjung serta tempat penyatuan umat Islam, bukannya diremeh dan diperalatkan untuk kepentingan pihak tertentu.

5. Dato’ Seri Najib sepatutnya membersihkan dirinya di Mahkamah melalui dakwaan itu kerana kesnya terlalu berat apatah lagi melibatkan jenayah pembunuhan berprofil tinggi dan salah guna kuasa beliau sebagai pemimpin negara sewaktu kejadian tersebut. Jika sumpah laknat di Masjid boleh digunapakai untuk mengenepi atau menafikan sesuatu kes, sudah tentu ramai penjenayah dan pembunuh akan melakukan perkara yang sama demi mengelakkan dihukum. Jangan cemarkan institusi dan kesucian Masjid serta meruntuhkan integriti sistem perundangam negara dengan perkara yang jelek seperti ini. Pihak Kerajaan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mesti mengambil tindakan yang tegas ke atas mereka yang terlibat dalam menganjurkan majlis sumpah laknat tersebut.

AHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI
Pengerusi
Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan
Zon Titiwangsa

https://web.facebook.com/WeAreAllJebonesta/posts/969946950056854?__tn__=K-R

SEDIH MASJID BERLUMBA SIMPAN DUIT SEDANGKAN GEREJA BERLUMBA BANTU ORG MISKIN

1 PENGAJARAN DLM HIDUP1 HIKMAH UMUR SINGKAT

SEDIH MASJID BERLUMBA SIMPAN DUIT SEDANGKAN GEREJA BERLUMBA BANTU ORG MISKIN YG MAJORITINYA ORANG ISLAM, BUATLAH PERUBAHAN WAHAI PENGERUSI2 DAN AJK2 MASJID SEKALIAN

Mana maruah Melayu, 80% gelandangan Islam makan di gereja

Mana maruah Melayu, 80% gelandangan Islam makan di gereja.
Lebih 80 peratus daripada kira-kira 100 orang gelandangan atau warga miskin kota yang menerima bantuan makanan di sesebuah gereja pada satu-satu masa terdiri daripada Melayu beragama Islam.

Pendedahan tersebut diakui seorang ibu tunggal ketika kebetulan ditemui Malaysia Dateline di Surau Balai Islam berdekatan Bulatan Pahang, Kuala Lumpur semalam.

Hanya mahu dikenali sebagai Junaidah (bukan nama sebenar), 50, beliau yang menjaga seorang anak lelaki menghidap penyakit ulser tulang memberitahu ramai gelandangan Melayu terpaksa mengharap bantuan daripada pihak gereja dan NGO berlatar belakangkan Kristian.

Ujarnya, sebuah gereja berhampiran Dataran Merdeka menyediakan sarapan mulai jam 8 pagi setiap hari manakala satu gereja lagi di Bukit Nanas menjamu makanan tengah hari kepada warga miskin kota juga setiap hari.

“Bagusnya lagi, pihak gereja menghormati gelandangan beragama Islam. Kami akan makan terlebih dahulu selepas wakil daripada kami diminta membacakan doa makan. Kemudian, baru doa untuk penganut mereka pula dibaca.

“Selain makanan, gereja dekat Dataran Merdeka itu siap beri sabun, benarkan gelandangan cuci baju dan sediakan ampaian untuk menjemur pakaian,” ujarnya yang kali terakhir menerima bantuan makanan di gereja terbabit selepas Aidilfitri tahun lalu.

Beliau yang tiba di surau itu bertanyakan pada Malaysia Dateline tentang imam untuk memohon bantuan wang ihsan selepas kira-kira sejam berlalunya solat Asar berjemaah.

“Minta bantuan pada Baitulmal setakat RM250 hingga RM300 sebulan. Sewa bilik di KL pun sudah RM300.

“Saya dengan anak berusia 25 tahun mulai tahun 2016 tidur di sekitar Masjid Negara kerana tak mampu menyewa bilik,” ujarnya yang berasal dari Rembau.

Bercerita lanjut tentang perbandingan dengan layanan institusi ibadat Islam, Junaidah berkata, pihak masjid sekitar ibu negara tidak pula berbuat demikian.

“Masjid Negara pun tidak ada. Hanya NGO dan mahasiswa saja yang ada berikan kami sumbangan makanan.

“Kalau dekat kawasan Kolej Segi berhampiran Anjung Singgah, ada seorang Datin bagi sumbangan duit setiap bulan. Itu usaha orang perseorangan. Kalau Baitulmal lagilah, bagi (bantuan kewangan) buat syarat saja.

“Kelmarin, saya minta bantuan wang ihsan untuk ambil dua anak yang dijaga bekas suami di Jengka. Baitulmal tak bagi wang sebab katanya duit bulanan sudah bagi,” ceritanya di perkarangan surau sambil merenung jauh kenderaan yang mulai sesak di Bulatan Pahang itu.

Berkongsikan pengalamannya yang pernah memohon bantuan bulanan pada Baitulmal di Terengganu tahun lalu bagi pihak anaknya, Junaidah berkata institusi itu menolak permohonan mereka dengan alasan bukan pemastautin.

“Saya merayu mereka buat tak tahu walaupun kad pengenalan anak saya terbukti lahir di Terengganu. Katanya, datanglah esok lusa jumpa pegawai mereka padahal saya tidak boleh tunggu. Penyakit anak saya kena cepat diberi ubat.

“Kata pegawai itu ramai orang begitu. Pada kad pengenalan saja lahir di Terengganu, tinggal di negeri lain,” cerita Junaidah kembali sehingga beliau pada hari tersebut terpaksa memohon jasa baik pihak Jabatan Mufti yang pejabatnya tidak jauh dari Baitulmal itu.

Beliau berkata, pihak Baitulmal memberi bantuan hanya selepas
Jabatan Mufti itu menghubungi Baitulmal memaklumkan permohonan mereka harus diberi perhatian.

“Itupun Baitulmal beri bantuan kecemasan RM100 bukan bantuan bulanan dengan alasan sama – bukan pemastautin.

“Lepas tu pegawai itu pula persoal saya kenapa mengadu pada Jabatan Mufti sedangkan saya terdesak perlukan wang ihsan untuk belanja perubatan anak saya yang kaki kirinya sakit teruk akibat sisa karat selepas berlaku kemalangan di bengkel kereta tahun 2014 lepas,” jelasnya.

Memohon bantuan ihsan dari pihak masjid juga amat mengecewakan walaupun pada papan kenyataan masjid terpampang ribuan ringgit kutipan setiap minggu Solat Jumaat.

Beliau berkata, Ahad lalu seorang jawatankuasa Masjid Amru Ibni Al’As di Bandar Baru Sentul menolak rayuannya yang memohon sedikit wang dengan alasan bukan kariah masjid.

“Dia kata dia berpegang pada prinsip. Dia hanya bantu anak kariah masjid saja. Saya sedih sebab setahu saya orang yang bersembahyang di mana-mana masjid termasuk ketika solat Jumaat juga datangnya dari luar kariah,” keluhnya lagi.

# VIRALKAN SEMOGA ADA PERUBAHAN INSYAAALLAH