Bukti PH Mendahulukan Rakyat

Image result for Pakatan Harapan terbaik

KERAJAAN BARU
Sewaktu saya memilih untuk memangkah Parti Harapan, satu menifesto PH pun tidak saya teliti. Ianya simple,  saya sudah muak melihat Parti BN yang mentadbir sekian lama,  makin hari makin menekan rakyat. Belum cukup dengan rasuah satu demi satu, dari kes 1MDB,  Tabung Haji hingga ke Skandal NFC RM250juta. Banyak lagi kes2 kerakusan ahli BN dulu yang hanya berminat menambah kekayaan diri dan keturunan. Buktinya hari ini,  RM114 juta tunai, jongkong emas dan beratus beg mewah dijumpai dalam simpanan Bekas PM kita.
Pelik dan hairan. Walau seteruk itu pun rasuah dan kekotoran yang dilakukan Najib,  masih ramai yang membutakan mata menutup hati nurani,  terus menyokong Najib dan menghentam kerajaan baru. Aneh ya! Seolah mereka menghalalkan pemimpin ini merompak duit rakyat dengan senang hati.
Berapa banyak peniaga yang terpaksa tutup kedai kerana GST. Makcik penjual laksa pun terpaksa tutup kedai kerana harga ikan sardin yang mencanak naik. Nilai wang kita jadi terlalu rendah. Hairan ya..itu juga masih membuat penyokong Najib gembira di bawah pentadbiran BN. .
.
Dan hari ini kerajaan baru telahpun menghapuskan GST,  pun mereka membahan juga. Aneh!
Di zaman BN,  siapa bersuara menentang kerajaan akan diboikot,  Di gam. Atau hilang terus dari radar. Siapa yang berani bersuara akan ditangkap dan diugut. Malah diberi amaran TAK SUKA MALAYSIA PINDAH negara lain!  Aneh ya,  harini ramai rakyat jelata lupa bagaimana cara mereka dilayan oleh pemerintah dahulu. Lupa bagaimana angkuhnya menteri-menteri kita menempelak rakyat setiap kali rakyat mengeluh tentang kenaikan harga barang.
.
Dan harini kerajaan baru memberi ruang untuk rakyat mengkritik,  lebih terbuka dan mendengar keluhan rakyat,  anehnya mereka terus memaki hamun dan mencipta provokasi.
.
Dan hari ini..bila mana ada sebuah kerajaan baru yang dipilih oleh majoriti rakyat…kerajaan yang bersedia menukar sistem pemerintahan dengan lebih telus dan mendahulukan rakyat,  kerajaan yang bersedia mendengar keluh kesah rakyat,  yang berusaha membaik pulih negara,  mengembalikan kegemilangan Malaysia sebelum Najib memerintah,  tapi  rakyat yang tidak bersyukur terus terusan menghentam,  mengkritik,  mengejek dan menyindir. ANEH YA??
Apa yang kalian rugi di sini????? Sehingga kalian dengan lantang menghentam segalanya yang dibawa kerajaan baru?
Setelah negara ini dibaik pulih..apa yang kalian rugiiii??
Kebanyakan yang mengkritik dan menghentam dengan gigihnya ini dari parti yang kalah. Kerana gagal menerima kekalahan.
Berhentilah mencari salah. Sepatutnya manifesto PH itu yang mengundi PH patut bising sebab mereka undi dan tertarik pada manifesto itu. Tapi pelik,  pihak pembangkang pula yang beria-ia menuntut janji2 itu. Bising macam tin kosong. Apa yang kalian mahu sebenarnya.
Pembangkang hari ini seolah redha dan restu dengan zaman yang ditadbir Najib dahulu..sehingga takut sekali menukar sistem pemerintahan..takut sekali menerima perubahan walaupun PERUBAHAN ITU KEARAH KEBAIKAN.
Sesekali cuba jernihkan hati yang penuh dendam itu. Kita semua mahukan Malaysia yang lebih baik untuk anak cucu dan generasi kita seterusnya. Andai Najib dan kroni terus memerintah,  semakin miskin rakyat semakin kaya raya suku sakat mereka. Sepatutnya bersyukurlah kita berjaya menumbangkan pemerintah korup seperti itu. Sama-sama kita bantu kerajaan hari ini membaik pulih Malaysia..untuk keturunan akan datang kita juga.
Kalah dan menang adat bertanding. Kerajaan yang menang sedang berusaha membawa Malaysia ke arah yang lebih baik. Apa yang anda akan rugi??? Dan jika Najib yang terus memerintah…APA YANG ANDA AKAN UNTUNG?? Nilai dengan mata hati IMAN,   bukan nafsu dan dendam.
Jadilah pembangkang yang mengkritik kerana inginkan KEBAIKAN,  bukan kerana nafsu dendam dan marah yang bermaharajalela
{ Meski Kerajaan Baru hari ini tidak sempurna,  masih merangkak dan bertatih sebelum boleh berlari kencang,  namun Kerajaan hari ini jauh lebih baik dari Kerajaan Korup dahulu yang dihuni oleh menteri-menteri yang membodohkan rakyat}
#KeArahMalaysiaYangLebihBaik