Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

UMNO tunda Perhimpunan Agung 2019, hantar wakil ke Kongres Maruah Melayu

UMNO tunda Perhimpunan Agung 2019, hantar wakil ke Kongres Maruah Melayu

Ahmad Zahid Hamidi umumkan tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO 2019 ialah 4 hingga 7 Disember ini. – Gambar fail

1 3 King1 Khadam Terbaru Umno1 A PENYAMUN MSIA1 BANGSA KU A

 

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Perhimpunan Agung UMNO 2019 akan diubah pada 4 hingga 7 Disember ini.

Perubahan dari tarikh asal 13 hingga 16 November ini, kjata beliau, dilakukan bagi memberi peluang kepada seluruh jentera parti beri tumpuan pada Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai yang ditetapkan pada 16 November.

Dalam masa sama, Ahmad Zahid mengesahkan UMNO menerima undangan untuk menghadiri Kongres Maruah Melayu (KMM) yang akan berlangsung pada 6 Oktober ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Sehubungan itu, UMNO, kata beliau, akan menghantar wakil yang diketuai oleh Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa bagi menghadiri KMM.