
Aku tengok banyak sebaran pemberian bantuan kepada Kolej Era, sebelum nya melibatkan dana Sekolah Persendirian cina oleh walaun2 PAS.. Mulanya aku malas nak kisah, Bila ramai orang Share geng2 Ustaz pun main sentimen Perkauman..
Jawab : Ko kisah ke tak ko jangan buat tak tahu yang Bajet 2019 Menteri yang ko bangga sangat tu buat peruntukan untuk sekolah persendirian Cina (SMPC) bro, ini bukan isu baru, tapi isu dari Bajet dibentangkan lagi.
apalagi hari ini ketua Penerangan PAS si tantawi pun buat buat musykil meh aku nak habaq.. Apakah tantawi ini mengitu dangkal, atau saja buat buat tak faham.. Mengapa perlu politik kan Pendidikan dengan sentimen Perkauman..
Jawab : Ko sembang apa bro, isu pokok pun pasal sekolah Cina, kat Malaysia ni ada ke nama sekolah Melayu? kalau ada pun MRSM yang namanya takde pun Melayu, ko tau ke ada satu MRSM khas untuk bukan Melayu? Kalau ye pun memang Melayu ada hak untuk tubuh MRSM diatas dasar Perlembagaan perkara 153 (Hak keistimewaan Bumiputra).
1- Apakah begitu besar nilai RM 190 ribu kepada Kolej Era dibandingkan RM 30 – 60 Juta geran setiap tahun selain, tidak termasuk bantuan pembagunan yang diberikan kepada Kolej dan Universiti UTAR milik MCA
Dizaman barisan Nasional ? apakah PAS tidak tahu ?
Jawab : Ko mengaji la lebih sket bro, DAP dengan MCA pun ko tak boleh nak beza, MCA tentang Islam terangan ke? MCA tu parti komponen BN atau parti induk macam DAP?
MCA tu nama pun ada Cina dan semua ahli Cina sebabnya ia parti komponen BN yang ada UMNO, MIC, Gerakan dan lain2. DAP tu nama je Democratic tapi ahli 99% Cina.
Kalau MCA nak buat UTAR untuk kaum Cina apa masalahnya bro walau diberi peruntukan kerajaan sekalipun?
MCA menentang Islam terangan dan mangancam Islam ke? Berapa kerusi MCA ada dalam BN bhai?
Ketua Menteri Gerakan Pulau Pinang masa BN perintah dulu ada mengancam Islam?
UTAR tu nama pun Universiti Tun Abdul Razak bhai bukan Universiti Lim Liong Sik pun, masih dibawah Kementerian Pendidikan Tinggi bro, bermakna semua silibus dan program UTAR dibawah seliaan kerajaan.
2- Siapa yang perasan selepas Belanjawan , MCA telah menyelar tindakan Lim Guan Eng menarik balik geran bantuan kepada kolej dan Universiti milik Cina(MCA) RM 30-60 Juta Setahun.. Sama seperti geran dan Bantuan kepada Universiti Awam selama ini..
Aku pun tak setuju tindakan Lim Guan Eeg menarik balik geran bantuan walaupun ia milik MCA, walaupun aku setuju syarat yang ditetapkan Lim Guan Eng, Universiti tersebut mesti bebas dari pengaruh Politik.. baru bantuan diberi Semula.. Hal Pendidikan tidak harus dipolitikkan..
Jawab : Ini masalah dalam kain Cina bro, antara MCA dan DAP ko tak perlu sibuk rasanya sebab UTAR tu walau dipolitikkan pun apa masalahnya? Kalau yang usahakan UTAR pun MCA bukannya DAP bhai.
3- hatta kadang2 Geran Program , lawatan Pengajar di Universiti awam lebih besar dari RM 200 ribu dihabiskan Pensyarah2 Melayu untuk sesuatu lawatan.. Ustaz2 pun bukan tak biasa buat lawatan ramai ramai atas nama lawatan pelajar di Timur tengah ke Mesir, Jordan dan Madinah hatta ke Cordova menggunakan Dana JAKIM dan majlis Agama Islam, ada ketikanya guna dana Baitulmal(Pusat Zakat).. walaupun hanya bertujuan melancong..
Jawab : Ko sembang apa bro? Ustaz nak buat ziarah ke negara Islam apa masalahnya? Bukannya Jakim buat rombongan ke London atau Los Angeles bhai. Pensyarah universiti nak bawa pelajar melancong sambil belajar pun apa masalah ko? Derang bukan buat maksiat bro.
4- Sebagai contoh baru baru ini, Bila Ustad Kazim mengadu mahaad Tahfiz nya mahu ditutup, walaupun hanya mempunyai 100 Pelajar, tetapi Kerajaan Perak Pakatan Harapan memberikan Bantuan segeran RM 150 ribu.. Hakikatnya Tahfiz Al-barakah juga dapat pelbagai Bantuan dari badan2 Agama,
Jawab : Isu DUKE nak jual pusat tahfiz dia apa masalah bro? Ko tau ke dia nak buka lagi satu pusat tahfiz besar di kawasan sekitar Simpang Pulai? Pusat Tahfiz Al Barakah di Gugusan Manjoi tu tak berpusat dan agak sempit sebab dibina atas tanah lot perumahan. Kalau dia nak minta bantuan apa sekalipun apa masalahnya, dia buka pusat pelacuran ke bhai?
Kalau agihan RM 200 ribu untuk Kolej dan sekolah persendirian yang mempunyai seribu Murid, Apa Masalahnya ? Kos Operasi, Elaun guru dan Pembagunan mereka tidak bebankan kepada Kerajaan.. Sekurang kurang penubuhan Kolej Swasta mengurangkan Beban Kerajaan..
Jawab : Ko reti beza kemudahan sekolah Cina dengan sekolah kebangsaan der? Ko tak nampak ke prasarana sekolah Cina macam langit dengan bumi banding sekolah kebangsaan. RM200 ribu untuk sekolah persendirian Cina dibandingkan dengan MRSM pun masih ketinggalan bro.
5- RM 190 ribu untuk Kolej era, hanya bersamaan kos gaji dan elaun pengajar di satu satu cawangan Giat mara, Belum masuk Kolej Kolej lain melibaatkan Bumiputerayang melibatkan Kos Berbillion Ringgit melalui Kementerian Pendidikan,JAKIM dan MARA..
Jawab : Ini isu layak ke tak bhai, bukan isu angka berapa dapat peruntukan, isunya adakah sekolah Cina apatah lagi sekolah persendirian dan kolej swasta menerima bantuan kerajaan bhai. Bumiputra memang layak dapat bantuan kerajaan walau berbillion pun, sebabnya termaktub dalam Peelembagaan bro, apatah lagi hakikatnya Bumiputra masih memerlukan bantuan nak banding bukan Bumiputra terutamanya kaum Cina.
Apa masalah kalau Kerajaan pun bantu meringankan Pendidikan Kolej Bukan Bumiputera.. ? Bila diminta Kolej MARA dibuka kepada Bukan melayu ramai pula yang marah.. ia bukan Perkara baru, ia telah dilakukan Lim Guan Eng ketika memerintah Pulau Pinang.. saamada pendidikan Cina, Mubaligh, Islam, semuanya dibantu.. Apa masalahnya ?
Jawab : Memang LGE buat bajet untuk Islam dan Melayu bro, dah memang Melayu layak dan berhak pun. Isunya ialah kenapa Sekolah Persendirian Cina (SMPC) diberi bantuan kerajaan buat pertama kalinya?
SJKC memang dari zaman BN diberi bantuan sebab memang layak dan berhak selagi cukai dibayar dan hormat Perlembagaan. Apatah lagi isu sekarang ialah Kolej Swasta Cina pula diberi bantuan kerajaan sedangkan mereka tidak layak dan tidak berhak bhai.
6- Bantuan Kepada Sekolah Cina ini bukan perkara Baru, Kerajaan PAS di Kelantan pernah anugerahkan tanah kepada Sekolah Persendirian Cina ,
Jawab : Bro ko sembang biar betul sikit, ko bgtau aku Cina Kelantan macam mana banding Cina pantai barat? Ko tau kan Cina Kelantan pun undi PAS bro, Kelantan ada cawangan DAP? Ada kerusi DAP menang walau di Kota Bharu yang majoritinya Cina?
Cina Kelantan cakap pun slanga Kelantan bhai, Cina pantai Barat cakap Melayu pun hancur der.
Dulu PAS pernah berbangga pentadbiran Tok Guru dulu membantu Chung Hwa dan Chung Chin dengan meluluskan tanah seluas 1,000 ekar kepada sekolah persendirian Chung Hwa di Kok Lanas, Ketereh, dan cara ini pernah dicontohi Kerajaan Perak dibawah Nizar..
Jawab : TGHH mangajar ilmu Hadith ko cerca, ko tau ke tak beza kafir zimmi dan kafir harbi? Ko ingat Islam nak bermusuh dengan semua kafir ke bhai? Ko kalau berjiran dengan Cina atau India tak kacau malah hormat, ko nak kacau dia ke?
Dalam Islam kafir zimmi iaitu kafir yang membayar cukai dan tidak melawan Islam wajib dilindungi bro.
Di Kelantan bukan setakat Cina je PAS jaga bhai, Buddha Siam pun PAS jaga selagi derang hormat Islam. Ko tau patung Buddha di Kelantan terbesar Asia Tenggara?
7- Mengapa perlu Dipolitik kan Pendidikan ? Lain lah Institusi Islam tidak pernah dibantu Langsung.. tahun ini saja beberapa penambahan peruntukan Yang tinggi kepada Institusi Agama termasuk lebihan RM 100 juta kepada JAKIM..
Jawab : Memanglah Kerajaan wajib jaga Islam dan Melayu tak kiralah apa bangsa dan agama menterinya bro. Masalah sekarang ialah dana kerajaan telah disalahguna untuk kepentingan bangsa lain walhal bangsa Bumiputra masih ketinggalan.
Kalau sebabkan JAKIM dapat 100 juta maka JAKIM kena berdiam diri bila ada isu agama seperti isu Salib dan sebagainya, maka tak perlulah beri 100 juta hatta 1 billion sekalipun bhai.
Sepatutnya kita kena bersyukur, Institusi Pendidikan Bumiputera, Universiti awam yang majoritinya Melayu dibantu segala aspek oleh Kerajaan, dari Gaji dan elaun Profesor, Guru dan para Ustaz.. manakala Bagi bukan Bumiputera mereka berusaha Sendiri..
Jawab : Segala peruntukan untuk bangsa Melayu dan agama Islam adalah kerana termaktub di dalam Perlembagaan. Tidak boleh dipersoal jumlahnya kerana Melayu dan Islam ialah majoriti. Bukan Bumiputra dan Bukan Islam berusaha sendiri atas kerelaan mereka dan bukan dipaksa. Ianya untuk kebaikan dan kepentingan mereka sahaja.
Institusi Agama bukan saja peroleh peruntukan dan peruntukan Khas pembagunan ia arus dilihat Peruntukan dari beberapa Kementerian ini..
a) Kementerian Pendidikan RM 60 Billion
b) JAKIM RM 1.1 Billion
c) Kementerian Luar bandar (MARA) 5.3 Billion
d) Kutipan dan Potongan gaji Intitusi Zakat dan Baitul Mal hampir RM 2 Billion
Jawab : Ko sembang apa bhai? Kementerian Pendidikan dapat 60 billion yang untungnya sekolah Cina atau Melayu? Sekolah Cina berapa jumlah sekolah dan pelajarnya kalau banding bilangan sekolah dan pelajar sekolah lain?
5- Bila tengok ramai yang sebar berita Palsu, Cerita cerita Perkauman, Kadang2 aku rasa malu.. yang buruknya Imej Agama Islam.. Lebih rasa malu bilan sentimen Perkauman ini dimainkan oleh orang Agama Sendiri..
Jawab : Ko sembang fakta bukan persepsi bhai, walau peruntukan untuk SMPC hanya sekitar 15 juta tapi jika dibahagi kepada hanya sekitar 60 buah sekolah sahaja maka setiap SMPC akan dapat sekitar 200 ribu bro.
Sekolah lain termasuk SK, Sekolah Agama Rakyat dan lain2 walau peruntukan nampak besar 50 juta tetapi selepas dibahagi hanya akan mendapat peruntukan dibawah 50 ribu untuk setiap sekolah. Ini fakta bukan persepsi.
Bila Kerajaan UK, Australia dan Eropah bantu pendidikan Islam ramai yang berbangga, Bila hanya seidkit peruntukan untuk Sekolah Cina, ramai dari agaamwan Islam sendiri main kan sentimen Perkauman.. Buruknya gambaran Islam..
Jawab : Bro negara Eropah sekarang memang kearah menjaga Islam bro, hanya kerajaan Amerika je masih memusuhi Islam sebab ada kepentingan Yahudi. Rakyat Amerika pun ramai dah kearah Islam selepas peristiwa 9/11.
Terbaru Donald Trumph pun tarik askar US sampai Menteri Pertahanan letak jawatan. Habis apa kena mengena dengan Malaysia bhai? Kafir harbi dunia pun mula iktiraf dan hormat Islam, kafir harbi Malaysia buat apa?
Itu Sebabnya Aku cukup benci Kelompok Ashabiyah tak kira siapa pun, apa lagi PAS dan UMNO.. 🙂
Jawab : Sebelum ko nak benci siapa pun, lebih baik ko mengaji kitab Hadith bro, banyak kitab2 di surau dan masjid kat Malaysia ni, ko kena tahu sebelum ko nak label siapa pun ko kena tengok apa kerja dan hasil sesuatu pergerakan tersebut. Bukan main persepsi benci membenci je bhai.
Ko boleh sembang Takfiri, Asobiyah, Khawarij hatta apa sekalipun tapi faktanya UMNO memperjuang bangsa Melayu dan PAS memperjuang agama Islam. Kalau ada perasuah sekalipun bukan masalah untuk didakwa, bukannya salahkan UMNO atau PAS.
Kalau kepentingan politik Melayu dan Islam tak dijaga, nak harap siapa? DAP atau Amanah? PKR atau Bersatu?
Sedangkan isu Salib besar di Pulau Pinang, isu ICERD, isu LGBT, isu sebaran Kristian di kawasan Melayu, isu SJKC dan SPMC, isu sebaran risalah Syiah, isu ajaran sesat Ahmadiyah yang diberi hak, Isu Kuil Hindu yang tak mahu ikut perintah mahkamah, isu arwah Adib dan banyak lagi ini pun tak dapat diuruskan, nak harap siapa dalam kerajaan PH?
Ko tahu ke di orang Islam di India nak makan lembu pun tak boleh bhai, apatah lagi nak sembelih untuk Aidiladha dan sebagainya, kalau dapat tahu habis keluarg ko kena rogol bro.
Ko tau tak kaum Islam Ughur di sempadan China-Turkey-Russia nak baca Al Quran, puasa, tutup aurat, solat pun tak boleh bro, apatah lagi nak bina masjid, yang sedia ada pun dirobohkan. Nak mengerjakan Umrah Haji pun boleh ditangkap bhai. Ini fakta bukan persepsi. Bawa2 la ke masjid sembang dengan orang Jakim yang berjumpa terus dengan wakil dari Ughur bro, bukan sembang politik DAP ko je.
Ko masih tak nampak atau buat2 tak nampak perangai DAP bro? Ko nak politik pun agak2 la kalau sentuh bab agama Islam pun, kalau ko tak kisah perjuangan bangsa pun lantak ko la.
Ko nak tunggu sampai masjid dipotong bajet, atau dihadkan ustaz mengajar, atau dihadkan azan macam di Pulau Pinang baru nak sedar?
Atau bila sampai tahap Melayu Islam dibunuh ko masih nak cakap padan muka sebab melawan kerajaan sebagaimana peristiwa Memali?
Atau ko memang akan buat2 tak sedar sampai Malaysia jadi negara Kristian macam negara China dan India yang mana Islam perintah 1000 tahun? Sekarang Islam di China dan India dibela ke?
Ipohmali
Jawab : Aku rasa takpayah la ko letak Ipoh bro, kerusi DUN Perak kalau nak gabung BN dan PAS kalah PH bhai. Tapi matlamat tidak menghalal cara bhai
JIKA UMNOPAS BERSATU SEMASA TIDAK BERLAKU ROMPAKAN 1MDB DAN PAS TIDAK MAKAN RASUAH UMNO RM90 JUTA PASTI IANYA SATU PENYATUAN MELAYU DAN ISLAM. TETAPI APABILA UMNOPAS BERSATU SETELAH MEROMPAK WANG NEGARA DAN MAKAN RASUAH SERTA PECAH AMANAH, MAKA PENYATUAN TERSEBUT ADALAH PENYATUAN PENJENAYAH BAGI MELINDUNGI JENAYAH BESAR YANG MEREKA LAKUKAN BERTOPENGKAN PERJUANGAN ISLAM DAN MEMBELA BANGSA MELAYU. SETELAH UMNOPAS MELAKUKAN JENAYAH MEREKA TERUS MELAKUKAN JENAYAH DENGAN MENABUR FITNAH DAN MENGHASUT RAKYAT AGAR KEHARMONIAN KAUM DAN AGAMA DI MALAYSIA HANCUR.
UMNOPAS TIDAK LAGI MEMBANTU MEMAJUKAN NEGARA DAN MENARIK PELABUR ASING UNTUK MELABUR DI MALAYSIA, MALAH UMNOPAS TERUS MENABUR FITNAH SEHINGGA MASYARAKAT MALAYSIA DAN NEGARA LUAR KELIRU RAGU-RAGU DENGAN KEMAMPUAN KERAJAAN MALAYSIA BARU.
SEDANGKAN PADA HAKIKATNYA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN BERTUNGKUS LUMUS MEMBAIKI KEROSAKKAN NEGARA YANG HAMPIR MUFLIS DISEBABKAN AMALAN RASUAH DAN PECAH AMANAH YANG BERLELUASA SEMASA NAJIB MEMERINTAH.
ALHAMDULILLAH DENGAN IZIN ALLAH SWT DAN DENGAN BERKAT USAHA KERAJAAN PH MELALUI KEPIMPINAN TUN M YANG AMAT BERPENGALAMAN , MALAYSIA BARU DAPAT BERNAFAS DENGAN BAIK. TERIMA KASIH TUN M.