Ahli Parlimen boleh didenda, digantung jika gagal isytihar harta

Vui Keong (kanan) berkata, rakyat berhak mengetahui harta wakil rakyat mereka. – NSTP/Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen yang masih enggan mengisytiharkan harta mereka pada 5 Disember ini boleh dianggap menghina Dewan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Beliau yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang berkata di bawah Perintah Parlimen, Ahli Parlimen boleh didenda RM1,000 atau digantung daripada Dewan.

“Sudah cukup notis diberi kepada mereka dan mereka masih enggan memfailkan pengisytiharan harta mereka. Maka pihak Speaker (Dewan Rakyat) dapat mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada National Stakeholders Consultation on the Right to Information Legislation, di sini hari ini.

Dilaporkan tidak seorang pun Ahli Parlimen pembangkang mengisytiharkan harta mereka, manakala semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan sudah membuat pengisytiharan.

Tarikh akhir pertama untuk pengisytiharan harta ialah 1 Oktober dan kemudian dilanjutkan pada 5 Disember ini.

Vui Keong berkata rakyat berhak mengetahui harta wakil rakyat mereka.

“Sebaik anda mahu menjadi wakil rakyat, maklumat anda diketahui orang ramai. Tidak ada privasi lagi. Mereka yang ingin menjadi YB harus mengorbankan isu itu. Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata sebahagian daripada Ahli Parlimen mungkin sudah lupa, Dewan meluluskan usul pengisytiharan harta pada Julai dan usul itu dibahaskan oleh semua Ahli Parlimen.

Pengisytiharan harta itu diumumkan oleh Speaker dengan salinan akan diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu dalam ucaptama beliau, Vui Keong berkata antara sebab mengapa Ahli Parlimen enggan mengisytiharkan harta mereka disebabkan faktor keselamatan.

“Mereka takut ahli keluarga mereka mungkin berisiko diperas ugut atau diculik,” katanya.

Katanya, Ahli Parlimen Pakatan Harapan telah membuat pengisytiharan sejak Oktober 2018 dan ia telah dipaparkan di laman web SPRM untuk tontonan awam.

“Setakat ini, belum ada satu kes pemerasan atau penculikan membabitkan mana-mana menteri dan Ahli Parlimen atau ahli keluarga mereka,” katanya. – BERNAMA

Image may contain: 2 people, text

Kalau bini ada empat tak berkerje , tapi harta dan duit berkoyan koyan , datang dari sumber mana?
Isytihar lah , nak takut apa ?

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/632584/ahli-parlimen-boleh-didenda-digantung-jika-gagal-isytihar-harta?fbclid=IwAR3GSr-p15tZyWDy7yYvdsf0mjbUICwfMXJ0mRIOHlrA9G_rGfGqxS-ZnCU