DAP tambah 7 cawangan baru di negeri Kelantan Darul Naim

DAP Kelantan terus meluaskan pengaruhnya di negeri itu dengan membuka tujuh lagi cawangan baru di kawasan Parlimen Tumpat, semalam.

Pengerusi DAP negeri Chua Chin Hui berkata, tujuh cawangan itu ialah Kampung Dalam, Geting, Jubakar Darat, Mentua, Terbak, Pasir Puteh dan Kampung Pulau Suri.

Chia berkata penubuhan cawangan di kawasan majoriti Melayu dan Siam itu membuktikan DAP Kelantan semakin diterima baik

“Sejak dua bulan lalu kita berjaya wujudkan 12 cawangan baru dengan menarik lebih 1,000 ahli baru.

Iklan

“Penubuhan cawangan baru ini diharap dapat menambah baik gerak kerja murni DAP di kawasan terbabit,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Chua berkata, DAP Kelantan kini mempunyai 38 cawangan yang sah.

“Penubuhan lebih banyak cawangan di kawasan majoriti Melayu ini membuktikan mereka tidak lagi takut dengan persepsif negatif yang dilempar musuh politik terhadap DAP.

“Sehingga penghujung tahun ini, kita berharap dapat menepati sasaran bagi mewujudkan 45 cawangan di seluruh Kelantan,” katanya lagi.

DAP tiada sebarang kerusi DUN mahupun parlimen di Kelantan. Bagaimanapun, parti itu kembali bertanding di negeri itu pada PRU ke-14 – selepas kali terakhir berbuat demikian 32 tahun – di DUN Galas.

 

https://www.malaysiakini.com/news/492888?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR1zRh18AgO8S_u4ABzHXTqzQhgri1SUJ8Fixnp76cnSUDzZZL_ASRCXfBk