Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2019 Mengikut Negeri

Image may contain: 9 people, people smiling

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2019 Mengikut Negeri

Rezeki masing-masing. Semoga bantuan ini memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini.

Nota tambahan: Di pihak kerajaan negeri Selangor, YAB Dato’ Menteri Besar Amirudin Shari telah bersetuju memperuntukkan sejumlah wang sekitar RM100 juta untuk membiayai bonus sehingga 3 bulan gaji melalui konsep 1 + 2.

Bonus sebulan gaji seperti yang ditunjuk dalam poster lampiran akan diberi sempena perayaan Aidilfitri, manakala baki 2 bulan akan dibayar pada hujung tahun ini.

Pada masa yang sama, sistem KPI telah diperkenalkan sebagai kayu ukur untuk menggalakkan penjawat awam mengekalkan prestasi cemerlang sepanjang tahun.

Dengan penjajaran semula sistem bonus, kerajaan negeri berhasrat mencapai win-win-win situation untuk semua pihak. Penjawat awam cemerlang, negeri cemerlang. Negeri cemerlang, rakyat pun bangga.