Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Musa Aman Merompak 11,000 dan 50,000 hektar di Hutan Simpan Kalabakan Bertopengkan Yayasan Sabah

KUNAK: Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mendedahkan dua kontrak tanah milik Yayasan Sabah yang diberikan selama 100 tahun kepada ahli keluarga Tan Sri Musa Aman dan Datuk Seri Anifah Aman pada tahun 2015 dan 2018.

Tanah tersebut yang berkeluasan 11,000 hektar dan 50,000 hektar terletak di Hutan Simpan Kalabakan yang diberikan kepada Jawala Plantation Sdn. Bhd. (Jawala Plantation) dan Rentak Hasil Sdn. Bhd. (Rentak Hasil).

Kedua-dua perjanjian itu yang berakhir pada tahun 2115 dan 2118 didedahkan Ketua Menteri ketika berucap dalam Majlis Bersama Rakyat di Kunak pagi ini.

“Ini peta Yayasan Sabah apa yang disebut ini Jabatan Perhutanan Sabah sulit lagi, apa yang dibagi Hutan Simpan Sepulut, Hutan Simpan Kalabakan di Sepulut 11,000 hektar dari tahun 2015 sampai 2115 Hutan Simpan Sepulut siapa dibaginya, Jawala Plantation.

“Siapa dia, Tan Sri Majid Khan punya syarikat, anak dia pegang sekarang ini, Hutan Simpan Kalabakan keseluruhannya 11,000 hektar siapa punya?

“Syarikat siapa ini, ini keluarganya namanya syarikat ini yang dimiliki oleh keluarga Amin Khan, si Elbert Lim hampir 50,000 hektar tanah hampir 100,000 ekar dari tahun 2018 sampai 2118, 100 tahun tanah.

“Banyak lagi kalau saya nak sebut, syarikat Yayasan Sabah, apa syarikat Yayasan Sabah ini, Sabah Softwood Sdn Bhd apa yang dimiliki oleh Sabah Softwood 50,000 ekar dimiliki oleh Sabah Softwood.

“Daripada 50,000 ekar dimiliki Sabah Softwood ada satu kilang di tengah-tengah Softwood ini nama dia Rentak Hasil Sdn. Bhd.

“Rentak Hasil ini Softwood Sabah, Pengerusi dia dulu Musa Aman sekarang saya pasal automatik Ketua Menteri jadi pengerusi.

“Dulu Lembaga Pengarah dia Abdul Halim Egoh anak Tan Sri Hamid Egoh keluarga dia.

“Rentak Hasil anak syarikat Softwood dimiliki oleh Softwood 50 peratus, Rentak Hasil dimiliki oleh Perintis Bernas Sdn Bhd 5 peratus, siapa milik Rentak Hasil ini yang miliki syarikat di tengah-tengah Softwood yang ada perjanjian bagi minyak CPO kelapa sawit 100,000 tan setiap satu tahun perjanjian dia.

“Rentak Hasil siapa punya syarikat? Pemilik dia anak si Anifah Aman,” katanya.

Mohd. Shafie berkata, dokumen tersebut adalah bukti kerakusan keluarga Musa Aman merampas hasil bumi Sabah untuk kepentingan dan kekayaan ahli keluarga mereka.

Tegasnya, beliau sedia disaman dan akan menjadikan dokumen-dokumen perjanjian itu sebagai bukti.

“Saya ketua menteri saya tahu apa terkandung dalam dokumen kerajaan ini, ini bukti dia bukan tiada bukti.

“Mahu saman saya saman, saya ada dokumen,” katanya.

Yayasan Sabah fail tuntutan RM872 juta terhadap Musa Aman

Yayasan Sabah fail tuntutan RM872 juta terhadap Musa Aman

Yayasan Sabah memfailkan tuntutan sebanyak RM872 juta terhadap Musa Aman. Gambar fail

1 TSMY SELAMATKAN PEROMPAK1 MELAYU BODOH1 MALAYSIA RASUAH 1

 

KOTA KINABALU: Yayasan Sabah memfailkan tuntutan sebanyak RM872 juta terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, berhubung wang yang didakwa hilang akibat perjanjian aktiviti pembalakan meragukan.

Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Jamalul Kiram Mohd Zakaria berkata, pihaknya mewakili Lembaga Pemegang Amanah yayasan itu, memfailkan tuntutan berkenaan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menerusi sistem e-Filing, pada Selasa lalu

“Butiran lanjut (mengenai tuntutan) ada terkandung dalam tuntutan yang sudah difailkan.

“Kami telah menamakan beberapa penerima dan transaksi melibatkan wang di dalam akaun luar pesisir yang akan kami tuntut melalui proses perundangan,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) Kota Kinabalu, pada Jumaat.

Turut hadir dalam sidang media berkenaan adalah peguam mewakili Yayasan Sabah , Datuk Douglas Lind.

Yayasan Sabah merupakan pemegang konsesi pembalakan terbesar di negeri ini, ditubuhkan pada 1966 bagi menjaga kebajikan sosioekonomi rakyat Sabah serta membantu pembangunan pendidikan negeri.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/yayasan-sabah-fail-tuntutan-rm872-juta-terhadap-musa-aman-247841