







Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan mulai 7 Oktober ini untuk kes membabitkan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, 70, selama 13 hari perbicaraan.
Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) itu didakwa atas 10 pertuduhan pecah amanah dan menerima rasuah berhubung pembelian hotel di Kuching Sarawak.
Tarikh yang ditetapkan oleh Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali itu bermula 7 hingga 9 Oktober sebelum disambung semula pada 14 hingga 25 bulan yang sama.
Tarikh tersebut ditetapkan ketika kes melibatkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan (1982 hingga 2004) berkenaan disebut buat pertama kali di mahkamah.
Hakim Mohd. Nazlan juga menetapkan 13 Mei ini untuk sebutan akhir kes tersebut sebelum perbicaraan.
Terdahulu, Mohd. Isa, yang diwakili peguam Ridha Abdah Subri mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya selepas semua pertuduhan terhadapnya dibacakan semula.
Dalam pertuduhan pertama, Isa didakwa sebagai seorang Pengarah Syarikat Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. yang diamanahkan dengan dana syarikat itu telah melakukan pecah amanah dengan meluluskan cadangan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suit di Kuching Sarawak berharga RM160 juta tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Felda.
Bagi pertuduhan kedua hingga kesepuluh, Isa didakwa secara rasuah menerima suatu suapan untuk dirinya iaitu wang tunai yang kesemua berjumlah RM3.09 juta daripada ahli lembaga pengarah Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn. Bhd, Ikhwan Zaidel melalui Muhammad Zahid Md. Arip sebagai upah bagi membantu meluluskan pembelian hotel berkenaan.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.
Berita penuh https://malaysiadateline.com/isa-samad-bakal-tempuhi-13-hari-perbicaraan-oktober-depan/?fbclid=IwAR0yzAzwlT9T96TBgRE2UNQv48X8KK_BYj-Nm_SSgD4ZCKNZ3igUVI3XNZg#.XK9FmWzyi84.facebook
Undilah calon Pakatan Harapan di PRK Rantau
KITA SOKONG PH KERANA, HANYA PH YANG MEMERANGI RASUAH DAN MEMBASMI AMALAN PECAH AMANAH.
UMNOPAS MEMPERJUANG PERKAUMAN MELAYU DAN MELINDUNGI PENGAMAL RASUAH SERTA MENYOKONG PERBUATAN PECAH AMANAH.
Umno bersatu dengan Pas setelah merompak duit rakyat melalui 1MDB.
Pas bersatu dengan umno setelah mendapat dedak RM90 Juta daripada umno.
Jika mereka bersatu kerana Islam dan Melayu, mereka mesti bersatu sebelum kedua-dua parti melakukan jenayah rasuah dan pecah amanah. Umnopas menggunakan Islam sebagai topeng melindungi wajah mereka sebagai penjenayah agama dan negara.
Tanpa Umnopas Rakyat Hidup Dalam Keadaan Aman dan Damai.
Dimana ada umnopas di situ akan ada perbalahan kaum dan permusuhan agama.
Umnopas anggap bumi Malaysia milik mereka dan tidak boleh dikongsi bersama dengan lain-lain bangsa.
PH Memperjuangkan Kedaulatan Raja-Raja Berperlembagaan, melindungi hak-hak kemuliaan Islam dan mempertahankann hak-hak istimewa orang-orang Melayu serta meraikan keperluan lain-lain kaum.
Selamat Mengundi PH. Dengan Penuh Keyakinan.
Hanya PH Mampu Memerangi Rasuah Dan Pecah Amanah.
Rakyat Malaysia bakal hidup dalam keadaan Harmoni apabila Ketua segala pengamal rasuah dan pecah dipenjarakan tidak lama lagi.
Malaysia Maju Dan Aman Tanpa Umnopas.
Sila lihat wajah insan mulia yang pasti menyejukkan hati dalam video dibawah.
https://web.facebook.com/1184250164973202/videos/327216807930191/
Sekalung Fatihah Untuk Insan Mulia TGNA- Al-Fatihah-.
Semoga Roh Beliau Mendapat Rahmat Melimpah Di Sisi Allah SWT- Amiin Ya Rabbal Alamiiin.
RAKYAT MALAYSIA JANGAN SEKALI-KALI LUPA
72 Peristiwa Hitam Di Zaman Najib
https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/category/72-peristiwa-hitam-di-zaman-najib/
https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/